Wednesday 27 April 2011

Isu kekeluargaan

Assalamualaikum.


Petang yang sedap ni aku nak tulis berkenaan isu anak dan ibu bapa. Aku bukan seorang pakar motivasi atau pakar perancang keluarga. Apatah lagi profesor sentaphatimaknak. Sekarang ini aku hanya ada keluarga asas, iaitu mak, ayah, dan adik-beradik. Aku belum punya anak, apatah lagi isteri. 

Cuma, sejajar dengan peningkatan umur yang sudah menjangkau angka 22, aku rasa aku sudah memiliki pemikiran ke arah memiliki keluarga sendiri. Haktuih. Hidup tunggang-langgang, baju dengan selimut pun dah tiada beza atas katil tu ada hati mahu ada keluarga sendiri? Jangan bagi cucu kepada mak ayah anda kalau anda perangai serupa cicit iblis.

Bagi aku, anak itu memang seorang insan yang sangat perlu menjaga tingkah laku dan budi pekerti. Mana-mana individu yang menggalas peranan sebagai seorang anak, wajib berlaku baik sepanjang nafas tidak berbau. Apa aku merepek ni? Sepanjang helaan nafas beralun maksud aku.

Anak, kalau perangai serupa jeneral komander syaitan dan memangku title maharaja iblis, tetapi memiliki ibu ayah yang sangat baik dan soleh serta warak, masyarakat akan mengata mak ayah. Mak tak reti jaga anak dan ayah tak ingat anak-anak di rumah.

Anak, kalau perangai serupa malaikat dan mempamerkan sikap terpuji persis seorang nabi, walaupun memiliki mak ayah yang tiada rupa seorang mak dan ayah, masyarakat akan memuji mak dan ayah juga. Sejuk perut ibu mengandung dan kembang punggung ayah dapat anak baik macam tu.

Nampak? Apa-apa pun yang terjadi, mak ayah juga dapat keji atau puji.

Anak? Apa yang anak buat akan disandarkan kepada ibu bapa mereka. Anak buat jahat, mak ayah dapat nama. Anak buat baik, mak ayah pun dapat nama. Anak masuk lokap, mak ayah dapat nama. Anak keluar negara, mak ayah jugak dapat nama.

Oleh itu wahai anakku, jadilah insan yang berguna agar kau tak merasai tapak tangan dan tumit kaki ayahmu ini.

Ayat macam aku ada anak. Ayat pun macam aku ni akan jadi ayah yang garang.
________________________________

Zaman sekarang anak-anak ramai yang kurang ajar dengan mak ayah. Kalau sama-sama keluarga sahaja aku tak berapa nak kisah. Tapi kalau dah kurang ajar dengan jiran, memang tak pelik kalau ada yang sampai bergaduh sesama jiran.

Semua bermula dari meja makan dalam rumah. Sedap masakan mak, maka lembutlah hati ayah. Anak-anak pun tak nampak mak ayah bertekak, maka wujudlah keluarga harmoni.

Kesimpulannya, perempuan zaman sekarang kena pandai masak. Lagi-lagi masak lemak cili api.




p/s: Aku harap dapat bini pandai masak. Sebab aku pandai makan.

Friday 22 April 2011

Perhatian

Assalamualaikum.


Kepada pengunjung blog ini, diingatkan kepada anda semua bahawa blog ini ditulis berdasarkan imiginasi dan khayalan pemilik blog iaitu aku.

Entri dalam blog ini juga hanyalah karutan semata-mata dan repekan sehidung-hidung penulis blog iaitu aku juga.

Jangan bersikap terlalu serius ketika membaca entri dalam blog ini.

Jangan jadi terlalu deep tatkala melihat post dalam blog ini.

Sekian...

Entiti di dalam masjid

Assalamualaikum.


Hari ini hujan. Kejap hujan, kejap berhenti. Angin pulak memang kencing kencang lain macam. Langit gelap. Awan mendung berarak kelabu.

Aku sampai masjid agak awal. Aku ingat dah cukup awal untuk dapat saf depan. Dapat jugak saf belakang. Elok lah sikit daripada duduk dekat luar. Mungkin sebab hari nak hujan. Semua keluar awal.

Khatib hari ini kurang mantap daripada khatib minggu lepas. Khatib minggu lepas bukan sahaja sekejap, malah isi mantap. Sikit takpe, janji berkualiti.

Selang beberapa minit khatib hari ini mula berkhutbah, aku mula merasakan aku ditarik ke alam misteri.

