Sunday, 13 February 2011

Menangis

Assalamualaikum.

1999

Perangai ejek nama ayah memang dah jadi game budak sekolah rendah. Ada lagi celaka, dapat tahu nama atuk. Lagi meriah game. Nama ayah aku Mohamad Isa. Kena jugak. I.S.A. Ada yang ejek ayah aku banduan. Ada nama Karim. Kena ejek Karam Singh Walia.

Yang kenal ayah aku, takkan ejek punya. Beranilah ejek Pakcik Isa. Yang dah ejek lepas tu baru kenal, sumpah tak ejek banduan dah.

Aku ada sorang classmate aku. Perempuan. Tinggi gila ok? Seperti kebanyakan budak lelaki lain, alam sekolah rendah menyaksikan ketinggian kami amatlah jauh beza dengan budak perempuan. Aku hanya tinggi dagu dia sahaja.

Aku pulak tengah main game dengan budak perempuan tinggi tu. Lawan bertekak. Aku terpaksa dongak. Dia gelak je lawan tekak dengan aku. Dasar perempuan jalang tinggi. Merendah-rendahkan lelaki yang bantut.

Aku tak puas hati. Dia pun sakit hati.
_____________________________

Aku: Kau ingat kau tinggi kau bagus sangat ke?

Dia: Memanglah aku bagus. Aku lap tingkap tak guna kerusi. Kau lap papan hitam pun jengket.

Aku: Mentang-mentang kau wakil sekolah bola jaring. Lumba lari no1. Kaki panjang.

Dia: Apahal ejek kaki aku panjang? Kaki kau tu pendek lagi kesian. Aku lempang kau kang!

Aku: Lempanglah kalau berani!!

PAANGGGG!!!
____________________________

Aku termenangis. BACA: TERMENANGIS. Gila kau. Tangan budak bola jaring tu. 4/5 tapak tangan je dah penuh muka aku. Jenis pegang bola sebelah tangan melekat.

Tiba-tiba ada bunyi.

" Eeeii, tak malu. Nangis kena lempang dengan perempuan," bergema zikir ini selama 10 saat.

Aku seka airmata. Pedih. Pening. Pusing kepala memang deep. Aku pandang kawan-kawan aku seraya berkata,

" Aku nangis bukan pasal sakit. Aku nangis sebab dia sentuh aku. Haram. Ayah dia dah meninggal. Kesian ayah dia tanggung dosa dia. Nanti kena seksa dalam kubur," aku duduk kat meja aku sambil main pemadam.
_________________________________________

Game ejek nama ayah terus pupus pada saat itu juga. Semua terfikir soal alam akhirat.

Kadang-kadang aku rasa, mulut aku ni memang rock jugak. Kalau bab reka alasan memang juara. Takkan nak ngaku sakit ye tak? Tangan perempuan je pun. (Tapi tangan tu gaklah buat aku mabuk 1 hari).






p/s: Aku dah lama tak jumpa dia. Dah 9 tahun. Tak tahu siapa sekarang lagi tinggi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...