Hari ini aku sangat mengantuk. Plan nak siapkan esaimen sebelum Asar. Gagal. Tak tidur lepas Subuh bukan jaminan aku mampu siapkan esaimen dengan pantas. Faktor penggunaan internet sebagai medium maklumat selalu menyesatkan aku kat laman web lain. Tak terkawal.
Ya! Kawalan sangat penting dalam hidup ni. Kalau aku tak mampu kawal, siapa lagi nak kawal hidup aku? For sure lah aku sendiri. Aku tak kawal orang. Aku tak kawal keadaan. Dan aku tak suka pun buat begitu.
Selalu dengar orang-orang hebat berkata, " Kita mesti kawal keadaan, bukan keadaan kawal kita..". Apa yang diorang kata tu sangat realistik. Aku sarkastik. Dua subjek yang sangat berbeza.
Aku kena kawal makan. Kalau aku ikut perut aku, aku nak makan yang superb sahaja. Yang harga memang Rosmah je mampu bayar. Aku nak sarapan coco crunch, lunch daging, petang kek, malam ikan pari. Tapi aku kawal. Aku hanya makan roti sahaja sampai aku tidur waktu malam.
Aku kena kawal kentut. Kalau ikut bontot aku, aku nak je lepaskan satu letupan kencang dalam kelas. Kau bayang aku kelas dari 8am - 6pm. Kadang tak sempat sarapan sampai perut berangin. Tahan kentut selalu buat aku pening kepala. Mana boleh tahan. Lepas tetap lepas. Tapi aku kawal. Setting kena tepat. Salah setting bergegar kerusi aku nanti.
Aku kena kawal tidur. Kalau ikut mata aku, aku akan tidur sampai aku tidur mata terbuka. Kau pernah? Itu maknanya aku mengada-ngada. Sebab aku akan mimpi yang mengarut-ngarut kalau tidur lepas Subuh. Sampai aku bosan bermimpi, baru aku bangun betul-betul.
Aku kena kawal shopping. Kalau ikut tangan aku, aku akan capai apa sahaja yang aku berkenan. Sekarang aku sangat s
Aku kena kawal otak aku. Kalau ikut otak aku, aku akan terbayang kisah silam aku. Aku banyak kisah silam. Tapi kisah silam yang satu itu memang menjuara carta memori aku. Otomatik aku boleh teringat tanpa sebab. Alhamdulillah aku mampu kawal. Alhamdulillah aku punya hati yang aku rasa agak kenyal dan liat. Alhamdulillah juga aku bukan seorang beremosi.
___________________________________________
Aku tak suka kawal orang sebab aku tak suka orang kawal aku. Kau datang tempat aku. Kau kawal aku? That's very nice. Aku kawal aku. Kau kawal kau. Clear?
Aku bukan tiada perasaan marah. Cuma aku kawal. Sampai bila aku boleh kawal? Kau tahu ke? Aku sendiri tak tahu. Kalau kau tahu, baguslah. Mungkin kau akan berhenti kawal aku bila kau tahu aku tak kawal marah aku.
p/s: Jaga, prihatin dan kawal adalah berbeza. Oh, aku ada kelemahan. Aku selalu lupa mana aku letak alat kawalan jauh.
No comments:
Post a Comment