Saturday 30 July 2011

My mama

Assalamualaikum.


21 Julai 2011.

Birthday mama yang ke 49. Macam tahun-tahun sudah juga, aku tak wish on time. Mesti terlambat. Tapi tahun ni adalah yang paling lambat aku wish. 21 Julai - 26 Julai aku terlibat sebagai atlet Malaysia dalam Sukan SEA antara Malaysia, Thailand, dan Indonesia.

Masa kecil aku bukanlah anak yang baik pun. Nakal dan degil juga macam budak-budak lain. 

Antara memori aku dengan mama adalah aku pernah kena marah sebab kacau mama solat. Aku ingat lagi masa itu adalah solat Maghrib. Aku sangat tertarik dengan cara mama ikat telekung dia. Mama ikat bentuk reben dan rama-rama.

Setiap kali mama bangun dari sujud, aku akan tarik tali telekung mama. Aku tarik sikit-sikit. Sampai mama sujud terakhir, maka tercabutlah telekung mama tu. Elok je mama salam tahiyyat akhir, aku kena marah. Sure lah menangis. Masa tu hati tak keras lagi macam sekarang. Asal kena marah je menangis. 

Tokmak aku (nenek belah mak) yang pujuk aku. Dapat asikrim paddle pop woi. Masa tu paddle pop kira Robbin Baskin la sekarang ni.
_____________________________

Happy birthday to mama. Hope you always in good health. 




p/s: Aku masih menangis bila ingat mama sakit.

0-0 (bahagian 7)

bahagian 7


Begitulah kehidupan Hasnae dan Yusuf selepas itu. Tiap-tiap hari mereka berbalas mesej. Kata ganti diri tidak lagi aku dan kau sebaliknya meggunakan nama, Yusuf dan Hasnae. Yusuf tidak mahu Hasnae memanggilnya Sop, bunyi kampung katanya.  Mereka tidak pernah berjumpa sejak tamat SPM.

 “ Esok result SPM keluar. Hasnae doa agar kita berdua berjaya dengan cemerlang. Jika result Hasnae lagi rendah, harap Yusuf janganlah berubah hati, ”  Hasnae mengeluh.

 “ Apalah yang Hasnae cakap ni?Yusuf bukan camtula. Yusuf sayang Hasnae dan yakin Hasnae akan lebih baik daripada Yusuf. Tidurlah ok? Selamat malam. Jangan risau,” Yusuf membalas sambil berdoa kejayaan mereka bersama. Perhubungan mereka tidak diketahui ramai kerana mereka bijak menyembunyikannya. Ahmad dan Salwa telah diberi amaran awal-awal lagi supaya tidak menghebohkannya.

 Hari yang dinantikan pun tiba. Keputusan SPM keluar.

Hasnae Bt Hasan, 11A1.
Yusuf bin Yunus ,9A .
Salwa Bt Salim ,12A.
 Ahmad Bin Alif ,10A1.

 “ Kan Yusuf dah kata, result Hasnae mesti lagi gempak daripada Yusuf. Tahniahla korang. Aku gak yang kantoi sikit. Tapi ok la. Aku ingat dapat 5A je,” semua ketawa kegembiraan . Yusuf dan Hasnae mengambil kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama-sama.

 “ Lepas ni Hasnae nak sambung belajar mana?” Yusuf menjeling ke arah kekasih hatinya yang amat dirinduinya.

 “ Hasnae nak sambung ke luar negara, nak jadi arkitek . Hasnae harap terpilih,” bersinar-sinar mata Hasnae menyatakan hajat hatinya kepada lelaki pertama dalam hidupnya. Mereka semua sibuk menunggu tawaran daripada universiti.

 Setelah 1bulan menanti, Hasnae mendapat panggilan daripada MARA mengatakan dia telah terpilih untuk melanjutkan ke Jepun dalam bidang kejuruteraan. Berita baik itu disampaikan kepada Yusuf.

 “ Hasnae terpilih. Alhamdulillah. Thanks tolong doakan Hasnae. Lepas ni Hasnae dah sibuk dengan kursus. Lagi 2 minggu Hasnae akan mendaftar,” Hasnae sangat gembira ketika bercerita.

