Saturday 28 February 2009

ayat manis

ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya pastikan terbukti nanti..

kata-katamu hanya mimpi di siang hari
kemarau panjang berpanas jua
berteduh tidak..

assalamualaikum.

salam sejahtera aku ucapkan kepada semua yang mengunjungi blog aku.

hehe.. maaflah. aku rasa method blog aku akan dimulakan dengan lirik lagu.. janji takde ayat-ayat sensitif, aku amik je..

kenapa aku petik dua lirik kat atas tu?
yg 1st, sebab faizal tahir punya lagu- GEMURUH. wakakaka..
yg 2nd, langit ke-7 by Syarifah Zarina.

yg 1st +ve statement
yg 2nd -ve statement

ini aku tujukan kepada sesiapa yang mulut manis tu. bak pepatah melayu, ' menanam tebu di bibir'. aku kalau jumpa orang camni, aku ganti je tebu tu dengan durian. tu kira baik la aku tanam durian kat bibir orang camni.. kalo aku tanam kaktus, baru puas hati aku.

suasana politik di malaysia hari ni, ramai je kita jumpa manusia camni. janji tu la, janji ni la. pastu senyap. duet masuk poket, mulut teruslah potpet2 sana, potpet2 sini. dapat jawatan, duduk mengangkang dalam ofis tadah aircond. orang lain jadi mangsa ayat2 manis makhluk camni.

hadis nabi yg saheh, tanda munafiq tu ada 3.
1- bila berkata-kata diorang bohong
2- bila berjanji diorang mungkir
3-bila dibagi amanah diorang khianat

ALLAH pun berfirman dalam al-qur'an : suroh assof, ayat 2 =
'wahai orang yang beriman, janganlah kamu berkata-kata apa-apa yg tidak kamu lakukan'

so, kepada pembaca blog aku ni, janganlah korang jadi manusia2 yang ayat manis tapi kesan pahit. baik korang senyap je. jangan nak tabur janji sana-sini. pastu buat bodoh. buat2 lupa.

" eh, aku salah cakap kot"

" korang salah dengar la"

" aku mana ada cakap camtu"

aku lempang je makhluk2 camni. nak je rekod sume kata2 manusia kat dunia ni..

yang laki or pompuan pulak, tak yah la nak bermadah pujangga. konon akan pertahan janji setia sehidup semati. pijak semut pun tak mati. tu tahan lagi. kalau pijak semut, tiba2 semut tu angkat balik kaki letak kat tepi. pergh... tu memang ayat kayu jintan manis dah tu..

better korang ber'ayat-ayat cinta'. senang. dah kahwin, dah lafaz akad nikah depan tok kadi, haaaa... janjilah apa pun..

' lautan api pun sanggup abang renangi demi kekanda'

'gunung berduri akan adinda daki demi mencapai cinta abangku'

memang la boleh. kalau setakat api kat permukaan air je, berenang la kat dalam sikit. tak rasa apa la.

kalau setakat duri2 pokok semalu kat tebing2 bukit, kat celah2 batu gunung tu, hantar makcik wook pun dia boleh. (* kenal x makcik wook? mesti ada tak kenal.haha..)

jangan pandai berjanji kalau tak pandai nak kotakan..
jangan bikin ayat manis kalo rasa hati korang tu pahit..

setakat ni je la bebelan aku sang jejakasenja.
at least ayat2 aku x manis. juz pahit+kelat+masam+masin sikit..


p/s: hasrat yang tersirat semakin kuburu..


~ harapan menyala nadiku berganda~

team aku no3..

assalamualaikum..

alhamdulillah..
sabtu lpas aku dah berjaya conduct 1st program aku..
Sukan WASIM 2009, (KASIM 09).
takraw, volleyball dan futsal.
semua ni aku boleh mainlah.
aku dah lama x praktis tekong kuda aku..
huhuhu..
sudah karat lagi rapuh..
tak setajam dan selaju dulu..
waaaaaaaaaa...( nangis sambil hentak2 kaki)..
*boleh tnya apek kalo x caya..



