Saturday 30 June 2012

bukan aku seorang je

Assalamualaikum..


Selalunya aku akan guna kata ganti diri 'kau' untuk entri yang mengarut tentang pemerhatian aku terhadap keadaan sekeliling. Namun, istilah 'kau' tu selalunya disalah tafsirkan oleh sesetengah orang yang menganggap aku tujukan entri kepada mereka.

Aku secara peribadi memang tak suka cakap begitu begini tentang orang. Orang Penang habaq, " Mampus pi kat hang laa..". Maknanya bukan aku berharap orang itu mampus. Tidak. Aku tak sekejam itu. Kejam aku lebih lagi. Maknanya aku memang tak kisah atau tak peduli.

Aku tulis secara rambang. Kalau pun tempiasnya kena, bukan sebab aku tuju kat kau. 'Kau' di sini rambang. Kalau kau terasa, memang kaulah orangnya. Contoh aku cerita pasal Najib seorang yang bodoh. Tapi aku tulis 'kau'. Mudin terasa. Maknanya Mudin pun bodoh. Begitulah contohnya. 

Jadi, aku guna 'aku'. Supaya 'kau' tak terasa. Senang. Nampak aku maki diri sendiri. Maki kasar. Nampak aku tegur diri sendiri. Ok, lembut.

Ok, masuk kepada tajuk asal entri.

Bukan aku seorang je yang ada masalah kat dunia ini. Semua orang hidup dengan masalah. Masalah yang buat orang hidup. Cuma, aku takkan bercerita pasal ni sebab aku dah pernah mengarut pasal ni dan ramai lagi orang lain. Walaupun point seterusnya ni dah ada orang tulis, aku tulis dari sudut pandang aku pulak walaupun mungkin sama point cuma berbeza cara.

Aku pernah ditegur dan ditanya. Aku ditegur kerana seolah-olah tak meraikan perasaan sendiri. Meraikan perasaan sendiri. Ya, itu ayat yang digunakan. Sedih atau tertekan atau kecewa atau semua perasaan negatif. Aku ditegur agar lebih meraikan perasaan sendiri. Zahirkan kesedihan. Aku bantah. Kemudian ditegur kalaupun tak nak zahirkan, at least tunjuk walaupun sikit aku sedih atau hadapi apa-apa masalah.

Aku ditanya pula, aku memang tak pernah sedih atau hadapi apa-apa masalah atau perasaan negatif? Tipu sangat kalau tak pernah. Aku pernah menangis dan sedih masa arwah atuk aku meninggal masa aku form 5. 

Aku fikir balik.

Bukan semua orang boleh terima kalau ada orang menzahirkan perasaan negatif mereka. Penat, atau pening, atau sakit, atau sedih, atau bengang, atau apa-apa lagi. 

Antara sebab kenapa aku still macam biasa kalau ada apa-apa masalah pun, masalah aku bukan untuk tambah masalah orang lain. Tak percaya? Aku ada masalah. Konon-konon aku tak nak orang lain susah, aku pun tak bagitahu orang. Tapi orang lain boleh rasa masalah aku. Masalah aku tu buat orang lain rasa rimas dengan aku. Walaupun aku tak cakap, which means aku tak zahirkan pun, still orang rimas.

Memang tipu gila kalau aku tak pernah ada masalah. Cuma cara nak berdepan dengan masalah itu. Aku punya style, once aku dah down dengan masalah yang datang tu, memang aku kalah. Even setengah orang kalau dia rasa dia diam pun dia dah kira menang dengan masalah tu, bagi aku diam tu tak membawa apa-apa kemenangan. Sebab diam itu datangkan pulak masalah kat orang lain.

Haha. Bangang jugak analogi yang aku cuba tulis ni.

Masalah ni ada macam-macam jenis. Aku tak sempitkan dekat perasaan negatif je atau masalah-masalah fizikal atau rohani yang lain. Benda-benda yang datangkan rasa rimas atau negatif orang terhadap aku pun aku istilahkan sebagai masalah.

Ironiknya, orang yang tegur aku tu, dia tak suka atau rimas bila aku zahirkan masalah aku kat dia. Aku zahirkan bukan aku cerita pada dia masalah aku. Aku just zahirkan dari segi muka dan aura yang aku hasilkan bila aku ada masalah.

Then, dia cakap dia tak suka atau ada perasaan yang negatif terhadap aku bila aku buat macam tu kat dia.

Pelik. Dia yang mintak. Then, aku buat. Then, dia tak suka.

