Sunday, 20 February 2011

Jubli emas

Assalamualaikum.

Aku akan ingatkan kembali. Blog ini aku wujudkan sempena tarikh ini. Blog ini beroperasi pada tarikh 20 Februari 2009. Maknanya blog ini dah 3 tahun hidup. Sebab apa? Ini tarikh lahir ayah aku.

Kalau dua tahun lepas, aku cerita ini tentang ayah aku:

Tahun ini pula, aku nak cerita pasal peranan ayah aku dalam membentuk jati diri seorang penjaga gol dalam diri aku. (ayat ini kalau dalam karangan PMR kira dah dapat A2. Mantap sikit karangan kau boleh dapat A1)

Ayah aku dulu penjaga gol sekolah dia. Sekolah Kebangsaan Assunta Petaling Jaya. Genetik ini turun kepada aku. Aku merupakan calon penjaga gol daerah Petaling pada tahun 2001.

Ayah aku selamba. Dia latih aku jadi penjaga gol dalam rumah je. Dia belikan aku sebiji bola berwarna merah putih. Ruang tamu rumah jadi pentas latihan aku. (Kalau kau bayang ruang tamu rumah aku luas macam gelanggang futsal, sila cucuk lidah kau dengan garfu)

Ayah aku selamba rembat bola macam main atas padang. Aku lompat kiri kanan nak selamatkan almari kaca belakang aku. Itulah gol aku. Sila bayangkan betapa kerasnya latihan aku. Masa tu aku baru 9 tahun.

Almari aku ada pecah. Lampu siling pun ada juga pecah. Kerusi rumah siap tukar kulit sebab aku buat latihan diving sampai terkoyak. Halaman rumah ayah aku alter sampai jadi tapak latihan kedua. Kira second stage lepas aku dah lepas latihan indoor (baca: latihan di ruang tamu)

Bila fikir balik, aku ada kemungkinan jadi penjaga gol Malaysia sekarang ni. Sebab penjaga gol Malaysia sekarang ni pon, Khairul Fahmi sebaya dengan aku. Aku dapat tawaran Sekolah Sukan Bukit Jalil lepas habis UPSR dulu. Kau bayang kalau aku masuk sekolah tu? (tak payah bayang kalau malas).

Banyak lagi genetik ayah aku nampak jelas dalam diri aku. Takpe. Ada rezeki, aku cerita 20 Februari tahun depan.
______________________________________

Ayah aku dah boleh sambut jubli emas tahun ni.

Yang baca entri ini, sila doakan ayah aku sentiasa sihat. Terima kasih.





p/s: Ayah aku memang garang. Kalau rasa aku garang, itu faktor genetik. Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...