Assalamualaikum.
Aku dengar macam-macam orang cakap pasal aku. Banyak versi. Pelbagai genre. Berbeza perspektif.
Aku ok. Aku hanya tadah telinga aku walaupun adakala gegendang telinga aku semacam pecah mendengar pelbagai jenis hikayat yang menerjah masuk.
Aku tetap dengan prinsip aku. Aku takkan cakap apa-apa pasal kau. Kau dengan mulut kau satu. Aku dengan hati aku satu. Mulut kau dengan hati aku bukan satu.
Perlukah semua perkara kau buka mulut untuk ceritakan pada orang? Adakah sebab kau ada keupayaan mentafsir orang yang menjadi lesen untuk kau membentang sehelai kertas putih dan mula mencoret sisi-sisi kehidupan orang?
Kau seolah begitu yakin mengarang cerita tanpa kau selidik. Ya, kau kelihatan amat percaya dengan kata-kata sendiri. Sehingga kadang-kala aku saksikan kau termakan kata-kata sendiri.
Kadang-kala diam itu lebih baik. Memang aku pasti sikap berdiam aku ini tidak ada kebaikan langsung untuk aku. Malah, diam aku mengundang lebih lagi hikayat-hikayat sang pentafsir.
Diam aku bukan kerna aku rela aku diperlakukan begini. Diam aku bukan kerna aku mengalah dengan keyakinan kau berkata-kata.
Aku diam kerna aku suka menglihat. Aku suka lihat kau bercerita tentang diri aku. Aku suka melihat kau yakin mentafsir aku. Aku juga suka lihat kau penuh kepastian mencoret peribadi aku. Kerna aku suka lihat, betapa keyakinan dan kepastian kau terhadap aku penuh dengan keterbalikan suatu realiti.
_____________________________
Kadang-kala kau perlu sedar ada orang juga bercakap tentang engkau. Bagaimana kencang khabar yang engkau sampaikan, mungkin lebih kuat lagi angin yang membawa cerita tentang engkau.
Baik itu subjektif. Jahat itu subjektif. Dan aku pasti aku punya kedua-dua sisi itu. Cuma, aku tak pasti engkau punya kedua-dua sisi atau kau pasti kau hanya miliki sisi putih dalam diri engkau.
p/s: Manusia menghukum melalui zahir. Dan zahir itu kadang-kala palsu.
No comments:
Post a Comment