 “ Alhamdulillah. Yusuf terpilih untuk sambung dalam bidang Pengajian Hadis dan Ulum Alquran di Nilam Puri, UM ,” walaupun ada getar dalam bicaranya, sedaya mungkin Yusuf berlagak riang ketika berborak kali pertama di telefon bersama Hasnae.

          “ Yusuf , Hasnae harap Yusuf dapat setia dengan Hasnae. Kita akan berpisah selama 6 tahun . Hasnae nak Yusuf tahu, Yusuf dah banyak ubah hidup Hasnae. Sama-samalah kita doa moga jodoh kita kekal hingga ke akhir hayat kita. Ingat tau, jangan nak gatal-gatal kat UM tu. Ambil bidang agama, biar perangai baik sikit,” Hasnae cuba berjenaka bagi menutup kesedihan di hatinya. Dia sudah puas menangis semalaman.

 Kini, tibalah masa Hasnae berangkat ke Jepun. Dia akan meninggalkan keluarga tercinta, tanah air, rumah, dan yang takkan dilupakan, Yusuf, lelaki pertama dalam hidupnya.

 “ Yusuf akan doakan Hasnae selalu sihat. Belajar rajin-rajin. Selagi mana Hasnae percayakan Yusuf, selama tulah Yusuf akan percaya dan setia terhadap Hasnae. Yusuf tunggu sampai Hasnae habis belajar dan bekerja. Lepas itu insyaallah kita kahwin,” tanpa disedari kata-kata Yusuf tadi didengari oleh ibu bapa Hasnae.

 “ Kamu pun belajar betul-betul Sop. Baru pakcik dan makcik yakin nak serahkan Hasnae kat kamu,” merona merah muka mereka berdua. Dengan linangan air mata, Hasnae meninggalkan mereka semua dan menuju ke arah kumpulan pelajar yang akan berangkat ke Jepun. Lambaian tangan Hasnae dibalas Yusuf dengan senyuman.




bersambung..

Friday 29 July 2011

Tengahari Jumaat

Assalamualaikum.


Tengahari Jumaat ketika itu terik. Aku kayuh basikal laju-laju balik dari universiti. 4-5 kereta aku potong tanpa rasa gentar. Kucing dan anjing melintas aku gilis ekor mana-mana yang berlagak hebat. Gadis-gadis universiti yang jalan terkedek-kedek aku lintas sambil meninggalkan kesan tayar pada kasut tumit tinggi mereka.

Kepala dah berasap dipanah sinaran mentari yang memancar garang. Tekak kering. Badan berpeluh. Nasib baik aku tabur bedak Carrie Junior banyak-banyak dalam baju. Dia punya banyak macam makcik-makcik tabur dedak bagi ayam makan dalam reban. Bau blueberry mematikan bau peluh jantan yang amat maskulin.

Aku sampai rumah dengan mengah. Sambil tunggu giliran bilik air, aku ketip kuku. Ambil sunnah hari Jumaat. Kuku kaki agak buruk. Pecah-pecah. Tak rata. Sopek-sopek. Tambah pula dengan debu-debu tanah ketika mengayuh basikal tadi, kaki aku seperti kaki patung-patung di Madame Tussaud yang tak dicuci.

Setelah siap mandi sunat Jumaat, dengan penuh rasa keimanan yang memuncak tinggi, aku sarungkan jubah yang aku baru beli sebulan lepas. Lepas sembur minyak wangi sikit-sikit, aku pun melangkah keluar.

Disebabkan cahaya matahari yang terlampau terik berada betul-betul tegak di atas kepala dan mataku menjadi silau, aku terpalingkan wajahku ke sebelah kanan.

Seorang gadis berjubah hitam dan bertudung biru gelap sedang berjalan ke arah masjid. Untuk sampai ke masjid, gadis itu perlu melintasi rumah aku.

Cuaca panas terik aku rasakan perlahan-lahan menjadi nyaman dengan gugurnya daun-daun sakura mengiringi langkah gadis itu. Air mukanya membawa sejuta ketenangan yang mendinginkan kehangatan sinaran mentari.

