Monday, 28 February 2011

Handphone

Assalamualaikum.


Suatu petang yang cerah, suasana kelas begitu suram. Masakan tidak suram, pensyarah tiba lewat dan pastinya kelas akan tamat lebih lewat. Sesi pembelajaran berlangsung seperti biasa.

Tiba-tiba kedengaran nada dering henfon berbunyi. Lagu Superhero nyanyian Faizal Tahir. Semua mata terarah kepada seorang lelaki. Lelaki itu bergegas keluar dari kelas.

Lelaki itu kelihatan sedang berbual dengan seseorang melalui henfonnya. Sesekali dia tergelak. Adakala dia bersandar pada tiang. Tangannya pula tidak henti-henti menepuk tembok di sebelahnya.

5 minit..

8 minit..

10 minit..

Kemudian lelaki itu kembali ke dalam kelas. Meneruskan pembelajaran seperti biasa.

___________________________________

Lelaki tu adalah aku. Kawan aku call mintak aku datang rumah dia lepas habis kelas. Tak sampai 1 minit pun cakap dah habis. Lagi baki 9 minit aku cakap sorang-sorang dekat henfon.

Kelas petang memang hardcore dia punya mengantuk. Pensyarah cakap tak sampai 1 perenggan, kepala aku dah terhumban atas meja. Tak kira lagi mata lelap sambil terangguk-angguk tanda bersetuju dengan kenyataan pensyarah.

Cakap sorang-sorang dekat henfon memang gila. Lebih gila daripada orang gila cakap sorang-sorang.





p/s: Masuk kelas balik aku dapat tahan mengantuk sampai perenggan ketiga. Lepas tu aku tak ingat apa jadi.

Sunday, 27 February 2011

Malam yang penat

Assalamualaikum.


Penat nak menulis. Aku uploadkan video sahaja..




Sambungan video di atas:



__________________________________

Kitorang baru habis program. Konvo Graduan sidang pertama. 

Aku bawak Haziq dan Ali pergi butik. Ajar diorang cara tawar-menawar versi aku. 





p/s: Sueqa tu macam Petaling Street dekat KL. Sini tiada peniaga samseng macam kat Petaling Street.

Saturday, 26 February 2011

Gulai gempak

Assalamualaikum.

2006 @ Masjid Annur, USJ4

Panas terik. Peluh jantan mula bertitisan di dahi. Ada yang mengalir melalui hidung, jatuh tepat ke dalam mulut. Pergh, masin gila. Kurang sikit daripada ikan masin.

Hari Jumaat memang budak asrama macam aku tunggu. Boleh keluar dari sekolah dan menuju ke masjid untuk solat Jumaat. Jalan kaki 10-15minit.

Sampai masjid, terus pergi dapur masjid. Minum air sirap barang setong (satu tong) dua. Ada rezeki lebih, boleh rembat pisang atau biskut kering. Cukup untuk alas perut supaya tak berbunyi masa khutbah. Adegan perut berbunyi ketika khutbah sangat ngeri. 

Aku masuk dewan masjid. Nampak beberapa junior macam mengaji. Kepala tunduk sambil bergerak-gerak persis seorang hafiz Al-Quran. Bagus. Aku menghampiri mereka. Ingat nak join sama. Benda baik tak elok kita tangguh.

Tiba-tiba diorang menggelupur. Menggelabah.

Kaki aku terpasak kemas depan diorang. Lagak seorang kadet sedang diri sedia dalam kawad. Di bawah kaki aku adalah senaskhah majalah Gempaq! Aku pusing-pusingkan kaki sampai majalah Gempaq! itu bertukar jadi gulai. Sedap!!
___________________________________

Memang diorang bikin aku panas. Baca Gempaq! dalam masjid memang tak ngam betul dengan aku. Punyalah hati aku berbunga riang, alih-alih rasa nak lutut kepala sorang-sorang.

Aku rasa ada beberapa orang dalam dewan tu nampak apa aku buat. Aku buat biasa. Lagak seorang pelajar senior yang memiliki kuasa untuk berbuat demikian. Oh, aku seorang pengawas. Lupa nak bagitau.




p/s: Aku tak tahu apa jadi dengan junior tu. Lepas pijak, aku terus solat sunat Tahyatul Masjid. Lepas salam diorang dah tiada kat belakang.

Friday, 25 February 2011

Journey to Sahara

Assalamualaikum

Aku baru lepas godek friendster. Memang dasar pelupa. Dulu, friendster memang ngam dengan aku. Sejak ada facebook, aku lupakan dia. Peduli apa aku?

Kau boleh tinggalkan page ini jika menyampah dengan foto-foto di bawah.

Ayuh, sila saksikan...


4 Julai 2008. Aku pijak pasir Sahara.



Canyon in Marzoga



Istana dinasti silam

Sebelum kembara bermula


Nama unta ni Remy



Remy jilat kaki aku 9x



Aku juara gelongsor Sahara



Kain pelikat di Sahara


Check out lepas sarapan
_________________________________

Aku tak berapa layan travel. Tunggu diajak. Itu pun kalau perangai tukar plan last minit aku tak buat hal.

Aku ingat nak pergi umrah atau haji lepas ni. Maksud aku, honeymoon di Mekah dan Madinah. Cewah!





p/s: Rindu rambut panjang aku yang dulu

Thursday, 24 February 2011

tisu dan tepung

Assalamualaikum.

Ada orang kata aku takde perasaan. Ada juga orang kata aku takde hati budi. Tak ketinggalan mengatakan aku seorang keras hati.



Mendengar kata-kata ini selalu buat aku tersenyum. Bibir senget ke kiri. Nafas terhembus kasar.

Aku senyum. Apa yang mereka tahu tentang hati seorang lelaki yang hanya menadah telinga dan menyerap kalimah orang sekeliling? 

Cuba letakkan diri kau dalam situasi aku? Kalau kau rasa boleh menyelami apa aku rasa, aku tak pernah rasa kau akan mampu merasai apa aku alami. Hati aku hati aku. Hati kau hati kau.

Bagi aku, hati manusia ini ada dua.

Hati tepung.

Hati tisu.

Anggap air itu sebagai masalah.




Hidup kalau tiada masalah, kau akan mati. Dengan masalah kau akan hidup. Cuma, bagaimana kau serap masalah kau?

Tepung dengan air, jadi bergumpal. Lama-lama jadi liat.

Tisu dengan air, jadi lembik dan lembut. Lama-lama koyak.

Kau kenal diri kau bagaimana. Aku?

Aku pun kenal diri aku bagaimana. Dan aku lebih tahu hati aku jenis hati apa.
______________________________

Selepas apa aku lalui 22 tahun ini, hati aku terbentuk untuk menjadi sekeping hati tepung. Malah, jika dibiarkan angin menerjah kencang, boleh berubah menjadi keras. Sekeras keluli yang padu dan padat.

Hati tisu? Aku tak pernah pandang orang berhati tisu sebagai lemah. Kerna hati tisu ini akan menghamparkan helaian tisu untuk menjadi satu kekuatan bagi melakar kisah menggunakan titisan air mata.





p/s: Aku kuat makan roti. Satu hari 3. Roti sini saiz dia kau susun 3 roti canai. Kira aku makan 9 roti canai sehari. Sebab tu aku rasa hati akan jadi tepung.

Wednesday, 23 February 2011

Bukan sebab murah

Assalamualaikum.

Petang yang cerah. Segar. Angin bertiup gedik. Tak ganas. Sedap-sedap buat bulu hidung menari-nari. Panas berangin macam ni memang tepat sangat adegan basuh basuh dilakukan.

' Gedegang..'

' Gedegung..'

Apahal mesin basuh ni bising semacam? Bukannya aku spin pun. Bergegar lain macam ni. Tak sampai 6 bulan dah buat hal. Beli barang murah. Memanglah.

' Gang..'

' Gung..'

Nasib baik harta perkongsian dengan housemates. Rasa nak hentam dengan tukul besi pun ada. Nak terajang memang dah lama aku pendam.

' Bang..'

' Bong..'