yg aku prasan, tiap kali aku main bola tampar,
aku takkan dapat spike..
dari mula2 aku mpai morocco da jadi camni.
bila aku kat depan.
mesti bola mati. pastu aku gi servis balik kat blakang.
bengang giler main ngan arab. aku rasa tu la 1st chance nk spike..
dan2 dia lari dari blakang nk spike bola aku. tapi xdpt pastu gi spike bahu aku.
dah aku jatuh terhempas. arab itu sengaallll!!
(* adakah aku disumpah utk jadi setter je?)

yang paling aku da lama x main adalah futsal.
hehehe...
8 tahun da x jadi goalkeeper. maka faham2lah.
team aku mengalami masalah kecederaan pemain yg serius.
pastu aku offer diri jadi keeper..
huahuahua.. terer gak aku. sampai 2nd match je aku keeper.
pastu aku kene terajang ngan kaki gajah zul kat pinggang.
haha..nikmat yg da lama aku lupai..
last2 rahmad ganti aku keeper.
pengajaran dari program ni..
' MAMAT ARAB ITU SENGAL. AKU X PAHAM NAPE DIORANG SANGAT SENGAL'
harap sukma lpas ni aku x jumpa ngan arab2 cenggini.

kat bawah ni gambar team aku yg best.


dari kanan:
(mcmin(K), paiji, atok, nasri, rahmad, faiz, mizi, aku, imad)

gambar2 seterusnya adalah aksi-aksi poyoku di hadapan kamera..wakakaka..



banyak lagi gambar poyoku tapi 2 kat atas ni adalah paling poyo dapat disnap. hehe..

maka, selaku exco SUREYA (Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan), aku mohon maaf atas segala kesulitan yang terjadi sepanjang program. aku dah cuba sebaik mungkin, jadi, inilah yang terdaya aku buat untuk persatuan.
(* tiba-tiba ayat touching. wakakak)

majulah sukan untuk persatuan.
maralah SUREYA untuk jejakapoyo.

sekian..

~ gemuruh jiwa semangat membara. dari puncak ingin ke angkasa.
berkalungkan bintang berkerlipan . menyerlah jauh dari yang biasa~

Monday 23 February 2009

ayah aku dah 48 tahun

" ko ni azim, mati-mati aku ingat isa ada adik bongsu last. rupa-rupanya ko anak dia," kata pakcik A.

" huk aloh, ambo ingat ambo mudo lagi. pande mukomu, supo muko ayahmu maso hok nakal dulu," kata pakcik K.

" muka kau ni, sebijik gile muka ayah kau masa muda-muda dulu," kata pakcik D.

" kau ni mesti anak en.isa kn? aku tahu dah. tengok muka jenis gini sah2 anak dia," kata student ipt ayahku.

aku wakil sekolah lumba lari. dia wakil selangor pringkat kebangsaan pecut 100m.

aku gol keeper daerah petaling. dia striker selangor bawah 15 tahun.

aku main tekong. dia main feeder.

aku ketua pengawas skola rendah. dia ketua pengawas skola rendah gak.

mata aku rabun belah kiri. dia pun rabun kiri lagi teruk dari kanan.

tapak kasut aku haus belah kiri. tapak kasut dia belah KIRI pun cepat haus.

dia garang. aku pun garang. (dulu kot, skang da bole cover). hehe..

dia accident motor, lutut dia koyak, kena jahit. aku main bola+takraw. lutut terhempas kat bumi+diterajang kencang bagai lututku ini sebiji bola. (*sama-sama sakit lutut)

dia lahir 20/02...aku lahir 19/01..

dia lahir subuh..aku lahir asar.. (* orang dulu kata, baby yang lahir subuh ni baik.. yang lahir asar ni nakal)

ayah aku baik tapi nakal..aku nakal tapi baik..wakakakkaa!!!

dia la ayah aku. aku anak ayah. even aku rapat ngan mak, tapi muka aku sama giler ngan ayah aku. hahaha.. (bangga wei). sebab adik-adik aku muka tak sama sangat. mak ke ayah ke. sederhana dan tengah-tengah. tapi aku? ayah dan aku muka kami hampir serupa.

kalo korang tengok aku kasar, sebab aku dah biasa camtu ngan ayah dan mak aku.

yang tak kenal aku, akan kata aku anak kurang ajar, derhaka ngan mak ayah. aku akui, memang aku kasar ngan diorang. tapi tu la aku sebenarnya. cara aku ngan diorang memang camtu.

