Saturday, 28 November 2009

~pembaharuan~

aku dah tukar link.
aku dah tukar tagline.
aku dah tukar quote.
banyak gak aku dah tukar.

perubahan dan kemajuan menuntut dan memerlukan pengorbanan.

nak buat rel tren atas jalan, sampai sanggup runtuhkan pintu gerbang yang dah berdiri menunjang langit selama lebih 30 tahun. kenapa sanggup robohkan mercu tanda dunia ilmu di Souisi? sebab pintu itu menghalang laluan rel tren itu. satu contoh kemajuan yang dahagakan pengorbanan.

kemajuan pergerakan agama islam hingga tersebar ke seluruh dunia. pengorbanan para sahabat nabi muhammad SAW meninggalkan kaum keluarga yang tercinta demi perubahan gaya hidup daripada jahiliyah kepada islamiyah.

perubahan diri sendiri. pengorbanan yang dah aku ambil dan aku masih merasai kesan itu. demi kemajuan dirinya, aku perlu berkorbankan. tak besar mana pengorbanan itu. tapi cukup untuk aku lihat dia maju dalam kehidupannya kini. alhamdulillah..


jejakasenja,
kamra, eid mubarak sa3id...

Sunday, 1 November 2009

kata-kata itu sekadar suatu suara

" walau apapun jadi, kita tetap kawan baik sampai bila-bila"

Tak tau wujud lagi atau tak kebenaran kata-kata atas ni. masa berubah, begitu juga manusia. tiada manusia yang tak berubah. terimalah dengan hati terbuka bahawa manusia berubah seiring dengan masa.

Kata-kata hanya sekadar gelombang bunyi yang singgah di telinga dan diterjemah di otak. itu saja. tak lebih dari tu. dan kata-kata seorang manusia hanya sekadar gerakan lidah yang menghantar bunyi dari peti suara. hilang ditelan zaman.

Manusia akan bertemu manusia lain, dan manusia-manusia yang ditemui sebelum ini mungkin boleh luput dengan penemuan manusia-manusia baru. sila berlapang dada menerima hakikat ini..

Hormati prinsip hidup orang lain. setiap manusia tidak sama. jika orang itu ingin berubah, maka sokonglah mereka. beri bantuan. banyak bentuk bantuan dan sokongan yang boleh dihulurkan. jika bantuan itu agak berat dilakukan, mungkin itulah sebenarnya bantuan yang paling tepat dihulurkan.


kau dan aku sama-sama manusia

Kejadian berlaku hari khamis, 22 oktober 2009.

1:50pm: kelas us. Qorqozan baru tamat. Semua pelajar kelam-kabut ke bilik 36, subjek us. Hasawi.

1:53pm: awal pulak us. Hasawi masuk kelas. Aku pun letak beg dan menuju ke arah us. Hasawi. Maka, terjadilah perbualan berikut.


**************************************

Aku: Maaf ustaz. Saya tak solat zuhur lagi. Boleh saya keluar sebentar?

Hasawi: Kenapa kau tak solat sebelum masuk kelas aku? Sekarang ni masa kelas aku. Aku tak nak ada pelajar keluar.

Aku: Kami baru habis kelas. Terus saya masuk kelas ni. Sebab tu saya tak solat lagi.

Hasawi: Itu masalah kau. Bukan salah aku. Sepatutnya kau keluar awal masa kelas tadi. Bukan keluar masa subjek aku.

Aku: Ustaz yang masuk awal. Sekarang pun belum pukul 2pm.

Hasawi terdiam. Dia melihat ke arah jam stylonya. Lalu beranjak ke belakang.

Hasawi: Baik, sekarang 1:55pm. 5 minit saja masa aku bagi. Kau boleh keluar sekarang.

Aku: Terima kasih ustaz. Saya solat sekarang. (dalam hati aku nak je jawab, "mana cukup ustaz. Subuh 5 minit boleh lah. zuhur habis laju pun 6-7 minit")

2:01pm aku masuk semula ke dalam kelas.

