Thursday 31 May 2012

Tak patut

Assalamualaikum.


Sejak dua menjak aku berkecimpung dalam arena seni suara, aku banyak tengok video orang menyanyi. Memanglah orang yang menyanyi, takkan tempe pulak yang menyanyi. Tak tahu tempe tu apa? Tempe itu adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada soya dan selalunya dipijak-pijak sahaja menggunakan kaki tanpa apa-apa alas. Kalau ada cagu di kaki sang pemijak itu, maka akan jadi tempe bercagu.

Lagi satu, kalau tak tahu apa itu tempe, berkemungkinan besar anda bukan orang jawa.

Ok, kembali kepada arena seni suara yang aku bergomol dengannya ketika ini. Aku banyak menonton nyanyian remaja, aku nak kata kanak-kanak pun boleh juga sebab mereka berumur kurang 15 tahun. 



lagi satu..




Budak dua orang ni kalau masuk Mentor pun aku rasa boleh kalah semua peserta Mentor ke, AF ke, apa ke. Aku bukan nak kata orang Malaysia tak patut masuk pertandingan-pertandingan sebegini. Walaupun dari satu sudut memang tak payah masuk pun.

Aku sebenarnya tak berapa berkenan dengan pertandingan nyanyian untuk budak-budak. Bintang kecil ke, Idola kecil ke, Bakat si kecil ke, Adik kecil ke, apa-apa yang kecil lah senang cite. Budak-budak ni macam jadi bahan nak buat duit je. Vote apa semua bagai. Aku sendiri tak pasti betul ke ada orang yang vote pertandingan macam ni.

Zaman Mawi mungkinlah kot. Sebab aku memang nampak nenek aku sendiri vote si Mawi tu. 

Malaysia ni dah terlampau banyak orang nak jadi penyanyi. Sampai budak-budak pun maybe kalau cikgu tanya dah besar nak jadi apa, nak jadi macam Shila Amzah, nak jadi macam Hazama, entah sape-sape lagi.

Aku bukanlah nak halang budak-budak ni punya cita-cita. Kalau betul-betul berbakat takpe. Ini sebab nak melawa, nak melaram, nak me......., erm me apa-apa lah. Adoi. Masuk sekolah vokal tak nak. Tau nak menyanyi je.

Aku malas nak letak video budak-budak Malaysia yang masuk pertandingan nyanyian ni. Kalau siapa yang layan Idola Kecil atau Bintang Kecil, for sure korang boleh compare budak-budak kita kat level mana. Bukan budak-budak je. Sekali dengan yang masuk AF ke Mentor ke, apa-apa lagi lah. Yang aku rasa level tinggi sikit Malaysian Idol dan One in a Million.

Itu pun tak ramai yang boleh pergi jauh. Kalau tengok The Voice ke X factor ke, Britain Got Talent or American Got Talent, dalam ramai-ramai yang masuk tu, 2-3 kerat je memang tak nampak boleh pergi. Yang lain-lain memang superb.

Apahal entah aku bebel pasal benda ni. Kahkahkah.
_______________________________________

Aku memang selalu tak tengok rancangan pertandingan realiti nyanyian yang Malaysia punya. Aku pilih yang mana aku nak dengar je.

Aku pun bukan power sangat. Bangang tahap syaitan jugak. Kahkah.


p/s: Ramai kawan aku yang suara sedap tak sorang pun jadi penyanyi. Baguslah. Tahu apa yang lebih baik untuk diorang.

Monday 28 May 2012

Tak sedap

Assalamualaikum.


" Suara kau ni memang tak sedap. Takpe. Kita buat orang dengar sedap," komen cikgu vokal aku sambil makan megi goreng.

Macam aku dah bagitahu dulu, suara aku ni memang bangang bunyinya. Tak sedap langsung. Tapi cikgu vokal aku pandai. Dia tahu macam mana nak buat suara aku yang tak sedap langsung ni, orang dengar sedap je. Kira macam aku lah. Aku ni tak hensem. So, cikgu aku make-up aku sampai orang nampak aku hensem. Padahal tak hensem. Hamlau adalah.

Begitulah juga halnya dengan suara syaitan aku ni. Suara syaitan, cikgu aku tambahkan iman dan taqwa agar kedengaran macam jin masuk Islam. Suara aku confirm tak sedap. Tapi cikgu aku ajar macam mana nak bagi orang dengar sedap. Aku pun dah tahu sikit cara-cara nak buat suara syaitan ni bunyi macam suara Saleem.