Aku semakin risau. Aku yakin aku telah duduk di dalam masjid tetapi aku merasakan jasad aku mula beralih ke alam misteri. Peluh menitik dari dahiku. Ketakutan menyelubungi diri. Aku tidak cukup kuat untuk berdepan dengan situasi ini.

Latar belakang masjid perlahan-lahan berubah. Khatib tadi tidak lagi kelihatan. Mimbar yang tinggi juga hilang. Jemaah lain mula berubah bentuk. Seorang demi seorang. Aku semakin cuak.

Alam misteri perlahan-lahan bertukar menjadi suasana masjid semula. Tetapi, aku lihat semakin banyak hantu mucul dalam masjid itu. Hantu itu hanya dari satu spesis. Hantu tanpa kepala. Semua hantu itu senyap sahaja.

Hantu tanpa kepala ada di sebelah aku. Ada di depan. Ada di belakang. Ada juga hantu tanpa kepala yang bersandar di tiang. Hantu-hantu itu tersengguk-sengguk ke depan dan belakang menahan mengantuk.

Rupa-rupanya itu bukan hantu tanpa kepala. Itu adalah manusia yang tertidur sambil kepala dilentokkan ke bawah. Aku yang duduk di belakang memang nampak mereka seperti hantu tanpa kepala yang sedang duduk di dalam masjid.
_____________________________

Khatib sekarang kena pandai baca khutbah. Jangan syok sendiri. Jangan lama sangat sampai jemaah resah. Jangan baca teks macam tulisan teks tu pakai font -12.

Susah nak jumpa khatib yang mampu buat jemaah tak tidur masa khutbah. Susah. Lagi susah nak jumpa jemaah yang tak tidur masa tabung masjid lalu depan mereka. Buat-buat terjaga dan buat-buat tertolak tabung ke orang sebelah. Hebat.




p/s: Tidur masa khutbah boleh tahan lagi. Berdengkur campur perut lapar berbunyi memang betul-betul tabik.

Wednesday 20 April 2011

Ray-ban dan sebatang kayu

Assalamualaikum.


Petang itu sungguh menyegarkan. Burung berterbangan dalam posisi 4-3-3. Kucing berkejar-kejaran sambil mengelak digilis lori pasir. Anjing bermain-main tenteng di tepi jalanraya. Keldai berjalan lemah sambil dilibas oleh tuannya.

Angin agak kuat. Daun berguguran lalu tersangkut di celah rambut aku. Aku ambil daun itu dan aku kunyah. Pahit. Payau. Kelat. Aku sangat lapar ketika itu. Ok, aku tipu. Walaupun lapar, daun bukan makanan pilihan aku.

Aku ke kedai. Membeli sebatang kayu. Kayu itu sepanjang 1 meter. Aku memegang kayu itu penuh cermat.  Hujung kayu aku cecahkan ke jalan. 

Tiba-tiba angin bertiup lebih kencang. Pasir ikut sama berterbangan. Pandanganku menjadi kabur. Ada butiran pasir sesat termasuk ke dalam mataku. Ray-ban pantas aku pakai di mata. Lega. Cahaya yang terang-benderang mampu aku atasi dengan Ray-ban itu.

Mataku masih pedih. Aku tonyoh mata guna tangan kanan. Tangan kiri aku buat pegang kayu. Hujung kayu masih aku cecah ke jalan. Mataku terpejam rapat akibat kepedihan mata yang sangat pedih lagi perit.

" Gedegang!"

Aku jatuh ke tepi. 

Aku terlanggar seorang gadis. Gadis bertudung. Dia tak jatuh. Cuma terdorong ke tepi jalan.

Belum sempat aku bangun, gadis itu terlebih dahulu memegang tanganku dan menarik aku sehingga tegak berdiri.

" Maafkan aku. Aku tak perasan kau. Maaf," terik matahari bertukar menjadi tiupan dingin mendengar kata-kata gadis itu.

" Tak mengapa. Salah aku juga," aku menjawab penuh syahdu.

" Izinkan aku tolong kau. Kau hendak ke mana?" muka suci gadis itu memancarkan keikhlasan untuk membantu.

" Aku nak ke masjid," itu sahaja yang terlintas dalam kepala aku ketika saat indah itu.

" Mari aku hantarkan," gadis itu terus memegang lengan bajuku dan membimbingku ke masjid.
__________________________

Setelah mengucapkan terima kasih, gadis itu terus berlalu. Perbualan antara kami berdua adalah saat yang aku tak pernah jangka akan terjadi.

Hilang sahaja kelibat gadis itu melepasi pintu masjid, aku terus tanggalkan Ray-ban. Jantung berdegup memang kencang. Kayu yang aku buat macam tongkat orang buta memang betul-betul berjasa. Tambah berjasa lagi dengan penggunaan Ray-ban. Betul-betul bagi imej seorang buta berjalan di tengah panas terik.