Berhenti. Senyap. Mesin basuh bebas sebarang bunyi bising dan gegaran.

Aku bukak penutup. Aku pulas butang ke arah drain. Air keluar mencurah-curah. Tiba-tiba aku dapat kesan  kelainan pada dasar mesin basuh itu.

Air sudah habis keluar dari dalam mesin basuh. Mata aku masih melekat pada dasar mesin basuh itu.

_____________________________

Memang bersih, suci, lagi murni handphone dan pendrive aku. Handphone aku dah jadi macam handphone mainan. Siap boleh sedut keluar air macam air kotak berbentuk handphone.

Mesin basuh tu tak bersalah. Benda tak hidup, tak berakal. Yang bodoh adalah aku. Salahkan benda lain. 

Hidup suka salahkan orang lain memang bodoh. Sombong. Kau ingat kau seorang yang betul dan orang lain bersalah? Sila pergi hidup di hutan.



p/s: Ni balasan Tuhan. Handphone aku selamat bersemadi dalam laci. Pendrive masih mampu berkhidmat. Syukur.

Pagi yang cerah

Assalamualaikum.

Minggu lepas aku pergi uruskan pembaharuan kad pengenalan Maghribi.




Update terkini: Urusan kad pengenalan dah selesai. Lagi sebulan boleh ambil.

Aku tak sambung rekod dekat Mcdonalds sebab tayar basikal dah nak barai. 
_________________________________

Ada rezeki nanti aku akan rekod kehidupan masyrakat di sini.

Seperti biasa, yang rasa sakit hati dengan video ini, jangan tengok lama-lama. Sakit hati boleh mengundang pelbagai penyakit lain.





p/s: Yang bawak basikal tu nama dia Ali. Suara dia lagi sedap daripada aku.

Tuesday, 22 February 2011

Kalau kantoi

Assalamualaikum.

Orang ramai. Semua tunggu giliran. Aku dalam pejabat Ittisalat, kira macam Telekom Malaysia. Aku dapat nombor cantik, 111. Nombor cantik tak guna kalau kena tunggu lama. Dekat papan tertera nombor 91.

Ada lagi 20 orang tapi kaunter ada dua sahaja yang buka. Serupa macam bank kat Malaysia. Yang buat aku lagi rasa nak sepak kaunter tu, bila papat pulak pegawai jenis bila jumpa member, dia punya sembang macam kau buat kenduri doa selamat. 

Urusan patut 2 minit selesai, jadi 12 minit. Memang minta mulut aku bermaki-makian.

Ah, aku tak pakai sweater. Sejuk. Angin tiba-tiba kuat. Makin sejuk pulak pejabat tu. Daripada duduk, aku berdiri cuba panaskan badan. Then, aku jalan pulak. Aku pusing-pusing dalam pejabat tu. Tak jadi gak. Aku start nyalakan rokok. Jalan terakhir panaskan badan. 

Aku tipu. Aku tak merokok. Aku bukan seorang yang sanggup habiskan duit semudah itu. Shopping dan makan lain cerita.

Ah, menyesal layan minum teh berpudina 2 teko seorang diri. Boleh pulak tiada tandas dekat pejawat awam sebegini. Ah, lagi rancak makian bertalu di mulut. Ah, diri menggigil seorang diri menahan proses perkumuhan berlaku.

Aku keluar. Cari tandas. Bagi mengelak diserang sakit batu karang, aku hayun kaki secepat mungkin cari tandas. 

Pling!! Ada satu kedai. Ramai gila orang kerumun. Aku selit - celah - menerobos melalui badan - super - bau - baeng pelanggan-pelanggan kedai itu. 

Aku jumpa tandas. Lepas baca doa, aku hayun kaki kiri pijak lantai tandas.

Lega. Aku tolak pintu. Tak boleh. Aku hentak belipat pintu sedikit kuat. Tak boleh. Aku sepak sekuat hati. Tak boleh. Kuku aku patah. Aku keluar pistol. Tembak tombol pintu. Baru aku dapat keluar.

Ok, aku tipu lagi.

Aku ketuk pintu sekuat hati. Tiba-tiba pintu terbuka. Makcik cleaner kata ingat takde orang. Sebab senyap gila. (Perhatian: Jaga adab anda beristinjak di dalam tandas. Tengok, makcik tu ingat takde orang. Tak berbunyi langsung aku)

Tiba-tiba je kedai kosong. Hilang semua orang yang ramai tadi tu.

Aku baru perasan. Aku masuk kedai nombor ekor. Kalah sport toto kat Malaysia. Sport toto kat Malaysia takde tandas, sini ada.
_________________________________

" Seorang pelajar Malaysia di Maghribi ditangkap kerana bermain judi.."

Kalau jadi headline Utusan Meloya Melayu ni, memang jadi bahan hangat seminggu. Silap-silap kena blacklist semua kawan aku kat sini.

Kalau ada JAIS dekat sini, memang sure kena basuh aku dalam van jenazah diorang tu. Tikam tak tikam belakang cerita, yang penting kena kaut sekali dengan kaki tikam.





p/s: Dekat sini, masa Ramadhan, pagi kedai nombor tutup. Elok azan Maghrib, dah bukak kaunter. Bukak puasa sambil tikam. Style tak?

Sunday, 20 February 2011

Entri malas (2)

Assalamualaikum.

Perbualan pagi tadi sebelum aku main bola.
____________________

Aku: Dan, main bola jom!

Dan: Malaslaaaaahhh! Aku tengah dengar lagu Siti ni. Lepas ni Lady Gaga.
____________________

Pintu bilik retak. Lampu bilik pecah.





p/s: Budak ni keluar bilik kalau dia nak snap gambar sahaja.

Jubli emas

Assalamualaikum.

Aku akan ingatkan kembali. Blog ini aku wujudkan sempena tarikh ini. Blog ini beroperasi pada tarikh 20 Februari 2009. Maknanya blog ini dah 3 tahun hidup. Sebab apa? Ini tarikh lahir ayah aku.

Kalau dua tahun lepas, aku cerita ini tentang ayah aku:

Tahun ini pula, aku nak cerita pasal peranan ayah aku dalam membentuk jati diri seorang penjaga gol dalam diri aku. (ayat ini kalau dalam karangan PMR kira dah dapat A2. Mantap sikit karangan kau boleh dapat A1)

Ayah aku dulu penjaga gol sekolah dia. Sekolah Kebangsaan Assunta Petaling Jaya. Genetik ini turun kepada aku. Aku merupakan calon penjaga gol daerah Petaling pada tahun 2001.

Ayah aku selamba. Dia latih aku jadi penjaga gol dalam rumah je. Dia belikan aku sebiji bola berwarna merah putih. Ruang tamu rumah jadi pentas latihan aku. (Kalau kau bayang ruang tamu rumah aku luas macam gelanggang futsal, sila cucuk lidah kau dengan garfu)

Ayah aku selamba rembat bola macam main atas padang. Aku lompat kiri kanan nak selamatkan almari kaca belakang aku. Itulah gol aku. Sila bayangkan betapa kerasnya latihan aku. Masa tu aku baru 9 tahun.

Almari aku ada pecah. Lampu siling pun ada juga pecah. Kerusi rumah siap tukar kulit sebab aku buat latihan diving sampai terkoyak. Halaman rumah ayah aku alter sampai jadi tapak latihan kedua. Kira second stage lepas aku dah lepas latihan indoor (baca: latihan di ruang tamu)

Bila fikir balik, aku ada kemungkinan jadi penjaga gol Malaysia sekarang ni. Sebab penjaga gol Malaysia sekarang ni pon, Khairul Fahmi sebaya dengan aku. Aku dapat tawaran Sekolah Sukan Bukit Jalil lepas habis UPSR dulu. Kau bayang kalau aku masuk sekolah tu? (tak payah bayang kalau malas).

Banyak lagi genetik ayah aku nampak jelas dalam diri aku. Takpe. Ada rezeki, aku cerita 20 Februari tahun depan.
______________________________________

Ayah aku dah boleh sambut jubli emas tahun ni.