See?
_________________________________________

Wahai penegur, aku tahu kau tahu aku memang maksudkan kau. Tapi aku bukan tuju entri ini kat kau. Aku cuma bagi contoh yang even kalau ada orang tu sendiri mintak, bila dia kena, dia pun tak suka. Itu saja.

Oh, aku juga dikatakan tak meraikan perasaan sebagai seorang manusia. Haha. Betul jugak. Cuma aku lebih selesa menzahirkan rasa yang positif sahaja daripada yang negatif kerana tak nak suasana jadi negatif.



p/s: Apa entah aku mengarut ni. Ahaha. Tunggu aku upload 1st show aku dalam seni suara. Kahkahkah!!

Saturday 16 June 2012

Fitnah berjalan dengan gadis pakai baju terdedah di dada

Assalamualaikum.


Tajuk entry serupa tajuk berita dalam akhbar Harian Metro. Kahkah!!

Tengahari itu panas terik. Matahari bermain sorok-sorok dengan awan. Kejap ada, kejap takde. Angin pun sama. Kejap sedap, kejap pahit. Angin pahit di sini bermaksud angin yang ada butiran pasir lalu butiran pasir itu termasuk ke dalam mulut. Ada juga masuk ke dalam lubang hidung lalu terbersin dengan kuat. Kekuatan bersin itu dapat dilihat berdasarkan keadaan pipi yang beralun, lebih epik lagi apabila ada lalat yang mati terpelanting apabila melintas lubang hidung itu.

Elok sahaja aku kunci basikal, aku cabut topi. Aku simpan topi dalam beg yang ada aroma bau roti sardin yang aku lupa nak makan. Aku beli roti sardin tengahari Selasa, tengahari Rabu baru aku tengok balik roti itu. Aku harap topi itu tidak berubah menjadi ikan sardin berdasarkan cerita dalam majalah Mastika.

Sedang sedap aku menarik-narik baju yang melekap pada belakang badan akibat peluh maskulin yang mengalir segan, aku didatangi seorang gadis. Gadis itu merupakan classmate aku. Dia ini merupakan seorang pelakon teater. Kira kalau kat Malaysia, dia ni pelajar Aswara. Aku tak pasti nama panjang Aswara ini apa, tapi macam pelajar akademi warisan dan teater macam tulah.

Sebagaimana tipikalnya gadis-gadis teater di Malaysia, begitulah hendaknya juga gadis-gadis teater di sini. Nak jumpa yang pakai tudung bukan senang. Kalau jumpa yang pakai tudung pun, belum tentu perempuan. Faham tak ni?

Oh, pertemuan aku dengan gadis ini bukan secara tidak sengaja. Seperti drama-drama tipikal Melayu yang terlanggar bahu, yang tertumpah ketam masak cili api di restoran, yang tersalah call then terus bercinta, yang mengintai jiran sebelah sidai pakaian, yang berselisih ketika berhenti di lampu isyarat, yang bertemu di kaunter bayaran buku, dan sebagainya lagi. See? Aku bukan sekadar tengok cerita Melayu. Aku kaji jugak.

Aku dah setting nak jumpa dengan gadis ini atas sebab nak tanya pendapat dia tentang bayaran yang munasabah kalau aku dipanggil untuk membuat persembahan solo. 

Untuk makluman, cikgu aku telah berpuas hati dengan prestasi aku setakat ini. Setakat lagu This Love dan She will be loved by Maroon 5 aku dah boleh pergi. Kau boleh dengar suara Adam Levine dalam lagu tu, then kau imagine suara aku yang lebih kurang dia. Memang tak sama, tapi ada unsur-unsur itu. Ini ayat cikgu aku. Kalau kau cakap dia penipu, kau memang derhaka. Sila minta maaf dengan cikgu aku.

Dari tempat parking basikal, aku berjalan dengan dia menuju ke kelas. Jarak yang diambil adalah sekitar 3 minit. 3 minit ini bukanlah tempoh yang pendek. Lagu Gemuruh Faizal Tahir pun ngam-ngam tiga minit. 

Disebabkan dia ini gadis Aswara yang tipikal, maka pakaiannya pun tipikal gadis-gadis teater lah. Dadanya memang tak bertutup. Sudahlah tidak bertutup dengan tudung, dadanya juga memang terdedah tidak tertutup
dengan baju yang dipakainya. Tak payah bayang lebih-lebih. Kau tengok artis perempuan Malaysia macam mana, macam tu lah dia.