tak pernah pulak diorang marah or nangis sebab aku kasar ngan diorang. cuma memang aku begini. (ni nak cite pasal ayah ke pasal aku?)

ayah aku kasar. aku pun kasar. sama-sama kasar. hahaha...aku anak ayah. ayah ayah aku. (paham la kn?)

kaki aku bengkak seliuh, ayah tak akan urut dulu. marah-marah dulu, tekan kuat-kuat biar aku menjerit bagi satu shah alam dengar, tarzan pun bole pencen dan pindah keluar dari hutan, baru dia urut.

ayah aku kemas. aku ni penyepah. ayah tetap ayah. aku tetap aku. hehehe..

satu je aku terkilan. aku tak wish besday dia on tyme. 20 feb. aku banyak tugasan. sampaikan aku terfikir, (*aku jarang terfikir, sekali terfikir, pergh, mmang gugur bulu mata lentik ni)..

' aku baru universiti da busy ckit, tak sempat nak wish kat ayah..nnti da ada keje, ada famili sendiri, camne pulak nanti tu?'

tapi aku akan usaha tak akan berulang lagi macam tu. sebab ayah aku tak macam tu. apa-apa jadi pun, dia akan bawak aku satu famili balik kampung paling malas pun 2 minggu sekali.

ayah suka ajak aku lumba lari. dia akan bagi aku 5m depan dia.
aku slalu kalah. last aku lumba dengan dia. masa balik open house jiran sebelum aku fly.
aku bajet aku dah menang. maklumlah lepas makan, sure perut berat.
dah 10m terakhir, ayah aku pecut aku gak. dan sampai hari ni, aku xpenah menang.
ayah dah bagi depan 5m pun aku still kalah lagi.
(*wakil skola vs wakil selangor. bole trima kekalahan ni. hahaha)

satu ayah aku pesan kat aku,

"...............................................................," kata ayahku.
*mana bole bagitau korang. hahahaha...

kepada sesapa yang baca blog aku ni.. bawah ni muka ayah aku..
(* dia x suka sangat bergambar. suka ambil gambar. aku pun suka bergambar, tak suka ambil gambar. hehehhe. sebab tu gambar dia tak banyak)


ayah aku kat terengganu.


ayah aku masa hantar aku fly

sama tak ngan muka aku? gamba atas lagi sama ke gambar bawah lagi sama?
ke korang nak aku letak gambar aku kat entry ni?
tak payah la. ni khas utk ayah aku.
bukan untuk muka selenger cam aku ni. kui9!!!

hehe.. ayah aku berisi. anak dia ni kurus kering cam papan. haha..

sekian dari anakmu yang jauh di perantauan. doakanla anakmu ini naik berat badan. badan anakmu ini banyak jin. makan nak pecah perut pun, kempeng gak. doa makan dah baca 7x. aku adalah anak ayah.




p/s: berbuat baiklah pada ibu ayah kita walau diorang tak buat baik pada kita. tugas kita layan mereka dengan baik. patuh kepada mereka selagi tak langgar syariat islam.

~itulah aku pada ayahku~
~namun aku tetap anak ayah~

Thursday 19 February 2009

KAU mahakarya

tanpaMU kulemah pasti aku tak berdaya
kerna KAU mahakarya cinta
KAU takkan dapat
aku lupakan kerna KAUlah
puncak cinta kita
mengajarkan ku erti bahagia
temanilahku semula..


seperti biasa, aku mulakan post aku dengan lirik-lirik lagu. hehe..
kali ni, aku nak kaitkan sifat aku. sifat aku sebagai hamba ALLAH.
memang aku lemah. aku takkan mampu untuk buat apapun
tanpa bantuan daripada DIA.

bila kita dah sampai tahap cinta kita pada DIA
satu tahap yang tak tercapai dek akal,
kita akan dapat nikmati apa yg dinamakan 'halawatul iman'

aku kadangkala terlupakan DIA tapi pernahkah DIA lupakan aku
sepanjang aku bernafas, tak pernah sekalipun aku rasa
DIA lupakan aku, DIA tak tengok aku, DIA tak dengar aku
tak pernah langsung.