Yang baca entri ini, sila doakan ayah aku sentiasa sihat. Terima kasih.





p/s: Ayah aku memang garang. Kalau rasa aku garang, itu faktor genetik. Sekian.

Saturday, 19 February 2011

Study group

Assalamualaikum.

Tadi aku ada discussion dengan classmates. Ada subjek killer Isnin ni. Doakan kejayaan kami. 1st time kami study dekat pusat komuniti. Puas hati.

Yang buat aku lagi puas hati, aku tengok diorang ni berbalah. Aku tak tahu keadaan study group kat Malaysia. Kat sini memang kau tak kan mengantuk. Melainkan kalau kau memang jenis mata tertutup tanpa kira masa tu aku tak tahulah.

Takde masa nak borak pasal bola kalau laki. Borak pasal gosip artis kalau pompuan. Kalau borak pun, jenis borak pasal benda yang tengah balah tadi. Fokus memang tinggi even tengah balah-balah tu.

Daripada seorang yang present, boleh bertambah jadi 3-4 orang. Lepas tu bertekak. Time bertekak ni aku suka. Yang ni kata macam ni, yang tu kata macam tu. Ada yang cuba jadi pendamai but at last, dia pun join bertekak. Layan.



Tengah bertekak tu, ada pulak yang menganjing. Ha ha ha. Aku perhati seorang demi seorang. Kan aku suka memerhati? Ada yang buat bodoh, ada yang join group ni, ada yang keluar sementara tunggu mereka habis bertekak. Yang keluar tu aku lah.

Bab menganjing diorang ni aku memang tabik tumit kaki cecah dahi. Cuba kau buat. Betapa skill menganjing diorang ni sangat tinggi.

Aku lunch dengan diorang. Sebelum tunggu makanan sampai, slot menganjing bermula. Memang tiada yang terlepas. Termasuk aku. Termasuk juga pensyarah yang mengajar.
Diorang punya menganjing dari sekecil-kecil benda sampailah sebesar alam. Kau bayang suara pensyarah pun sebiji dapat tiru. Siap gaya dengan mimik muka. Aku tengah kunyah ayam pun tertelan tanpa sempat kunyah 40x.

Ada pulak menganjing presentation member sendiri. Presentation yang dah sebulan lepas pun still ingat lagi. Masa dekat kelas memang pelakon terbaik. Semua jadi pelajar cemerlang. Kat luar memang terbaik diorang kutuk dan perli.



Kalau dah makan 10 orang satu meja, memang kitorang conquer restoran tu. Jenis nak gelak tepuk meja dengan hentak lantai. Pastu gelak takde masa nak control suara. Kasi lepas sampai ayam dalam mulut boleh lompat sampai dahi member depan.
_______________________________
Classmates aku tiada seorang pun kedekut ilmu. Gempak gila kentang macam mana pun, still akan kongsi. Tak tahu buat gaya tak tahu. Jujur.

Diorang bertekak settle dalam kelas. Tak bawak keluar. Bertekak pun, dapat kata sepakat gak akhirnya. Takde cakap-cakap belakang.

Aku dengar student Malaysia ada yang jenis makan sendiri. Umpat belakang. Come on babe! Kau gempaq sorang-sorang kau ingat kau power ke? Kau memang ada chance kena maki kat belakang tanpa kau sedar.



p/s: bolehlah kongsi pengalaman anda study group. Aku nak tahu jugak situasi kat Malaysia macam mana.

Friday, 18 February 2011

Perangai nan hado

Assalamualaikum.

Aku ada sikap buruk yang aku susah nak kikis. Aku sedar perangai aku ni banyak susahkan orang. At last, ramai yang bengang dengan aku. Aku pun bengang dengan perangai aku ni. Haaiihh...

1) Tukar plan last minute.



Ini paling aku sakit hati. Aku tak suka bila perangai aku ni datang. Aku bukan selalu buat macam ni. Tapi, perangai ni datang bila saat-saat genting. Kira aku ni anti-klimaks la.

Banyak dah mangsa. Dulu, aku and housemates dah plan nak pergi funfair. Nak try suasana sini punya funfair. Bila semua dah siap, tiba-tiba perangai aku ni datang. Padahal aku yang cadang. Memang mintak cagu di lidah sungguh.

Dah plan nak keluar malam, tiba-tiba perangai najis aku ni menjelma. Penat kawan aku tu tunggu. Rasa macam nak cucuh bara sate atas dahi je bila perangai aku ni datang.


2) Mulut tamat insurans




Ini aku tak sakit hati sangat. Tapi, still aku tak suka apa yang keluar dari mulut aku. Aku tak boleh tahan mulut daripada memaki hamun orang yang buat aku bengang.

Aku selalu kena ulser @ mata ikan dekat lidah. Walaupun dari sudut saintifik, aku kurang minum air. Tapi aku rasa ulser tu datang hasil caci-maki yang aku selalu dendangkan.


3) Melalak dan memekak




Ya! Aku memang suka melalak lagi memekak. Perangai ini akan datang bila aku mengalami kebosanan melampau. Memekak juga terjadi bila aku rasa tertekan. Lagu yang selalu menjadi mangsa adalah lagu berunsur indie.

Aku tahu perbuatan ini mengganggu ketenteraman housemate aku yang lain. Aku cuba tahan tapi siapalah aku nak tahan-tahan ni? Aku insan lemah.

Bila datang perangai aku ni, aku tak hiraukan orang sekeliling. Aku pernah melalak dalam terowong sepanjang 50m. Orang sekeliling memandang sinis aku. Benar. Mereka sedang melihat seorang gila jalan dengan riang sambil melalak-lalak.

4) Boros



Walaupun ada yang nampak aku ni kemut lagi kedekut orangnya, itu adalah penipuan agung yang telah aku cipta. Aku sebenarnya sangat boros apabila datang nafsu membeli aku.

Tanpa menghiraukan ketebalan dompet yang lagi nipis daripada buku 3x5, aku redah je mana-mana kedai yang mampu aku lempiaskan nafsu serakah yang menjelma tanpa aku seru.

5) Kuat perasan




Ini paling aku tak larat nak layan. Perangai ni datang kalau aku dalam keadaan yang tak berapa waras. Ada je gadis Arab pandang aku lebih 2 saat, aku mula merasakan diri ini jejaka Melayu terakhir.

Bila aku mampu buat gadis Arab tersenyum, aku mula merasakan dia ada menyimpan perasaan terhadap diri aku. Ini memang bikin pening kepala.

Belum lagi kalau aku nampak cermin. Mesti nak pandang sambil membayangkan diri ini seorang maskulin sejati. Janggut ada, lengkaplah tu ciri-ciri maskulin tulen.
_____________________________

Untuk yang suka buat cerita pasal aku, ada tak point-point aku kat atas tu yang korang terlepas? Kalau ada, bolehlah tambah. Ni aku dah bagi izin sebab aku betul-betul buat.

Kalau ada yang aku tak tulis tapi korang perasan, sila tambah di ruangan komen. Jangan risau. Kebebasan bersuara.





p/s: Aku akan cuba ubah. Jangan harap cepat sangat. Layan perlahan-lahan.

Thursday, 17 February 2011

Drama king

Assalamualaikum.

Manusia bukan robot. Ini kata-kata seorang tua beruban di usia muda. Betul. Kau takkan mampu untuk menolak apa-apa perasaan yang terdetik tanpa kau pinta.

Manusia belajar daripada kesilapan. Robot tak belajar apa-apa. Robot hanya jelmaan manusia yang tak punya hati dan perasaan. Robot adalah jelmaan manusia yang tidak mahu belajar dan hanya terima arahan.




Kau. Ya, aku sedang bercakap dengan kau wahai manusia.

Kenapa kau rasa kau begitu sempurna tanpa ada sebarang cacat-cela? Kau tak pernah buat silap? Kau seolah begitu bangga dengan diri sendiri. Kau seorang sahaja yang betul dan aku salah.

Ya, aku akui ada kesilapan yang aku pernah buat dalam hidup aku. Aku pasti bukan ratusan, malah beribu silap aku dah buat.