Hasawi: Ingat! Ni kali terakhir aku benarkan. Lepas ni kau mesti keluar awal dari kelas sebelum kelas aku ni.

Aku: Terima kasih ustaz. Saya akan ingat.

(* dialog di atas telah diterjemah menjadi bahasa melayu. dialog asal adalah gabungan bahasa arab fushah dan bahasa arab darjah maghribiyah)

______________________________________________________

Hasawi. Seorang pensyarah yang sangat ditakuti dan digeruni ramai pelajar. Sangat menitik-beratkan kesempurnaan dalam assignment. Tiada seorang pon pelajar arab berani lawan dia.

Hari itu berapa ramai arab tak solat. Hanya kerna takutkan dia. That's not my way. Sejahat-jahat aku pun, aku tak berani tinggalkan solat even aku sendiri tak tahu solat aku diterima atau tak. Semua itu kerja ALLAH. DIA yang tentukan.

Bukan aku nak berlagak dalam blog aku ni. Cuma aku gembira dapat berdebat dengan seorang pensyarah yang pelajar Arab tak berani lawan. Sebab takut kehilangan markah ketika exam, berapa ramai arab berani tak solat?? Nauzubillah...

Us. Hasawi hanya seorang manusia yang memberi anda semua markah. Bukan dia penentu kehidupan anda di alam barzakh. Aku juga manusia. Kau juga manusia. Kita sama-sama hamba ALLAH.

p/s: aku jarang cakap dalam kelas. tapi hari tu aku memang semangat berbalah dengan ustaz sambil disaksikan dak2 arab yang tak solat. nak kene ajar diorang ni. HUH!!!!

Sunday, 11 October 2009

kadang alpa selalu lupa

manusia yang bijak adalah mereka yang selalu mengingati mati.

semakin kita membesar, semakin kita mendekati mati.

kita takkan terjangka bila, bagaimana dan di mana kita akan mati.

M.A.T.I

M: Menamatkan
A: Angka
T: Terakhir
I : Insan

Tuesday, 21 July 2009

21 july.. besday mama!!!!!



Happy besday mama!!
Sanata hilwa ya ummi!!
Selamat hari lahir yang ke-47..

Sory cannot make it again..
tak balik lagi tahun ni..
huhu!!!

Take care mama..
I alwiz pray ALLAH gives the best for you..

I Luv U mama..
I miss u..

Wassalam...=)

Friday, 17 July 2009

Selesai.. Tamat.. Habis

2 minggu yg bz.. 2 program besar yg melibatkan aku secara langsung.. alhamdulillah, dah settled.

yg paling aku tunggu2 adalah mesyuarat agung tahunan sebab bila YDP kata, " dengan ini saya menutup mesyuarat agung tahunan kali ini.." maka tugas aku sebagai ketua Exco SUREYA pun takde dah.. ala, macam skola dulu la. kan rasa free bila da x jadi pengawas. tu la feelingnya..

sebelum tu ada konvo utk senior2 aku. aku jadi ketua unit pegurusan program dan protokol. aku sbg ketua yg patut uruskan majlis dah wat kucar-kacir, huru-hara. mintajk maaf pek!! aku akui aku mmang insan tak berprotokol. tapi orang da bagi tugas. aku wat je la. aku pun xtau la nape pgarah letak gak aku ketua unit ni. tau je aku mmang xde protokol punya orang. huhu!!

yg paling aku puas hati sebab aku terpaksa ubah agenda last2 minute. budak nasyid tak nak perform. aku ingat biar aku je melalak atas pentas tu. tapi sebab dlm pale aku ni, aku juz tau lagu faizal tahir je, kang head-banging pulak sume vip. bukan bole caya diorang tu. ahaha!!

at last, aku perform la mainan aku sejak form one lagi, silat la.. apa lagi. and aku selamba je meletakkan intro lagu BENCINTA masa aku perform silat tu. lantak la.. ahaha!! janji penonton terhibur even ada gak yang da bantai gelak masa dengar muzik intro tu..

