Thursday, 24 February 2011

tisu dan tepung

Assalamualaikum.

Ada orang kata aku takde perasaan. Ada juga orang kata aku takde hati budi. Tak ketinggalan mengatakan aku seorang keras hati.



Mendengar kata-kata ini selalu buat aku tersenyum. Bibir senget ke kiri. Nafas terhembus kasar.

Aku senyum. Apa yang mereka tahu tentang hati seorang lelaki yang hanya menadah telinga dan menyerap kalimah orang sekeliling? 

Cuba letakkan diri kau dalam situasi aku? Kalau kau rasa boleh menyelami apa aku rasa, aku tak pernah rasa kau akan mampu merasai apa aku alami. Hati aku hati aku. Hati kau hati kau.

Bagi aku, hati manusia ini ada dua.

Hati tepung.

Hati tisu.

Anggap air itu sebagai masalah.




Hidup kalau tiada masalah, kau akan mati. Dengan masalah kau akan hidup. Cuma, bagaimana kau serap masalah kau?

Tepung dengan air, jadi bergumpal. Lama-lama jadi liat.

Tisu dengan air, jadi lembik dan lembut. Lama-lama koyak.

Kau kenal diri kau bagaimana. Aku?

Aku pun kenal diri aku bagaimana. Dan aku lebih tahu hati aku jenis hati apa.
______________________________

Selepas apa aku lalui 22 tahun ini, hati aku terbentuk untuk menjadi sekeping hati tepung. Malah, jika dibiarkan angin menerjah kencang, boleh berubah menjadi keras. Sekeras keluli yang padu dan padat.

Hati tisu? Aku tak pernah pandang orang berhati tisu sebagai lemah. Kerna hati tisu ini akan menghamparkan helaian tisu untuk menjadi satu kekuatan bagi melakar kisah menggunakan titisan air mata.





p/s: Aku kuat makan roti. Satu hari 3. Roti sini saiz dia kau susun 3 roti canai. Kira aku makan 9 roti canai sehari. Sebab tu aku rasa hati akan jadi tepung.

4 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hati tepung takpe.
Uli2 balik, boleh buat macam2 bentuk semula.
XD

jejaka senja said...

kalau boleh tepung jagung. Sedap sikit.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Apa kau ingat tepung jagung ada feeling2 rasa jagung?

Hahaha.

Tak nak.

Aku nak tepung Hong Kong. baru mahal~

jejaka senja said...

aku tak suka hong kong.

baik aku pilih tepung penaik. yis kot. untung2 naik juga badan aku ni.

^v^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...