Sikap kau yang suka besarkan silap orang adalah kesempurnaan bagi kau. Mungkin sebab kau yakin dengan diri kau yang sempurna. Kau pernah silap jawab exam. Aku pasti. Sebab kau tak dapat 12A1 SPM dulu. Itu juga satu kesilapan bukan?

Sikap kau yang suka burukkan aku bukan aku tak tahu. Engkau hanya tahu engkau insan paling sempurna dan aku insan penuh titik kesalahan. Ya, betul. Sebab titik itu hanya wujud di mata kau dan kau akan terus nampak titik itu.

Aku bukan Nabi yang tak pernah doakan bala untuk umatnya. Aku juga bukan robot yang menerima sikap engkau hanya seperti renjatan elektrik. Bukan. Aku cuma belum tergamak untuk meletuskan satu sisi baru dalam hidup kau.

Aku pasti engkau tak tahu yang aku dah tahu dusta dan fitnah yang kau tabur atas kepala aku. Sebab kau yakin dengan lakonan kau sendiri. Kau tak sedar bukan yang aku juga sedang melayan lakonan kau?

Teruskan dengan lakonan engkau. Ya. Aku suka melihat. Aku suka melihat satu drama yang penuh dengan kejutan. Aku terkejut sebab aku masih mampu melayan lakonan hebat kau sampai sekarang.

Aku juga terkejut dengan telenovela yang engkau aturkan sendiri. Wah, memang jelas sekali engkau adalah hero dan aku adalah si kambing hitam.



Untung tiada anugerah untuk pelakon harapan blogger. Aku pasti tercalon walaupun tiada peluang menang.
______________________________________

Wajah aku tidak sekacak kau. Penampilanku tidak sehangat kau. Banyak lagi kekurangan aku yang kau gariskan untuk dijadikan acuan kesempurnaan kau. Ya! Kau sempurna hanya di mata kau sendiri.

Pada mata aku, kau hanya pelakon yang tidak tahu suntingan drama telah lama berhenti tetapi kau masih terus berlakon mempamerkan kehebatan diri di hadapan kamera.





p/s: Kau bertakhta bagaikan maharaja di atas pentas
      Lakon layarmu yang terhebat
      Memukau mata melihat

Wednesday, 16 February 2011

Bosan

Assalamualaikum.

Video ini terhasil akibat kebosanan tahap bumbung langit.



First time aku buat vlog. Agak kabut. Perasan famous. (Aku memang kuat perasan. Sila terjun perigi buta Ngangkung)

Yang tak suka atau kata aku cari publisiti, aku ok. Kebebasan bersuara.

Kalau geram, jangan tengok lama-lama. Sakit jantung, darah tinggi pun boleh kena.
_____________________________

Saja cuba benda baru. Belum cuba belum tahu.

Aku pilih buat vlog bukan sebab aku nak cari publisiti. Sekadar suka-suka.

Aku suka-suka, tapi kalau kau tak suka, ok. Jangan seksa diri anda.







p/s: Aku akan keseorangan untuk tempoh 3-4 hari. Boleh makan ikut suka.

ref: 1- bilik puaka

Lalat

Assalamualaikum.

Aku ada peribahasa versi mizauka.

Kalau Melayu, kita ada peribahasa berikut.

1) Kerna mulut santan binasa, kerna mulut badan binasa.

2) Marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Ini peribahasa aku:

Bengangkan lalat, terpecahkan tingkap.

Faktor tingkap pecah adalah mungkin kerna rumah ini sudah hampir menyambut jubli perak. Maka, hanya dekat sedikit libasan manja, pecah sudah tingkap bilik ini.
______________________________

Aku dengan lalat musuh bukan baru. Dari start aku tahu eja lalat, sampai sekarang, dah berapa puluh ekor aku bunuh. Mungkin cecah ratusan.

Kecekapan tangan aku menepuk dan membaling objek ke arah lalat masih jitu seperti dulu. Cuma, lalat sahaja yang berlainan. Dulu lalat Malaysia, sekarang lalat Morocco.





p/s: Aku pernah siram lalat dengan air panas sampai ulat sampah yang ada dalam perut lalat terkeluar.

Sesedap hati

Assalamualaikum.

Aku dengar macam-macam orang cakap pasal aku. Banyak versi. Pelbagai genre. Berbeza perspektif.

Aku ok. Aku hanya tadah telinga aku walaupun adakala gegendang telinga aku semacam pecah mendengar pelbagai jenis hikayat yang menerjah masuk.

Aku tetap dengan prinsip aku. Aku takkan cakap apa-apa pasal kau. Kau dengan mulut kau satu. Aku dengan hati aku satu. Mulut kau dengan hati aku bukan satu.

Perlukah semua perkara kau buka mulut untuk ceritakan pada orang? Adakah sebab kau ada keupayaan mentafsir orang yang menjadi lesen untuk kau membentang sehelai kertas putih dan mula mencoret sisi-sisi kehidupan orang?

Kau seolah begitu yakin mengarang cerita tanpa kau selidik. Ya, kau kelihatan amat percaya dengan kata-kata sendiri. Sehingga kadang-kala aku saksikan kau termakan kata-kata sendiri.

Kadang-kala diam itu lebih baik. Memang aku pasti sikap berdiam aku ini tidak ada kebaikan langsung untuk aku. Malah, diam aku mengundang lebih lagi hikayat-hikayat sang pentafsir.

Diam aku bukan kerna aku rela aku diperlakukan begini. Diam aku bukan kerna aku mengalah dengan keyakinan kau berkata-kata.

Aku diam kerna aku suka menglihat. Aku suka lihat kau bercerita tentang diri aku. Aku suka melihat kau yakin mentafsir aku. Aku juga suka lihat kau penuh kepastian mencoret peribadi aku. Kerna aku suka lihat, betapa keyakinan dan kepastian kau terhadap aku penuh dengan keterbalikan suatu realiti.
_____________________________

Kadang-kala kau perlu sedar ada orang juga bercakap tentang engkau. Bagaimana kencang khabar yang engkau sampaikan, mungkin lebih kuat lagi angin yang membawa cerita tentang engkau.

Baik itu subjektif. Jahat itu subjektif. Dan aku pasti aku punya kedua-dua sisi itu. Cuma, aku tak pasti engkau punya kedua-dua sisi atau kau pasti kau hanya miliki sisi putih dalam diri engkau.






p/s: Manusia menghukum melalui zahir. Dan zahir itu kadang-kala palsu.

Heels

Assalamualaikum.



Aku lepak library. Stadi. Ada exam lagi 4jam. Kalau tak exam, library tempat pertama aku tuju untuk tidur.

Library sunyi. Sebab budak lain dah cuti. Aku baru terhegeh-hegeh nak exam. Kalau tak cuti memang tak jadi library. Jadi parti liar jawabnya.

Mana kau nak jumpa orang bertekak instead of berbincang? Mana kau nak jumpa meja library jadi meja open table untuk breakfast bawak ke lunch?

Aku dapat fokus. Macam ada kabel usb tercucuk dekat kepala aku. Masuk satu persatu maklumat.

" Keletak keletuk"

Aku angkat kepala. Pandang pintu masuk. Ada seorang perempuan masuk. Oh, pakai heels.

Aku sambung baca.

" Keletak tak tak tuk tak tuk"

Perempuan tu cari buku dekat rak. Dia berhenti dekat satu rak. Lama.

Keadaan jadi sunyi. Aku cuba kumpul semangat nak sambung fokus.

" Keletak keletuk"

" Keletuk keletak"

" Keletak keletak"

" Keletuk keletuk"

Segerombolan spice girls gadis semasa masuk library.

Aku bangun. Aku cabut kasut aku. Aku baling kat kepala diorang. Ok, aku tipu.
Aku tutup buku. Aku tidur.
_________________________

Apa perempuan rasa pakai heels hentak-hentak kaki kat lantai? Nak suruh aku tengok jenama kasut? Yang aku tahu jenama Jimmy Choo je.

