Sunday 13 February 2011

Soalan mintak tumit

Assalamualaikum..

Aku sebenarnya malas nak publish blog ni sangat. Aku lagi suka blog ni berlegar sekitar orang-orang yang tak berapa kisah pasal aku. Sebab itulah aku. Jangan kisah pasal hidup aku sangat.

Tapi sekali lagi golongan yang sama dulu telah membuatkan aku rasa aku perlu letak tumit aku kat dahi mereka, tuju lutut dekat perut mereka, dan masukkan siku dalam mulut mereka.

Aku boleh terima kalau kau tanya sekali sebab itu menunjukkan kau prihatin. Terima kasih. Tapi.. Bukan soalan sama kau ulang buat kali ke7 dan seterusnya. Kau tak puas hati dengan jawapan aku. Aku tahu. Tapi kau tahu tak aku lagi tak puas hati kau tanya lebih-lebih.

Ok! Soalan mereka adalah: " Apa kau rasa masa clashkan dia? Mesti sedih gila kan??"

Nak kata bodoh, pandai je speaking English. Nak kata dungu, add math power lagi dari aku. Nak kata apa lagi? Kau tanya aku pastu kau sendiri jawab. Aku nak jawab lagi buat apa kan?

Bila aku bagi jawapan main-main kau mengada-ngada pulak. Nampak tak kenapa aku rasa aku perlu letak tumit kat dahi kau??

Ok. Ini jawapan aku untuk persoalan mereka.

Rasa dia macam dapat makan tau fu fah sejuk gila 3 mangkuk secara percuma selama 1 bulan. Rasa yang indah. Sikit pun aku tak sedih.

Apa? Kalau tak sedih kenapa masa kenduri dia aku lari sampai Eropah?

Ada seorang tua yang beruban di usia muda sahaja tahu kenapa aku ada di Eropah waktu itu. Yang pasti aku bukan lari. Instead of lari, aku sebenarnya nak sangat datang kenduri dia. Masalah duit sebenarnya.

Apa? Jalan Eropah boleh balik Malaysia tak boleh?

Ha ha ha. Kawan kau (kawan aku jugak) yang ajar aku gelak macam ni. Ini gelak sinis lagi keji. Meh sini aku bagitau. Aku jalan tu pun last minit punya plan. Plan asal aku nak balik datang kenduri. Tapi bila aku kira balik, jalan kat Eropah adalan RM700 lebih murah kalau aku balik Malaysia.

Apa? Aku balik jugak bulan puasa? Saja je balik lepas dia dah fly sambung belajar semula.

Woi unta! Aku balik puasa tu tak plan langsung. Aku sampai Malaysia dia still ada kat Malaysia la. Aku tak contact pun. Kalau aku contact mesti lagi meriah agaknya cerita kau. Aku balik last minute. Ada emergency. Rezeki aku gak balik masa puasa. Tiket murah gila daripada aku balik lebih awal.

Tu lah. Duduk kat universiti tu apa kau buat? Habiskan duit PTPTN? Pow duit parents kau? Duit aku tak banyak macam kau.

Tapi, biasalah. Kau memang suka buat cerita pasal aku. Kau harus bersyukur aku tak suka ambil tahu pasal kau. Walaupun aku ada je dengar cerita pasal kau masa aku balik Malaysia. Tapi still aku tak rasa berbaloi nak tahu cerita pasal kau. Sikit pun aku tak tanya budak-budak lain perkembangan terkini kau.
___________________________

Kalau aku buat entri pasal kau, mesti panjang gila. Tu yang aku malas nak layan kau. Kalau aku tak layan pun dah panjang macam ni, kalau aku layan tak tahu lah.

Jangan sampai aku jolok ibu jari aku dalam lubang hidung kau.





p/s: Aku benci entri macam ni. Sebenci beli tau fu fa takde air gula.

5 comments:

Anonymous said...

sori, ni pendapat aku.. klu org tnya soklan sama byk2 kali, rase mcm nk lempang laju2.. ltk tumit kt kepala xsmpai,sebab kaki pendek..hhahaha... jgn marah ya..~chill

jejaka senja said...

takpe. tunggu dia duduk depan kau pon boleh. lagi senang nak bagi satu tapak penuh kat muka.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ha ha ha ha.
Azim, aku gelak baca ni. Sebab ramai yang butthurt dengan kelebihan kau boleh hadapi benda sebegini tanpa libatkan terlampau banyak emosi (atau emotionless terus).

Bunch of assholes pedih sebab they prefer to see U cryiong out loud. XD

Nay, it's ok. Mulut2 assholes yang butthurt takkan dapat ditutup. They enjoyed their lifes dengan menyemak nak tahu hal orang lain & konon2 rasa pedih sama. LOL! LOL! Aku pun kena benda ni sekarang ni. People throw sympathy padahal aku ok je.

Kalau kita suka orang, kita nak orang tu bahagia. dan sebab orang yang aku suka jumpa bahagia dengan orang lain, let it be, let him go. sebab dia happy, tu dah cukup dah.

EH, tahun ni balik Malaysia?

(Gila panjang lebar aku komen, pagi2 sebelum pergi sekolah)

jejaka senja said...

kalo yg rapat ngan aku mcm ada org tua tu takpe. aku ok. ni yg tiba-tiba rapat bajet prihatin. dulu haram nk contact.

macam balik. insyaallah. hehe.

aisya zainal said...

Gila sedih cerita cinta ust aku ni.
Haih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...