skang ni aku ngah gilir2 jaga kawan aku kat spital. ALLAH uji dia. tapi dia tenang je. bagus dia ni. budak hafiz la katakn. pasni ko kene byk makan sayur. pastu jgn beli lagi air munada. makan sayur banyak2 sampai sayur xnak ko makan dia.. ahaha!!!

skang ni aku free sampai raya aidilfitri. ngah susun program cuti2 morocco aku. tahun lpas jalan gi UK. tahun ni tak kot. ada pig flu. so, aku nk bina lemak dlm badan je la. eheheh!!

adios amigos.. sayonara.. obrigada de nada.. =)

Friday, 19 June 2009

pertama kali di'tag'

1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini:


1- dekat songkok beliau masa f1 ada tulis ' ijudtk'


2- pernah masukkan nasi ke dalam gelas plastik masa di dm (* ciri pelajar cemerlang. igt subjek bio hgga waktu makan)


3- lesen P beliau pernah dijumpai di kaunter tiket komuter shah alam.(*camne bole cicir tnya dia sendiri.)


4- pernah memiliki sebuah kitab yg diberi nama 'hikayat al-qerk.(* dia juga ada 5 org penulis tetap tak termasuk ammar)


5- antara insan terlewat yg datang ke kenduri di rumah baru aku sebab sempat shopping dulu.


Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya


1- Aku suka giler lagu Faizal Tahir. (*ranking terkini,#1- bencinta. kalo bosan2 sila la layan)





2- Aku seorang eatmaniac.(* dalam usaha mencapai 60kg.sila doakn)

3- Hobi aku adalah nyanyi dlm tandas sambil basuh baju dan mandi-manda.(*lagu kegemaran adalah tiada lagi tangisan-aisyah)

4- Aku tak pandai cover2 ayat. Aku straight forward je.(* aku lampi kalo orang kias2 ni)

5- Adik2 kandung aku tak pernah panggil aku along. panggil abang je.(*tapi adik-beradik lagi satu panggil aku abg long.=p)

6- Sangat suka warna putih.(* baru beli kasut adidas putih.hoho)

7- Orang kata aku ni garang, poyo, kerek......(terpaksa ditapis).Jawapan aku, ikut korang ar nak kata aku apa.

8- Kasut saiz 8. Baju saiz M. Seluar saiz 30inci.(pinggang aku 28 tapi xnak pakai ketat2.nak makan banyak susah.=p)

9- Masa baby mak n pak sedara panggil aku Ahmad Albab sebab aku kuat nanges dgn suara yang amat tinggi mencecah not G.(* jika dibawa ke pintu pun aku nanges gak. LOL)

10- Pendedahan eksklusif- Gelaran 'Muda' diberikan oleh Meng n Hasan Suyat masa f4 sebab aku cukur habis misai n janggutku. Aku terbersin ketika memotong misai lalu mencacatkan rupanya. Lalu aku buat keputusan untuk cukur misai n janggut yang ku bela dari f3. Makanya, 'Muda' itu datang daripada mulut mereka berdua sejak insiden aku cukur misai n janggut.

10 mangsa
terkini tag:

1- rahim
2-ikram
3-hamiz
4- abg achik
5- paan
6- miji comel
7- luqman azhar
8-
adik sushi
9- culan
10- abg nafir

Tuesday, 16 June 2009

straight forward..



" sakit hati btol cakap ngan ko ni...." kata seorang peladang.

" kau ni memang heartless ar...." kata seorang penulis.

" kata-kata kau indah ar zim..." kak teh cakap kat abg long.

" merapu je budak ni. ntah apa-apa ar yang dia cakap," sambil mencekik tengkuk aku.