Nasib baik aku tak pakai heels. Kalau tak, dah boleh buat paku dekat kepala.






p/s: Calon isteri aku kalau nak pakai heels kena jalan tanpa bunyi. Kalau tak, aku bagi selipar jepun.

Monday, 14 February 2011

Poket baju

Assalamualaikum


2010.


Aku drive balik dari Port Klang. Berbekalkan Myvi, seni selitan dan celahan aku asah sehabis baik. Penuh adab dan tatasusila. Signal aku tak lupa.

Keadaan trafik tak begitu sesak. Bagus. Sempat aku nak sampai masjid sebelum azan Jumaat. Lagi 100m aku dah nampak plaza tol Sungai Rasah. Aku himpit ke kiri. Takde Touch n Go apatah lagi Smart Tag.

Aku sampai dekat tol. Perempuan jaga. Aku seluk poket baju. Aku terus hulur. Sikit pun aku tak usha gadis tol itu. Sebab mata aku tengok kuku jari kaki yang dah patah-patah. Kena ambil sunat Jumaat ni. Potong kuku sebelum azan.

Aku tengok palang tol tak naik-naik. Aku pandang gadis tol itu. Dia senyum.
_____________________________

Lain kali cakap lah kak oi. Ada mulut tu bukan untuk senyum sahaja, tapi berkomunikasi dengan pengguna lebuh raya PLUS.

Aku terbagi kad pelajar aku dekat dia. Celah mana pulak kad tu boleh ada dalam poket baju? Aku kutip duit syiling yang ada dalam kereta. 3 keping syiling 20sen, 4 keping syiling 10sen. Cukup RM1.

Palang naik. Aku terus pecut.






p/s: Aku syak gadis tol tu ingat aku nak mengorat dia. Senyuman dia lain macam. Lawa sikit daripada senyuman Rosmah.

p/s 2: Jangan letak banyak kad dalam poket baju anda. Kes-kes begini memang rare.

Sunday, 13 February 2011

Kongsi dari kelas (1)

Assalamualaikum.

Malam ni aku rasa nak kongsi dengan anda semua apa aku belajar. Untuk yang tak tahu, aku sedang meneruskan pengajian dalam bidang Linguistik Bahasa Arab.

Kalau anda perasan, tak perasan takpe, tak salah pun. Perkataan pertama yang selalu seseorang bayi cakap adalah 'mama'.

Sebab apa? Bukan sebab dia menyusu badan. Tapi sebab makhraj (tempat keluar bunyi). Bayi pada permulaannya hanya mampu bercakap dengan mengeluarkan bunyi terhasil daripada syifah (bibir).

Huruf-huruf yang keluar daripada bibir adalah B, U, dan M. (ب،Ùˆ،Ù…).

Kalau Melayu, panggil ibu. Mama pun ada gak. Arab Umi. Nampak tak?

Kalau Melayu, panggil abah. Baba untuk Arab. Nampak tak?

Teori ini merangkumi hampir semua bayi di seantero dunia.
________________________

Belajar kalau tak kongsi tak best kan?

Kalau aku fokus lebih, aku kongsi lebih. Kalau tak banyak yang aku kongsi, aku tak fokus dalam kelas la tu.





p/s: Aku sebut baby bunyi babi masa mula-mula pandai baca.

Kamonlah

Assalamualaikum.

Aku tahu aku tak baik macam kawan-kawan aku yang lain. Mereka jaga pergaulan. Mereka jaga tingkah laku. Mereka jaga adab. Mereka mahir hukum-ahkam agama. Aku kurang.

Aku ada ramai kawan perempuan. Memang ramai. Mungkin sama ramai dengan kawan lelaki.

Ya! Aku selalu contact dengan diorang. Ramai. Mereka kawan sekolah menengah aku. 5 tahun duduk dalam sekolah yang sama.

Aku ada juga kawan alam maya. Tak pernah jumpa. Just contact via facebook. Sometimes handphone.

Dan oleh sebab aku rapat dengan certain kawan perempuan aku, terus chop aku ada affair dengan mereka. Lagi parah, kalau aku ada contact parents mereka. Lagi2 zaman facebook sekarang ni. Kalau nampak parents kawan komen dekat wall kawan lain, terus skandal.

Come on la. Boleh buka minda luas sikit tak?

Standard lah parents sekarang nak tahu dengan siapa anak diorang berkawan. Lagi-lagi kalau lain jantina. Ini dinamakan parents in the new era. Not a big deal lah.
____________________________

Kalau dah tahu salah perbuatan sendiri, usaha jangan ulang lagi. Masing-masing ada privacy sendiri. Just respect people's privacy. Jangan geledah ikut suka.

Aku sayang semua kawan aku. Lelaki dan perempuan.

Dah. Kau jangan nak panjangkan cerita pasal sayang kawan perempuan tiada dalam istilah persahabatan. Buku motivasi mana kau baca? Meh aku ambil tandantangan motivator tu.




p/s: Member pompuan ni berguna masa raya. Mereka akan kemas pinggan mangkuk budak laki. Pompuan yang tak buat begitu adalah sememangnya mangkuk.

Soalan mintak tumit

Assalamualaikum..

Aku sebenarnya malas nak publish blog ni sangat. Aku lagi suka blog ni berlegar sekitar orang-orang yang tak berapa kisah pasal aku. Sebab itulah aku. Jangan kisah pasal hidup aku sangat.

Tapi sekali lagi golongan yang sama dulu telah membuatkan aku rasa aku perlu letak tumit aku kat dahi mereka, tuju lutut dekat perut mereka, dan masukkan siku dalam mulut mereka.

Aku boleh terima kalau kau tanya sekali sebab itu menunjukkan kau prihatin. Terima kasih. Tapi.. Bukan soalan sama kau ulang buat kali ke7 dan seterusnya. Kau tak puas hati dengan jawapan aku. Aku tahu. Tapi kau tahu tak aku lagi tak puas hati kau tanya lebih-lebih.

Ok! Soalan mereka adalah: " Apa kau rasa masa clashkan dia? Mesti sedih gila kan??"

Nak kata bodoh, pandai je speaking English. Nak kata dungu, add math power lagi dari aku. Nak kata apa lagi? Kau tanya aku pastu kau sendiri jawab. Aku nak jawab lagi buat apa kan?

Bila aku bagi jawapan main-main kau mengada-ngada pulak. Nampak tak kenapa aku rasa aku perlu letak tumit kat dahi kau??

Ok. Ini jawapan aku untuk persoalan mereka.

Rasa dia macam dapat makan tau fu fah sejuk gila 3 mangkuk secara percuma selama 1 bulan. Rasa yang indah. Sikit pun aku tak sedih.

Apa? Kalau tak sedih kenapa masa kenduri dia aku lari sampai Eropah?

Ada seorang tua yang beruban di usia muda sahaja tahu kenapa aku ada di Eropah waktu itu. Yang pasti aku bukan lari. Instead of lari, aku sebenarnya nak sangat datang kenduri dia. Masalah duit sebenarnya.

Apa? Jalan Eropah boleh balik Malaysia tak boleh?

Ha ha ha. Kawan kau (kawan aku jugak) yang ajar aku gelak macam ni. Ini gelak sinis lagi keji. Meh sini aku bagitau. Aku jalan tu pun last minit punya plan. Plan asal aku nak balik datang kenduri. Tapi bila aku kira balik, jalan kat Eropah adalan RM700 lebih murah kalau aku balik Malaysia.

Apa? Aku balik jugak bulan puasa? Saja je balik lepas dia dah fly sambung belajar semula.

Woi unta! Aku balik puasa tu tak plan langsung. Aku sampai Malaysia dia still ada kat Malaysia la. Aku tak contact pun. Kalau aku contact mesti lagi meriah agaknya cerita kau. Aku balik last minute. Ada emergency. Rezeki aku gak balik masa puasa. Tiket murah gila daripada aku balik lebih awal.

Tu lah. Duduk kat universiti tu apa kau buat? Habiskan duit PTPTN? Pow duit parents kau? Duit aku tak banyak macam kau.

