Saturday 28 January 2012

Bukan pejuang Melayu

Assalamualaikum.


Sebagai anak Malaysia yang lahir pada penghujung kurun ke-20, aku membesar dalam suasana yang sudah mula pudar nilai-nilai adat-istiadat tradisi nenek-moyang dahulu-kala. Aku secara peribadi melihat bahawa sudah tidak relevan beberapa adat Melayu khususnya sebab aku orang Melayu. Aku nak cerita adat Cina atau India aku tak tahu. Aku bukan racist.

Perkara yang kita tiada ilmu tentangnya, jangan suka-suka hurai. Kalau nampak bodoh tiada masalah, yang masalah kalau tak nampak bodoh dan disangka itu perkara betul. Maka, lahirlah generasi yang dikencing (baca ditipu) selama 88 keturunan.

Ok, sambung.

Aku ada beberapa contoh yang aku rasa langsung tak relevan untuk dipraktiskan oleh orang Melayu khususnya pada zaman ini.

1) Merisik.

Merisik ini asalnya adalah bertandang ke mana-mana rumah untuk bertanya status anak dara pingitan yang ingin dijadikan isteri. Maka, berlakulah adegan berbalas pantun yang sangat simbolik dengan orang Melayu. Lagi-lagi orang Johor. Siap ada tol. Apa faedah tol ini? Dapat keluarga yang tak reti bahasa, dia punya tol ada macam dari tol Sungai Besi sampai tol Jambatan Pulau Pinang. 1-2 tol dah lah. Ini sampai 11-13 tol. Kalau satu tol RM1 takpe. Ini satu tol RM15-RM20.

Ok, sambung.

Jadi, merisik ini bagi aku langsung tak releven dah. Dah berpasangan (baca berkapel) sampai kenal dalam luar (baca hati budi), nak merisik apa lagi ye dak? Kahwin terus jelah. Tunang pun tak payah. Tunang itu adalah supaya lelaki dan perempuan bersedia dari segi wang dan rohani. Kau dah berkapel lama-lama takkan tak sedia lagi ye dak?

Ok, mungkin sesuai untuk orang yang macam aku ni. Memang tak sedia apa-apa, calon pun takde. Tapi 1 dalam seribu lah. Ini menunjukkan aku antara spesis lelaki yang semakin pupus.

2) Jalan tunduk sikit.

Ini dilakukan sebagai tanda menghormati orang tua. Tapi aku lihat semakin ramai orang tua zaman ini tak sedar mereka dah tua. Dress up macam baru berinjak dari zaman kanak-kanak ke zaman belia remaja. Itu baru dress up. Belum cerita lagi perangai. Yang lelaki tua tak habis lagi miang nak menggatal, yang perempuan kertu tak habis lagi nafsu shopping. Sikit-sikit sudah ye dak?

Aku faham je perempuan dan shopping ibarat roti canai dengan kuah dalca. Tapi awak tu dah kertu makcik woi. Kurang-kurangkanlah shopping tu. Duduk rumah asah skill masak tu. Ini dah cucu 3 orang masak sambal tumis cili tak cukup rebus. Mana tak sakit perut anak beranak?

Lepas tu tuduh ada orang santau famili sebab cemburu dengan kebahagiaan keluarga kau.

3) ........
4) ........


Aku dah habis fikir. Aku ada terfikir benda lain seperti berinai, tapi kebanyakan perkara itu berkaitan dengan soal perkahwinan. Sama seperti merisik. Jadi, aku malas nak cerita panjang. Aku pun tak kahwin lagi. Cakap lebat nanti, aku kahwin lagi lebat pulak.

Kahkahkah!
_______________________


Orang Melayu secara semulajadinya mempunyai genetik yang sangat sensitif. Dia punya sensitif bukan boleh buat main. Cuit sikit je, tapak kaki kiri kanan singgah kat dahi. Ini je lah yang aku tulis demi menghormati sensitiviti orang Melayu.

Apa?

Ingat sesama Melayu takde racist ke? Orang Melayu yang racist adalah orang Melayu yang suka melayu-layukan orang Melayu yang lain. Melayu itu tak salah. Orang Melayu yang salah.

Boleh diaplikasikan dalam: " Islam itu betul. Orang Islam itu yang tak betul."



p/s: Melayu dalam bahasa Jawa adalah berlari. Patutlah orang Melayu suka berlari. Polis berlari mengejar orang, orang berlari tak nak kena tangkap dengan polis. 

Wednesday 25 January 2012

Realiti vs Maya

Assalamualaikum.


Kadang-kadang kau tengok orang itu sangat berlainan wataknya di alam maya dengan apa yang kau kenal dia secara realiti. Pernah bukan?

Aku secara peribadi mungkin tergolong dalam orang yang mengalami personality disorder. Jangan risau. Aku bercakap dalam konteks alam maya dan alam realiti. Bukan alam realiti semata-mata. Aku masih jejaka senja, seorang maskulin yang mempunyai parut jerawat di wajah.

Sesetengah orang menggunakan alam maya untuk menjadi orang lain. Watak yang digambarkan di alam maya amat bertentangan dan sangat songsang jika dibandingkan dengan alam realiti. Aku bukan bercakap mengenai mereka yang menggunakan alam maya untuk menyerang secara peribadi. Mewujudkan emel baru semata-mata ingin mengutuk atau mengeji individu-individu tertentu. Bukan.

Aku?

Aku memilih alam maya untuk menjadi diri aku yang lain. Sekali lagi aku tegaskan. Diri aku yang lain di sini bukan bermakna aku ingin menjadi wanita atau gadis. Bukan. Aku ingin menjadi diri sendiri dari sisi yang aku sukar untuk aku jadi. Aku nampak peluang itu ada dalam alam maya.

Dalam konteks ini, aku memilih blog untuk menzahirkan sisi lain atau sudut berbeza daripada apa yang terzahir secara sendirinya di alam realiti. Agak kompleks mungkin. Perkara yang sukar dilakukan di alam realiti tapi dapat digapai melalui alam maya.

Seseorang yang suka berfantasi tetapi tidak berpeluang untuk berbuat demikian di alam realiti, alam maya menjadi medan untuknya berfantasi dengan lebih terbuka. Gambaran yang hanya dapat diaplikasi ketika di alam maya. Aku pernah lihat hasil karya seorang askar yang melukis dengan begitu kemas hanya menggunakan software Paint.

Seseorang yang suka bercerita tetapi terpendam sahaja kerana kurang keyakinan diri untuk bercerita secara live di alam realiti. Hasil ceritanya di alam maya bagi aku sangat unik kerana cara dia bercerita (penulisan) tidak seperti kebanyakan cerita.