" azim ni memang kasar. tak reti ke cakap baik-baik??" tanya kawan baik lama aku..


antara sedutan-sedutan kata-kata yang sampai direct kat telinga aku. aku tak kesah. at least diorang sume ni jujur. tapi ada gak yang aku tau dari mulut orang lain. yang kutuk-kutuk aku kat belakang jangan ingat aku tak tau. aku suka orang jenis jujur. sebab aku ni agak straight forward.

but aku still baik je ngan diorang yg kutuk2 aku tu. tak tau ar diorang da tau aku da tau diorang kutuk aku ke x?(betol ke ayat aku ni??)

senang cite, terus-terang ar. itu yang sebaiknya. so, kalo ada apa-apa tak puas hati ngan sesapa pun, juz face them n say what do you want to say.. jangan cakap belakang! x baik..

berkata benarlah walaupun pahit.

it is better to be honest than be nice

actions speak louder than words


p/s : alexa da cantas faizal tahir. lagu jangan kau lepas best. lagi2 masa nenek tu tggalkn atuk tu.
huhuhu...

~ ku takkan pernah tertawa. ku takkan pernah bahagia...~

Monday, 15 June 2009

1st impression and get wrong




Anda diminta untuk berpakaian kemas ketika menghadiri temuduga.
* 1st impression is the priority

Depan bakal mak mentua,
tahan kentut sampai muka merah dan perut berbunyi-bunyi.
* 1st impression is the priority

__________________________________________



Antara contoh menunjukkan 1st impression digunakan pada tempat yang betul. Tapi betullah. 1st impression orang terhadap diri tu sangat penting. Cara percakapan, berpakaian, perangai, semua tu orang akan kesan dulu bila 1st tyme jumpa dan nampak kita.




Budak sekolah mana boleh botak. Mesti budak ni skin-head.
* Get wrong bermula

Siapa pompuan sebelah Muda tu? Tengah-tengah malam lak tu. Siap ko!!!
* Get wrong bermula

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Budak ni nampak baik je. Tapi bila dia ada wat sumthing yang bagi kita jahat, kadang2 terdetik di hati, ' Nampak je baik, tapi ....................' .
- 1st impression kita yang salah tapi jangan menghukum secepat tu. Akui salah kita sendiri dan husnuzzon lpas tu. Maybe dia tersilap langkah. Semua manusia tak lepas dari kesalahan.

"Kurang ajar btol. Langgar aku pastu blah trus" * Selang beberapa minit..

" Astaghfirullah, kesiannye makcik tu. Eh, laki tadi yang langgar aku. Patut ar dia blah terus. Ada emergency. Bini dia accident kot..."
- Get wrong. kita menghukum terlalu cepat. Bila dah salah anggap, why not mintak maaf? kan itu yang sebaiknya? Lagipun bukan sengaja kesalahan itu dilakukan. Mesti ada faktor.


Biasa terjadi. Tak nak tanya. Tak nak siasat. Main buat kesimpulan sendiri. Pastu ada pula dengar maklumat dari sumber lain. Bukan dari sumber premier. Tak salah nak buat andaian sendiri tapi kalo andaian tu salah?? Kan lebih baik siasat. Dan bagus lagi kalo ditanya terus kepada sesiapa yang kita syak. Bukan tanya orang lain.

Katalah malas nak siasat. Malas nak bertanya. Salah ke nak husnuzzon?? Untuk beberapa kali pertama, tak salah husnuzzon. Tapi kalo da korang rasa da byk kali husnuzzon and dah tak bole lagi nak husnuzzon, siasatlah. bertanyalah. . Jangan nak suuzzon pulak.

" Wahai orang2 beriman, apabila datang kepada kamu seorang fasiq dengan satu berita, maka siasatlah..." - Alhujrat: 49 -

Allah dah ajar dalam Alquran. Walaupun apa2 berita yang kita dengar atau apa2 pun yang sampai kepada kita datang daripada bukan fasiq sekali pun, siasatlah. Jangan main buat kesimpulan awal. Sebab ALLAH dah ajar kita cara2 yang betul terhadap sesuatu khabar.

Melainkan kalo betul2 kita pasti memang betul apa kita dengar atau apa kita baca, then acceptable la. Kalo setakat sangkaan (zon), rasa2, terasa, syak, waham.. baik kaji betul2 sampai dapat tahap yakin.