Aku memperlahankan gerakan tanganku ketika membuka pagar rumahku. Selalu aku buka pagar tak sampai 3 saat, tapi tengahari itu aku buka pagar selama 1 minit.

Tatkala pagar sudah terbuka, gadis itu masih belum melintasi pagar rumah aku. Aku buat-buat betulkan selipar di kaki. Lepas selipar kiri, gadis itu tak sampai lagi. Aku betukan pula selipar kanan. Pun tak sampai lagi.

Aku hairan. Mana pula gadis itu?

Elok sahaja aku melangkah keluar dari pagar, gadis itu muncul dari kanan aku. Hampir berlanggar. Masing-masing terkejut.

Aku kaget. Masa seolah-olah terhenti.

Dia tersenyum nipis lalu beredar sambil ditemani ibunya.

Aku?

Aku tak tidur langsung semasa khutbah Jumaat. Penangan senyuman seorang gadis yang memancarkan aura solehah yang padu dan jitu memang kuat.
_______________________________

Benda-benda begini tak elok. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh tunggu seorang gadis melintasi aku padahal tengah panas gila tengahari itu.

Orang-orang baik dan soleh solehah ini aku rasa memang orang akan tunggu walaupun terseksa masa menunggu tu. Rasa berbaloi walaupun terseksa sebab rasa lega dan tenang dengan orang soleh solehah ni.




p/s: Jahat macam mana pun aku ni, aku mengaku aku kalah dengan perempuan solehah.

Saturday 16 July 2011

0-0 (bahagian 6)

0-0 (bahagian 6)


 Setelah sebulan SPM berlalu, maka tamatlah dugaan yang mencabar itu. 2 tahun berhempas-pulas, akhirnya tamat sudah azab itu. Hehe..

 “ Eh, kertas apa ni?” gumam Hasnae apabila secebis kertas terselit di celah bukunya.

 ‘ Jumpa aku kat pondok jaga pukul 6pm’.

 “ Siapa pulak la nak jumpa aku ni?” getus Hasnae.

Hasnae menuju ke arah pondok jaga tepat jam 6pm. Tiada siapa di situ. Yang dilihatnya Yusuf dan Ahmad sedang berbual dengan pengawal sekolah.

 “ Takkan 2 mangkuk ni yang nak jumpa aku? Tak logik betul. Siapa la nak jumpa aku ni? 10 minit takde, aku nak blah,” Hasnae duduk di atas bangku sambil membaca novel yang dibawa bersama. Setelah tamat 10 minit, Hasnae bercadang membaca lagi. Kali ini dia nekad, jika habis satu bab ni tak datang juga orang tu, dia nak makan kat dewan makan. Selesai sahaja 1 bab, dia bingkas bangun dan menuju ke dewan makan.

 “ Hasnae, sabar tu kan separuh daripada iman. Baru 15 minit dah nak blah. Sabarlah dulu,”  Yusuf berdiri di belakang Hasnae.

“ Kau ke nak jumpa aku? Apahal?” tanya Hasnae lantang.

 “ Aduh, cabulnya mulut aku ni .Cuba cakap baik-baik sikit,” Hasnae mengutuk dirinya sendiri.

 “ Aku nak cakap lani. Tak reti la nak main ayat ni. SPM dah habis. Lepas ni kita dah susah nak jumpa. Aku tau mesti aku rindu kat kau nanti. Dah takde siapa aku nak ejek. Dah takde siapa nak lawan aku. Aku tau mesti kau fikir aku dah gila. Ikut suka kau lah. Tapi aku nak bagitau kau. Aku tak nak kita terputus camni je. Aku harap kau bole terima aku lebih daripada seorang musuh, seorang kawan. Aku harap ka faham kata-kata aku ni,” Ahmad tergamam. Tak percaya kawannya yangu dianggap hati kering itu dah jadi mat jiwang.

 “ Apa ni . Kata tak reti main ayat. Cakaplah apa kau nak. Kau nak jadi hamba aku ke? Atau nak jadi drebar aku? Aku tak paham la,” walhal  Hasnae telah mengerti. Saja je. Takdelah nampak terhegeh-hegeh sangat. Hehe..

