Tuesday 25 January 2011

situasi - bangfes

Assalamualaikum.

Situasi 1:

Najib seorang pelajar yang kuat ponteng kelas. Satu sekolah mengetahui kepakaran dan kehebatan serta kehandalannya dalam bidang ponteng kelas. Menyamar sebagai tukang kebun sebelum meloloskan diri menggunakan basikal tukang kebun, buat-buat tolong angkat kotak susu sebelum melompat naik ke dalam lori susu dan keluar sekolah dengan jayanya. Menyamar sebagai jurujual yang kemudian dihalau dari kawasan sekolah.

Setelah dinasihati oleh kekasihnya, Rosmah, dia telah berubah sepenuh hati. Dia menjadi seorang pelajar yang rajin. Cikgu-cikgi sudah bosan melayan keaktifan Najib dalam kelas. Semua soalan dia nak sapu sorang. Sehingga pada suatu hari Najib dilihat makan di gerai cendol bawah pokok mangga ketika sesi persekolahan belum tamat.

Cikgu disiplin terus menamparnya di situ sehingga cendol yang berada di dalam mulutnya terkeluar melalui mata dan telinga. Begitu padu dan kencang tamparan itu.

" Kalau dah kaki ponteng tu, sampai bila-bila memonteng kerjanya. Hangat-hangat taik tenggiling.."

bertubi-tubi maki hamun dihambur kepada Najib.

" Cikgu, hari ni kan PMR. Saya form 2 memanglah cuti. Bukan saya ponteng pun. Cikgu ni kenapa? See you in court.."

Najib terus duduk dan order semangkuk lagi cendol tanpa memandang cikgu disiplinnya yang sedang dalam kemaluan. Sambil makan, Najib merenung nasib diri. Kisah silamnya sukar dipadam. Masih bersisa. Dirinya seorang kaki ponteng.

Situasi 2:

Jamil seorang pencuri tegar. Satu kampung dah tahu dia memang kaki copet punya orang. Tapi tiada bukti. Jadi, kepakarannya sangat dibenci orang kampung kerana perbuatannya sangat licik. Spender ketua kampung pun dicurinya lalu dengan cepat dia cop namanya atas spender itu lalu mengatakan itu spender Hugo Boss  miliknya yang dibeli di Kolumpo.

Suatu malam, dia telah bermimpi spender itu menjerut lehernya. Dia jadi lemas kerana bau spender ketua kampung itu amat memualkan. Spender itu berkata,

"Pulangkan, pulangkan, pulangkan.... Aku tak ingin berada di lembahmu... Aku milik Pak Din (nama sebenar: Muhyidin, merangkap ketua kampung).."

Sejak itu, Jamil berubah. Dia tidak lagi menjadi seorang pencuri. Kini dia ada hobi baru. Hobi bawak balik binatang-binatang yang sesat dalam kebun getah belakang rumahnya. Kemudian dia akan bertanya kepada orang kampung kalau ada siapa-siapa hilang binatang belaan, boleh tuntut daripadanya selepas solat Maghrib.

Oh, Jamil juga sudah menjadi ahli surau.

Pada suatu hari, Jamil terjumpa seekor kucing Parsi yang sesat di kebun getah. Dia pun mengambil kucing itu lalu dibawanya pulang ke rumah.

Kelekang!!!

Tersungkur Jamil ke tanah. Osman, pemilik kucing itu menghayun batang paip tepat ke arah kepala Jamil. Jamil dibelasah bertubi-tubi kerana mencuri kucing Parsi Osman.

" Kalau dah dasar pencuri tu, memang macam tu jugak. Semua kau nak rembat..."

Osman berlalu sambil dicakar oleh kucing Parsinya. Osman melambung kucing itu lalu melakukan jap tepat ke arah rusuk kucing itu. 

Jamil bangun perlahan-lahan dan menangis. Masih ada lagi orang memandang dirinya sebagai pencuri kelas B walaupun dia telah lama meninggalkan dunia itu. Dia menangis sehingga tak sedar satu bekas getah dah penuh kat rambut dia. Dia tak perasan dia landing bawah bekas getah masa jatuh tadi.
_______________________________________

Bagi sesiapa yang ada kisah silam, even dah berubah, masih ada cakap-cakap yang mengatakan dia masih begitu, begini.

At the end, rasa semua benda buat tak kena sebab orang still akan fikir benda lama yang kita pernah buat.





p/s: Lantaklah. Kalau asyik nak fikir orang, sape pulak nak fikir diri sendiri?

Sunday 23 January 2011

Rampas

Assalamualaikum.



