Assalamualaikum
2010.
Aku drive balik dari Port Klang. Berbekalkan Myvi, seni selitan dan celahan aku asah sehabis baik. Penuh adab dan tatasusila. Signal aku tak lupa.
Keadaan trafik tak begitu sesak. Bagus. Sempat aku nak sampai masjid sebelum azan Jumaat. Lagi 100m aku dah nampak plaza tol Sungai Rasah. Aku himpit ke kiri. Takde Touch n Go apatah lagi Smart Tag.
Aku sampai dekat tol. Perempuan jaga. Aku seluk poket baju. Aku terus hulur. Sikit pun aku tak usha gadis tol itu. Sebab mata aku tengok kuku jari kaki yang dah patah-patah. Kena ambil sunat Jumaat ni. Potong kuku sebelum azan.
Aku tengok palang tol tak naik-naik. Aku pandang gadis tol itu. Dia senyum.
_____________________________
Lain kali cakap lah kak oi. Ada mulut tu bukan untuk senyum sahaja, tapi berkomunikasi dengan pengguna lebuh raya PLUS.
Aku terbagi kad pelajar aku dekat dia. Celah mana pulak kad tu boleh ada dalam poket baju? Aku kutip duit syiling yang ada dalam kereta. 3 keping syiling 20sen, 4 keping syiling 10sen. Cukup RM1.
Palang naik. Aku terus pecut.
p/s: Aku syak gadis tol tu ingat aku nak mengorat dia. Senyuman dia lain macam. Lawa sikit daripada senyuman Rosmah.
p/s 2: Jangan letak banyak kad dalam poket baju anda. Kes-kes begini memang rare.
2 comments:
Lain kali bagi name card terus.
XD
name card eksklusif sangat.
sapalah kita ni?
hikhik.
Post a Comment