 “ Ala kau ni. Saja je kan buat tak paham. Ni yang aku geli nak lafaz. Hasnae, izinkan aku jadi lelaki pertama dalam hidup kau ,” merona muka Yusuf setelah mengungkapkan ayat jiwang tadi.

 “ Kalau ada nombor henpon aku kat tanah sebelah pondok jaga tu, maknanya aku terima kau,” Hasnae terus meninggalkan Yusuf. Yusuf terlopong mendengar jawapan Hasnae.
  
Yusuf menyesal dengan tindakannya tadi. Selepas solat isyak, dia terus berkemas barang-barangnya kerana esok semua pelajar akan pulang ke rumah. Dia sedaya upaya melupakan kata-katanya petang tadi. Ahmad bingung dengan tindakan kawannya itu. Diam sejak peristiwa petang tadi.

 “ Heeeee.. Bestnya!! Gentleman jugak kau ni. Aku harap pun, akulah perempuan pertama dalam hidup kau,” Hasnae tidur dalam senyuman manakala Yusuf tidur dalam penyesalan tak sudah.

Esok, setelah selesai sarapan, Yusuf bersalaman dengan semua rakannya. Rakan yang sama-sama berjuang demi SPM. Banyak kenangan mereka bersama. Yusuf bergegas ke pondok jaga mencari nombor henpon Hasnae. Ahmad pun turut membantu. Habis berpeluh badan mereka. Pengawal sekolah pelik melihat kelakuan mereka. Bila ditanya mereka menjawab mencari kunci loker sebab mereka lepak di sana semalaman. Mungkin terjatuh di kawasan sekitar. Setelah 30 minit terbongkok-bongkok di sekeliling pondok jaga, Yusuf menyuruh Ahmad berhenti.

 “ Dia main-mainkan aku lah. Sampai hati dia buat aku camni. Yang aku pun semalam. Ya ALLAH, aku ke semalam yang jiwang gila tu? Malunya aku Mad. Mana nak sorok muka ni?” Akhirnya mereka berdua kembali ke asrama.

 “Sop, ni ada kertas untuk kau. Tadi ada minah mana entah bagi kat aku. Dia suruh aku bagi kat kau,” pengawal sekolah itu tersenyum.

 ‘ Lain kali jangan bodoh sombong. Malu bertanya sesat jalan. Saya saja suruh abang tu senyapkan dulu. Memang sah awak ni malas bertanya. Jangan amalkan kalau nak jadi lelaki pertama dalam hidup saya. nombor henpon: 0122244668. Pandang kat kelas saya.’

 “ Awak lagi penyabar daripada saya. Sanggup cari sampai 30 minit. Tahniah!!!” jerit Hasnae lalu turun ke bawah sambil ditemani Salwa.

 “ Kau.. erm… awak main-mainkan saya ek?” Ahmad berlalu meninggalkan kawannya itu.

 “Tak sangka aku kau suka minah tu Sop,” Ahmad terus kembali ke asrama.
 “Malam nanti saya mesej awak. Ok?” Yusuf gembira apabila kesabarannya selama ini berbalas. Salwa terus mengusik Hasnae yang dah mula merah mukanya.




bersambung.

Tuesday 12 July 2011

Public phone

Assalamualaikum.


Petang itu sedap. Sedap dia macam makan ketam masak lemak cili api. Ketam tu pula ada rasa manis-manis sikit. Pokok-pokok menari lemah-gemalai ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Ada 2-3 batang pokok menari agak lincah. Lebih kepada tarian genre breakdance. Itu pun sebab ada burung main sorok-sorok dekat dahan pokok.

Aku melangkah penuh semangat menuju ke taman universiti. Ingin melepaskan penat selepas 4jam bertarung tanpa henti di dalam kelas. Semangat aku yang berkobar-kobar terpancar melalui raut wajahku yang penuh aura maskulin.

Aura yang aku pancarkan mungkin terlampau kuat sehingga menarik perhatian seorang mahasiswi yang kebetulan berjalan melintasi aku. Dia terus berlalu sambil matanya terarah pula ke arah wajahku. Dia merenung anak mataku. Aku membalas renungan matanya. 