Aku ada tanya cikgu aku, better aku buat suara biasa atau suara serak-serak basah. Dia prefer aku asah lagi suara serak basah aku ni. Suara biasa aku ni sesuai untuk mengaji katanya. Insaflah jugak aku dengar bila cikgu vokal aku cakap begitu. (bentang sejadah tangan menadah doa..)

Bersemangatlah juga aku bila cikgu aku cakap suara serak ni tak semua orang boleh buat. So, latihan aku lepas ni fokus kepada suara serak basah aku. Suara biasa aku, aku belajar lepas Maghrib. Kelas mengaji la pulak. Lepas Asar menyanyi, lepas Maghrib mengaji. Haaa gitu.

Kahkahkah!!!

___________________________

Semalam aku belajar tarannum. Walaupun aku ni tak reti, at least belajar. Tahu asas pun jadilah.

Actually aku tengah cuba pantang sebab nak jaga suara. Taubat aku nak pantang. Makan bedal je. Suara kalau dah memang syaitan, paling sedap pun jin muallaf je boleh pergi.

Kahkah!!



p/s: Kelas tak boleh hari2 bak kata cikgu aku. Esok aku tak belajar la gamaknya. Belajar dalam jamban jelah jawabnya. Ahaha..

Sunday 27 May 2012

Komen daripada cikgu vokal

Assalamualaikum.


" Suara anda memang syaitan sekali. Dua jam anda berlatih, tak sampai 2 saat pun saya dengar suara anda sedap. Sila telan tulang ikan bawal seberat 2kg...," kata cikgu vokal aku sambil mengelap darah yang keluar daripada lubang hidung dan telinga beliau.

Kahkahkah.

Suara aku takdelah bangang sangat bunyinya. Biasalah. Terbabas dalam longkang, terjunam dalam gaung.  Lepas try 3 kali by The Malayan, cikgu aku suruh aku try nyanyi lagu Flop Poppy - Cinta petang tadi.




Cikgu aku kata aku memang sangat bahlul sekali dalam melenggokkan suara, tak reti lagi nak main suara. Bukan tak reti lagi sebenarnya. Suara aku memang bukan jenis boleh dilenggok-lenggok. Masa aku cuba petang tadi, banyak belalang datang masuk bilik. Aku rasa belalang tu pening kepala dengar suara aku. Diorang ingat suara aku suara bapak belalang yang memanggil mereka pulang ke rumah.

Suara serak basah aku ini tak boleh konsisten lagi. Disebabkan tak konsisten, aku dah terbuat satu suara yang cikgu aku cakap sesuai pulak dengan genre lagu lain. Petang tu jugak aku bantai lagu baru.



Disebabkan aku boleh buat suara serak-serak basah, cikgu aku suruh aku try lagu atas ni. Lagu atas ni cikgu aku suruh aku buat suara antara serak basah dengan suara normal aku. Aku pun tak faham lagi. Cikgu aku yang baik hati tengah cuba detect suara aku ni jenis sesuai dengan lagu macam mana.

Setakat ni yang aku faham, aku boleh bawak 3 jenis lagu.

Lagu yang pakai suara serak-serak basah.
Lagu yang tak pakai suara yang perlu dilenggok sebab aku ni bangang nak melengggokkan suara.
Lagu yang jenis akustik. Akustik ni aku suka. Kahkahkah.

Lepas Maghrib, aku try mengaji dengan cikgu vokal aku. Ambik kau, dia kata aku baca macam syeikh muqri mana entah. Nama muqri tak kenal. Bangang. Kenal Flop Poppy and Spider je. Bahlul.
___________________________________

Petang kelas vokal, malam kelas mengaji. 3 kali seminggu. Hari-hari nanti suara rosak. Suara aku yang dah memang jahanam ni tak payah tunggu rehat sebenarnya. Tapi nasihat cikgu jangan dilawan. Derhaka namanya.

Kecik-kecik kemaruk nak menyanyi, sekarang sangap nak menyanyi. Haa, elok!!!


p/s: Semoga aku tak masuk pertandingan nyanyian. Aku azam paling jauh pun aku masuk pertandingan antara ahli rumah. Kahkahkah..

