Assalamualaikum.
Orang ramai. Semua tunggu giliran. Aku dalam pejabat Ittisalat, kira macam Telekom Malaysia. Aku dapat nombor cantik, 111. Nombor cantik tak guna kalau kena tunggu lama. Dekat papan tertera nombor 91.
Ada lagi 20 orang tapi kaunter ada dua sahaja yang buka. Serupa macam bank kat Malaysia. Yang buat aku lagi rasa nak sepak kaunter tu, bila papat pulak pegawai jenis bila jumpa member, dia punya sembang macam kau buat kenduri doa selamat.
Urusan patut 2 minit selesai, jadi 12 minit. Memang minta mulut aku bermaki-makian.
Ah, aku tak pakai sweater. Sejuk. Angin tiba-tiba kuat. Makin sejuk pulak pejabat tu. Daripada duduk, aku berdiri cuba panaskan badan. Then, aku jalan pulak. Aku pusing-pusing dalam pejabat tu. Tak jadi gak. Aku start nyalakan rokok. Jalan terakhir panaskan badan.
Aku tipu. Aku tak merokok. Aku bukan seorang yang sanggup habiskan duit semudah itu. Shopping dan makan lain cerita.
Ah, menyesal layan minum teh berpudina 2 teko seorang diri. Boleh pulak tiada tandas dekat pejawat awam sebegini. Ah, lagi rancak makian bertalu di mulut. Ah, diri menggigil seorang diri menahan proses perkumuhan berlaku.
Aku keluar. Cari tandas. Bagi mengelak diserang sakit batu karang, aku hayun kaki secepat mungkin cari tandas.
Pling!! Ada satu kedai. Ramai gila orang kerumun. Aku selit - celah - menerobos melalui badan - super - bau - baeng pelanggan-pelanggan kedai itu.
Aku jumpa tandas. Lepas baca doa, aku hayun kaki kiri pijak lantai tandas.
Lega. Aku tolak pintu. Tak boleh. Aku hentak belipat pintu sedikit kuat. Tak boleh. Aku sepak sekuat hati. Tak boleh. Kuku aku patah. Aku keluar pistol. Tembak tombol pintu. Baru aku dapat keluar.
Ok, aku tipu lagi.
Aku ketuk pintu sekuat hati. Tiba-tiba pintu terbuka. Makcik cleaner kata ingat takde orang. Sebab senyap gila. (Perhatian: Jaga adab anda beristinjak di dalam tandas. Tengok, makcik tu ingat takde orang. Tak berbunyi langsung aku)
Aku ketuk pintu sekuat hati. Tiba-tiba pintu terbuka. Makcik cleaner kata ingat takde orang. Sebab senyap gila. (Perhatian: Jaga adab anda beristinjak di dalam tandas. Tengok, makcik tu ingat takde orang. Tak berbunyi langsung aku)
Tiba-tiba je kedai kosong. Hilang semua orang yang ramai tadi tu.
Aku baru perasan. Aku masuk kedai nombor ekor. Kalah sport toto kat Malaysia. Sport toto kat Malaysia takde tandas, sini ada.
_________________________________
" Seorang pelajar Malaysia di Maghribi ditangkap kerana bermain judi.."
Kalau jadi headline Utusan Meloya Melayu ni, memang jadi bahan hangat seminggu. Silap-silap kena blacklist semua kawan aku kat sini.
Kalau ada JAIS dekat sini, memang sure kena basuh aku dalam van jenazah diorang tu. Tikam tak tikam belakang cerita, yang penting kena kaut sekali dengan kaki tikam.
p/s: Dekat sini, masa Ramadhan, pagi kedai nombor tutup. Elok azan Maghrib, dah bukak kaunter. Bukak puasa sambil tikam. Style tak?
2 comments:
Pergh!
Aku rela kena interview dengan paper.
Hahaha.
Tapi paper lain, paper tu, tak nak.
XD
P/S : Azim, ni cadangan. Apa kata kau buat pop-out window?
aku tak rela kena interview. aku pemalu. >_<
Post a Comment