Kalau gadis itu tahu yang sebenarnya aku tak buta, ikhlaskah dia membantu aku?

Yang buat aku risau, kalau gadis itu jumpa aku di mana-mana, apakah perasaan dia terhadapku?





p/s: Bukan aku taknak mengelak, cuma terkedu dengan kejadian mengejut itu.

Sunday 17 April 2011

Lelaki - Kami Hebat

Assalamualaikum.


Pagi Ahad yang nyaman ini, aku bangun pagi dengan tekak yang perit. Suara memang seksi seksa nak keluar. Tersekat-sekat dekat halkum. Sebagai lelaki yang sihat tubuh badan, proses penyahtinjaan sebaik bangkit dari tidur adalah tanda-tanda anda lelaki yang mengamalkan gizi pemakanan yang betul.

Aku sangat tak paham dengan mana-mana lelaki yang memiliki keinginan untuk menukar jantina kepada perempuan. Alasan yang paling celaka pernah aku dengar,

" Tuhan letakkan roh kami dalam jasad yang salah.."

Kalau Tuhan tu salah letak roh, dah lama tunggang-langgang dunia ni bengong. Kau bayang badan manusia roh siput? Atau badan buaya roh rama-rama? Atau pun badan pokok bonsai roh zirafah?

Sebagai lelaki, aku dapat merasakan beberapa kehebatan yang kami miliki.

1- Tahan bebel.

Ya! Aku antara lelaki yang tahan dibebel dan dibebel dan dibebel. Siapa yang membebel? Sudah tentu staf universiti yang terdiri daripada perempuan. Dibebel oleh tuan rumah yang juga perempuan. Dibebel oleh guru pembimbing sewaktu di sekolah.

Itu baru aku tahu? Lelaki lain sama hebat. Dibebel oleh jurujual perempuan dan akhirnya tak beli apa pun. Dibebel oleh teman wanita hingga akhirnya teman wanita itu yang membebel kepada dirinya sendiri.



Wah, perempuan bebel dengan diri sendiri disebabkan lelaki adalah perkara yang harus diberikan tepukan gemuruh.

2- Tahan menunggu.

Ya! Tiada perempuan yang mampu tunggu selama mana yang lelaki buat. Kami mampu menunggu perempuan membuat keputusan walaupun bagi kami, keputusan itu boleh dibuat sepantas kilat.

Menunggu perempuan bertemu dengan beg tangan yang betul-betul-betul diminati. Untuk menunggu beg tangan itu ditemui, habis 1/4 jumlah kalori dalam badan kami.

Menunggu perempuan membuat keputusan jika kami berkata begini, " Sudikah kau menjadi teman hidupku?" Kalau seminggu tahan lagi. Kalau dah sampai 2 bulan menunggu, bukankah kami memang hebat?

3- Tahan marah.

Ya! Memarahi perempuan adalah perkara yang sangat tidak macho untuk kami lakukan. Tidakkah perempuan sedar betapa menahan marah mereka itu ibarat menunggu pintu tandas R&R yang penuh terbuka? Mereka tak sedar itu. Tak sedar.

Jadi, apabila kami senyap atau tidak menghubungi anda, maka anda telah membuat satu tuduhan atau fitnah yang menyatakan kami memliki gadis lain selain anda? Sudah 2x anda membuat kami marah. Namun, kami masih mampu menahan marah.



Tidak cukup hebat lagikah kami?
____________________________

Sebenarnya banyak lagi kehebatan kami sebagai lelaki yang aku ingin senaraikan. Tahan lapar tunggu perempuan bersiap, tahan lenguh kaki tunggu perempuan betulkan tudung di dalam tandas awam, banyak lagi yang kami mampu tahan demi seorang perempuan.

Namun, tanpa perempuan, kami takkan sedar kehebatan kami. 

Takkan nak tunjuk hebat sesama lelaki. Oh, jauhilah aku daripada perbuatan tak senonoh itu.




p/s: Perempuan kalau baca ini, jangan tersentap. Anda berhak untuk membidas. 

Wednesday 13 April 2011

Spray yang harum

Assalamualaikum.


2009 @ Rabat.

Hari itu panas. Kelas padat. Duduk rapat-rapat. Dua meja duduk sampai 3-4 orang. Kipas pula tidak disediakan. Bahang dari luar menerjah masuk ke dalam kelas. Tekak sampai kering pasal dah tiada air liur untuk ditelan. Punyalah panas nak cakap.