Sekarang dah banyak berita palsu yang tersebar. Sebagai contoh, gambar Masjid al-Aqsa kat Palestin. Kalo takde orang yang bagitau aku, sampai sekarang aku tak tau dan mungkin tertukar gambar Dome of the Rock ( Masjid Sakhra) dgn Masjid Al-Aqsa. Tahun 2004 dan masa ni aku rajin bertanya. Ada orang yang jelaskan mengapa jadi pertukaran tu. Alhamdulillah, aku tahu kebenaran tu.

So, kepada semua, jangan percaya bulat2 apa yang kita baca dan jangan terus terima apa yang kita dengar. Exception kepada sumber2 yang memang kita boleh percaya dan yakini.
Selain drpd tu.... Kaji, selidik, siasat!!!

p/s: aku ada hantar 3 post. Ada 2 je kuar. lagi satu x kuar. xkan yg xkuar tu kene delete lak. maybe masa tu line tenet sengal kot. tu yang xkuar satu lagi post tu. Alhamdulillah 2 post kuar gak. drpd takde lagi teruk.

~ ketepi lihat ku berlalu, pasti itu yang terbaik untukku... apa yang kau tunggu mahu aku buka pintu~


Monday, 8 June 2009

^_^ * 0 * + ---- +



Jangan ingat da apa yang pernah dikatakan dulu..

Buatlah apa-apa pun janji ko tak sebut-sebut lagi..

Kalo ko boleh buat macam takde apa pernah terjadi,
kalo ko bran, ko try ar plak kali ni..

Ko dah bacakan, so, tak yah ar nak pikir2 lain da..
Kira betul la tu apa ko baca..

Ko tak yah nak guna ilmu2 ko nak takwil2 ke..
Nak cari balaghah ayat2 tu ke.. Tak yah..

Apa yang tertulis tu, memang tu ar yang dimaksudkan..
Ok?

So, on now, never ever think again..

Pasni apa ko buat, kalo orang nk kata apa,
biar ar. mulut orang. tu hak diorang ar..
ko tak yah nak sibuk2 plaster mulut diorang..

Ko ikut jela prinsip hidup ko selama ni..

Adios amigos.. Sayonara..

Mataku tahu...


"aku tahu Engkau tahu

apa yang mataku tahu"
*lirik bencinta - FT-


Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat..
Allah dapat lihat apa-apa..
yang tersorok, yang silau, yang di'camouflage'..
semua la..

"Qul lil mu'miniina yaghdudhu min abshoorihim. " (QS. An-Nur : 30)
("Katakanlah pada orang-orang mukminin tundukkan pandangan mereka")

Jagalah pandangan anda..
Jangan dok depan laptop lama2.. nanti mata rosak..
yang tak pakai spec, pastu kene pakai spec..
yang da memang pakai, kene tambah power lagi ar pastu..
(tggu balik mesia baru ar tambah power. ntah naik brape ar ni???)

Ahhaha..
Jangan salah takwil ayat alquran... Nanti bawak ajaran sesat.. Berdosa!!

Jaga mata dari lihat aurat pompuan yang terdedah..
Kalo tak terdedah pun, ditutup tapi berbentuk..
Sama ar jugak tu..Jangan tengok..

Toleh ar tempat lain..
Tengok ar pokok2 hijau..
Lagi baik untuk mata..
At least, boleh kurangkan kerosakan mata tu..

Pakailah spec hitam or topi kalo panas terik sangat..
Bahaya untuk mata..
Jagalah kesihatan mata anda selalu..=)


p/s: arab yang dah ilang rohani arab.. mencari melayu yang maintain ciri2 melayu

~ Mak, anak mak da itam.. sini ngah panas.. suhu 37+.. ehehe


Sunday, 24 May 2009

Khatib dan Ikan..



" Korang datang masjid ni nk sandar kat tiang ke?