Ini hanya dua contoh daripada banyak contoh yang menunjukkan perbezaan watak seseorang daripada alam realiti dengan alam maya.

Jadi, jika anda merasakan seseorang itu amat kontra perwatakannya antara alam realiti dan alam maya, anda telah pun memahami peribahasa berikut,

" don't judge a book by its cover.."
______________________________

Tahukah anda bahawa alam maya boleh melatih seseorang untuk lebih berkeyakinan menjalani kehidupan dalam alam realiti?

Itupun jika mereka menggunakan alam maya dengan cara yang baik untuk kebaikan diri sendiri.




p/s: Gaya penulisan seseorang tidak menggambarkan peribadi seseorang secara total. Mungkin separuh, mungkin suku, mungkin juga macam makan buah duku pakai siku.

Saturday 21 January 2012

Generasi

Assalamualaikum.


Aku ada satu tabiat wajib yang aku akan buat setiap kali hari lahir aku. Baru-baru ni pun aku buat cuma tak sama macam tahun-tahun sudah. Tabiat tak bermoral itu adalah, aku akan belai diri sendiri di spa dan membuat urutan badan di rumah urut amoi-amoi Cina yang seksi.

Kahkahkah!

Actually, setiap kali 19 Januari, aku akan cukur habis janggut aku sebagai hadiah untuk diri sendiri. Apa? Aku bukan ada banyak duit pun nak beli macam-macam. Alah, kau jangan nak samakan aku dengan kau lah. Kau bolehlah nak beli I-phone 5 kan? Sebab duit kau sama tebal macam perut kau.

Janggut aku ni aku tak pernah cukur habis licin kecuali pada tanggal 19 Januari. Biasanya aku trim atau nipiskan sahaja jika janggut aku sudah agak panjang sampai tersangkut di zip jaket. Cuma tahun ini, aku tidak cukur sampai licin janggut aku. Aku cuma trim sahaja.

Seiring dengan pertambahan usia, hurm, kenapa aku rasa ayat aku selalu berformatkan Bahasa Melayu kertas 2? Ok, sambung. raut wajah aku sendiri sudah menunjukkan tanda-tanda penuaan. Aku sememangnya tidak berminat dengan Olay Total White atau SKII yang dirumus khas untuk menentang tujuh tanda penuaan. Muka aku bukan sahaja kelihatan semakin tua, malah kelihatan semakin garang.

Ya, kalau anda pembaca blog ini secara kerap, anda akan tahu bahawa perkataan garang dan wajah saya adalah ibarat kenduri kahwin dan lauk ayam masak merah. Tak boleh dipisahkan. Ayam masak kurma pun tak dikira sebagai lauk pengantin.

Bila mak aku sendiri cakap muka aku garang, aku tahu muka aku betul-betul garang. Mak sendiri yang cakap. Dia sendiri yang tengok perubahan wajah aku daripada seorang bayi yang comel, kahkah, kepada kanak-kanak yang comot, kepada remaja yang poyo, dan sekarang ini, seorang lelaki yang garang raut wajahnya.

Mengikut kajian sejarah, sesebuah kerajaan atau kuasa itu hanya bertahan untuk tiga generasi sahaja. Lihat sahaja zaman Kesultanan Melayu Melaka, sampai sahaja kepada Raja Mahmud Syah, Melaka telah dijajah oleh Portugis pada tahun 1511.

Jadi, apakah kaitan Sultan Melaka dalam dengan aku? Memang tiada kaitan pun. Walaupun Melaka terkenal dengan cencalok, sampai sekarang aku tak pernah makan cencalok. Aku akan menjauhkan diri dari meja makan ketika ayah aku dengan senang hati menuang cencalok ke dalam pinggannya.

Bila aku buat analisis, muka aku ni walaupun dalam kategori garang, tapi tahap kegarangan aku adalah rendah berbanding ayah aku dan juga allahyarham atuk aku. 

Muka allahyarham atuk aku memang sangat garang. Ini diceritakan oleh mak aku betapa atuk aku dulunya sangat garang ketika satu majlis kenduri. Ini dikuatkan lagi dengan cerita ayah aku yang mengatakan atuk aku dulu adalah seorang mandor di MPPJ. Tahukah anda apakah tugas seorang mandor? Tak tahu? Cari kat google. Aku dah penat nak taip.

Kemudian, turun kepada ayah aku. Ya, ayah aku memang garang. Ini dikuatkan lagi dengan cerita beliau bahawa student di kolej beliau amat menggeruni beliau. Walaupun digeruni, ayah aku masih ditegur sapa oleh student-student jika berselisih. Ini menunjukkan bahawa tahap kegarangan ayah aku telah menurun sikit berbanding allahyarham atuk aku.

Generasi ketiga, of course it's me. Aku ni tak tahu part mana yang aku garang. Aku serius tercari-cari sisi atau sudut-sudut yang menunjukkan aku ni betul-betul garang. Ok, yang aku dapat detect buat waktu ini adalah raut wajah aku. Itu sahaja. Raut wajah. Lain-lain memang aku tak dapat nak detect. Kawan aku kata mata aku ni garang.

Mata garang?

Patutlah tiada gadis yang sudi menjadi kekasih aku. Dari mana datangnya cinta kalau bukan dari mata? Kemudian, dari mata, cinta itu turun ke hati. Kalau mata sahaja sudah garang, mana cinta nak datang dan turun ke hati.

_____________________

Aku yakin generasi lepas aku iaitu anak aku tidak akan kelihatan garang kerana ciri-ciri itu mungkin sudah pupus. Ini dikuatkan lagi jika aku ditakdirkan untuk bernikah dengan seorang gadis yang lemah lembut dan baik serta manis raut wajahnya. 

Maka, akan pupuslah warisan garang itu untuk beberapa generasi selepas itu.

Kahkahkah!!!



p/s: Garang-garang aku pun, aku pandai menjahit. Kau ada?

Thursday 19 January 2012

selamat hari lahir

Assalamualaikum.


Selamat hari lahir buat diri sendiri. 23 tahun sudah. Tahun ni aku memang tak berapa nak sedar birthday aku. Tetidur kepenatan akibat lambakan kerja sekolah (baca: tugasan @ assignment). Tidur pun jenis tak tukar baju. Pakaian aku tidur seumpama pakaian ke majlis makan malam semi-formal.

Bangun tidur akibat alarm berbunyi macam nak pecah speaker.

" Selamat hari lahir azim..." sms daripada mama.

Itu pun aku tidur balik lepas matikan alarm.

Buka facebook. First time tahun ni notification aku sampai 50 lebih. Aku syak budak-budak gian facebook hantar farmville, smallvile entah apa-apa coins lagi entah.