Memiliki keupayaan menaip dengan kelajuan yang tinggi memang menjadi idaman setiap pelajar di universiti. Tatkala assignment datang bertalu-talu dan bertubi-tubi, insan yang memiliki jari-jemari yang lembut dan boleh bergerak lincah di atas papan kekunci adalah mereka yang amat bertuah.

Bagi mereka yang memiliki ramai aweks dalam alam maya, melayan kekasih maya anda seramai 7 orang dalam satu masa bukan satu perkara yang berat. Sambil mata anda melihat webcam Rosmah, jari anda dengan yakin menekan papan kekunci membalas soalan Mashitah dan Rafidah.

Bagi mereka yang kaki gaming seperti aku, bermain Fifa 2011 adalah sangat menarik. Anda tidak boleh menekan butang D terlalu lama kerana bola anda akan terlalu kuat. Tekan sikit sahaja jika ingin bola itu perlahan.  Bagi penggemar game NFS, tatkala mengendali kereta BMW 3.0, kepekaan jari amat penting untuk menekan butang kiri dan kanan. Lagi-lagi kalau anda macam aku yang jenis pakai manual. Apa barang main auto???

Namun, ada satu ketika aku juga seperti manusia biasa. Tersalah dalam pekerjaan. Dalam kes ini, aku tersalah menaip perkataan.
_______________________________________________

Aku: Kau camne skrg dgn dia?

Markonah : Camtula.

Aku: Camtu camne sengal?

Markonah: Ko pahal sengal2 lak ngan aku?

Aku: Takdelah, kalo ko gado ngan dia, bole aku ramas ko. ahaha!!!

Markonah: Ko gile apa nk ramas2 aku?

Aku: *Rampas.
Aku: Sala type la. sori ar. takde keje aku nak ramas ko.
Aku: huhuhu..

Markonah: Aku pun tak rasa apa kot. =p
_______________________________________________

Mendapat kawan sporting camni no problem. Kalau dapat macam ustazah bahyah, mampus aku nak menjawab. Nak type laju pun, baca dulu 2x sebelum tekan butang ENTER.





p/s: Aku tengah type ni pun cuba memperlahankan kelajuan menaip agar tiada salah lagi. Kalau ada tu, aku memang tak baca 2x.

Friday 21 January 2011

22 tahun 2 hari

Assalamualaikum.

19 Januari 2011.

Genap umur aku 22 tahun. Tapi aku sakit. Demam panas. Hanya mampu terkujur. Terbaring sambil berkelubung. Elok juga sakit. Dosa aku tak terkira. Hope terampun dengan sakit demam aku selama 3 hari.

Takde apa yang special nak tulis.

Yang special adalah mereka yang wish sempena besday aku. Korang yang buatkan 19 Januari 2011 jadi special.

Lagi satu special. 1 tahun lebih dekat ke kubur.

Special thanx to this old man, this eric lim wannabe, this pencen striker and my other housemates.
______________________________________

Aku sakit lagi ni. Tapi dah kurang. Sakit kepala + pening tak hilang lagi.

Aku dah lama tak demam. Last aku demam Jun 2010. Lepas tu sihat walafiat sampai lah 18 Januari 2011 aku jatuh sakit balik...




p/s: lauk malam tu memang superb. kalau aku tak sakit, tak merasa korang nak makan lebih...

Monday 17 January 2011

Dah 3 tahun aku tinggalkan

Assalamualaikum.

14 Jan 2010. 10:00

Kelas pertama habis awal. Pensyarah aku tiba-tiba keluar. Dia agak tak puas hati dengan presentation pagi ni. Semua classmate aku dalam situasi yang tak bagus. Terkesan dengan tindakan pensyarah aku tu.

Aku pun keluar dari kelas. Sejuk gila pagi ni. Aku duduk pun tak statik. Asyik bergerak sebab nak panaskan badan. Aku terus pergi kat taman. Situ dapat cahaya matahari. Direct. Bajet nak panaskan badan.

Tiba-tiba classmate aku follow. Dia ajak aku berdiri. Kalau duduk beku peha. Kerusi kat taman pun rasa serupa duduk atas lantai ice-skating.

" Aku baru brake-up. Kekasih aku tak nak berubah. Dia nak ikut cakap dia je. Dia nak jalan pegang tangan..."

Bertalu-talu keluar dari mulut kawan aku. Satu nafas aku rasa. Sebab tak nampak dada dia mengembang. Kira dia tak tarik nafas la masa cakap tu.

" Berapa lama kau couple?", aku tanya tunjuk tanda prihatin.