Saturday 26 May 2012

serak basah

Assalamualaikum..


Series aku cakap, aku memang suka nyanyi. Walaupun aku tahu suara aku memang bangang tahap gaban teruk dia punya bunyi bila nyanyi, aku masih akan nyanyi. For sure lah aku akan nyanyi kat tempat paling ramai orang perasan suara dia lagi sedap daripada Ziana Zain, jamban. Kahkahkah!

Sejarah aku dalam bidang nyanyian amatlah sadis lagi mengerikan jika diimbas kembali.

Aku pernah gagal audition mewakili kelas pertandingan nasyid antara kelas semasa sekolah rendah. Nak wakil kelas pun tak lepas. Alangkah malang aku waktu itu. Tengok kawan-kawan pakai baju melayu bersongkok bersampin bagai nyanyi atas pentas. Aku rasa series down waktu tu.

Aku teruskan mencuba ketika sekolah menengah. Aku dipanggil untuk menjalani latihan marhaban. Baru form1 dah ada senior panggil. Kau yang duduk asrama pasti merasai perasaan bangga bila senior kau panggil kau sebab kau berbakat dalam bidang nyanyian.

Aku yang mudah bangga diri sendiri ni tersenyum-senyum ketika nak tidur. Umpama dapat duit sejuta ringgit secara mengejut dan tidur tersenyum-senyum. Macam tu lah buruknya rupa aku ketika nak tidur masa itu. Aku mula membayangkan masa depan aku dalam bidang marhaban akan pergi jauh setelah gagal dalam industri nasyid.

Langit tidak selalunya cerah. Pagi esok masa latihan nak bersambung, tanpa memikirkan perasaaan aku yang mula mencorak masa depan sebagai ahli marhaban, senior tu reject aku tanpa berfikir panjang. Aku dah nampak yang masa depan aku dalam bidang seni suara ni memang malap. Semalap lampu yang dah terbakar tapi nak jugak pasang. Lama-lama meletup, shot satu rumah.

Tindakan mereject aku tanpa berfikir itu menunjukkan suara aku memang tiada nilai pada sisi mereka. Aku hanya memandang mereka dengan penuh dendam. Aku akan buktikan aku mampu pergi jauh dalam bidang seni suara. Tempat aku masih lagi jamban. Dari aku form1 sampai form5, dari aku duduk dorm tigkat bawah, sampai aku naik tingkat3, semua jamban pernah aku cuba untuk mengasah suara aku yang memang bangang lagi mengerikan bunyinya ini.

Namun, setelah beberapa lama aku nyanyi dalam jamban, ada beberapa orang mengatakan suara aku ini kalau diguna pada lagu yang betul, memang boleh pergi jauh. Aku sebagai mangsa penipuan selama lebih 6 tahun hanya tersenyum hambar.

Namun, setelah diterangkan dan dijelaskan secara profesional, aku boleh terima pandangan mereka. Dah memang aku sangap nak menyanyi. Kahkahkah! Ada pulak yang kata suara aku ni ada bunyi serak-serak basah. Orang-orang ini adalah mereka yang terlibat dengan nasyid secara profesional dan juga terlibat dalam pelajaran suara secara profesional.

Sekarang ni aku ambil kelas vokal secara percuma. Kahkahkah. Mengikut cikgu yang ajar aku vokal ni, low key aku memang syaitan sekali bunyinya. Kiranya kalau aku nyanyi pakai key rendah, semut dalam tanah akan keluar berbondong-bondong dan gigit keting aku supaya aku berhenti menyanyi.

Jenis suara aku sesuai untuk lagu-lagu yang tak pakai low key. Aku kena belajar macam mana nak kawal suara supaya boleh bawak high note dengan betul. Suara dah ada, cuma bangang je bunyinya sebab tak pernah belajar.

See? It's never late to learn. Umur aku dah 23 tahun dan aku baru bertemu seorang cikgu yang sanggup nak ajar aku sebab dia kata aku boleh pergi dalam bidang seni suara. Aku rasa dia sebenarnya tak sanggup dengar suara syaitan aku berkumandang. Sebab tu dia ajar aku biar suara aku bunyi macam suara orang sikit. Tak banyak pun sikit jadilah.

Kahkahkah!