Rupa-rupanya wish birthday. Aku tahu 19 Januari birthday aku. Cuma macam kisah tak kisah. Last-last tak sedar terus. Mungkin sebab aku dah 23 tahun, aku dah tak berapa kisah sangat pasal birthday semua ni. Aku lebih kisah soal masa depan aku sebagai pelajar je sekarang ni.

Ayat kalau tak gebang memang bukan aku lah tu. Kahkah.

Satu lagi titik kehidupan aku terpadam. Maknanya aku dah makin dekat dengan tarikh kematian aku. 

Aku masih kekal single pada usia 23 tahun walaupun agak goyah status single aku ini pada hujung usia aku 22 tahun. Namun, aku berjaya meneruskan status single aku ini. Aku berhajat untuk tidak menukar status single ini untuk masa terdekat.

Single di sini bukanlah seperti sesetengah orang. Single but not available. Aku memang single dan available. Ini bukan promot. Ini cuma nak bagitahu. Supaya tak ada salah faham di kemudian hari yang akan menggelapkan peluang aku untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan mana-mana gadis perawan. Kahkah!

_________________________________

Terima kasih kepada yang ucapkan birthday aku.

Terutama pembaca blog ini yang wish di fesbuk. Baru aku tahu aku ada beberapa silent reader dalam kalangan rakan-rakan fesbuk.

Entry ini sebagai tanda terima kasih aku untuk kalian.



p/s: Serius tak rasa apa-apa pada usia 23 tahun. Dah tua mungkin?

Tuesday 17 January 2012

Cover ini best

Assalamualaikum.


Aku sudah dengar lagu ini selama 3 hari berturut-turut. Memang padu dan power suara Black ni. Rasa nak cekik je. Lan punya vokal memang sesuai jerit. Kahkah!!





__________________________

Walaupun agak hilang keaslian lagu ni, tapi masih power walaupun dalam cover version.


Monday 16 January 2012

Syaitan bukan lagenda

Assalamualaikum.


2010

Malam itu memang riuh. Cuti musim panas. Ramai tengah layan movie. Lagenda Budak Syaitan. Lakonan Farid Kamil dan Lisa Sughihani (Surihani). Ada yang duduk bersandar di dinding, ada yang berbaring, ada yang baring atas perut kawan yang sedap dibuat bantal, dan pelbagai lagi posisi yang amat ghairah ganjil.

Aku? Akulah yang baring atas perut kawan tu. Kepala aku tak besar, tak berat. Sebab tu aku tak besar kepala dan tak berat sebelah. Nampak tak kaitannya tu?

Oleh kerana ramai kata muka aku ada iras-iras Farid Kamil, itulah sahaja sebab aku melayan filem Melayu ini. Umpamanya akulah yang sedang berlakon itu. Walaupun hakikatnya, aku amatlah kekok di hadapan kamera apatah lagi wajah aku bukan jenis yang fotogenik.

Namun aku tetap bersyukur kerana wajah aku juga bukan tergolong dalam jenis fotogedik. Jenis fotogedik ni kalau orang tengah makan sate sambil tengok gambar wajah fotogedik, memang tak sedar dengan lidi sate sekali dia kunyah. Punyalah menyampah yang amat. Selalunya wajah fotogedik ni adalah gadis-gadis yang terlebih gadis dan juga jejaka yang seakan-akan gadis.

Tamat tayangan, semua menggeliat macam urat pinggang tergeliat. Ada buat gaya kucing comel, ada buat gaya kambing malas mandi, ada buat gaya lembu meragut rumput, ada buat gaya ular menyusur, dan pelbagai gaya yang menggoda memualkan.

Aku?

Aku bangun sambil buat bunyi kuda. Sambil kaki kanan membuat rembatan kuda kepang.

Seorang senior aku masuk ke dalam bilik. Kaki kanan aku yang masih di udara betul-betul tepat ke arah hidung mancung beliau. Aku yang punya gelabah terus menurunkan kaki dan letak di lantai. Tepat memijak seekor lipas yang baru keluar dari bawah katil untuk mencari sesuap nasi. Tiada rezeki buatmu wahai lipas.

Senior: Lagenda Budak Syaitan. Jiwang cerita ni. Tak cara betul.

Aku: Support filem tempatan.

Senior: Kalau jadi betul-betul kat kau, apa macam?

Aku: Mahu tak syok, Lisa Surihani tu. Siapa tak nak?

Senior: Bukanlah. Lisa tu kalau nak berebut dengan kau pun aku sanggup. Pasal cerita ni lah. Kalau kau dah lama dengan orang tu tiba-tiba tak jadi, frust gila kot.

Aku: Abang ada tengok saya frust ke gila ke?

Senior: Apahal pulak kau ni tiba-tiba je? Kau pun sama macam ni ke? Tak cayalah aku.

Aku: Tak percaya saya nak cakap apa.

Senior: Eh, kau ni biar betul? Gila lah. Tak sangka pulak aku.

Aku: Betul ke tak betul, memang jadi pun. Takde apa pun yang gila.
_____________________________

Semakin umur meningkat, semakin besar ujian dan cabaran Allah datang sesuai dengan kemampuan diri sendiri. Apalah sangat ujian kecil macam tu? Ada lagi ujianNya yang lebih menguji keimanan daripada sekadar kisah Lagenda Budak Syaitan.

Syaitan tu dah memang lagenda dalam menghasut manusia. Nak buat cerita biar padu sikit kasi betul-betul syaitan itu adalah lagenda.


p/s: Reda itu ikhlas. Pasrah itu menyerah. Haa, yela tu. Menyampah pulak aku. Kahkah!




Sunday 15 January 2012

Tinggi

Assalamualaikum.


Sebagai lelaki yang berketinggian 169cm, semestinya aku merasa rendah. Rendah diri dan juga rendah tubuh badan. Tengok kiri kanan depan belakang ada yang lagi tinggi daripada aku. Aku akan berasa aku ni rendah, itu jika aku jenis manusia yang tak bersyukur dengan nikmat Tuhan. Haha.

Actually aku rasa tinggi aku ni ok je. Aku punya genetik memang daripada baka yang rendang-rendang sahaja. So, why should I expect I can be taller than how tall am I right now? Dalam famili aku yang paling tinggi, untuk setakat aku type entry ini. Sebab aku ada adik lelaki yang masih punya proses pertumbuhan yang aktif. Mungkin dia lebih tinggi daripada aku sekarang, atau masa akan datang.