"Seminggu. Aku tak tahan. Aku rasa sangat berdosa. Aku patah balik ke belakang. Aku tak teruskan langkah dalam hubungan tu. Ini bukan langkah seorang Muslim. Ini hanya akan buat Allah dan Nabi marahkan aku. Biar perempuan tu benci aku. Tapi bukab Allah dan Muhammad SAW," muka dia beransur tenang. Muka putih macam Edward Kulen.

" Kau tak perlu rasa sedih. Kau buat tindakan yang tepat," sebagai insan yang tegar membuat pilihan untuk memutuskan satu hubungan, aku sangat memahami.

" Kau tahu tak kenapa aku cerita kat kau?" dengan muka yang kembali segar tanpa awan mendung bertenggek di atas kepala, dia soal aku sambil meraup wajahnya yang takde sebijik jerawat pun.

" Sebab aku ajnabi (baca: pelajar asing). Jadi, kau tak perlu rasa risau sebab aku pun takkan bercerita kepada kawan-kawan Arab lain," aku jawab penuh jujur. Tegas. Kemas.

" Tak. Sebab aku rasa tenang tengok muka kau. Aku rasa boleh percaya dekat kau. Kau ada apa-apa amalan ke? Qiamullail?" muka yang menanti satu jawapan yang padu.

" Tak. Aku pakai bedak sejuk je. Dah 5 tahun aku pakai. Tapi dah 3 tahun aku tinggal," aku jawab tanpa fikir panjang.
__________________________________________

Aku translate bedak sejuk tu 'daqiq mubarrad'. Aku kata kat sini takde. Hanya ada kat Malaysia. Kalau ada orang Malaysia yang muka lagi tenang dari muka aku, maknanya dia banyak amalan sunat. Dan juga pakai bedak sejuk.






p/s: Bedak sejuk ni mak aku selalu pakai. Muka dia sejuta kali lagi tenang dari muka aku. Macam aku cakap. Sebab dia jarang tinggal qiamullail. Dan dia juga pakai bedak sejuk.

Thursday 13 January 2011

Kata-kata jejaka (2)

" Aku dah rasa benda tu memang tak boleh pergi jauh. Sebab tu aku buat keputusan nak quit awal-awal. Nak fikir banyak pun tak guna. Nak kata aku tak fikir langsung pun tak jugak. More to instinct. Maybe. Tapi sekarang, lepas sekian lama, aku tak rasa apa-apa. Nothing. Kosong.."






























p/s: Jangan suruh aku masuk matrix balik ambil sains biologi. Tangan aku bukan tangan doktor. Nak sapu minyak bam boleh pulak tertukar botol gam. Sorry der. Aku tak perasan..

Melayang



Assalamualaikum.

November 2010.

Aku tengah tunggu kawan-kawan discussion aku kat cafe. Lambat gak diorang sampai. Antara janji Melayu dengan janji Arab, aku tabik lagi janji Melayu. Melayu ni, kalau tunggu satu gelas teh tarik pun dah cukup. Tunggu Arab ni, kau boleh joging sampai peluh basah kuyup, pastu mandi, pastu layan teh secawan pun tak tentu dah sampai.

Masa tengah tunggu tu, biasalah. Kan bosan? Penantian itu satu penyeksaan kan? Pastu mulalah fikiran aku melayang. Ingat itu, terkenang ini. Henpon SE walkman aku tak bawak pulak. Kat cafe tu pulak pasang lagu Etnik Kreatif  Morocco. Memang bernanah telinga aku. Sikit lagi nak sampai tahap lagu Baby- Jusmate Justin Bibir. Kalau lagu budak tu, memang bersembur bulu telinga aku secara rakus.

Aku punya melayang sampai Malaysia. Teringat taufu fah. Pergh. Putih! Manis! Gebu! Sedap! Sini takde. Terkenang pulak siput sedut masak lemak cili api. Adoi. Parkinson aku dibuatnya. Boleh pulak aku terbayang carboot sale Shah Alam dekat Stadium Melawati tu. Tiap-tiap Ahad memang aku pergi sana. Saja tengok-tengok barang jualan. Padahal tak beli apa-apa pun.

Tiba-tiba perempuan depan aku bergerak. Muka tak puas hati gila. Dia punya bengang tak payah cakap. Serupa Rosmah bengang Najib tak belikan otak-otak masa bulan Ramadhan. Dia terus duduk tegak. Betulkan baju. Rapat-rapatkan kolar dekat bahagian dada. 

Dia cuba nak butangkan kolar bahagian leher. Padahal waktu tu dia pakai baju yang kolar V panjang nak mampus. Pastu dia sambung kerja dia. Apa kerja dia? Duduk. Itulah yang dia buat dari tadi. Duduk sambil main kacau-kacau jus dalam gelas.