Tapi, biasalah. Kau memang suka buat cerita pasal aku. Kau harus bersyukur aku tak suka ambil tahu pasal kau. Walaupun aku ada je dengar cerita pasal kau masa aku balik Malaysia. Tapi still aku tak rasa berbaloi nak tahu cerita pasal kau. Sikit pun aku tak tanya budak-budak lain perkembangan terkini kau.
___________________________

Kalau aku buat entri pasal kau, mesti panjang gila. Tu yang aku malas nak layan kau. Kalau aku tak layan pun dah panjang macam ni, kalau aku layan tak tahu lah.

Jangan sampai aku jolok ibu jari aku dalam lubang hidung kau.





p/s: Aku benci entri macam ni. Sebenci beli tau fu fa takde air gula.

bila aku dah memerhati

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak tulis entri sampai patah kuku. Apa-apa yang terlintas kat kepala aku, aku akan type sepantas Rosmah bebel kat Najib.

Through my observation (jadah speaking? Melayu sudah). 

Melalui pemerhatian aku,

Orang yang suka memprovok, tak tahan bila diprovok.

Orang yang dah biasa mengarah, tak ikhlas bila diarah.

Orang yang rasa diri pandai, tak boleh terima ada orang lagi pandai.

Orang yang selalu mengumpat, panas hati kalau ada orang mengumpat dia.

Orang yang hobi dia geledah private message orang lain, tarik muka kalau dia punya orang kacau.

Orang yang kaki kencing (baca: penipu), selalu tak puas hati kena kencing balik.

Orang yang suka cipta kontroversi, panas bontot pulak kalau ada kontroversi pasal dia.

Orang yang suka pow barang orang, menggelabah pulak kalau orang pow barang dia.

...........................

Banyak lagi.

Relax sudah. Kau boleh buat, kenapa orang lain tak boleh buat kan? Kau special sangat ke? Ada daulat?






p/s: Aku selalu kentut. Aku ok je orang kentut kat aku balik. Give and take la kan???

Menangis

Assalamualaikum.

1999

Perangai ejek nama ayah memang dah jadi game budak sekolah rendah. Ada lagi celaka, dapat tahu nama atuk. Lagi meriah game. Nama ayah aku Mohamad Isa. Kena jugak. I.S.A. Ada yang ejek ayah aku banduan. Ada nama Karim. Kena ejek Karam Singh Walia.

Yang kenal ayah aku, takkan ejek punya. Beranilah ejek Pakcik Isa. Yang dah ejek lepas tu baru kenal, sumpah tak ejek banduan dah.

Aku ada sorang classmate aku. Perempuan. Tinggi gila ok? Seperti kebanyakan budak lelaki lain, alam sekolah rendah menyaksikan ketinggian kami amatlah jauh beza dengan budak perempuan. Aku hanya tinggi dagu dia sahaja.

Aku pulak tengah main game dengan budak perempuan tinggi tu. Lawan bertekak. Aku terpaksa dongak. Dia gelak je lawan tekak dengan aku. Dasar perempuan jalang tinggi. Merendah-rendahkan lelaki yang bantut.

Aku tak puas hati. Dia pun sakit hati.
_____________________________

Aku: Kau ingat kau tinggi kau bagus sangat ke?

Dia: Memanglah aku bagus. Aku lap tingkap tak guna kerusi. Kau lap papan hitam pun jengket.

Aku: Mentang-mentang kau wakil sekolah bola jaring. Lumba lari no1. Kaki panjang.

Dia: Apahal ejek kaki aku panjang? Kaki kau tu pendek lagi kesian. Aku lempang kau kang!

Aku: Lempanglah kalau berani!!

PAANGGGG!!!
____________________________

Aku termenangis. BACA: TERMENANGIS. Gila kau. Tangan budak bola jaring tu. 4/5 tapak tangan je dah penuh muka aku. Jenis pegang bola sebelah tangan melekat.

Tiba-tiba ada bunyi.

" Eeeii, tak malu. Nangis kena lempang dengan perempuan," bergema zikir ini selama 10 saat.

Aku seka airmata. Pedih. Pening. Pusing kepala memang deep. Aku pandang kawan-kawan aku seraya berkata,

" Aku nangis bukan pasal sakit. Aku nangis sebab dia sentuh aku. Haram. Ayah dia dah meninggal. Kesian ayah dia tanggung dosa dia. Nanti kena seksa dalam kubur," aku duduk kat meja aku sambil main pemadam.
_________________________________________

Game ejek nama ayah terus pupus pada saat itu juga. Semua terfikir soal alam akhirat.

Kadang-kadang aku rasa, mulut aku ni memang rock jugak. Kalau bab reka alasan memang juara. Takkan nak ngaku sakit ye tak? Tangan perempuan je pun. (Tapi tangan tu gaklah buat aku mabuk 1 hari).






p/s: Aku dah lama tak jumpa dia. Dah 9 tahun. Tak tahu siapa sekarang lagi tinggi.

Saturday, 12 February 2011

Aku pelik (1)

Assalamualaikum.

Malam ni aku nak mulakan satu entri berbentuk koleksi perkara yang menghairankan aku.

Aku pelik kenapa dekat Masjid Putrajaya, masih ada pengunjung wanita beragama Islam pakai jubah pink? Tu bukan untuk pengunjung non-Muslim ke?






p/s: Kalau boleh aku nak jawapan yang di luar kotak pemikiran. Kira out of the box laa.

Friday, 11 February 2011

Using SE W995

Assalamualaikum

Aku tiada tajuk kali ni. Sekadar nak cuba update blog guna henpon.

Teknologi ni kena pandai guna. Buat benda baik. Bagi manfaat untuk semua



P/s: aku type pakai kuku. Dah sopek kuku ibu jari kanan aku.

Wednesday, 9 February 2011

Suaraku

Assalamualaikum.

Tadi aku mengaji. Baru nak masuk juzuk 8. Gila malas. Dulu masa puasa, memang kalah Imam Muda Astro aku rasa. Satu hari relax je bantai 2-3 juzuk. Kau kira dari start Syawal sampai sekarang dah masuk Rabiul Awal. Dah berapa bulan? Baru 8 juzuk. Teruk.
(* aku yakin ada yang tak tahu atau tak sedar sekarang dah Rabiul Awal. Yang tak tahu mengaku jela. Tak baik tipu.)

2000.

Aku termasuk acara tilawah Al-quran. Sila baca kembali. Termasuk acara tilawah Al-quran. Aku ingat lagi. Aku baca surah Albaqarah mula juzuk 2. Berbekalkan suara huskey (aku tak tahu ejaan betul), dan lantunan huruf yang tepat, aku termenang acara itu. Baca kembali. Termenang. Ini peringkat sekolah.

Aku terpilih mewakili sekolah. Tapi dalam acara hafazan. Sekolah aku yang silap. Acara tilawah untuk murid tahap satu (darjah 1-3), hafazan (4-6). 

Aku ada masa 2 minggu dari tarikh aku termenang acara tilawah peringkat sekolah. Aku perlu hafal 5 surah dalam masa 2 minggu untuk hafazan peringkat zon. Otak tengah suci. 5jam je aku dah hafal 5 surah. Ok, aku tipu. 1 hari 1 surah. Lepas 5 hari aku berjaya hafal. Itu pun aku balik kampung. Arwah atuk aku imam masjid. Kira ambil berkat lah.

Lepas 2 minggu, aku bertanding. Dekat Puchong. Sebab aku sekolah dekat Seksyen 19, Shah Alam. Ada 4 orang peserta. Aku dapat surah Al-Ghasyiah. Dengan menyerap semangat padi imam arwah atuk aku, aku pun mulakan bacaan. Aku peserta kedua.

Masa pengumuman keputusan, aku termenang lagi. Kiranya aku ada masa 2 minggu lagi untuk peringkat daerah pula.

Aku teruskan hafalan. Mengulang bacaan. Peringkat daerah akan diadakan di Subang Jaya. Aku bertanding dalam daerah Petaling. 

3 hari sebelum peringkat daerah, aku sakit tekak. Ustaz aku bagi aku minum air asam jawa. Tak jalan. Madu. Tak jalan juga. Air panas campur apa entah. Masih tiada kesan.