_____________________________

Esok kelas vokal aku start dengan lagu ni. Sebab cikgu aku kata suara aku sesuai lagu-lagu style camni.



Bayangkanlah suara aku macam mana. Serak-serak basah beb. 

Test test test.



p/s:  Petang tadi aku dah try bawak lagu ni. Cikgu aku kata ok. Maklumlah, baru nak belajar. Kira bolehlah bak kata cikgu aku. Tipu dia, maka tipulah aku. Kahkahkah..



Thursday 24 May 2012

Ambang

Assalamualaikum.


Aku jatuh sakit dengan agak kerap 2012 ini. Lepas sakit, sakit lagi. Kemudian sakit lagi. Macam-macam ujian lain lagi selain sakit. Aku tak pass exam and kena repeat semester. Hilang macam-macam barang. Aku senyum sorang-sorang bila fikir balik. 

Ada orang kata aku ni jenis tak gagal punya orang. Mungkin orang tu maksudkan exam. Atau benda-benda lain dalam hidup. Aku dah banyak kali gagal dalam hidup aku sebenarnya. Benda yang dah hampir aku dapat pun aku pernah gagal jugak nak dapatkan. Exam atau apa-apa pun, semua benda aku pernah rasa gagal.

Aku boleh kata aku kerap sangat sakit tahun ni sampai aku rasa Jumaat lepas adalah Jumaat terakhir aku. Sebab aku selalu baca dan dengar ceramah, tanda-tanda mati tu adalah lepas kita sakit, kita akan sembuh. Kemudian, kita akan jatuh sakit semula dan kemudian meninggal dunia.

Kronologi macam ni. Start dari entri bertajuk 'Down', aku dah sakit. Then, aku sihat macam biasa lebih kurang sebulan je. Then, minggu lepas aku sakit balik. Aku tak boleh nak cakap. Suara keluar tapi perlahan. Aku tak boleh nak makan minum. Leher aku bengkak. Housemates aku cakap bengkak cantik. Padahal tak bertambah cantik pun aku masa bengkak tu.

Sakit jadi makin teruk Jumaat lepas sebab aku betul-betul tak boleh nak telan air liur pun. Tekak jadi sakit gila. Waktu tu lepas solat Jumaat, aku dah terbaring atas katil. Rasa ajal dah sampai. Aku syukur sebab dah lepas solat Jumaat. Serius rasa dah dekat dengan ambang kematian. Tak boleh cakap, tekak jadi makin sakit. Masa tu sakit gila tekak sampai boleh fikir nyawa aku dah betul-betul sampai kat tekak.

Aku mengucap je lah. Mengucap istighfar selawat. Itu jelah aku buat sampai aku terpejam mata. Waktu tu rasa, kalau aku mati waktu tu, memang harap rahmat Ilahi je lah. Berdepan saat kematian ciptaan aku walhal aku je yang rasa camtu. Kalau macam tu pun aku dah rasa seksa, kalau sakaratul maut yang sebenar entah macam mana lah.

Aku sampai sekarang tak boleh kawal mulut aku ni. Aku memang kuat maki orang. Aku rasa sakit tekak ni sebab nak ingatkan aku kawal lidah ni daripada maki-maki orang.

Masa sakit tekak sampai tak boleh cakap tu, aku dah bayang kalau tiba-tiba suara aku datang balik, mesti dah jadi lain suara aku. Jadi makin sedap. Boleh tarik lagu yang high-note. Bila dah sihat ni, macam biasa je suara aku. Takde apa yang lain pun. baru berangan nak nyanyi lagu Hijjaz yang tinggi-tinggi.

Kahkahkah

_____________________________________

Aku memang insaf tahap kakiku di pintu neraka waktu tu. Tapi lepas dah baik ni, mulut aku memang tak boleh nak kawal lagi. Masa kat hospital pun sempat lagi aku maki jururawat yang tak bagi aku masuk dapatkan rawatan.

Nak mati kena uji pun sempat lagi maki orang.

Astaghfirullah...



p/s: teori aku memang silap. suara aku still sama. still tak boelh pergi macam suara Azlan dan Black.

Tuesday 8 May 2012

Teori yang salah

Assalamualaikum.


Aku perasan ada suatu perkara ini yang membuktikan kenapa perempuan Melayu tidak suka dimadukan. Walaupun aku tak kahwin lagi, aku tak berniat pun dari sekarang untuk memadukan isteri pertama aku nanti. Kahkahkah. Ayat pun dah nampak macam nak memadukan isteri. Sebab aku tulis isteri pertama.