Selang 10 minit, kawan-kawan discussion aku sampai. Aku pun lambai tangan. Diorang duduk lalu melindungi perempuan yang memang perasan pun dada dia terdedah tapi bajet suci sambil pegang kolar.
______________________________

Korang biasa tak? Masa korang berangan tu, masa korang berfikir, korang mesti pandang ke satu arah tanpa sedar apa korang pandang kan? Pandang dinding macam nak tembus. Pandang makcik jaga kaunter macam dia ada hutang kau bowling 11 games.

Aku rasa perempuan tu ingat aku usha dia punya dada. Jadah? Aku baru tersedar kot masa dia menggelupur konon-konon nak butang baju. Memang rasa nak bagi tumit je kat dahi dia. Nasib baik aku tertinggal pin. Kalau tak, aku dah hulur kat dia buat rapatkan kolar dia tu.




p/s: Kalau dia rasa aku usha dia, memang tak ah. Tak kuasa mak nak tenung kau punya tu. Buat hilang bayangan cendol ABC aku je. Sentap betul aku dengan minah tu.

Wednesday 12 January 2011

Entri malas

Assalamualaikum.

Aku lupa password facebook.

Aku tak boleh reset password facebook.

Sekian.
______________________________

Lepas ni mungkin entri blog ni penuh dengan status yang aku biasa letak dekat facebook.

Aku tak pernah percaya owner facebook nak tutup facebook ni. Agaknya dia tahu aku tak amik port, pastu dia dajal aku. Sebab akaun aku suspended and compromise. Jadah???



p/s: Aku tak main twitter. formspring. Mungkin akan ada tapi bukan sekarang.

Nota seorang adik

Assalamualaikum.


Aku tak edit apa-apa. Just copy and paste. Aku dapat ni daripada inbox fb kawan adik aku. Adik aku ni takde akaun facebook.

nadiah rindu sgt kt abg
die teringat ape yg berlaku abg ngan die
die kate abg tahan betol melayan kerenah die,abg punye la ckup sabar


*nadiah ckap, die sedih pn sbb rsaukn abg kt sne, sbelum nie, die pernah gk teringat kt abg,, tapi xdelaa sedih smpai camnie skali


*mlm td die dngar lagu, tetibe teringat kt abg, time die f3 akhir2 tahun, mase tu gak tarikh akhir abg g moroko utk pertama kalinya. tahun nie die ckap, abg byk sabar kerenah die, die xsuke kuar rumah terutama g shopping, malas ktanye tp taun nie, die btol2 byk menyusahkn abg, rse serba salah. abg still sabar n tahan karenah die, kkdang die gram, die kuar je berdua ngan abg, lg senang


*jari die pernah luke kne pisau,die cuak smpai xtau nk wat ape, pastu die bg tau abg, mase tu abg tgh layan fb, abg sanggup berhenti on9 pergi letakkan plaster kt jari die.......ni yg bwat die terharu sgt


*hari nk balik ke moroko tahun nie , abg ade bg die duit blanje kt die n qayyum....bg nadiah abg seorg yg caring, loving, bertanggungjawab, penyabar, tabah, slumber, peramah n pandai nasihat org scare santai


*die kate abg sebenrnye alim, tp xsuke tunjuk. luar nmpk gler2 n santai, tp ade pegangan agme yg kuat


*sebenrnye nadiah rsau kaalu abg sakit kt sne, nnti sape nk jage. kat sni abg yg sbuk jg org


*kalau sye on9 die sruh sye tnye kabar kt abg, walaupun tnye kaba perkara biase, tp penting bagi nadiah


*die mngharap sgt dpt laki cm abg, sbb ciri2 laki yg die nk sume ade pd abg sampai die sanggup mengatakn abg pakwe die
_____________________________


Aku pun tak perasan. Takpelah. Adik aku bukan baca blog aku ni pun. Aku segan kot. Sebab aku bukan seorang yang beremosi (baca: tak pandai tunjuk sayang).






p/s: Lagi tiga minggu dia test JPJ. Doakan dia lulus.

Tuesday 11 January 2011

Menjadi seorang lelaki

Assalamualaikum.


Selalu ku bayangkan, bagaimanakah agaknya rasa di tempatmu...


Aku tak nak bayang. Aku tak nak faham. Tapi aku nak cerita apa yang aku rasa bersyukur dilahirkan sebagai seorang lelaki.

1- Memiliki janggut.