Aku ada kawan-kawan lelaki yang lebih rendah daripada aku. Walaupun ramai juga yang lebih tinggi daripada aku. Itu aku boleh tahan kira. Aku pun dalam kelas memang lelaki yang paling rendah. Berjalan-jalan dengan mereka memang aku nampak tenggelam.

Dalam kelas aku jenis duduk belakang. Senang nak observe surrounding. Duduk depan kau tak nampak apa yang berlaku kat belakang. Duduk belakang kau boleh tengok semua benda. Oleh itu, aku sangat menentang kenyataan yang mengatakan pelajar yang duduk di belakang adalah pemalas. Sebenarnya kami merupakan orang yang sangat perihatin dengan keadaan sekeliling.

Tapi sebab aku rendah, bila duduk belakang, memang selalulah mendongak untuk tengok muka lecturer. Kenapa aku tak duduk je kat depan? Senang tak payah dongak-dongak? Sebab itulah caranya tak nak mengantuk dalam kelas. Aku tak percaya ramai orang boleh buat. Sebab aku pun duduk belakang sebab nak tidur. Kahkah!!

Aku ada perangai terkutuk sebenarnya. 

Aku kalau tengok ada perempuan macam tinggi, perkara utama yang aku pandang adalah imannya kakinya. Kalau jenis tinggi sebab pakai heels sampai 5 inci, memang aku senyum je lah. Jalan nak megah je kak oi. Kau tinggi pun sebab heels kau tu je.

Tapi memang ada perempuan yang dilahirkan memiliki genetik tinggi. Kawan aku dalam kelas ada seorang wakil bola keranjang universiti. Tinggi aku adalah tahap hidung dia sahaja. Memang tinggi gila minah seorang ni. Sampai kena kutuk dengan kawan lelaki lain sebab tinggi mengalahkan lelaki. Kahkah!

Dia ni bagi aku jenis reti bahasa. Dah tahu dia jenis perempuan tinggi menggalah, dia tak pernah pakai heels. Paling kuat pun dia pakai heels setengah inci. Wedge ke weeg ke apa nama entah. Selalu dia pakai converse je. Dan bertudung. Memang jelmaan Yuna. Cuma dia tak pakai legging. Bagus. Ahaha!

Tapi kalau perempuan tu jenis tinggi tak kurang 178cm, dah tu kau pakai pulak heels sampai 5-7 inches, memang terbaik lah kau kak. Jangan sampai terpeleot dah la. Maklumlah, pusat graviti kau jauh sangat. Dengan heels kau lagi, aku cuma harap kau dapat jalan penuh berhati-hati. Tak payah nak cat-walk sangat. Kau bukan jalan atas pentas Project Runaway.
__________________________________

Tinggi aku lepas untuk menjadi seorang askar wataniah. So, tinggi aku ni kira normallah. Syukur alhamdulillah. Memang patut pun bersyukur sebab ramai lagi golongan yang bantut yang mereka gembira sahaja dengan diri mereka. 

Can't we at least say 'Alhamdulillah' for who we are right now?


p/s: 'don't have to be taller to be macho, just be happy with your body, that's actually makes you look smart.' Ada dalam sms aku. Aku ubah sikit. Haha!

p/s: One happy family at KLIA.


Dari kiri: adik lelaki, ayah, aku, emak, adik perempuan.

Saturday 14 January 2012

Gadis Semasa

Assalamualaikum.


Kawan aku cakap, lelaki muka putih ini, memang perempuan usha lain macam sikit. Lain macam tu kira perempuan suka kepada lelaki yang berkulit putih. Tak percaya?

Lelaki Korea ada tak yang kulit sawo matang? Ada tak kulit terbakar macam lepas latihan kawad dari pukul 2 petang sampai 6 petang? Ada tak warna kulit macam Sivaji the Boss? Ada? Ada? Takde kan? Cukuplah satu bukti ini sahaja. Ini pun dah cukup kuat untuk membenarkan kata-kata kawan aku ini.

Oh, lupa. Kawan aku ni perempuan. So, dia bercakap berdasarkan pandangan peribdai dia.

Dia cakap lagi, disebabkan zaman sekarang yang dah banyak berlaku revolusi, maka, berlaku juga revolusi atau perubahan dalam diri perempuan zaman millenium ini. Kahkah! Zaman Millenium? Dah macam subjek Sejarah Tingkatan 4.

Dia kata perempuan zaman sekarang ada yang buat first move untuk dekatkan diri atau bahasa zaman sekarang, show up herself in front of their man. Maklumlah, nak jumpa spesis lelaki Melayu putih yang ala-ala Korea umpama beli ayam goreng bahagian kepak yang tak berbulu di pasar malam.

Maka, istilah perigi cari timba sudah tidak relevan bagi sesetengah 'gadis semasa'. Gadis Semasa yang dimaksudkan di sini adalah gadis yang hidup pada alaf 21 yang sudah tidak berpegang kepada mitos-mitos Melayu dongeng seperti:

1- Jangan nyanyi di dapur, takut dapat suami tua.
Suami tua duit banyak. Apa gadis itu peduli?

2- Jangan duduk atas bantal, nanti bisul punggung.
Nak buat pillow-talk lagi feeling duduk atas bantal. Bisul tu sapu krim je. Itu pun kalau ada. Punggung bersih suci mana ada bisul.

3- Jangan balik lewat Maghrib, nanti syaitan ikut.
Syaitan tak ikut masa bila? Setan ada syif ke ikut tak ikut?

4- Jangan bersiul-siul, nanti ular datang.
Tak payah tunggu siul, ular-ular lidah bercabang penipu banyak depan mata.

............................ dan macam-macam lagi.

Jadi, gadis semasa ini akan cuba tarik perhatian lelaki yang dia suka (mungkin lebih dari suka bagi mereka yang serius ingin mencari calon suami). Mana-mana lelaki yang secara tiba-tiba didampingi oleh gadis-gadis semasa ini, jangan rasa insecured. You are a lucky guy actually. Just be cool and start your observation either she can be your other-half or not.

Jangan lupa point di sini adalah kepada lelaki Melayu kulit putih ala-ala Korea sahaja. Aku agak tak setuju sebab setahu aku, gadis Melayu lebih cenderung kepada jejaka Melayu berkulit sawo matang. Sekali lagi, point kulit putih adalah pandangan peribadi dia sahaja. Yang Korea itu dia tak cakap. Aku tambah sendiri melalui pengamatan aku terhadap ketaksuban dan kebengongan gadis-gadis Melayu terhadap jejaka Korea yang malas mandi itu.