Tak. Tak.

Sekarang memang aku tak berniat pun nak kahwin lebih dari empat. Silap. Lebih dari dua. Silap lagi. Lebih dari satu. Tapi masa depan siapa yang tahu. Kahkahkah. Maksud aku kat sini, bukanlah masa depan nanti aku akan kahwin dua ke tak. Maksud aku, entah-entah aku pun memang tak sempat kahwin. Siapa tahu kan?

Ok. Aku sebenarnya ada teori yang membuktikan kenapa perempuan Melayu ini tak rela berkongsi suami. Haha.

Teori aku mudah je. Aku tak pernah nampak (maksud aku sampai saat aku jumpa teori aku ni bulan lepas) gadis-gadis Melayu ini berkongsi apa sahaja milik diorang dengan gadis lain. Haa? Tak percaya?

Aku pernah tengok gadis Melayu kat sini (sini itu Maghribi) makan empat pinggan ayam. Empat pinggan ayam untuk empat orang. Bukan empat pinggan ayam untuk seorang gadis. Itu tengah sedih ke apa ke aku tak tahu. Lalu aku pun terfikir, kenapa tak empat orang gadis ini makan satu ekor ayam sahaja dalam satu pinggan? Sama je pun. Ayam kamil (baca: seekor ayam penuh tanpa potong kepada empat bahagian) harga lagi murah daripada harga empat bahagian ayam yang dibeli secara asing.

Ini agak menguatkan teori aku. Gadis Melayu tak suka berkongsi apa pun.

Aku tak sempitkan teori ini kepada gadis Melayu di sini sahaja. Lalu aku bertanya kepada kawan-kawan gadis aku yang lain. 

Gadis-gadis Melayu di Malaysia juga menguatkan lagi teori aku bahawa mereka tak suka berkongsi apa-apa pun. Sekecil-kecil perkara pun tak nak berkongsi, inikan pula suami orang. Kahkahkah!

Gadis Melayu di Malaysia sangat susah nak jumpa mereka yang berkongsi mesin basuh untuk membasuh pakaian. Walaupun baju takdelah banyak mana pun, tapi still tak boleh nak kongsi pakaian masing-masing dalam mesin basuh yang sama. Aku pelik jugak. Kalau sebab tak nak bau perfume kat baju bercampur-campur, macamlah kau jemur baju tu bau perfume tu melekat lagi?

Gadis Melayu agak sukar walaupun ada untuk berkongsi pakaian dengan gadis lain. Kalau kau tengok ada perempuan baju sama, aku boleh jamin ada antara gadis itu yang tak tahu pun dia ada pakai baju yang sama pattern dengan gadis lain. Untuk mengatakan gadis itu meminjam (berkongsi) baju dengan gadis lain, peratusannya sangatlah rendah. Kahkahkah!!

Ini amat berlainan dengan jejaka-jejaka Melayu yang dari kecil lagi sudah menunjukkan kemampuan untuk berkongsi dalam apa jua situasi. Misalnya, baju sukan yang sudah kepam baunya masih boleh bertukar-tukar pemilik. Masih boleh dikongsi bersama. Hahaha!!

Jadi, aku memutuskan bahawa memang dari kecil lagi gadis-gadis Melayu ini menunjukkan potensi bahawa mereka tidak suka berkongsi walau apa pun situasi. Sebesar-besar situasi pastinya soal suami. Kahkah.

Pada asalnya aku buat teori ini untuk semua gadis seluruh dunia. Tapi tak boleh. Salah. Teori ini hanya boleh diguna pakai untuk gadis Melayu sahaja. Sebab apa? Sebab aku mengalami satu peristiwa yang membatalkan teori aku ni terhadap gadis Maghribi. 

Aku pernah berjalan seorang diri dan kemudian datang pula kawan-kawan gadis kelas aku. Tiga orang. So, kami (aku seorang lelaki dan 3 orang gadis Maghribi) pun berjalanlah menuju ke kedai buku. Tengah sedap-sedap aku jalan penuh segan, tiba-tiba seorang gadis itu menghulurkan botol air strawberry. Aku terus tolak. 