- Ini memang aku suka. Antara ciri-ciri maskulin adalah jejaka yang memiliki janggut. Kepada mereka yang tiada janggut, sila sapu tencho(tak tau ejaan) atau sapu minyak sapi. Aku suka ada janggut sebab boleh sorok jerawat. Masyarakat takkan tahu wajah anda berjerawat. Yang mereka nampak, seorang jejaka yang mengikut sunah Nabi.

Sila bela janggut dengan ikhlas. Insyaallah, anda memperoleh jodoh yang baik. Hanya berbekalkan janggut dan jambang. Namun harus diingat. Sila kemaskan janggut dan jambang anda. Jangan kelihatan seperti anda langsung tidak mampu membeli gunting atau paling miskin pon, pisau lipat. 20sen je pun kan??

2- Boleh mempelbagaikan gaya rambut.

- Ini bukan bias. Wanita juga bole mengubah gaya rambut anda. Tapi ingat. Hanya untuk suami anda SAHAJA. Bukan untuk aku, Najib Razak, Khir Jamil, atau mana-mana lelaki ajnabi.

Aku selalu mempelbagaikan gaya rambut.

Gaya ini dibuat bagi mellindungi jerawat yang tersembul di dahi akibat belacan.



Style ini hanya dibuat selepas rambut agak panjang. Sesuai ketika musim panas.

* Ada lagi beberapa gaya rambut tapi tiada perempuan gambar dalam simpanan.

3- Memakai baju lengan pendek.

Wah! Tatkala suhu melebihi 30 darjah, memakai lengan pendek adalah satu pilihan yang bijak. Namun, ada juga lelaki masih memilih untuk memakai baju lengan panjang. Abaikan mereka. Mungkin mereka tidak memiliki lengan berotot lalu memilih baju lengan panjang untuk menyembunyikan lengan halus mereka. Yang penting, wanita diharamkan untuk memakai baju lengan pendek di khalayak ramai. Lelaki boleh.

4- Memakai wangian

Calvin Klein, Hugo Boss, YSL, Dunhill, dan macam-macam lagi. Tapi semua jenama ni aku tak pernah pun beli. Tapi sembur pernah. Ala, kau pun pernah buat. Ambil botol tester, dan sembur sampai tinggalkan setengah. Memiliki wangian maskulin memang menjadi bonus kepada mereka yang mementingkan aroma kejantanan. Aku? Cukup sekadar bedak Carrie Junior perisa blueberry. Perempuan? Anda diharamkan untuk berwangi-wangian selain daripada ahli keluarga.

5- Tak perlu rasa down kalau tak reti masak.

Ini memang common. Tapi ni lah kelebihan lelaki. Kalau dapat terbalikkan telur goreng tanpa terpecah mata kuning telur tu, confirm dah boleh daftar pembantu kanan Chef Wan. Masak air sampai kering sebab dah mendidih sampai melimpah air keluar. Biasalah lelaki. Sibuk menganalisis perlawanan Man Utd vs Chelsea. Perempuan tak reti masak? Samada mas kahwin kau jatuh atau kau kahwin dengan lelaki tua yang akan selalu makan luar sebab kau tak reti masak.

Tapi aku rasa ramai perempuan prefer kahwin lelaki tua selalu makan di luar. Nak masak dah tak reti. Tapi still nak letak mas kahwin tinggi. Tiba-tiba dalam wasiat lelaki tu takde nama kau. Aku tak pasti macam mana keadaan rumah tangga mereka nanti.

Banyak lagi kalau aku nak senaraikan. Cukuplah ini sahaja. Tulis panjang-panjang pun, aku je yang selalu baca sendiri.
________________________________________

Aku cuma nak sedarkan pembaca wanita yang singgah kat blog ni. Ada perkara yang anda harus terima dengan hati yang redha sebagai seorang Muslimah. Aku menulis bukan untuk merendahkan wanita. Kerna aku punya emak dan adik perempuan.

Sebagai penghargaan aku kepada anda, aku cuba ingatkan fitrah kejadian anda sebagai seorang wanita yang mempunyai batas-batas tertentu dalam hidup anda.



p/s: Kalau lelaki dibenarkan pakai sutera, mesti perempuan tak rasa eksklusif. Sebab kain batik sekarang dah jadi fesyen lelaki..

Monday 10 January 2011

Projector

Assalamualaikum.


Aku mundar-mandir. Tak jumpa kelas. Iklan tak tampal. Kelas ganti macam ni memang buat aku tabah. Setan tak payah cakap. Kerja nak hasut aku ponteng je. Nasib baik setan yang hasut ni pangkat prebet. Tak berapa jalan operasi dia kat aku.