Aku tidak termasuk dalam dua-dua ciri di atas. Wajah aku tak berapa nak putih dan tak berapa nak sawo matang. Pucat macam Edward Cullen pun tak. Wajah aku mirip orang Vietnam menurut jurulatih silat aku dulu. Maka, Korea jauh sekali lah. Jadi, ini menguatkan hujah yang aku tak diminati gadis-gadis semasa.

Adakah aku sedih aku tak diminati gadis-gadis semasa?

Tak.

Secara peribadi, aku lebih cenderung kepada gadis-gadis Melayu yang masih kekalkan ciri-ciri masakan Melayu. Ketam masak lemak cili api. Misalnya. Ataupun udang sambal. Pergh! Walaupun aku tak boleh sangat makan pedas, tapi sekali-sekala buat lepas gian tak salah rasanya.
______________________________

Aku pun tak tahu kenapa suka buat entry pasal perempuan dan gadis sekarang ini.

Jangan risau. Aku masih lelaki Melayu tulen dan sejati lagi maskulin, sebab aku tak cukur bulu kaki pakai lilin Brazil (Brazilian Wax).



p/s: Aku tak makan pedas sebab perut cepat berangin. Kalau dah berangin, kenalah buang angin kan? Kalau keluar ikut atas boleh tahan kira. Kalau keluar ikut bawah? Tu memang tak tahan namanya.

Saturday 7 January 2012

Pening dan payah

Assalamualaikum.


Sebagai penonton movie online yang agak tegar, aku selalu repeat a few scene yang aku rasa dialog dia tak panjang tapi it has a deep meaning. Semestinya aku bercakap tentang English Movie, not a Malay movie. Bukan aku tak sokong filem tempatan, cuma dialog atau skrip tak cukup padu bagi aku.

Oh, aku bukan nak buat perbandingan filem antarabangsa dengan filem tempatan. Tidak. Aku cuma ingin berkongsi pendapat aku tentang dua dialog ini yang agak dominan dan familiar setiap kali aku menonton drama atau filem English.

" because I love you.." dan

" it's for your own good.."

Apa yang menarik pada aku, skrip " because I love you.." ini sering disebut oleh pelakon wanita manakala skrip " it's for your own good.." adalah favourite script untuk pelakon lelaki.

Ya, aku tak nafikan ada juga babak yang menunjukkan pelakon lelaki menyebut " I love you.." tapi selalunya tanpa perkataan 'because'. Aku rasa agak janggal campur aduk bahasa Melayu dan English tapi takpelah, blog aku pun kan? Kahkahkah!

So, bila ada babak yang menunjukkan situasi romantik (aku tak percaya aku akan ulas benda ini), selalunya apabila ada pihak yang bertanya, " Why are you doing this to me?". Soalan ini selalunya tidak berada dalam situasi yang positif walaupun ada tetapi amat sikit.

Then, after she or he had been asked, " Why are you doing this to me?", you (especially me) can realise that:

1) Men always answer like this: "It's for your own good.."

2) Women always answer like this: "because I love you.."

Ok, back to Malay. 

Bagi aku, ini semua berkaitan dengan sifat dan sikap lelaki dan perempuan itu sendiri. Men are from Mars, Women are from Venus. Lelaki ego. Aku setuju. Lelaki poyo. Aku setuju juga. Biasa dengar perempuan poyo? Takkan? Yang biasa dengar perempuan gedik. Ada pernah dengar lelaki gedik? Aku pernah. Sebab ada budak 6 tahun cakap aku ni gedik. Ikut hati aku, memang goyang rahang budak tu aku tangankan. Haha.

Aku yakin kebanyakan, tak semua, tapi almost lelaki kat dunia ni memang takkan mengaku dan cakap, 'saya sayang awak..', 'saya cinta awak..', 'I love you..'. No, no, no. Sebab tu bila perempuan tanya, perempuan akan dapat jawapan yang bukan mereka nak dengar. 

Perempuan, bagi aku, adalah kaum yang menjadikan mulut atau lidah sebagai medium utama. Apakah yang dimaksudkan medium utama ini?

Perempuan geram, dia membebel.
Perempuan marah, dia jerit atau tinggi suara.
Perempuan terkejut, dia menjerit.
Perempuan sedih, dia buat pillow-talk.
Perempuan down atau kecewa, dia cerita sampai tak sedar poin yang sama diulang 19x.
.........
.........
.........

Jadi, apa kesimpulan aku kat sini?

Walau apa pun yang berlaku, mulut dan lidah adalah benda yang paling berharga bagi mereka. Sebab itu, apa-apa yang keluar daripada mulut lelaki (aku dan anda yang jejaka) adalah sangat bernilai bagi mereka. Sebab itu perempuan lebih mudah ditipu daripada lelaki.

Ditipu bukan sekadar hati dan perasaan, masa shopping pun sama. Dah tahu shopping dekat car-boot sale atau bundle, takkan harga tudung boleh sampai RM60? Takkan harga heels Jamie Choo boleh sampai RM600? Takkan emas Zhulian boleh sampai RM6000? Ini sekadar contoh.

Masalah di sini, kenapa lelaki susah nak cakap?

Ya. Sebab kata-kata lelaki adalah melalui perbuatannya. Sebab itulah lelaki suka guna ayat, "It's for your own good..". Apa sahaja yang lelaki buat dia akan kata untuk kebaikan perempuan itu. Kenapa tak cakap je, "Because I love you.."? Semua orang nak yang terbaik untuk orang yang dia sayang. Aku? Aku pun nak yang terbaik untuk si dia.

Why he is doing that to her?

The man loves that woman, because it's for her own good.

Why she is doing that to him?

Because the woman loves that man, that's all.
______________________________

Haaaa, pening? Aku pun pening.

Kesimpulan mudahnya: KEBANYAKAN lelaki buat apa pun untuk kebaikan perempuan yang dia sayang. Actions speak louder than words. 

Perempuan, anda memang mudah melafazkannya. Jadi, jangan semudah itu mengharap untuk mendengarkannya kembali. Dengarlah dengan hati. Itu lebih mudah untuk anda mendengarnya.


p/s: Kahkahkah. Aku fikir banyak kali nak post benda ni. Cis!! Ini hanya pendapat peribadi aku. Aku terima sahaja pendapat orang lain.

Friday 6 January 2012

Huruf R

Assalamualaikum.


Pelat! Ya, bukan lepat. Lepat adalah sejenis kuih yang sedap. Pelat pula lain. Pelat ialah sejenis fenomena yang berlaku kepada mereka yang tidak dapat menyebut sesuatu huruf dengan betul atau tepat. Pelat ini bukan boleh buat main sangat. Moral boleh down kalau tak kuat emosi dan mental.