DIA selalu tolong aku. itu aku dapat rasakan.
tapi as hamba apa aku buat?
aku bukan kekasih DIA.
dah tahu status bukan kekasih, juz hamba jer,
aku still alpa dan lalai.

walaupun DIA tak pernah hampakan aku.
Apa jua yang terjadi pada aku, aku dapat rasa yang
DIA still sayangkan aku.
sayang Tuan kepada hambanya.

sekarang,
aku nak cuba capai tahap..
tahap yang aku namakan..
' MAHAKARYA CINTA '



p/s: post terakhir lagu Faizal Tahir daripada album ' Aku.Muzik.Kamu'.

* kenangan di maarid kutub, Casablanca. ada mata-mata yg memerhati diri ini.
ikut koranglah nak pikir apa..

~ ingatlah pesanan daku, namun aku tetap aku. itulah aku padamu~

Sunday 15 February 2009

siapa sebenarnya..



cuba kau dengar

cuba kau cuba
diam bila ku cuba
untuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau ada
bila ku perlu untuk
meluahkan rasa hati
dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa
siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkn aku
itulah aku padamu
cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu
pernah kau ada
bila ku perlu
untuk menyatakn rasa
sakit dalam diri
dan bila kau perlu
setiaku menunggu
agar senang kau merasa
siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkn aku
itulah aku
maafkn kerna ku tak pernah
terlintas tuk menulis padamu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar
untuk kau melihat
ke mata ku...


aku percaya semua orang kat dunia ni ada kawan.
kawan, sahabat, teman, rakan.. semua satu maksud.
kita mungkin ada beratus, mungkin juga beribu kawan.
tak kisahlah kawan baik atau kawan biasa.
teman istimewa atau teman biasa.
itu semua tak penting.. asalkan kita ikhlas berkawan.

" sahabat lelaki yang baik itu adalah bertemu kerna ALLAH,
dan berpisah jua kerna ALLAH.."

aku yakin semua pernah ada pengalaman manis dan pahit
dengan kawan2. itulah yang lebih eratkan persahabatan.

- janganlah kita makan kawan. jangan amik kesempatan.

- jangan bila kita susah baru nak jumpa kawan kita. baru nak tanya khabar. bila takde apa2 masalah, sepatah haram tak nak tegur.

- jangan khianati persahabatan. itulah permulaan pertama jalinan sesama manusia.

- cuba yang terbaik happykan kawan kita tapi jangan sampai diri sendiri yang terseksa.
takut di situ bermula titik yang tak diingini dalam persahabatan.

- ikhlas, jujur, jangan hipokrit. penting ni.

- seperti yang aku cakap selalu, inilah aku padamu. jadilah diri korang sendiri.

- korang akan jumpa kawan yang betul-betul kawan bila kawan korang bole terima diri korang seadanya.



p/s: aku fanatik sikit faizal tahir. itulah yang aku rasa bila melalak lagu kat atas.
lagu: cuba-faizal tahir.

* maaf kepada ahli rumahku kerna terpaksa menadah telinga hari2 mendengar laungan hikmat lagu ni dari aku. hehehe...=p



~ siapa sebenarnya aku padamu ~

lemah tanpa kamu..

aku lemah tanpa Kamu
ku inginMu dampingiku
aku fahami aku bukan
yang terbaik untuk diriMu
sampai syurga ku menunggu
sampai syurga ku cintaMu
hanya Kamu..

kalo korang baca ayat2 kat atas ni, mesti korang tau dari mana aku ceduk kan?
budak2 umah aku ni dah sampai naik bosan dengar aku melalak ayat2 kat atas tu.
bak kata ajiq, "dah jadi zikir harian pulak"
kata aku pula, " ikut ko la"

ambillah yang baik daripada apa yang kita dengar.
even ayat2 kat atas ni lirik lagu yang bukan nasyid pun,
tapi kalau dipandang dari sudut yang lain, itulah yang aku nampak.

-aku memang lemah tanpa Dia..

-aku bukan yang terbaik untuk Dia..

-tapi aku nak sangat Dia dampingi aku selalu..

-paling aku inginkan..
aku nak sangat jumpa Dia kat sana nanti..


p/s: bagi yang masih tak tau, ayat2 kat atas tu adalah lirik lagu, sampai syurga-faizal tahir



~ yang terbaik untuk diriku..hanya satu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...