Aku membeliakkan mata. Belum sempat aku membuka mulut,

Kelekung!

Mahasiswi itu terlanggar telefon awam yang berada di dinding. Lantas dia terus menyeluk beg tangannya. Dia mengeluarkan sekeping kad. Dia terus menelefon seseorang dah berbual seperti biasa.
_____________________________

Perempuan Arab kebanyakan tak menggelabah macam perempuan Melayu. Otak mereka lebih kreatif.

Perempuan Melayu aku rasa dah tunduk muka sambil berfikir untuk membeli set pakaian baru yang tak pernah dipakai sepanjang berada di universiti agar tidak dikenali.




p/s: Dia memang lawa. Sama lawa dengan Neelofa pakai tudung dalam Kitab Cinta.

Sunday 10 July 2011

Setelah 5 tahun, ia berulang kembali

Assalamualaikum.


2006.

Angin petang itu nyaman. Ada 2-3 ekor langau berterbangan merentasi net takraw. Lagaknya seolah-olah latihan komando. Seekor langau menemui ajal akibat terkena bola takraw yang sedang meluru kencang membelah ruang udara. 

Badan langau itu leper apabila bola takraw menghentam lantai simen court takraw. Ada sisa-sisa darah. Ulat sampah yang baru keluar daripada badan langau tadi turut mati apabila dipijak seorang budak yang ingin mengutip bola takraw tadi.

Beberapa orang budak lelaki sedang layan bermain sepak takraw.

Pasukan A sudah sedia untuk membuat servis. Si tekong mengangkat kaki 180 darjah untuk melakukan servis kuda dan tiba-tiba si tekong itu jatuh berdentum. Kasutnya licin ditambah pula dengan seluar yang agak ketat menyebabkan lututnya terhentak dengan padu ke lantai court takraw.

Lutut si tekong itu membengkak.

Dia terlepas (sengaja melepaskan pun ada) ujian matematik tambahan dan sejarah akibat tidak dapat berjalan dengan lutut yang bengkak itu.

The biggest part was, si tekong tadi turut terlepas sesi pemilihan skuad bola sepak sekolahnya. Solat pun duduk, apatah lagi ingin berlari laju di atas padang. Dia hanya memandang rakan-rakannya berlatih di padang melalui tingkap kelas.

Satu keluhan kedengaran. Disambung dengan bunyi kentut yang agak perlahan namun bau menusuk.
_____________________________

2011.

Cuaca pagi itu sedap-sedap masak lemak cili api. Tak panas sangat. Tak sejuk sangat. Anjing dah mula bersenam. Berlari-lari anak melintasi jalan setelah lihat ke kiri dan kanan. Mungkin terlihat iklan di televisyen sewaktu melintasi resoran. Belajar melalui media massa.

Kelihatan beberapa orang mahasiswa sedang bermain futsal di gelanggang sukan. Ada juga orang yang menunggang basikal di sekitar gelanggang sukan itu. Si penunggang basikal asyik melihat beberapa orang gadis yang sedang berjalan melintasi gelanggang sukan.

Gedegang! Peleppow!

Satu tayar bergolek ke arah mahasiswa yang sedang bermain futsal. Penunggang basikal tadi telah terturun tangga dengan bergayanya. Basikalnya hancur. Badannya tak hancur. Yang hancur adalah kemachoannya.

Kumpulan mahasiswa tadi terus bermain tanpa menghiraukan kejadian tadi. Itu adalah kejadian biasa. Tiada apa yang perlu dihebohkan atau dikecohkan sangat.

Sedang kumpulan mahasiswa tadi galak bermain, salah seorang daripada mereka telah jatuh tersungkur. Lututnya terhentak dan pehanya terhempas ke lantai.

Bengkak dan lebam.

Keesokan harinya adalah sesi latihan dan pemilihan skuad futsal.

Kejadian lima tahun lepas berulang.
___________________________

Si tekong takraw dan mahasiswa yang jatuh tersungkur itu adalah aku.