Aku macam Lisa Surihani. Ehem ehem. Bukan. Aku bukan nak kata aku cantik macam Lisa. Tak. Aku tahu aku tak kacak macam Yusri. Cuma lebih kacak. Hurm. Tak. Tak. Yusri jauh lebih kacak daripada aku. Sebab dia tak pelat huruf R. See? 

Pelat ni sebenarnya main peranan kecil dalam nak tentukan orang tu kacak atau tak. Jelita atau tak? Jelita? Kahkah. Nama majalah juga aku petik.

Aku sekarang dah tak pelat R. Mungkin kadang-kadang terpelat jugak sebab dari kecik aku memang pelat huruf R. Kalau aku tengah cakap Melayu atau tengah merapu atau merepek atau mengarut atau tengah borak-borak biasa atau atau atau, memang terpelat jugak lidah aku ni.

Sekarang aku dah boleh cover. Paling penting dalam bacaan solat. Itu yang aku betul-betul jaga. Nak mengaji pun aku jaga sebutan. Bagi mereka yang tak pelat macam kami yang pelat ni, anda mungkin tak rasa macam mana yang aku maksudkan dengan jaga dan kawal sebutan. Sebab anda memang tak pelat.

Bagi aku dan mereka yang pelat ni, memang kalau sampai huruf-huruf sensitif kami, kahkah, huruf sensitif, memang automatik jadi peka dan alert dengan sebutan huruf itu. Oh, selain huruf R, huruf yang orang selalu pelat adalah huruf S.

Bagi mereka yang pelat huruf S, kebarangkalian untuk pelat huruf R adalah tinggi. Tapi mereka yang pelat huruf R, jarang yang pelat huruf S. Macam aku. Aku tak pelat huruf S. Aku pernah pelat huruf R, tapi sekarang dah boleh kira tak pelat. Hahaha!

Aku ada satu tips yang aku sendiri buat. Daripada tak boleh langsung sebut huruf R sekarang dah boleh sebut Ferrero Roche. Ingat! Ferrero Roche adalah perkataan asas nak tahu anda pelat huruf R atau tidak.

Tipsnya adalah, masa tu aku darjah enam. Aku pengawas. Jadi, setiap pagi Isnin memang turn aku baca doa pagi. Satu pagi Isnin tu, ada ustazah tegur aku sebab aku tak boleh sebut huruf R betul-betul. Kira huruf Ra' dalam bahasa Arab aku salah. Aku dah rasa down sebab nak baca doa tapi salah baca.

Satu petang tu, aku baring sambil menahan sakit di bahu kiri akibat suntikan BCG. Dah pecah berdarah-darah sebab aku tepuk nyamuk. Nyamuk mati. Puas. BCG pecah. Perit. Sambil berbaring, aku mainkan lidah aku dekat lelangit atas. Ustazah aku cakap, letak lidah sejauh yang mungkin.

Lidah aku dah macam kebas asyik main dekat lelangit je. Tengah-tengah aku mainkan lidah dekat lelangit, tiba-tiba pulak aku terbersin. Lidah aku punya sakit waktu tu memang padu. Kau cuba main-main lidah kat lelangit masa ada rasa nak terbersin.

Lepas je aku terbersin, aku rasa lidah aku dah mengalami transformasi. Lidah didahulukan, huruf R diutamakan. Aku dah boleh sebut huruf R macam mana aku sebut huruf R sekarang ini. Walaupun kadang-kadang terpelat lagi sekarang, at least aku dah tak totally pelat macam dulu.

Untuk sesiapa yang pelat huruf S, aku takde tips nak kongsi sebab aku tak pelat S.

Kepada mereka yang pelat R macam aku, dulu, bolehlah cuba tips yang aku merepek tadi. Insyaallah, di mana ada lidah, di situ anda boleh sebut huruf R.

Selamat mencuba.
______________________________

Bila kadang-kadang aku terpelat huruf R, aku terus cover cakap French. Bolehlah juga cakap French sikit. Je ne parle par francais bien.

Bila tengok lakonan Lisa Surihani, rasa sayu di hati. Bukan sebab Ombak Rindu, bukan. Aku tak tengok pun lagi. Tapi sebab Lisa dengan aku sama. Aku yang dulu.


p/s: Banyakkan mengaji alquran. Itu pun boleh betulkan sebutan huruf dengan lebih tepat.

Thursday 5 January 2012

Lalat

Assalamualaikum.


Dorm A 3.1 @ 2004

Aku terbaring melepet atas katil petang itu. Katil aku betul-betul bawah kipas. Pasang kipas pada kelajuan full-blast pun angin macam nak tak nak je kuat. Habuk tebal bukan main melekat pada bilah kipas. Dia punya hitam macam hitam air longkang yang sumbat tu. 

Aku nak lelap mata takut terbabas sampai asar. Padahal waktu prep dah dekat. Aku punya penat hari itu bukan main lagi. Aku tak ingat kenapa aku penat yang amat hari itu. Kalau tak sebab belajar subjek Sejarah, mungkin sebab aku kena follow warden buat spot-check. 

Dulu mula-mula suka lah join spot-check ni. Jumpa macam-macam. Masa tu DVD tak berapa nak ada. Banyaklah jumpa CD cetak rompak, radio, rokok, seluar jeans, entah apa lagi aku tak ingat. Dah banyak sangat spot-check kena join, nak menyorok dalam longkang pun ada. Barang-barang 'haram' pun dah tak masyuk macam dulu.

Vrrrrrroooooooooooooommmmmmmm!!

Prreeeeeeennnggggg!!

Kriiiiinnnggg!!!

Kriiiingg!!

Krinnnnggggggggg!!!

Aku kenal sangat bunyi motor tu. Loceng ni pun bunyi lain macam. Motor tu bunyi CIkgu Wahab (bukan nama sebenar) punya. Dia warden hari ini. Antara hari yang paling lemau aku rasa dalam tahun 2004 dulu. Dia ni bekas askar aku rasa. Style hukuman askar ni aku tak berapa gemar sangat.

So, aku punya kelam-kabut tak payah cakap. Kena rotan tahan lagi. Aku yang malas kalau kena buat jam askar tengah-tengah panas. Itu ok lagi. Kalau kena study bersila tengah tapak perhimpunan memang jatuh reputasi sebagai pelajar poyo tahun itu. Poyo tetap poyo. Disiplin jangan buat main.

Dalam aku kelam-kabut tu, member sebelah katil aku masih tenang layan novel sambil cabut bulu ketiak. Dah, tak payah nak bayang macam mana. Macam lah kau tak pernah buat kan? Katil depan pula masih damai memejam mata. Aku tahu dia tak tidur. Sebab dia ni jenis loceng bunyi baru nak pejam mata. Aku punya tabiat aku malas nak tanya.