Kelas semakin sesak. Seorang demi seorang menapak masuk. Muka masing-masing perit semacam. Dapat kelas waktu petang masa musim panas memang betul-betul mendidik jiwa menjadi pencari imu yang hebat.

Muka biasa masuk kelas waktu petang


Yang lelaki terus tanggal topi. Semerbak bau kepam melintasi bulu-bulu hidung aku yang berpintal-pintal. Rambut jenis Ali Kucing (baca: Alleycats) memang juara bau kepam dia punya aroma.

Yang perempuan terus lepak belakang. Duduk cepat-cepat. Buka beg tangan. Keluarkan cermin. Keluarkan alat kosmetik. Terus touch-up dekat situ jugak. Tisu memang menimbun. Lap sikit je pun, terus tukar tisu lain.

Depan aku ada satu kerusi kosong. Bagus jugak. Tiada gangguan nanti kalau pensyarah menulis di hadapan. 

Pling!!!

Seorang mahasiswi terus duduk. Nampak titisan peluh di dahinya. Jenis tak pakai tudung. Rambut dia sikat sebijik gaya Scha Al-Yahya. Style sikat ke tepi dan konon-konon tutup sebelah mata. Haktuih.

Musnah angan-anganku ingin menjadi pelajar paling fokus pada hari itu. Walaupun sebelum itu aku memang SANGAT FOKUS (jeling ke atas dan letak tangan di dada), kehadiran gadis itu terus membunuh niat murni aku yang tulus untuk cuba fokus pada petang itu.

" Chhiiii..."

" Cchhiiiiii..."

" Ffuuuhhhh..."

Satu botol pewangi muncul di hadapan aku. Bukan jenis perfume. Tapi refreshner. Brand Ambi-pure. 

Aku pandang ke depan. Aku ingatkan gadis itu bersikap prihatin. Ingin membantu rakan kelas lain untuk menyahkan aroma kepam di dalam kelas.

Salah. Aku salah.

Dia spray ketiak dia. Kanan sekali. Kiri sekali. Laju. Tangkas. Kemas.


Ini macam baru fresh satu bulan

Aku tak sempat nak bau Ambi - pure tu perisa apa. Takut campur sekali bau ketiak dia.
_______________________________

Gadis tadi memang yakin. Yakin gila angkat tangan kiri kanan. Pakai pulak baju jenis sleeveless. Betul-betul bagi tambah keyakinan lebih.

Nasib baik tiada bulu ketiak. Kalau ada, mengigau aku tujuh malam.

Kalau tak cukur bulu ketiak, mahu terbelit sekali dengan bulu hidung makcik tu.




p/s: Kalau ada perempuan Melayu ini macam, aku akan report tok kadi kalau dia letak hantaran RM10k ke atas.

Tuesday 12 April 2011

Pasti atau tidak?

Assalamualaikum.


Kadang-kala aku rasa kelakar dengan diri sendiri. Bila teringat segala nasihat atau semua pandangan yang aku kongsi dengan kawan-kawan, aku tak pernah terfikir yang nasihat dan pandangan itu datang dari aku.

Sungguh, aku bukan orang yang layak nak nasihatkan orang. Pandangan aku bukan yang terbaik sebenarnya untuk diambil kira. Lebih kepada alas kaki yang patut diganti dengan pelapik kaki yang lebih serap air dan tidak berbau.

Cuma, aku sekadar melayan masalah orang sehingga kadang-kala tak perasan, aku juga ada masalah yang sama. 

Jadi, bila kawan aku bertanya tentang pendapat aku mengenai masalah dia, aku terlebih dahulu ketawa pada diri sendiri. Menasihati orang tentang masalah sendiri. 

Perasaannya seperti orang hulur pisau dekat leher aku dan aku hanya perlu menekan pisau itu tepat ke anak tekak.


Jangan sampai terluka sendiri
_________________________

Kawan: Azim, aku dalam dilema la azim.

Aku: Kau ni kenapa pulak? 

Kawan: Kau rasa apa pendapat kau, kalau aku ade minat sorang tapi tapi aku tak nak kawen dengan dia dalam waktu terdekat or even after graduate.

Aku: Baguslah tu. Aku sokong.

Kawan: Aku nak keje dulu bagi stabil tapi in the same time rasa macam sayang nak lepaskan dia. Even tak confess pun lagi. So, kau rasa aku patut buat apa? Adakah aku patut biarkan je dia?

Aku: Kalau aku, aku settlekan dulu master aku sekarang sampai dapat kerja. Dah puas hati dengan kerja, barulah fikir pasal perempuan tu balik.