Nape biar saf kat depan ni kosong? Penuhkan skarang..
Kalo datang sekadar nk tidur, jangan datang..
Hari ni Jumaat.. dengar khutbah.. jangan sibuk dengan konsert"
(kat tempat aku ada konsert besar selama seminggu)

1st tyme dengar khatib 'sound' jemaah. Sempoi giler khatib tu. 1st tyme la jugak aku x ngantuk.
TAK NGANTUK ok? bukan maknanya aku tido ngah khutbah..
aku slalu ngantuk tapi 1st tyme rasa segar-bugar ngan khatib ni..

" Al-Iman yazid wa yanqush" = iman itu bertambah dan berkurang..

" Dah memang tu iman kita sebagai orang kebanyakan.
Tapi saya nak ingatkan, jangan jadikan itu alasan untuk kita buat dosa.
Iman kita akan berkurang dengan maksiat dan kemungkaran.
Sape suruh kita buat dosa?
Jangan salahkan ALLAH, jangan salahkan takdir.
Itu jalan yang korang pilih. Camne iman korang tak berkurang??
Kejap wat baik, kejap wat jahat.
Takkan bole baik campur jahat.
Kalo negatif zid positif, kan negatif gak jadinya?"

Sang khatib memandang jemaahnya sambil menepuk-nepuk mimbar. Para jemaah mendongakkan kepala dan membalas pandangan tajam sang khatib. Ada yang kurang senang mungkin. Tapi aku suka. Best.

" Iman kita akan bertambah ngan ibadat kita yang ikhlas.
Kalo ibadat kita khususnya solat masih tak halang kita daripada maksiat,
maka solat kita itu sia-sia. pehe dok? SIA-SIA.
Tanda iman kita bertambah apa?
Ada pada tanda orang yg betol2 mukmin.
Hati yang gemuruh apabila disebutkan nama ALLAH..
Dan bertambah imannya apabila dibacakan ayat-ayat ALLAH"

Doa pun dibacakan. Dan aku bersama-sama jemaah lain pun sama-sama solat Jumaat.

Jumaat yang paling best dalam sejarah hidup aku kat Morocco ni. Sebab malamnya tu plak turn aku masak. Buat pertama kalinya aku berjaya masak ikan masak asam pedas bida'ah hasanah.
Wakakkaaa..

Kenapa ditambah bid'ah hasanah? Adalah citenyer.. Hiihihihiiii.. Yang penting semua habiskan malam tu jugak. Takde apa yang tinggal. Nasi 7 pot 1/2 pun habis. Takkan lapar sangat kan?? Maknanya sedap giler ar tu.. Ahahahhaa...


p/s: Maaf kerna guna ayat pasar. Sebab khatib ni berkhutbah dalam bahasa darjah.

~ Apakah aku yang salah atau hanya helah saja?~




Friday, 22 May 2009

That's enough for me..

"Sometimes in life,
you find a special friend.

Someone who changes your life
just by being a part of it.

Someone who makes you laugh
until you can't stop.


Someone who makes you believe that
there really is good in the world.

Someone who convinces you that
there really is an unlocked door
just waiting for you to open it.

This is forever friendship.

When you're down
and the world seems dark and empty,

your forever friend lifts you up
in spirit and makes that dark

and empty world suddenly
seem bright and full.


Your forever friend gets you
through the hard times,

the sad times and the confused times.
If you turn and walk away,
your forever friend follows.


If you lose your way,
your forever friend guides you
and cheers you on.

Your forever friend holds your hand
and tells you that everything
is going to be okay.


And if you find such a friend,
you feel happy and complete
because you need not worry.


You have a forever friend,
and forever has no end."


I just got this poem from my friend in Malaysia.
It is enough for me when I was told that I am a good and true friend.
I don't need any present and I'll never ask for it..
Just pray for me dunia and akhirat..
Thanx...=)
Hehe.. What's friend for?
Dah kahwin nanti jangan lupa jemput..
Wakakaka...=]

p/s: penat tengok arab yang sengal..

