Assalamualaikum.
Manusia bukan robot. Ini kata-kata seorang tua beruban di usia muda. Betul. Kau takkan mampu untuk menolak apa-apa perasaan yang terdetik tanpa kau pinta.
Manusia belajar daripada kesilapan. Robot tak belajar apa-apa. Robot hanya jelmaan manusia yang tak punya hati dan perasaan. Robot adalah jelmaan manusia yang tidak mahu belajar dan hanya terima arahan.
Kau. Ya, aku sedang bercakap dengan kau wahai manusia.
Kenapa kau rasa kau begitu sempurna tanpa ada sebarang cacat-cela? Kau tak pernah buat silap? Kau seolah begitu bangga dengan diri sendiri. Kau seorang sahaja yang betul dan aku salah.
Ya, aku akui ada kesilapan yang aku pernah buat dalam hidup aku. Aku pasti bukan ratusan, malah beribu silap aku dah buat.
Sikap kau yang suka besarkan silap orang adalah kesempurnaan bagi kau. Mungkin sebab kau yakin dengan diri kau yang sempurna. Kau pernah silap jawab exam. Aku pasti. Sebab kau tak dapat 12A1 SPM dulu. Itu juga satu kesilapan bukan?
Sikap kau yang suka burukkan aku bukan aku tak tahu. Engkau hanya tahu engkau insan paling sempurna dan aku insan penuh titik kesalahan. Ya, betul. Sebab titik itu hanya wujud di mata kau dan kau akan terus nampak titik itu.
Aku bukan Nabi yang tak pernah doakan bala untuk umatnya. Aku juga bukan robot yang menerima sikap engkau hanya seperti renjatan elektrik. Bukan. Aku cuma belum tergamak untuk meletuskan satu sisi baru dalam hidup kau.
Aku pasti engkau tak tahu yang aku dah tahu dusta dan fitnah yang kau tabur atas kepala aku. Sebab kau yakin dengan lakonan kau sendiri. Kau tak sedar bukan yang aku juga sedang melayan lakonan kau?
Teruskan dengan lakonan engkau. Ya. Aku suka melihat. Aku suka melihat satu drama yang penuh dengan kejutan. Aku terkejut sebab aku masih mampu melayan lakonan hebat kau sampai sekarang.
Aku juga terkejut dengan telenovela yang engkau aturkan sendiri. Wah, memang jelas sekali engkau adalah hero dan aku adalah si kambing hitam.
Untung tiada anugerah untuk pelakon harapan blogger. Aku pasti tercalon walaupun tiada peluang menang.
______________________________________
Wajah aku tidak sekacak kau. Penampilanku tidak sehangat kau. Banyak lagi kekurangan aku yang kau gariskan untuk dijadikan acuan kesempurnaan kau. Ya! Kau sempurna hanya di mata kau sendiri.
Pada mata aku, kau hanya pelakon yang tidak tahu suntingan drama telah lama berhenti tetapi kau masih terus berlakon mempamerkan kehebatan diri di hadapan kamera.
p/s: Kau bertakhta bagaikan maharaja di atas pentas
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
No comments:
Post a Comment