Oh, dia ni tinggi aku je. Tapi dia jadi lebih tinggi sikit daripada aku sebab dia pakai heels. 

Masa dia cakap, aku pandang depan. Kira aku tadah telinga aku supaya dengar dengan lebih jelas. Masa aku cakap, baru aku pandang muka dia. Kang aku cakap pandang depan, dia kat sebelah, aku cakap lain dia dengar lain. Kira kau boleh bayang kepala aku macam mana. Badan straight ke depan, kepala goyang tepi depan tepi depan.

Tapi disebabkan matahari yang terik, tambah pulak dengan aku dah cabut topi, aku memang tak boleh nak hadap muka dia direct sebab silau. Aku dah macam Chinese pun ada sebab kecilkan mata tapi jadi hodoh lah. Chinese putih, aku gelap.

Disebabkan aku tak boleh nak hadap muka dia, aku tundukkan sikit kepala. Di sinilah fitnah bermula.

Apabila muka aku tak dapat nak hadap muka dia, aku tundukkan kepala sebab silau. Bila aku tunduk kepala, muka aku dah menghadap kawasan dada dia yang terdedah tu. Dengan keadaan mata aku yang stay pandang mata dia, aku memang tak pandanglah kawasan terdedah itu secara fiziknya sebab mata aku memang tepat tengok mata dia.

Namun, sepanjang perjalanan kami ke kelas, tangan dia sibuk tarik kolar baju supaya dapat tutup kawasan dada yang terdedah itu. Kau bayangkanlah betapa awkward dan annoyingnya aku rasa sepanjang tiga minit menuju ke kelas itu. Dah macam aku menodai gadis itu.

Namun, ini bukan kes pertama aku. Cuma ini kes pertama yang mellibatkan classmate dan perempuan yang betul-betul ada di sebelah dan bercakap dengan aku. kes pertama di sini
_____________________________________

Musim panas memang cabaran gila di sini. Harga barang semua naik. Darah cepat je naik nak memaki. Hanya iman dan taqwa sahaja pendinding diri.  (bentang sejadah sujud sambil pejam mata)



p/s: She will be loved susah sikit nak cover daripada This Love.

Wednesday 6 June 2012

Bukan serak dah

Assalamualaikum.


Aku dah lama tak masuk kelas vokal. Makanya suara aku secara automatiknya berubah daripada syaitan kepada iblis. Perubahan ini menandakan jenis-jenis lagu yang aku selalu nyanyi juga dah berubah. Aku bukan lagi pembawa lagu Flop Poppy. Walaupun suara aku serak basah, namun cikgu aku melarang aku meneruskan perjalanan seni suara aku dalam cabang Andi Flop Poppy.

Setelah seminggu melontarkan suara iblis ini, setakat aku merapu ni, aku hanya sesuai kepada lagu-lagu berentak akustik dan juga indie. Aku masih lagi bengap untuk bermain suara, mengvibratekan nada suara dan seumpamanya.

Maka, sekarang ini aku hanya bernyanyi secara indie. Bunyi macam gempak. Indie. Padahal lagu jenis-jenis ini memang untuk insan yang suara dia tak berapa nak padu lagi jitu. Secara rasminya, aku tak boleh nyanyi macam Faizal Tahir. Kahkahkah..

Ini bukan pendapat cikgu vokal aku sahaja. Ini dikuatkan lagi dengan seorang lagi insan yang dah bergelumang dengan najis industri seni suara. Secara ironik, dua orang yang memberikan pendapat bahawa aku boleh menyanyi dengan baik lagu-lagu indie ini adalah mereka yang berbadan comel. Berlawanan sekali dengan aku yang memiliki tubuh badan seperti pokok kelapa.

Selain lagu indie, aku ada satu suara yang aku susah nak buat tapi bila dah buat, memang boleh pergi jauh juga dalam industri muzik. Jauh tu takdelah jauh sangat. Setakat persembahan nasyid untuk kanak-kanak tadika. Aku dah dapat detect, tapi nak maintain tu payah jugak.

Sebab apa? Sebab dah memang aku baghal lagi bengap nak main suara. Kahkahkah...

______________________________

Patut bila sedih, baca alquran ke kan? Walaupun aku memang baca alquran, tapi bila sedih, haruslah baca alquran dengan lebih perasaan kan?

Ini tak. Masuk tandas pastu nyanyi sambil pegang kepala shower macam benda tu microphone. Syaitan.. Syaitan..


p/s: Kotak hati by Hujan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...