Aku sedang tersenyum sekarang, tersenyum dengan kenangan 5 tahun lepas yang berulang kembali sekarang.





p/s: Aku memang tak study add math and sejarah. Alang-alang terus aku tak jawab ujian.

p/s 2: Percaturan aku silap. Sepatutnya aku turun juga training walau sekejap. Tapi aku puas hati sebab pemilihan betul-betul telus. Don't come, don't get.

Saturday 9 July 2011

Terima kasih

Assalamualaikum.


Terima kasih kepada anda yang pernah berkunjung ke blog picisan aku ini.




Cuba anda tengok di bawah. Bar yang berwarna merah. Azidah Mustafa. Dua bar selepas itu, webcam for Azidah.

Azidah Mustafa adalah mak aku. Aku berwebcam dengan mak aku. Bukan dengan awek atau mana-mana perempuan.

________________________

Mengikut pandangan anda, apakah entri yang anda suka baca di blog saya ini?

Merepek?
Mengarut?
Motivasi ala-ala Profesor Come to Me




p/s: terima kasih sekali lagi

0 - 0 (bahagian 5)

bahagian 5



Kini tibalah masa yang dinantikan oleh semua pelajar. SPM akan bermula lusa. Semua pelajar sibuk meminta maaf kepada cikgu dan rakan-rakan. Hasnae berkira-kira ingin meminta maaf kepada Yusuf. Salwa mendesaknya supaya meminta maaf dengan ikhlas kepada Yusuf.

 “ Hasnae, aku mintak maaf kat kau sebab selama ni banyak kutuk kau, kentut kat kau. Aku tak sengaja. Betul. Terkeluar sendiri. Maafkan aku tau? Aku doakan result kau gempak nanti. Kau kan pandai, rajin, insyaallah semua A la nanti,”  Yusuf berkata dengan penuh ikhlas.

 “ Aku pun sama Sop. Betul-betul mintak maaf. Nasib baik muka kau dah jadi Korea semula. Ampunkan aku. 0-0 ok?” ada genangan di tubir matanya. Yusuf menggeleng .

 “ Aku dah doakan kejayaan kau tapi kau tak pun. Takpe, aku tak kisah pun. Kau hutang aku 1 maaf. Kira 1-0 tau? Aku menang. Haha.. Goodluck!!” Yusuf berlalu. Hasnae terkejut dengan kata-kata Yusuf tadi. Mengalir permata jernih membasahi pipi mulusnya itu.

 “ Aku sayangkan kau Sop. Aku tak tau kenapa aku lakukan begini terhadap kau. Makin aku sayangkan kau, makin aku nak sakitkan hati kau. Kenapa kau tak maafkan aku?” dia cuba menahan air matanya daripada mengalir lagi. Namun dia mengerti. Setelah apa yang dilakukannya terhadap Yusuf, memang wajar Yusuf berat untuk memaafkannya.

 “ Ala Nae, kenapala kau nangis pulak tu? Mana boleh 0-0. Nanti kita dah takde apa-apa nak digaduhkan. Sunyilah hidup aku nanti. Aku sayangkan kau. Sebab tu aku sanggup gadai nyawa aku dulu. Aku tak kisah mati sebab ko. Aku tak nak ganggu pelajaran kau. Aku harap lepas SPM, aku dapat jelaskan. Semoga berjaya, bidadariku,”  Yusuf berdoa dalam hati.



bersambung..

Sunday 3 July 2011

Isu pemikiran

Assalamualaikum.


Aku seorang yang tak reti paksa orang. Ataupun, lebih tepat, aku memang jenis tak suka paksa orang. Senang cerita, aku bukan jenis memaksa orang. Kalau aku ajak pergi jalan contohnya, dan orang itu malas, beres. Aku keluar seorang diri.

Aku takkan memujuk atau merayu atau cuba pendekatan lain sampai dia ikut aku keluar berjalan.

" Jomlah ikut aku. Kau duduk rumah ni buat apa? Boring siot.."

" Rumah ni panaslah. Jomlah keluar ambil angin jalan-jalan.."

Yang boring tu kau, bukan dia. Yang panas tu kau, bukan dia. Yang kau terkinja-kinja paksa orang ikut kau apa kes?

