Wednesday, 16 February 2011

Heels

Assalamualaikum.



Aku lepak library. Stadi. Ada exam lagi 4jam. Kalau tak exam, library tempat pertama aku tuju untuk tidur.

Library sunyi. Sebab budak lain dah cuti. Aku baru terhegeh-hegeh nak exam. Kalau tak cuti memang tak jadi library. Jadi parti liar jawabnya.

Mana kau nak jumpa orang bertekak instead of berbincang? Mana kau nak jumpa meja library jadi meja open table untuk breakfast bawak ke lunch?

Aku dapat fokus. Macam ada kabel usb tercucuk dekat kepala aku. Masuk satu persatu maklumat.

" Keletak keletuk"

Aku angkat kepala. Pandang pintu masuk. Ada seorang perempuan masuk. Oh, pakai heels.

Aku sambung baca.

" Keletak tak tak tuk tak tuk"

Perempuan tu cari buku dekat rak. Dia berhenti dekat satu rak. Lama.

Keadaan jadi sunyi. Aku cuba kumpul semangat nak sambung fokus.

" Keletak keletuk"

" Keletuk keletak"

" Keletak keletak"

" Keletuk keletuk"

Segerombolan spice girls gadis semasa masuk library.

Aku bangun. Aku cabut kasut aku. Aku baling kat kepala diorang. Ok, aku tipu.
Aku tutup buku. Aku tidur.
_________________________

Apa perempuan rasa pakai heels hentak-hentak kaki kat lantai? Nak suruh aku tengok jenama kasut? Yang aku tahu jenama Jimmy Choo je.

Nasib baik aku tak pakai heels. Kalau tak, dah boleh buat paku dekat kepala.






p/s: Calon isteri aku kalau nak pakai heels kena jalan tanpa bunyi. Kalau tak, aku bagi selipar jepun.

4 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ganas~
Aku pakai wedges~

takde bunyi~

jejaka senja said...

wedges tu apa? macam span ke?
yg bentuk macam potato wedges? =o

Kadok said...

hahahaha nais~

erysweetie said...

heheh... sgt annoying yg pki heels jln keletak keletuk... mmg pki wedges better.. permukaan lebih besr, and lebih serap bunyi.. getah pada tapak is preferable =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...