Masa aku tengah siap-siap nak pakai stokin belah kanan, mereka berdua dah duduk sebelah aku pakai kasut. Entah bila mereka bersiap aku tak tahu. Member yang pejam mata tu memang tak pernah tak lebam mata waktu petang. Ini pun aku kurang pasti macam mana boleh lebam mata waktu petang. Waktu pagi aku fahamlah jugak.

Masa aku nak sarung stokin sebelah kiri, aku nampak ada seekor lalat sedang lepak dekat hujung stokin. Dia punya lepak lebih kurang golongan surau yang balik daripada ceramah dan bersembang sambil menghirup kopi panas. Itulah gambarannya keadaan lalat tadi.

Aku hayun tangan aku supaya lalat itu pergi. Aku memang pantang tengok lalat. Tengah mengaji pun boleh jadi tak mengaji. Selagi tak mati, selagi tu aku kejar. Lu sangsi, lu mati. Begitulah lebih kurang. Member aku yang baca novel pun kagum dengan lalat yang agak sombong dan bongkak masih melepak atas stokin aku.

Aku malas nak layan lalat tu sebab malas nak bermain jam askar dengan warden terus sahaja merentap kasar stokin aku yang terletak di atas lantai. Elok sahaja aku angkat stokin itu, lalat itu jatuh bergaya ke atas lantai. Member aku yang mata lebam dah tengok lalat tu lain macam . 

Dia pegang lalat itu. Lalat itu diam.

Dia jentik lalat itu. Lalat itu diam.

Dia tiup lalat itu. Lalat itu diam.

Hari itu aku berjaya bunuh lalat tanpa perlu mengejarnya. Lalat itu sudah salah mendarat ke arah lapangan yang penuh kuman dan virus. Lapangan itu adalah stokin aku.

__________________________

Petang itu aku tak pakai stokin ke prep. Itu sahaja stokin yang aku ada ketika itu.

Stokin sukan aku pun tak sehebat stokin prep aku itu.


p/s: Aku rasa hari itu hari Khamis. Sebab kira dah 4 hari pakai.

Tuesday 3 January 2012

Layan

Assalamualaikum.





Lagu ni aku biasa bawak dalam tandas tingkat bawah blok A aspura. Biasanya 12-15 gayung baru habis part korus.

_____________________________

Aku antara peminat Flop Poppy. Mana pergi sekarang group ni?

Suara Andy serak-serak power. Suara aku serak-serak loser.


p/s: dengar lagu dulu-dulu, teringat zaman sekolah dulu. Serius rindu.

Sunday 1 January 2012

Ketika malam itu (part 2- final)

sambungan daripada ini -- > part 1


Aku berpaling ke arah datangnya bunyi itu. Bunyi yang sangat meriah. Seolah-olah satu kampung sedang mengejar seekor lembu yang terlepas ketika hendak disembelih. Aku melihat-lihat kawasan sekeliling. Kot-kot memang ada budak-budak tengah kejar kucing yang berak merata-rata.

Sunyi. Gelap. Pekat. Tiada apa-apa melainkan sebatang pokok pandan dan sebuah tong sampah bau bangkai reput tiga hari. 

Aku terus melangkah ke dewan makan. Bau bubur kacang hijau masuk ke hidung. Bubur kacang ni kalau makan buka mata, memang tak jadi nak makan. Aku makan sambil tutup mata. Tengok bubur kacang tapi rasa ikan masak air basuh tangan. Tak basuh periuk ke apa tukang masak dewan makan?

Lepas melantak lebih kurang, aku naik ke dorm. Macam biasa, benda pertama aku buat lepas masuk dorm adalah bunuh lipas yang pasti ada depan pintu. Malam itu dapatlah dalam tiga ekor kalau aku tak salah. Kasut sukan aku tu kalau tengok betul-betul memang banyak bangkai lipas.

Borak punya borak, sembang punya sembang, budak-budak dorm aku semua dah tidur. Aku masih terkebil-kebil tak boleh lelap mata. Aku baca novel. Novel paling bosan. Sebab karya H.M Tuah. Aku memang tak boleh baca novel H.M Tuah. Baca punya baca, dekat 3 bab aku layan.

Tak jalan. Tak jadi. Aku masih tak boleh tidur. Jam dah 2 pagi.

Aku baca pula buku Sejarah Tingkatan 4. Ini buku yang agak mengantuk selepas buku Pendidikan Quran Sunah. Aku tahu aku bukan pelajar yang baik. Buku-buku agama memang mengantuk aku baca. Daripada bab Zaman Paleolitik sampai Zaman Abbasiyyah, aku tak tidur juga lagi.

Aku dah tak sedap badan. Padahal petang tadi bukan main peluh macam tarik gajah sejauh 50 meter. Pukul 5am nanti nak sahur.

Oh, lupa. Masa itu puasa, bulan Ramadan.

Aku tekan tubi dekat 100 malam tu bagi penat badan. Tak jadi juga.

Sampai ke sahur aku tak boleh tidur. Elok aku bangun nak jalan pergi dewan makan, tiba-tiba kaki aku sakit gila yang amat. Aku dah tak boleh nak jalan betul. Mata stim tak payah cerita. Hitam dah macam Kungfu Panda punya mata. Bengkak macam kena tumbuk dengan Aaron Aziz.

Petang itu aku pulang ke rumah sebab pagi itu aku kena demam panas. Muka sampai merah macam udang bakar. Happy pun ada sebab budak-budak lain kena stay sekolah sampai habis tapi aku dapat cuti awal. Kahkah.

Ayah aku terus bawa ke klinik untuk test darah sebab suspek denggi. Lepas test darah, alhamdulillah, bukan denggi. Cuma darah aku ada jangkitan kuman. Aku syak bubur kacang hijau yang macam sisa kumbahan saja rasanya.

Dapat ubat aku makan macam biasa. Ikut sukatan, ikut jadual. Aku kalau bab-bab makan ubat ni memang taat. Bukan jenis degil punya orang. Makan punya makan, tak hilang juga demam aku. Kaki pun makin bengkak. Nak solat terawih pun join pakcik-pakcik yang solat jenis duduk.

Ayah aku rasa ada tak kena sebab aku jarang tak sembuh lepas makan ubat. Entah mana pakcik ayah aku bawak jumpa. Kat Puchong. Aku ingat lagi rumah pakcik tu ada bas sekolah dan ada sebuah pondok kecil. Pondok kecil? Dah macam tajuk nasyid pun ada.