Itu adalah beberapa contoh.

Sebenarnya, aku jenis tak suka nak hukum orang. Maksud aku, aku tak suka nak bercerita tentang orang sangat. Kata orang ini begini, orag itu begitu. Very not me. <--- this is broken english.

Mungkin sebab aku jenis tak suka campur sangat hal orang. Aku akan campur pada perkara-perkara tertentu sahaja. Pada orang-orang yang ikhlas nak pendapat dan pandangan aku.

Untuk aku tiba-tiba masuk dalam kain dalam orang, aku lebih suka gunting kain dalam orang sebenarnya.

Kita ambil contoh ayat ini.

" Jib, kenapa kau penakut sangat? Setakat naik tingkat 5 tengah malam je pun. Senang je aku buat," Muhyidin terus meninggalkan Najib di parking lot yang sedang menggeletar lututnya ditinggalkan keseorangan dalam kegelapan.

Ayat 'kalau aku boleh buat, kenapa kau tak boleh buat' seolah-olah menggambarkan orang yang berkata demikian tak fikir tentang orang lain. Dia menganggap semua orang sama tanpa dia sedar lain orang lain keadaannya.

Sepatutnya ayat itu dilafazkan begini, ' kalau dia boleh buat, kenapa aku tak boleh buat..'

Ini satu bentuk motivasi. Ayat ini juga sepatutnya ada dalam diri semua orang, termasuk aku. Kalau dia boleh kahwin empat, kenapa aku tak boleh. Contohnya.

Berlainan dengan ayat ini: 'Kalau aku boleh buat, kau pun patut boleh buat..'

Ini juga satu bentuk motivasi. Tapi selalunya ianya bukan dalam bentuk motivasi. Selalunya ayat ini hadir dalam bentuk provokasi dan merendahkan orang lain. Ayat ini tak sepatutnya ada dalam diri semua orang kerana ia adalah satu bentuk paksaan.

Sekarang, anda nampak atau tak apa yang aku cuba sampaikan?

Kalau tak nampak, tak mengapa. Sebab ini bukan kemahiran atau kepakaran aku untuk menulis entri berbentuk begini. Aku sangat lemah dalam menulis entri bersifat psikologi dan motivasi.

Aku cuba nak sampaikan, jangan jadi orang yang pentingkan diri sendiri. Suka hati kau nak paksa orang. Kalau orang itu tak ikut kemahuan kau, macam-macam kau cakap. Jangan terlalu yakin dengan diri sendiri. Terlebih yakin takut makan diri.

Biar orang lain tentukan keputusan untuk diri mereka sendiri. Biar mereka dapat motivasi dengan cara yang betul. Bukan dengan cara kau yang kau yakin sangat dapat motivasikan orang tapi bertukar jadi provokasi atas keyakinan diri kau yang sangat tinggi tu.
__________________________________

Aku tak pandai menulis sangat. Sebab aku hanya reti mengarut.

Kalau anda masih tak faham apa yang aku taip di atas, anggaplah aku mengarut.




p/s: kain pelikat aku pernah jadi kain dalam. aku pernah pakai seluar di luar dan kain pelikat di dalam. 

Saturday 2 July 2011

0 - 0 (bahagian 4)

bahagian 4.


Setelah 6 jam ekspidisi, akhirnya para pelajar tiba di puncak Gunung Ledang. Semua pelajar melepaskan lelah dan menunaikan solat jama’. Usai solat, mereka semua sibuk bergambar setelah hilang penat. Bermacam-macam gaya dipamerkan. Ahmad dan Yusuf pun berposing sakan walaupun dengan muka yang berplaster-plaster di  wajah Yusuf. Hasnae duduk menyendiri. Puas Salwa memujuknya bergambar bersama-sama.

“ Laa, Nae. Jomlah amik gambar dengan aku. Kau tak sayang aku ke? Bukan selalu kita ada atas gunung ni. Sekali seumur hidup tau. Jomlah,” akhirnya dia mengalah. Malas nak layan kalau Salwa dah merajuk nanti. Dia masih terfikir tindakan Yusuf yang sanggup bergadai nyawa deminya. Memang betul kata Ahmad. Yusuf hampir sahaja jatuh ke dalam gaung ketika bergelut dengan monyet itu.