Hari aku bertanding, memang power suara aku. Serak tak basah + garau. Ada peluang jadi anak murid Ramli Sarip. Kalau dia bukak kelas, akulah calon ketua kelas. Menang tanpa bertanding.

Aku dapat surah At-Tariq. Baca memang layan. Aku tukar feel. Ambil semangat Awie + Amy Search + Nash + Ramli Sarip. Pengadil yang terdiri daripada para ustaz bukak songkok, tanggal ketayap. Diorang layan head-banging. Para penonton panjat kerusi sambil hand in the air. Ok, aku tipu lagi.

Keputusan, aku dah tak termenang. Ustaz aku senyum je atas kekalahan aku.
_________________________________________

" Tak menyempat nak jadi bujang. Tunggulah lepas peringkat kebangsaan dulu ke. Tak pun, tak tahan sangat, peringkat negeri pun jadilah," ustaz-ustaz lain bantai gelak sampai tergigit janggut.

Baru aku tahu apa aku belajar dalam feqah masa darjah empat bab kebersihan, tajuk mandi. Tak paham gak ke? 

Pecah suara paham tak? Tak paham lagi? Baik sangat kau ni kalau tak paham lagi. Tak caya pulak aku.




p/s: Suara aku sekarang tak sama langsung dengan Faizal Tahir. Suara Justin Bibir tu aku tak pasti dah pecah ke belum.

Monday, 7 February 2011

Ku sangkakan Ratatouille

Assalamualaikum.

Rumah aku ini sangat sejuk. Sampai sakit tulang sumsum. Mencucuk-cucuk. Bangun pagi tengok tingkap berair. Terkondensasi oleh suhu dingin di luar rumah. Aku selalu terjaga kerana kesejukan yang amat ini. 

Kadang-kadang aku dikunjungi oleh tikus yang besar. Berusaha memanjat almari untuk mencapai makanan. Aku bengang. Tidur yang terganggu oleh tikus lagi sakit hati daripada terjaga kerana nak terkucil di malam hari.

Tikus ini sangat berani. Usaha menghalaunya amat sia-sia kerana dia tidak akan berganjak pergi. Hanya sekadar menyorok di celah-celah dinding. Oh, rumah aku 90% kayu. Ada rekahan yang menjadi rumah sewa tikus itu.

Lagi pula, makanan kami dalam bilik selalu habis. Kalau habis terus takpe. Takde terasa sangat. Tapi yang selalu terjadi, hotdog Ubai selalu tinggal separuh. Ada tanda love-bite gigitan pada hotdog.

Aku bengang. Aku tabur racun tikus atas lantai. Aku campak racun itu dalam setiap lubang yang aku ada. Aku harap dia akan mati. Takpe. Tikus ini membawa penyakit. 

Aku tidur. Tarik selimut tutup badan. 

Aku bangun tidur. Terus solat Subuh. Aku tidur balik. Sejuk la der. Tak larat nak stay up.

Aku bangun balik pukul 9:45am. Ya! Kelas aku pukul 10am. Jarak dari rumah ke universiti 20 minit. Takpe. Relax. Aku bukak tingkap. Cahaya matahari melimpah masuk ke bilik puaka

Aku bau sesuatu. Lubang hidung aku mengembang sebesar 2cm secara otomatik. Sangat menusuk. Mencucuk. Bulu hidungku beralun kencang akibat aroma itu. 

Yes! Aku yakin tikus itu dah mati. Aku mencari-cari bangkai tingkus itu tak jumpa.

Aku jumpa benda lain.

Celaka! Aku lupa aku gantung stokin dekat tingkap. Bau memang tak boleh nak gambarkan. Bau stokin sukan mungkin sama dengan bangkai tikus. Atau mungkin lebih deep.
___________________________________________

Ada tikus yang dah mati. Aku dah happy. Tapi aku lupa. Tikus itu ada komuniti. Mungkin yang mati itu dari Seksyen 2. Entah berapa besar komuniti tikus ni. 

Sekarang ni tikus tu masih berani ziarah bilik aku. Aku pula penakut tikus. Tikus menang. Aku kalah.





p/s: Sekarang ni aku ada 5 pasang stokin. Semua odor-less. Aku rajin membasuh.

Sunday, 6 February 2011

Kawalan

Assalamualaikum.

Hari ini aku sangat mengantuk. Plan nak siapkan esaimen sebelum Asar. Gagal. Tak tidur lepas Subuh bukan jaminan aku mampu siapkan esaimen dengan pantas. Faktor penggunaan internet sebagai medium maklumat selalu menyesatkan aku kat laman web lain. Tak terkawal.

Ya! Kawalan sangat penting dalam hidup ni. Kalau aku tak mampu kawal, siapa lagi nak kawal hidup aku? For sure lah aku sendiri. Aku tak kawal orang. Aku tak kawal keadaan. Dan aku tak suka pun buat begitu.

Selalu dengar orang-orang hebat berkata, " Kita mesti kawal keadaan, bukan keadaan kawal kita..". Apa yang diorang kata tu sangat realistik. Aku sarkastik. Dua subjek yang sangat berbeza.

Aku kena kawal makan. Kalau aku ikut perut aku, aku nak makan yang superb sahaja. Yang harga memang Rosmah je mampu bayar. Aku nak sarapan coco crunch, lunch daging, petang kek, malam ikan pari. Tapi aku kawal. Aku hanya makan roti sahaja sampai aku tidur waktu malam.

Aku kena kawal kentut. Kalau ikut bontot aku, aku nak je lepaskan satu letupan kencang dalam kelas. Kau bayang aku kelas dari 8am - 6pm. Kadang tak sempat sarapan sampai perut berangin. Tahan kentut selalu buat aku pening kepala. Mana boleh tahan. Lepas tetap lepas. Tapi aku kawal. Setting kena tepat. Salah setting bergegar kerusi aku nanti.

Aku kena kawal tidur. Kalau ikut mata aku, aku akan tidur sampai aku tidur mata terbuka. Kau pernah? Itu maknanya aku mengada-ngada. Sebab aku akan mimpi yang mengarut-ngarut kalau tidur lepas Subuh. Sampai aku bosan bermimpi, baru aku bangun betul-betul.

Aku kena kawal shopping. Kalau ikut tangan aku, aku akan capai apa sahaja yang aku berkenan. Sekarang aku sangat sengau sangap baju kemeja berkotak. Aku baru sahaja beli 2 helai yang berharga RM90. Murah kan? Ke mahal? Jangan cakap mahal. Aku buat lapik meja nanti. Sekarang aku sedang cuba kawal tangan aku daripada capai kasut corak berkotak. Sila beri sokongan.

Aku kena kawal otak aku. Kalau ikut otak aku, aku akan terbayang kisah silam aku. Aku banyak kisah silam. Tapi kisah silam yang satu itu memang menjuara carta memori aku. Otomatik aku boleh teringat tanpa sebab. Alhamdulillah aku mampu kawal. Alhamdulillah aku punya hati yang aku rasa agak kenyal dan liat. Alhamdulillah juga aku bukan seorang beremosi.
___________________________________________

Aku tak suka kawal orang sebab aku tak suka orang kawal aku. Kau datang tempat aku. Kau kawal aku? That's very nice. Aku kawal aku. Kau kawal kau. Clear?

Aku bukan tiada perasaan marah. Cuma aku kawal. Sampai bila aku boleh kawal? Kau tahu ke? Aku sendiri tak tahu. Kalau kau tahu, baguslah. Mungkin kau akan berhenti kawal aku bila kau tahu aku tak kawal marah aku.




p/s: Jaga, prihatin dan kawal adalah berbeza. Oh, aku ada kelemahan. Aku selalu lupa mana aku letak alat kawalan jauh.

Saturday, 5 February 2011

Bukan Tok Batin

Assalamualaikum..

Aku pernah salin lirik lagu ni masa tengah bosan gila dalam kurus pengurusan program. Serius aku rasa boring tahap gaban masa tu. Dah lah hari Jumaat. Hujan pulak tu. Memang betul-betul potong feel tidur.