Kawan: Tapi masa lepas kerja nanti, for sure dia dah kena kebas. Aku seboleh-boleh nak lupakan dia je.

Aku: Kalau kau sayang nak lepaskan dia, sampai bila kau rasa sayang kau kat dia boleh tahan?

Kawan: Hurm, aku setuju zim.

Aku: Nanti perempuan tu entah ke mana, matlamat kau ke mana pulak. Kalau setakat nak confess kau sayang dia, pandangan aku tak payah lah. Melainkan kau ada plan nak kahwin dalam masa terdekat, itu aku setuju.

Kawan: Aku setuju. Matlamat first, then family. Hehe. Then, baru pasal jodoh.

Aku: Katalah kau confess sekarang, perempuan tu pulak setuju. Perempuan punya setuju ni nak kepastian. Dan kepastian tu mestilah perkahwinan. Kau pulak tak nak kahwin awal.

Kawan: Memanglah aku tak nak kahwin awal.

Aku: Aku dah survey. Perempuan ni memang nak yang pasti je. Yang samar-samar memang payah. 

Kawan: Nak pasti tu kahwin je lah nampaknya.

Aku: Tahu pun. Katalah pulak kau nak tunang je, sekarang ni berapa ramai tunang tapi tak kahwin? Putus macam tu je. Rugi duit je. Baik kahwin terus daripada tunang tak jadi.

Kawan: Kau memang kedekut bab duit.. Aku tak boleh nak kata apa dah.

Aku: Baik kedekut awal-awal. Daripada melayang duit sebab pelamin anganku musnah.

Kawan: Lantak kau lah. Malas aku nak mula topik duit dengan kau.
________________________

Aku rasa pelik bila nasihatkan orang perkara sebegini. Perkara yang aku rasa semacam dan pelik bila aku bukak mulut dan menaip untuk menghurai hal-hal melibatkan perkara ini.




Niat aku cuma satu. Tolong kawan. Selagi boleh, aku tolong. Sampai masa aku tak mampu tolong, aku cuma harap mereka tak berkecil hati dengan aku.





p/s: line internet rumah baru ni sangat bengong. sekian~~~

Saturday 9 April 2011

Rumah baru dan masjid

Assalamualaikum.


Aku tulis entri ini di Rabat. Rumah aku masa tahun satu ijazah dulu. Rumah baru aku masih dalam proses ubah suai. Tandas diubah suai. Tambah simen dan cat lantai. Tuan rumah bagi cat merah.

Plumber Arab yang renovate tandas aku tu memang betul-betul lelaki Arab. Memang aku tabik diorang. Tenaga memang mantap. Jenis tenaga kuda Parsi yang bawak pergi perang. Bukan macam tenaga aku yang jenis tenaga kuda kepang.


Plumber dengan 70 kuasa kuda

Rumah aku memang dekat sangat dengan masjid. Tak sampai 100 langkah dah sampai. Memang kalau tak sakit, tak pergi masjid tu kira telinga jenis tak korek 4 purnama. Dah sumbat dengan taik telinga. Pakai cotton-bud pun tak lut. Pakai chopstick baru hilang.

Nak kata lagi  rumah aku punya dekat gila dengan masjid, sebelum mikrofon on pun, boleh dengar bilal masjid terbersin atau kunyah kacang.

Disebabkan tandas rumah aku dikuarantin kerana simen dan cat belum kering, maka tandas masjid adalah pilihan utama untuk menyahut panggilan alam (baca: nature call). 

Dengar saja azan berkumandang, aku terus bergegas untuk bersiap ke masjid. Orang pakai jubah kemas-kemas berebutkan saf pertama belakang imam. Aku?

Aku pakai biasa saja. Jubah aku aku dah lipat simpan dalam beg. Musim panas macam sekarang aku pakai baju melayu saja.

Imam dah angkat takbir, aku senyap-senyap masuk tandas.

Imam habis baca doa, aku habis baca doa keluar dari bilik air.

Jemaah keluar dari dewan masjid, aku keluar dari tandas.

Jemaah jalan kaki balik rumah dari masjid, aku pun jalan kaki balik rumah dari tandas masjid.
__________________________________

Harap rumah baru aku ni tak banyak masalah mendatang. Duit dah serupa kena sedut dengan vakum. Macam melayang kena tiup angin.


Ini macam gaya kena tanam duit dalam tilam

Tuan rumah baru ni memang stylo. Tak sempat nak masuk hari kedua setiap bulan, resit sewa dah sampai.





p/s: Badan aku bau asap ni. Tengah bakar ayam. Pening kepala asap masuk hidung. Elok lagi masuk air daripada masuk asap. Ye tak?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...