Dia suruh juga aku minum. Aku pun ambil botol tu dan buat-buat minum. Dia gelakkan aku. Dia kata aku tak minum sebab tak nampak halkum aku bergerak. Cis. Kantoi bodoh je. Kahkah. Aku pun minumlah sikit. Seteguk. Dia tak puas hati, suruh aku minum lagi. Aku pun minumlah 2-3 teguk. Lepas tu aku pulangkan kat dia.

Lepas dia minum, dia pass kat kawan lagi sorang. Kemudian lagi sorang. Kemudian botol itu pusing kat aku balik. Aku terus pass balik kat gadis first yang bagi aku botol tu suruh dia habiskan. Dia pun tengok aku segan-segan, dia terus habiskan.

Jadi, terbatallah teori aku bahawa semua gadis di seluruh dunia tak rela berkongsi benda. Namun, muncul pula teori baru. Playboykah aku berkongsi minuman dengan gadis Arab? Kahkahkah!!!
_________________________________

Teori ini tidak melibatkan pendidikan ataupun pembelajaran. Sebab aku tahu, gadis-gadis Melayu sangat sayang-menyayangi dalam bab belajar-belajar dan akan berkongsi segala maklumat yang ada untuk berjaya bersama-sama.

Sila muntah beramai-ramai baca statement di atas. Kahkahkah!



p/s: Aku ada dengar ada golongan gadis yang tak boleh berkongsi maklumat dengan gadis lain. Dia tak boleh tengok gadis lain berjaya macam dia.

p/s2: Gadis Melayu Maghribi tak macam di atas. Budak Maghribi kena berjaya bersama-sama. Nanti boleh keluar rumah sama-sama, takde yang tertinggal. Ahaha!

Thursday 3 May 2012

Perasan tahap dewa

Assalamualaikum.


Boleh bayangkan kau tahu sesuatu benda yang kau tak sangka-sangka? Kau tak terfikir langsung tapi itulah yang berlaku sebenarnya. Aku rasa macam Yuna sebenarnya sekarang ni. Kahkah! Apasal aku asalkan boleh nak rasa aku macam Yuna walaupun suara aku tak sedap langsung? Cerita dia macam ni.

Ambil analogi awal. Yuna telah dinobatkan sebagai pemenang untuk Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) pada asalnya. Kemudian, ditarik balik atas alasan ada kesilapan teknikal. Kemudian, anugerah diserah kepada Anuar Zain kalau tak salah aku.

Ok. Itu analogi Yuna.

Ini analogi aku.

Aku dengan rasa langsung tak malunya baru dapat tahu sepatutnya aku adalah pemenang untuk anugerah paling hensem sempena hari keluarga baru-baru ini. Walaupun aku rasa memang bukan aku pun, tapi dah ada orang cakap, aku belasah je lah percaya. Kahkahkah!

Mengikut hikayat dan mitos yang dicanangkan, maka menanglah aku anugerah paling hensem dengan undian yang aku pun tak tahu. Tapi dengan penuh konfiden dan tak fikir erti malu, aku yakin aku menang dengan undi yang besar. Kira melebihi 2/3 jumlah pengundi. Aku punya sukalah aku nak letak berapa pun. Ini mitos aku.

Namun, nak jadi cerita, masa pengumuman pemenang, telah berlaku kesilapan teknikal yang membawa kepada terlepas anugerah tersohor itu daripada genggaman aku. Aku yang pada asalnya memang tak tahu menahu langsung, meraikan sahaja majlis. Tapi lepas dah habis majlis, masa on the way balik, baru aku dapat tahu aku yang patut naik pentas ambil anugerah itu.

Kahkahkah!

Aku cerita ni nampak macam aku tak puas hati eh? Bukan aku tak puas hati. Aku ok je. Hari keluarga orang nak suka-suka. Aku saja nak perasan. Anugerah paling hensem tu wei. Nasib baik aku tak menang betul-betul. Kalau tak, mampus aku melayan perasaan ini.

Perasan tahap dewa lah wei aku hensem. Kahkahkah!
_______________________________

Sebab tu aku masih percaya tak semua benda kita patut tahu. Better tak payah tahu.

Kalau tak betul pun, aku tak peduli. Aku nak perasan jugak. Kahkahkah!



p/s: Dah lama tak perasan camni. Dah lama tak belek jerawat depan cermin. Kahkahkah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...