Masa khutbah Jumaat dah tidur, tu pun tak cukup-cukup. Mesti kena sambung tidur lepas Jumaat sebelum azan Asar. Barulah cukup syarat jadi budak asrama.

Aku layan lagu ni sekarang. Even dah lama. Tapi tiba-tiba lirik dia terpancut terpacul dari mulut aku masa aku tengah jalan balik rumah. Ya! Memang aku rasa bosan sebab ada kelas hari Sabtu.





_______________________________________________

Kalau ada yang kata aku tengah ada kekasih sekarang ni, sila tadah pipi anda dekat pintu masuk 7 eleven.




p/s: Dunia batinku sama sekali berbeza dengan nafsu batinku.

Feeling

Assalamualaikum.

Nikmat gila minum air free lepas solat. Rasa air yang sejuk tu turun dari tekak sampailah ke usus dalam perut. Kadang-kadang kalau aku feeling lebih, dapat rasa dia singgah kat ginjal. Ginjal tu adalah buah pinggang.

Sebut pasal feeling, aku pun ada feeling aku sendiri. Feeling layan lagu. Feeling bawak kereta laju-laju macam Alex Yoong. Feeling menghayati proses penyahtinjaan. Aku perasan aku punya feeling lebih ke arah benda-benda yang tak melibatkan manusia. Aku seorang jejaka yang sangat membosankan.

Aku tak suka ambil tahu feeling orang. Aku lebih gemar tengok kucing amik feel nak 'ek'ek. Muka kucing paling jujur masa dia 'ek'ek dan muka kucing paling plastik adalah masa minta makanan.

Tapi keadaan akan jadi kalut kalau ada orang cuba cetuskan feeling yang melibatkan manusia dan aku terbabit dalam kancah itu. At first, aku buat tak paham je la. The worst part is bila aku buat tak paham and orang itu pun cuba sedaya-upaya bagi aku paham. Aku buat tak paham sebab aku malas nak layan. Tapi orang tu pulak layan lebih daripada aku dan dia pun nak aku layan macam dia layan.

Here is the thing. Benda dah lepas tu dah. Thanx kepada korang yang paham. Yang dah tak ungkit lagi cerita lama aku. Dan paham aku bukan seorang pelayan feeling. Aku boleh beza kalau kau melawak atau tak. Kau mungkin nampak benda ni sesuatu yang boleh dibuat gurau.

Yes. Memang boleh bergurau dengan aku. Tapi kalau kau bergurau dengan aku, pasal cerita lama aku, sebenarnya kau bergurau sekali dengan orang yang wujud dalam cerita lama aku. Perkara yang melibatkan lebih 2 orang dalam satu cerita, bukan satu perkara yang kau boleh buat gurau suka hati.

Even kau tak gurau, dalam keadaan serius, kau bukak balik cerita lama aku, kau bukan bercerita pasal aku sorang. Kau sedang bercerita pasal semua orang yang terlibat dalam cerita lama aku.

As an outsider, you should know your borderlines. Stay outside. Stay far far away is much better. Kau tak tahu cerita sebenar baik kau diam. Kalau aku tak bercerita pada kau, aku anggap kau an outsider. Kau nak aku bukak cerita lama supaya kau boleh tahu. Aku tak nak kau tahu.

Aku tahu kau tak tahu aku ada blog. Aku yakin. So, aku akan cerita dekat blog aku ni.

Ya! Memang aku yang clashkan dia. Tapi kau kata sebab aku suka perempuan tudung labuh dan dia tak pakai tudung labuh. So, aku dah nampak ustazah tudung labuh depan mata kat sini then aku clashkan dia. Ini versi kau. Versi aku? Hanya orang tertentu je yang tahu.

Next, aku still contact dia indirect through my status at fb and my entry in blog. Buat status double-meaning so that she can feels that I still love her. Buat entry kat blog berkaitan dengan dia. Ini juga versi kau. Versi aku? Still, orang tertentu je yang tahu. Takpe, aku bantai sikit kat sini.

Bagi aku, tune mind kau tu yang dah set, "Azim ni still ingat dekat dia. Entri dan status saja je nak buat camni. Macamlah aku tak tahu. Entah-entah still contact dia belakang suami dia". Apa yang kau tahu? Cerita kat aku biar clear. Bukan heret aku bukak cerita lama. Supaya kau boleh ubah suai cerita kau.

Next, versi kau. "Suami dia takde pun dalam frenlist fb azim. Mesti Azim ada kacau dia lagi..". Versi aku? Tak payah cerita sini. Cukup orang tertentu je tahu.
____________________________________________

Jangan buat sesuatu yang buat aku menyampah dengan kau. Aku memang nampak macam takde apa dengan kau. Ke kau nak cabar aku samapi aku buat apa-apa dekat kau?

Takpe, kau pun belum cukup hebat nak cabar kesabaran aku.





p/s: Entri ini sangat feeling. Betul-betul aku feeling gila masa ni..

Friday, 4 February 2011

Berlalu begitu saja

Assalamualaikum.

Rumah aku ada masalah internet selama 10 hari. Boleh rasa walau sikit kepayahan kawan-kawan kat Mesir yang terputus hubungan dengan dunia luar. Aku? Tak dapat chat dengan famili. Tak tenang hati.

Entri kali ni aku nak syok sendiri. Aku rasa nak merapu dan mengarut. Walaupun aku ada rasa entri-etntri sebelum ni pun dah cukup mengarut, tapi kali ni aku memang berniat untuk mencarut mengarut.

Aku suka perhati. Aku suka tengok. Aku suka usha. Macam-macam yang aku dapat. Banyak yang aku sedar. Ada yang aku baru tahu. Apa aku buat dengan hasil perbuatan aku tadi? Aku tak buat apa-apa. Tak paham? Sila sambung baca kalau nak paham. Kalau rasa buang masa baca blog ni, sila tutup page blog ni.

Bayangkan seorang wartawan. Dia akan provok sesiapa yang ditemu ramah sehingga dia dapat apa yang dia mahukan. Bayangkan seorang pengkritik. Dia akan memberi pandangan selepas meneliti sesuatu perkara. Bayangkan seorang paparazi. Dia akan sanggup buat apa sahaja asalkan dapat apa yang patut dia dapat.

Dan aku tengok, insan-insan di sekeliling aku melakukan perkara yang bagi aku, "perlukah dia buat camni?"

Benda-benda remeh bagi aku tapi satu isu besar dan berat bagi mereka. Isu yang di luar lingkungan mereka tapi mereka meletakkan diri mereka dalam isu itu. Ayat aku berat sangat ke? Senang cite gini. Benda kecik bagi aku tapi benda besar bagi diorang. Lagi, jaga tepi kain orang. Menyibuk hal orang padahal kau takde kaitan pun dalam hal tu. Clear?

Dan, hasil tiga perbuatan aku tadi, selalunya aku akan biarkan sahaja persoalan aku berlalu camtu je. Sebab aku ada pemikiran yang sangat membosankan. " Setiap orang berhak ke atas diri sendiri. Ikut suka dialah dia nak buat apa pun.."

Maka, persoalan seperti,

" Kenapa dia macam tu?"

" Patut ke dia macam tu?"

" Perlukah dia buat camtu?"

...........................................

Selalunya soalan-soalan begini akan berlalu sahaja dalam kepala aku. Aku jenis tak kacau hal orang sampai aku disuruh untuk kacau. Aku jenis tak campur hal orang selagi tak terdesak untuk aku campur.

Aku diam sambil perhati. Aku perhati sambil analisis. Aku analisis sambil membiarkan hasil analisis aku berlalu pergi camtu je.
_______________________________________

Kan aku dah cakap, entri kali ni aku nak syok sendiri. Sebab aku dah lama tak post. Saja nak cuba entri jenis ni.

Aku tak suka semakkan kepala aku. Dan kebanyakan perkara aku memang tak ambil port.





p/s: Aku rasa aku tak puas tulis entri jenis gini. Takpe. Sekadar mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...