~ ingatkah lagi waktu kau bersamaku.. kaku aku melihatmu...~

Friday, 8 May 2009

sejarah ajimmuda..




1) jamuan raya kelas 5 Farabi
2) futsal ngan ahli usrah abg hafiz
3) makan pizza domino tepi bawah meja
4) lepak kat umah paan masa puasa
5 lawan buaian ngan abe lpas kursus nuqaba'
6) hari last spm sebelum balik umah

Assalamualaikum..
Actually aku baru dapat pendrive daripada Adib, ketua kelas 5 Farabi aku dulu..
Antara gambar2 yg ada memori dan kenangan best dalam hidup aku.
Tengok balik gambar2 tu, senyum aku sorang2..

Apa kaitan ngan tajuk post kali ni?
takde pun.. cuma sume gambar ni adalah gambar aku masa muda dulu, masa 17tahun..
ehehhe...

p/s: skang ni pun muda lagi. kerna aku lah jejakasenja_masihmuda.. wakakakka...


~apa yang ku genggam, tak mudah untuk aku lepaskan~

Wednesday, 29 April 2009

Hanya aku Cuma saya..



Aku fahami aku bukan

terbaik untuk dirimu

_____________________

we can't be everything that everyone wants us to be
so, that's why we can't make everyone happy with us


+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*

never do something just because you have to do it

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Assalamualaikum..
Some quote that came from FT@BB..

Kesimpulan senang je..
Belajarlah ikhlas dalam apa je yang kita buat.
Jangan paksa2 diri korang.
Korang lagi kenal diri korang daripada orang lain.

Korang tahu tahap mana kemampuan korang.
But, try sumthing new in your life.
Then you will know who you really are.
Yang penting, korang buat untuk diri korang.

Kata seorang imam: " Tinggalkan sesuatu disebabkan seseorang adalah riak. Lakukan sesuatu kerana seseorang adalah syirik. Belajarlah menghindarkan kedua-dua itu."

Ibarat seekor semut hitam yang berjalan di atas seketul batu hitam ketika malam yang pekat. Takkan nampak, takkan tahu di mana tapi sebenarnya ada. Itulah IKHLAS.

We will enjoy our life if we do sumthing that comes from the bottom of our heart.
Just try our best in whatever we do.
The true happiness will appear if we be honest with ourselves.

The End. Sekian---

p/s: when the time will come? how long will I wait for the moment?

~ aku tahu engkau tahu apa yang mataku tahu~



Tuesday, 21 April 2009

maafkan azim..

selama yang pernah ku merasa
belum ada rasa yang ku rasa ini
fahamilah cintaku lebih dari cinta
tiada mungkin aku kan teruja
andai bukan kamu yang di hadapanku
di saatku buktikan pada kamu..
*(aku punya kamu-FT)


Assalamualaikum..

22 April 2009(selasa) 21 April 2009(rabu)
5:00am waktu mesia.. 9:00pm waktu morocco..
ayah aku call aku yg baru lepas solat isyak..
pagi tadi dia sms aku tapi aku tak balas.
aku takde kredit. da 2 minggu aku tak chatting ngan mak ayah aku.
waaaaaaaa... tak pernah rasa camni...
perasaan yg sukar dimengerti..

aku busy ngan exam. kene talhis dua kitab tebal. kitab sastera arab.
almaklumlah tebal mana kitab tu. ngan tulisan halus+kecik..
macam cacing kerawit berbaka cacing pita..
juling mata nak pahamkan apa dia tulis..

this is 2nd tyme i made him worry about me..
i didn't feel good after he called me..
his last sentence made me think many times..
it shouldn't be like that..
he didn't have to say it..
that was supposed to be mine..

walaupun ayah darjatnya adalah tempat ke4 selepas mak,
tapi dia tetap perlu kita taati.. (anak2 aku pun kene dengar cakap aku nnti..=p)
bukanlah aku derhaka ngan ayah aku.

