Assalamualaikum.
Tadi aku mengaji. Baru nak masuk juzuk 8. Gila malas. Dulu masa puasa, memang kalah Imam Muda Astro aku rasa. Satu hari relax je bantai 2-3 juzuk. Kau kira dari start Syawal sampai sekarang dah masuk Rabiul Awal. Dah berapa bulan? Baru 8 juzuk. Teruk.
(* aku yakin ada yang tak tahu atau tak sedar sekarang dah Rabiul Awal. Yang tak tahu mengaku jela. Tak baik tipu.)
2000.
Aku termasuk acara tilawah Al-quran. Sila baca kembali. Termasuk acara tilawah Al-quran. Aku ingat lagi. Aku baca surah Albaqarah mula juzuk 2. Berbekalkan suara huskey (aku tak tahu ejaan betul), dan lantunan huruf yang tepat, aku termenang acara itu. Baca kembali. Termenang. Ini peringkat sekolah.
Aku terpilih mewakili sekolah. Tapi dalam acara hafazan. Sekolah aku yang silap. Acara tilawah untuk murid tahap satu (darjah 1-3), hafazan (4-6).
Aku ada masa 2 minggu dari tarikh aku termenang acara tilawah peringkat sekolah. Aku perlu hafal 5 surah dalam masa 2 minggu untuk hafazan peringkat zon. Otak tengah suci. 5jam je aku dah hafal 5 surah. Ok, aku tipu. 1 hari 1 surah. Lepas 5 hari aku berjaya hafal. Itu pun aku balik kampung. Arwah atuk aku imam masjid. Kira ambil berkat lah.
Lepas 2 minggu, aku bertanding. Dekat Puchong. Sebab aku sekolah dekat Seksyen 19, Shah Alam. Ada 4 orang peserta. Aku dapat surah Al-Ghasyiah. Dengan menyerap semangat padi imam arwah atuk aku, aku pun mulakan bacaan. Aku peserta kedua.
Masa pengumuman keputusan, aku termenang lagi. Kiranya aku ada masa 2 minggu lagi untuk peringkat daerah pula.
Aku teruskan hafalan. Mengulang bacaan. Peringkat daerah akan diadakan di Subang Jaya. Aku bertanding dalam daerah Petaling.
3 hari sebelum peringkat daerah, aku sakit tekak. Ustaz aku bagi aku minum air asam jawa. Tak jalan. Madu. Tak jalan juga. Air panas campur apa entah. Masih tiada kesan.
Hari aku bertanding, memang power suara aku. Serak tak basah + garau. Ada peluang jadi anak murid Ramli Sarip. Kalau dia bukak kelas, akulah calon ketua kelas. Menang tanpa bertanding.
Aku dapat surah At-Tariq. Baca memang layan. Aku tukar feel. Ambil semangat Awie + Amy Search + Nash + Ramli Sarip. Pengadil yang terdiri daripada para ustaz bukak songkok, tanggal ketayap. Diorang layan head-banging. Para penonton panjat kerusi sambil hand in the air. Ok, aku tipu lagi.
Keputusan, aku dah tak termenang. Ustaz aku senyum je atas kekalahan aku.
_________________________________________
" Tak menyempat nak jadi bujang. Tunggulah lepas peringkat kebangsaan dulu ke. Tak pun, tak tahan sangat, peringkat negeri pun jadilah," ustaz-ustaz lain bantai gelak sampai tergigit janggut.
Baru aku tahu apa aku belajar dalam feqah masa darjah empat bab kebersihan, tajuk mandi. Tak paham gak ke?
Pecah suara paham tak? Tak paham lagi? Baik sangat kau ni kalau tak paham lagi. Tak caya pulak aku.
p/s: Suara aku sekarang tak sama langsung dengan Faizal Tahir. Suara Justin Bibir tu aku tak pasti dah pecah ke belum.
2 comments:
Justin Bibir?
Tuit!
Bukan aku nak melayan benda2 ni~
Ko tak layan Justin BiBir? Bagus. Aku cuma curious tahap desible suara Bibir itu. Lagu dia? Baik aku dengar penyu menangis.
Post a Comment