 “ Aku mesti mintak maaf,” nekad Hasnae. Yusuf agak keletihan akibat berlawan dengan monyet tadi namun sempat tersenyum.

 “Nasib baik aku masuk silat. Kalau tak, malu aku kalah dengan monyet. Depan Hasnae pulak tu. Ish, manalah nak sorok muka? Tapi yang kelakar, dia peluk aku. Huiyoo .” Ahmad melihat Yusuf tersenyum lantas membaling sebiji batu kecil ke kepala kawannya tu. Setelah 1 jam berada di puncak gunung, mereka semua menyambung perjalanan turun ke kaki gunung.

 “ Sop, terima kasih selamatkan aku tadi. Sorry sebab…. Erm.. Sorry sebab lupa nak ucapkan terima kasih tadi,” terus Hasnae meninggalkan Yusuf.

“ Kasihmu diterima. Tapi maafmu aku tangguh dulu. Ingat tu?”  Yusuf merupakan pelajar terakhir turun dari puncak gunung selepas Ahmad. Mereka memastikan tiada peralatan yang tertinggal. Perjalanan turun agak sukar kerana hari sudah semakin gelap. Mereka harus tiba di kaki gunung sebelum jam 2 pagi mengikut jadual yang ditetapkan. Alhamdulillah tepat jam 2 pagi, Ahmad dan Yusuf selamat sampai menandakan semua peserta ekspidisi selamat tiba di kaki gunung tanpa seorang pun yang hilang.


bersambung..

Friday 1 July 2011

Aku dan mereka

Assalamualaikum.


Hari ini aku sakit perut yang amat sangat. Dah lama tak sakit perut sampai ini macam punya sakit. Maka, apabila ada gangguan di bahagian perut, satu badan terkesan. Termasuk otak aku untuk studi dengan lebih fokus. Maka apabila fokus terganggu, akan datang idea yang tak sepatutnya muncul tatkala ada final paper pada keesokan hari.

Kau nampak tak rentetan tu? Faham tak?

Tak faham, lantak kau.

Maka, idea bongok ini muncul setelah aku tak mampu fokus terhadap studi aku.

Senarai wajah artis yang sama muka dengan aku:

Kenapa aku tak letak muka aku yang sama dengan artis tapi muka artis yang sama dengan aku? Aku punya suka lah kan? Dah blog aku. Kau tak suka, kau punya pasal. Boleh tutup blog aku ni.

AMARAN: KALAU TAK CUKUP KUAT NAK TAHAN MUNTAH, BOLEH TUTUP BLOG INI.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


1) Farid Kamil. Ini ramai gila yang cakap. Antaranya adalah kawan-kawan forum.

Ini Farid Kamil

Ini aku. Ada iras tak?

2) Zed Zaidi. Ini yang cakap adalah kawan asrama aku, Hidayat Zainudin. 

Ini Zed Zaidi.

Ini aku. Ada sama ke?

3) Aaron aziz. Ini masa aku jadi fasilitator dekat SAM Hishamuddin Sungai Bertik untuk program SMA. Ada budak mana entah panggil Ustaz Aaron. Yang sama masa jadi gangster la. Malik. Bukan sama macam Seth Tan. Muka aku bukan jenis jambu air.

Ini Aaron Aziz

Ini aku. Aku tak jumpa apa yang sama

4) Ungku Ismail. Dia ni pelakon Syurgaku Ramadhan. Dan Jemaah makan ke apa entah. Ini yang samakan adalah kak zara.

Lelaki yang tinggi sebelah kanan tu.

Ini aku main korek je mana aku suka.
_______________________________________


Aku sakit kepala. Panas sangat dekat sini. Suhu 35 dan ke atas.

Kalau ada lagi artis yang kau rasa muka macam aku, boleh bagitahu. Nanti aku nilai.

Kalau tak puas hati, jangan tengok lagi blog ini.




p/s: Aku tiada niat jadi artis. Aku amat pemalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...