Sunday 13 February 2011

Kongsi dari kelas (1)

Assalamualaikum.

Malam ni aku rasa nak kongsi dengan anda semua apa aku belajar. Untuk yang tak tahu, aku sedang meneruskan pengajian dalam bidang Linguistik Bahasa Arab.

Kalau anda perasan, tak perasan takpe, tak salah pun. Perkataan pertama yang selalu seseorang bayi cakap adalah 'mama'.

Sebab apa? Bukan sebab dia menyusu badan. Tapi sebab makhraj (tempat keluar bunyi). Bayi pada permulaannya hanya mampu bercakap dengan mengeluarkan bunyi terhasil daripada syifah (bibir).

Huruf-huruf yang keluar daripada bibir adalah B, U, dan M. (ب،و،م).

Kalau Melayu, panggil ibu. Mama pun ada gak. Arab Umi. Nampak tak?

Kalau Melayu, panggil abah. Baba untuk Arab. Nampak tak?

Teori ini merangkumi hampir semua bayi di seantero dunia.
________________________

Belajar kalau tak kongsi tak best kan?

Kalau aku fokus lebih, aku kongsi lebih. Kalau tak banyak yang aku kongsi, aku tak fokus dalam kelas la tu.





p/s: Aku sebut baby bunyi babi masa mula-mula pandai baca.

3 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Aku kalau ada anak (ceh!) aku nak dia panggil aku selain Emak.

Sebab apa?
Sebab aku dah panggil mak aku emak, dan emak panggil atok aku as emak gak. so, bila aku panggil mak aku, atok aku pun toleh gak~ sungguh tak syok~ hahaha~

jejaka senja said...

takpe. tengok siapa toleh paling last. tu la EMAK paling cool. bajet hot. ahaha!!!

خديجة خليلة said...

Lisaniyat Ijtimaiyyah kan? Sama apa yg kita belajar! (Sbb ustaz akak skrg ni pun mengaji Maroc dulu. huhu)

Satu isu boleh diketengahkan, sebab Mama lah yg selalu digunakan dalam kalangan masyarakat Arab kerana mudah untuk kanak-kanak menyebutnya. Satu lagi, kenapa dipanggil bahasa ibunda/ lughoh umm? Kaji jgn tak kaji. Dan, ilmu sautiyat ini kebanyakannya dikaji kpd kanak-kanak/tifl. Atas dasar apa? Hehe. Nanti Azim tulis ttg ni. Menarik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...