Aku jumpa classmate. Aku follow dia. Memang aku tabik dia ni. Jarang datang awal. Kalau awal pun, sebab kelas berikutnya sebelah-menyebelah. Ada teman tapi mesra lambat aku petang ni. Pintu kelas terbuka. Tak payah ketuk pintu. Kami melangkah masuk penuh azam ingin mendapatkan ilmu.

Pensyarah baru mula mengajar. Aku ikut jalan belakang. Takkan nak jalan depan dia. Dia bagi masuk tu memang dah kira baik. Tak kena denda nyanyi lagu Negaraku versi Arab dah kira terlepas azab. Aku tengok ada slideshow. Semua pelajar melihat slideshow dekat dinding.

Aku jalan dengan kecepatan Nora Danish jalan kucing. Ada tempat kosong dekat depan. Betul-betul sebelah meja pensyarah. Aku terus menuju puncak ke situ.

Tiba-tiba slideshow terpadam. Dinding kembali ke keadaan asal. Putih. Hilang semua nota pensyarah aku kat dinding. Kelas jadi gelap. Bayanglah dalam wayang. Kalau skrin tu tiada cerita, kan gelap gelita. Budak kelas aku semua beriman walaupun ada tak pakai tudung. Aku yakin tiada aksi-aksi terlarang ketika kelas gelap sementara.

Aku terlanggar wayar. Soket tercabut. Projector mati. Aku pasang balik soket. Projector menyala semula. Cahaya tepat ke arah muka aku. Sebab projector betul-betul depan aku. Aku buat macam biasa. Aku pandang setiap wajah yang semakin kelihatan dek cahaya projector.

Tiada wajah bengis. Tiada wajah marah. Tiada wajah geram. Tiada. Memang tiada. Pensyarah aku sekadar memandang aku. Pandangan kosong.

Tiba-tiba ada suara lembut,

" Apa kau buat, Azim?" tanya Khadija padaku sambil membetulkan pencahayaan projector. Sambil tanya, dia senyum.

" Aku terlanggar tadi. Tak perasan," aku jawab sambil senyum jugak. Orang senyum, kita patut balas dengan senyuman sekihlas mungkin.

Dia berlalu ke tempatnya setelah berpuas hati dengan pencahayaan projector. Pensyarah terus sambung kelas pada petang itu.
________________________________________

Sampai sekarang aku kagum. Macam tiada apa-apa berlaku. Walaupun aku agak rasa bersalah sebab kelas terganggu dek kelalaian aku.

Agaknya kalau kat Malaysia memang dah kena bahan. Paling kejap 3 hari. Paling lama aku tak tahu. Mungkin sampai dah ada cucu pun boleh kena bahan lagi.



p/s: Aku rasa diorang nak marah aku pun tak sanggup. Memiliki wajah ala-ala innocent memang kadang-kadang menyelamatkan aku dalam beberapa situasi.

Sunday 9 January 2011

Anggun

Assalamualaikum.

Pancit. Sampai rumah dah gelap. Kelas padat. 8am-6pm. 5hari seminggu. Ini rahsia aku kekal kurus. Rasanya lah. Nafasku naik turun. Dada rasa sempit. Hidung mancung berair. Hingus ada sikit terlompat dari lubang hidung. Tanpa sengaja.

Aku dah nampak pintu rumah. Tapi kelam. Lampu sepanjang jalan menghala ke rumah aku tu, mati taknak hidup pun tak guna. Samar-samar. Kabur. Kelam.

Nak pulak depan rumah aku ada projek pembinaan. Pasir membukit tak payah cerita. Masalah debu pun boleh tahan. Ada peluang jerebu kalau tambah segayung lagi pasir. Sikit lagi aku boleh isytiharkan darurat. Tak payah pergi kelas.

Tinggal lima langkah nak sampai pagar rumah.

Lima.

Empat.

Tiga.

'Splat!' 'Chett!' 'Piyet!'

Dua.

Satu.

Aku buka pintu pagar. Aku nampak Anggun. Aku kejar Anggun. Anggun lompat pergi rumah jiran sebelah.
__________________________________________

Anggun tu nama kucing. Shidan benetlim yang bagi nama tu. Sampai sekarang aku sangsi. Tak lah anggun pun kucing tu. Lawa sikit lah daripada Fasha Sanda. Aku syak dia yang berak depan pagar rumah aku.

Aku basuh kasut aku penuh teliti. Takkan nak jalan bawah najis? Itu perangai memang serupa najis.

Haiwan kalau kita berbudi dia tak berbahasa tiada masalah. Haiwan tiada akal. Kalau sesama manusia?




p/s: Jangan salahkan aku kalau aku bukan pencinta kucing. Nama je Anggun. Perangai tak anggun pun.

