Lepas makan malam. Perut penuh. Tali seluar silat aku longgarkan. Memang betul-betul padat. Jalan pun sikit lagi macam perempuan dalam
Shidan vavavoom, Ubai, dan aku masuk bilik. Aku terus buat lompatan 180 darjah. Tepat mendarat dalam keadaan bersila depan laptop. Shidan pula buat moonwalk ala-ala Zizan Raja Lawak lalu mengakhiri gerakan dengan satu hentaman padu ke atas bantal. Manakala Ubai dengan kemas berzapin sambil kuda kepang sehingga sampai ke katilnya.
Shidan pandang aku. Aku pandang balik Shidan. Tiada siapa pandang Ubai.
" Kalakala koikoi.."
" Rapo rep rep.."
" Yiven tibot yibot tiven..."
Masing-masing borak. Keluar asap dari mulut masing-masing. Bilik puaka ni memang sejuk lain macam. Asap hijau keluar dari mulut Ubai dan Shidan. Menandakan mereka baru lepas makan sambal belacan. Asap yang keluar dari mulut aku warna lutsinar. Sebab aku tak makan sambal belacan. Resdung.
Oh, ada jerawat kat dahi aku. Aku termakan belacan malam Jumaat lepas. Ubai masak nasi goreng letak belacan tak cakap kat aku. Kesan dia memang superb.
" Apa tu? Warna putih. Panjang," tiba-tiba muka Shidan pucat. Mata dia membesar. Bulat. Bersih tanpa najis mata. Shidan dah berdiri. Dua langkah terundur ke belakang. Terlanggar meja laptop Ubai. Ubai tahan pakai penyepit baju. Ubai yang tadi baru siap lipat baju turut berkerut dahi.
Aku tiba-tiba rasa sejuk. Lagi-lagi dekat kaki. Aku buka tingkap. Ambil stokin. Putih. Panjang.
Celaka!!!
Memang tiada seni kehidupan langsung. Walaupun tingkap tiada langsir, tapi meletakkan stokin menggantikan langsir bukanlah suatu seni yang indah. Apatah lagi stokin itu berwarna putih dan panjang.
__________________________________________________
Orang sini tidak mempunyai rambut panjang yang lurus. Semua beralun-alun. Kerinting. Takkan ada langsuir atau pontianak tiada di sini. Silap-silap boleh gugur rambut kesejukan. Lagi silap kalau tukar jantina jadi toyol.
p/s: Stokin harus selalu ditukar dan dibasuh. Pesanan ini khas untuk aku.
No comments:
Post a Comment