Aku tengok pakcik tu, pakcik tu tengok aku. Lepas borak-borak lebih kurang, dia pegang dahi aku. Aku agak cuak sebab tapak tangan pakcik tu besar dia dah boleh pegang kepala aku penuh. Dia pejam mata dan biasalah, baca apa entah aku tak ingat.

5 minit lebih kurang, dia lepaskan tangan dia dan senyum-senyum.

-------------------------

Pakcik: Ada orang suka kat kamu.

Ayah: Takkan sampai buat anak saya sakit?

Pakcik: Bukan orang biasa. Orang ni kata dia suka kamu dah lama.

Ayah: Bukan orang biasa? Ada benda lah ni?

Pakcik: Takpe. Benda tu terserempak dengan budak ni (aku). Dulu dia tengok-tengok je dari jauh. Budak ni dah lalu kat tempat dia. Tu yang dia tegur. Budak ni buat tak layan.

Aku: (senyap tak cakap apa-apa).

Ayah: Kenapa benda tu suka anak saya ni?

Pakcik: Budak ni baik. Rajin solat sunat. Selalu mengaji. Suka puasa sunat. Takpe. Aku dah cakap kat dia, budak ni kecik lagi. Tak boleh nak suka lagi. Lagipun tak sama.

Aku: Bila dia boleh suka saya?

-------------------------------------


Memang beza sangatlah diri aku dulu dengan sekarang. Dulu mengaji selalu mengaji tapi sekarang selalu menyanyi. Dulu rajin puasa sunat tapi sekarang lebihkan donat daripada puasa sunat.

Aku tak percaya sangat benda-benda ni. Sikit-sikit je.


p/s: Patutlah dah takde siapa suka kat aku sekarang. Perangai dah serupa sakai.

Bukti Bahasa Melayu kian terhakis

Assalamualaikum.


Aku membalas senyuman seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan pintu masuk Bank Rakyat Seksyen 9 Shah Alam. Dia sedang beratur menunggu giliran untuk berurusan. Adegan beratur ini memang aku puji rakyat Malaysia walaupun kadang-kadang ada yang macam syaitan juga.

Aku terus menuju ke arah kaunter pertanyaan. Kaunter itu lengang tiada pelanggan. Aku harus segera kerana ayah aku sedang menanti di dalam kereta. Pegawai yang bertugas senyum. Aku pun membalas senyuman itu. Bukankah senyum itu sedekah?

Aku lihat di atas kaunter itu ada poster ' Minggu Bahasa Kebangsaan'. Sebagaimana yang semua tahu, bahasa kebangsaan untuk Malaysia adalah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia.

Pegawai: Selamat pagi encik. Ada apa-apa boleh saya bantu?

Aku: Selamat pagi. Assalamualaikum.

Pegawai: Waalaikumussalam. Ya encik?

Aku: Jangan panggil saya encik. Saya lagi muda daripada akak. (dalam hati)
Aku: Saya nak kemas kini buku akaun saya. Dah 2 bulan saya tak kemas kini.

Pegawai: Maaf encik. Kenapa dengan buku akaun ni?

Aku: Saya nak kemas kini. Dah lama tak kemas kini.

Pegawai: Erm.... (sambil ambil buku akaun dan terpinga-pinga)

Aku: Saya nak update buku akaun ni. Boleh?

Pegawai: Oh, update. Boleh. Sebentar ya?
________________________

Aku puji pegawai itu sebab tak bertindak dungu dengan memberi slip keluar atau masuk duit.

Aku tak tahu nak salahkan kerajaan yang melancarkan kempen Bahasa Kebangsaan tapi tak bagi taklimat dulu atau nak salahkan pengurusan bank yang lalai tentang kempen itu.


p/s: Aku ambil masa 2 minit lebih untuk perkataan briefing.

Siapa makan oren tak masak, dialah yang rasa masamnya

Assalamualaikum.


Selamat tahun baru 2012.

Aku punya azam, azam aku adalah aku tak mahu berazam. Itulah azam aku.

Lepas aku belek semula semua entry aku tahun lepas, aku dapati ada beberapa entry yang telah disalah ertikan oleh beberapa orang. Beberapa orang itu termasuklah adik aku. Aku tahu kau baca entry aku ini. Entry dalam blog ini satu sahaja yang berkaitan dengan kau. Haha. Ini entry itu --> aku tahu dulu aku jahat

Entry ini dah disalah ertikan oleh adik aku. Mungkin juga orang lain. Aku tak tahu. Yang aku tahu adik aku sahaja sebab dia mengaku sendiri. Haha! Tiba-tiba terasa tanpa sebab. Kebanyakan entry aku, aku tak suka cerita pasal orang sangat. Mungkin ada. Tapi 90% adalah diri aku sendiri.

Aku bukan nak kata kau menyibuk. Yang menyibuk itu aku. Aku dulu bukan seorang yang suka nak ambil tahu hal orang sangat. Aku suka buat hal sendiri. Tak nak campur hal-hal yang tiada kaitan dengan aku. Bila aku sedar aku ni tiba-tiba banyak tanya, aku seolah-olah menyibuk hal orang.

Itu nak tanya, ini nak tanya. Padahal tiada kaitan pun dengan aku. Saja nak tahu. Haa, aku sebenarnya bukan saja nak tahu. Mana ada aku saja suka-suka nak tahu. Itu maknanya aku memang dah menjadi seorang yang penyibuk.

Sebenarnya aku rasa ada lagi entry-entry aku yang dah disalah ertikan. Aku petik entry menyibuk sebab adik aku kata dia rasa dia menyibuk hal aku. Adik-beradik tak boleh macam itu. Aku seorang abang yang penyayang lagi pengasih. Kah kah!

Bertepatan dengan description blog ini, Helaian Imiginasi Hamparan Karutan, apa yang aku tulis kadang-kadang tak wujud pun. Aku gambarkan orang lain dan aku mengarut di blog ini seolah-olah aku yang mengalaminya. Ada beberapa entry yang sebenarnya hanyalah imiginasi aku semata-mata.

Aku menulis tanpa berfikir panjang. Sebab imiginasi tidak perlukan pemikiran. Karutan juga terhasil apabila tidak berfikir. Jangan terasa sangatlah. Terutama adik aku. Kau jangan terasa. Aku tak pernah fikir pun kau penyibuk. Sebab aku bukan jenis berfikir.
___________________________


Entry paling akhir untuk tahun 2011 itu betul-betul serius. Itu bukan imiginasi atau karutan. Aku cuma mencari waktu yang sesuai sahaja.

Tahun baru sudah tiba. Masa kematian semakin dekat.

Sekian.


p/s: Aku tak pernah ada azam. Aku cuma ada seorang kawan bernama Azam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...