Saturday 8 January 2011

Kata-kata jejaka

" Saat kau memilih dirinya, kau seharusnya tahu yang kau harus lupakan aku. Selagi mana ada lagi sisa aku dalam diri kau, aku pasti rasa bersalah. Dia adalah pilihan kau. Aku adalah bayangan silam kau. Kini kau dan dia satu. Aku tiada dalam satu itu. Sebab aku hanya bayangan. Bayang yang akan hilang bersama berlalunya cahaya dan masa..."
























Yang aku gatal-gatal jual henpon Nokia N70 tu buat apa kan? Dah hilang semua contact number. Nak sangat pakai SE walkman tapi tak buat recovery. Doa2lah ada nombor yang aku tak lupa..

Malam di A2.2

Assalamualaikum.

Tahun 2002.

A2.2. Ni dorm aku. Ada 17 orang. Masa ni aku form1. Tiada konsep asabiah diamalkan. Budak form1-form5 semua bermastautin dalam dorm A2.2.

Katil aku jauh dari kipas. Tapi betul-betul depan tingkap. Tingkap aku betul-betul atas dewan makan. Dewan makan betul-betul sebelah tapak kutipan sampah. Angin pagi selalu buat aku jadi pelajar dungu dalam kelas. Betul-betul bebal aku cakap.

Malam tu malam Sabtu. Aku tertidur awal. Penat bersukan di petang hari. Peluh mencurah-curah bagaikan tiada henti. Dengan hormon testosteron yang begitu subur, ditambah pula dengan peluh jantan yang tiada bau arbok, maka tak hairanlah wajah aku masa form1 ada jerawat.

Orang kata, lelaki ada parut jerawat ni cool. Tak jambu sangat. Tak nangka sangat.

Tiba-tiba aku terjaga. Sejuk. Satu anugerah yang amat bernilai. Ada angin malam yang berhembus. Rasa nyaman sebentar sahaja sebelum bau sampah kitar semula yang sangat memualkan menerjah bulu-bulu manja hidungku. Aku bergegas menuju ke tandas.

Lega. Proses perkumuhan aku berjalan lancar. Tiada tanda-tanda kanser prostat. Alhamdulillah. Aku sihat. Aku baca doa keluar tandas dan mengeluarkan kaki kanan lalu memijak lantai koridor. Aku balik semula ke dorm.

Aku terpandang seorang senior. Dia pun pandang aku. Dia dekat tangga tingkat 1. Muka dia tiba-tiba pucat. Dia naik tangga 2 langkah sahaja. Besar gila kangkang dia. Nasib baik lelaki. Kalau perempuan, tak dapat la nak buat camtu. Tidur pakai kain batik kau nak kangkang besar? Memang buat nahas je la.

Dia terus masuk dorm dia. B2.1. Betul-betul sebelah tandas aku masuk tadi.

"BAM!!!" pintu dorm dia tutup padu.

Dia intai aku dari tingkap dorm dia. Aku jalan perlahan-lahan dan berhenti depan pintu bilik dia. Sebagai junior yang kudus lagi jurus, aku kena buat baik. Malas pulak kalau kena cabut bulu ketiak pakai gigi.

" Assalamualaikum, bang. Saya Azim. Budak dorm depan," aku memperkenalkan diri di tengah malam yang dingin dan berbau sampah.

" Waalaikumussalam. OOOOOOOOOOOOO. Kau! Aku ingat hantu mana tadi. Dah lah kecoh ada hantu kat asrama ni," senior tadi terus tutup tingkap. Aku teruskan perjalanan balik ke dorm.
_______________________________________________

Hanya berbekalkan bedak sejuk, aku dah mencipta satu fenomena seram di asrama. Selama ni ada khabar mengatakan ada hantu putih jalan dari tandas dan menghilang di dorm A2.2.

Malam tu baru aku tahu. Akulah hantu tu..





p/s: dulu aku tak layan garnier for men, olay, SK2, and so on. Sebagai teruna Melayu yang naif ketika itu, aku hanya guna bedak sejuk untuk ditepek pada jerawat di wajahku.

Wednesday 5 January 2011

3P ( Putih, Panjang, Pontianak)

Assalamualaikum.

Lepas makan malam. Perut penuh. Tali seluar silat aku longgarkan. Memang betul-betul padat. Jalan pun sikit lagi macam perempuan dalam botol pantang.

