Monday, 7 February 2011

Ku sangkakan Ratatouille

Assalamualaikum.

Rumah aku ini sangat sejuk. Sampai sakit tulang sumsum. Mencucuk-cucuk. Bangun pagi tengok tingkap berair. Terkondensasi oleh suhu dingin di luar rumah. Aku selalu terjaga kerana kesejukan yang amat ini. 

Kadang-kadang aku dikunjungi oleh tikus yang besar. Berusaha memanjat almari untuk mencapai makanan. Aku bengang. Tidur yang terganggu oleh tikus lagi sakit hati daripada terjaga kerana nak terkucil di malam hari.

Tikus ini sangat berani. Usaha menghalaunya amat sia-sia kerana dia tidak akan berganjak pergi. Hanya sekadar menyorok di celah-celah dinding. Oh, rumah aku 90% kayu. Ada rekahan yang menjadi rumah sewa tikus itu.

Lagi pula, makanan kami dalam bilik selalu habis. Kalau habis terus takpe. Takde terasa sangat. Tapi yang selalu terjadi, hotdog Ubai selalu tinggal separuh. Ada tanda love-bite gigitan pada hotdog.

Aku bengang. Aku tabur racun tikus atas lantai. Aku campak racun itu dalam setiap lubang yang aku ada. Aku harap dia akan mati. Takpe. Tikus ini membawa penyakit. 

Aku tidur. Tarik selimut tutup badan. 

Aku bangun tidur. Terus solat Subuh. Aku tidur balik. Sejuk la der. Tak larat nak stay up.

Aku bangun balik pukul 9:45am. Ya! Kelas aku pukul 10am. Jarak dari rumah ke universiti 20 minit. Takpe. Relax. Aku bukak tingkap. Cahaya matahari melimpah masuk ke bilik puaka

Aku bau sesuatu. Lubang hidung aku mengembang sebesar 2cm secara otomatik. Sangat menusuk. Mencucuk. Bulu hidungku beralun kencang akibat aroma itu. 

Yes! Aku yakin tikus itu dah mati. Aku mencari-cari bangkai tingkus itu tak jumpa.

Aku jumpa benda lain.

Celaka! Aku lupa aku gantung stokin dekat tingkap. Bau memang tak boleh nak gambarkan. Bau stokin sukan mungkin sama dengan bangkai tikus. Atau mungkin lebih deep.
___________________________________________

Ada tikus yang dah mati. Aku dah happy. Tapi aku lupa. Tikus itu ada komuniti. Mungkin yang mati itu dari Seksyen 2. Entah berapa besar komuniti tikus ni. 

Sekarang ni tikus tu masih berani ziarah bilik aku. Aku pula penakut tikus. Tikus menang. Aku kalah.





p/s: Sekarang ni aku ada 5 pasang stokin. Semua odor-less. Aku rajin membasuh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...