Assalamualaikum.
2006 @ Masjid Annur, USJ4
Panas terik. Peluh jantan mula bertitisan di dahi. Ada yang mengalir melalui hidung, jatuh tepat ke dalam mulut. Pergh, masin gila. Kurang sikit daripada ikan masin.
Hari Jumaat memang budak asrama macam aku tunggu. Boleh keluar dari sekolah dan menuju ke masjid untuk solat Jumaat. Jalan kaki 10-15minit.
Sampai masjid, terus pergi dapur masjid. Minum air sirap barang setong (satu tong) dua. Ada rezeki lebih, boleh rembat pisang atau biskut kering. Cukup untuk alas perut supaya tak berbunyi masa khutbah. Adegan perut berbunyi ketika khutbah sangat ngeri.
Aku masuk dewan masjid. Nampak beberapa junior macam mengaji. Kepala tunduk sambil bergerak-gerak persis seorang hafiz Al-Quran. Bagus. Aku menghampiri mereka. Ingat nak join sama. Benda baik tak elok kita tangguh.
Tiba-tiba diorang menggelupur. Menggelabah.
Kaki aku terpasak kemas depan diorang. Lagak seorang kadet sedang diri sedia dalam kawad. Di bawah kaki aku adalah senaskhah majalah Gempaq! Aku pusing-pusingkan kaki sampai majalah Gempaq! itu bertukar jadi gulai. Sedap!!
___________________________________
Memang diorang bikin aku panas. Baca Gempaq! dalam masjid memang tak ngam betul dengan aku. Punyalah hati aku berbunga riang, alih-alih rasa nak lutut kepala sorang-sorang.
Aku rasa ada beberapa orang dalam dewan tu nampak apa aku buat. Aku buat biasa. Lagak seorang pelajar senior yang memiliki kuasa untuk berbuat demikian. Oh, aku seorang pengawas. Lupa nak bagitau.
p/s: Aku tak tahu apa jadi dengan junior tu. Lepas pijak, aku terus solat sunat Tahyatul Masjid. Lepas salam diorang dah tiada kat belakang.
2 comments:
Ganas kau~
Cuak tetiba aku.
(sambil kesat peluh akibat cuaca panas)
Oh, aku bukan selalu begitu. Kadang2 je.
Aku berjiwa sensitif. terselit kasih sayang. haktuih!!
Post a Comment