Shidan vavavoom, Ubai, dan aku masuk bilik. Aku terus buat lompatan 180 darjah. Tepat mendarat dalam keadaan bersila depan laptop. Shidan pula buat moonwalk ala-ala Zizan Raja Lawak lalu mengakhiri gerakan dengan satu hentaman padu ke atas bantal. Manakala Ubai dengan kemas berzapin sambil kuda kepang sehingga sampai ke katilnya.

Shidan pandang aku. Aku pandang balik Shidan. Tiada siapa pandang Ubai.

" Kalakala koikoi.."

" Rapo rep rep.."

" Yiven tibot yibot tiven..."

Masing-masing borak. Keluar asap dari mulut masing-masing. Bilik puaka ni memang sejuk lain macam. Asap hijau keluar dari mulut Ubai dan Shidan. Menandakan mereka baru lepas makan sambal belacan. Asap yang keluar dari mulut aku warna lutsinar. Sebab aku tak makan sambal belacan. Resdung.

Oh, ada jerawat kat dahi aku. Aku termakan belacan malam Jumaat lepas. Ubai masak nasi goreng letak belacan tak cakap kat aku. Kesan dia memang superb.

" Apa tu? Warna putih. Panjang," tiba-tiba muka Shidan pucat. Mata dia membesar. Bulat. Bersih tanpa najis mata. Shidan dah berdiri. Dua langkah terundur ke belakang. Terlanggar meja laptop Ubai. Ubai tahan pakai penyepit baju. Ubai yang tadi baru siap lipat baju turut berkerut dahi.

Aku tiba-tiba rasa sejuk. Lagi-lagi dekat kaki. Aku buka tingkap. Ambil stokin. Putih. Panjang.

Celaka!!!

Memang tiada seni kehidupan langsung. Walaupun tingkap tiada langsir, tapi meletakkan stokin menggantikan langsir bukanlah suatu seni yang indah. Apatah lagi stokin itu berwarna putih dan panjang.
__________________________________________________

Orang sini tidak mempunyai rambut panjang yang lurus. Semua beralun-alun. Kerinting. Takkan ada langsuir atau pontianak tiada di sini. Silap-silap boleh gugur rambut kesejukan. Lagi silap kalau tukar jantina jadi toyol.



p/s: Stokin harus selalu ditukar dan dibasuh. Pesanan ini khas untuk aku.

Monday 3 January 2011

Relaku menapak

Assalamualaikum.

Disember 2010.

Kasut berhabuk. Jalan dekat tanah merah memang tak ngam betul dengan kasut hitam. Usaha kiwi kasut sampai patah kuku memang sia-sia. Lepas ni aku ada alasan kukuh nak jual balik berus kasut dalam e-bay atau lelong.com.

Ramai pelajar naik bas. Memang superb dia punya padat. Boleh lawan bas rapid Uitm Shah Alam. Segala aroma dan bau aku tak berani komen. Boleh kata kalah bas rapid Uitm. Kalau Uitm, 90% adalah bau jejaka Melayu campur aroma gadis cuci Melayu. Kira boleh sedut dan hirup dalam-dalam lagi even ada sesat bau mamak mapley Syed Ali corner.

Bas sini aku lagi rela bernafas dalam lumpur.<--- lagu Awie.

Sini memang 1 benua ada. Kau nak try bau Jamaica? Ada. Tanzania? Madagascar? Malawi? Ahh. Penat aku nak type. Senang cerita semua ada. Sebab tu aku lagi rela menggerakkan otot kaki aku yang padat lagi padu ini untuk menapak ke universiti..

Aku jalan memang laju. Kelas pukul 8am, aku start ikat tali kasut 8:08am. Silap besar kalau jalan macam Maya Karin atau Erra Fazira atas pentas jalan kucing.

" Splashhhh!!!" Sejuk. Basah. Meleleh. Menitik.

Tenang berdiri seorang lelaki. Senyuman paling kelat sepahit hempedu kambing pramatang dilemparkan ke arah aku. Tangan kanan pegang gelas. Kosong. Ada sisa air mengalir perlahan. Aku amalkan sabar sebahagian daripada iman. Aku senyum balik. Nasib baik dah 8:15am. Takde masa nak sumbat gelas tu dalam siku mamat tadi.
____________________________________________________

Hidup kat sini kalau tak mencarut memang betul-betul taraf wali.

Aku akan tetap jalan kaki walaupun risiko disimbah secara mengejut tetap akan ada. Daripada aku muntah membuak-buak akibat menghidu aroma yang tak boleh dihirup oleh jejaka Melayu yang dah lama tak makan siput sedut masak lemak cili api.





p/s: Aku pernah duduk belakang classmate. 2 saat je. Dia angkat ketiak, then dia spray perfume. Kiri kanan. Pantas. Dia seorang gadis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...