but i felt so guilty because i didn't reply his sms.
and he called me immediately after he woke up.
it means the 1st thing in his mind,
or maybe the only thing appeared in his mind
during the whole yesterday was me.

maafkan azim ayah. takde kredit masa tu.
n masa sms ayah sampai, azim dalam dewan exam.
huhuhuhhuhu..
anak ape la aku ni haa??? ='(

p/s: jgn tggu mudo3afah baru nak topup


~saat kau tersemyum, saat itu kau memberi, saatku merasa bahagia~

Wednesday, 8 April 2009

Maqha's boy







a) aku & panjang (sori jang, kamera rosak)
b) aku sebagai ketua poyo mengarahkan pekerja2 yang ikhlas kerna makanan lebih..=p
c) aku, hamiz, awi, apek (pekerja dapur x bertauliah (aku jela))


Assalamualaikum..
Ni je la gambar yang aku ada masa program SINERGI09 lepas.
Ni pun gambar aku kat dewan makan.
Haha..

1st tyme dapat unit persegaran. Memang segar betul aku.
Segar tyme diorang habis makan la. Sebab makanan yang lebih2 tu, aku yg punya.
So, kesegaran maksimum bila mghabiskan makanan yang membazir tu.
Kepada pengarah program lpas ni, jangan letak aku kat unit ni lagi.
Aku x amanah buat keje2 yang ada kaitan ngan makanan.

Aku ada gaya jadi pekerja maqha. Hehe..
Menjiwai watak sebenarnya. Jadi orang dapur kejap la katakan. Hihi..
Kepada semua, harap puas hati ngan makanan yang dihidangkan.
Semua tu pengarah yang tetapkan, aku hanya serve untuk korang je.

Sekian, salam sayang sebab perut sudah kenyang..=)

Tuesday, 7 April 2009

Nanti dulu

Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu


Assalamualaikum..
kabare anda sume? harap semua sihat walafiat.
dah lama tak post kat blog aku ni.

Cam bese..
Lirik lagu FT yang terbaru, 'BENCINTA' = benci + cinta.
hihihi..

Sekadar nak berkongsi sesuatu yang nampak kecil tapi akan ada kesan yang besar.
Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula laki bini.

Ehehe.. bukan la aku nak citer pasal alam rumah tangga.. Takde pengalaman. Fullstop.
Aku nak kongsi pendapat aku je la.

Aku yakin sume pernah salah faham, selisih pendapat, atau tak sebulu ngan sesiapa.
Tak kesahlah kawan ke, parents ke, ketua ke, sesapa je la.
Itu lumrah insan, dan itulah yang mencorak hidup kita.

Tapi yang jadi tak bestnye, kalo dah ada salah faham or yang seumpamanya,
tak ramai orang nak amik jalan berbincang. Semuanya akan tuduh-menuduh dan menyalahkan orang lain. bila dah berterusan camni, memang payah la nak jernihkan semula.

Lagi satu, kalo ada orang wat salah kat kita, jangan terus hukum. Nanti dulu. Bagi dia ruang explain, bagi dia peluang betulkan salah. Kita takde hak nak hukumkan orang tu sekadar ikut perasaan kita sendiri.

Aku paling benci orang yang pentingan diri sendiri. Kalo da wat salah, kita mintak maaf. Ada orang wat salah kat kita, maafkan jela even dia tak mintak maaf. Jangan makin jauhkan diri. Seolah-olah memutuskan hubungan silaturrahmi.

So, kepada pengunjung blog aku, sayangilah saudara2 seislam kita. Seperti hadis nabi yang soheh..: " Tak beriman seorang dalam kalangan kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Sekian, berkasih-kasihan wahai pengunjung blogku.
Jangan gaduh2..

p/s: tak leh tinggalkan terus FT. amik masa. huhuhu....

~dan aku ada hanyalah KAMU. hanya itu yang kuperlu. dari sejuta yang ku mahu~


Thursday, 26 March 2009

Indah.. Damai..

selagi masih ada cinta
di antara kita
alangkah indahnya hidupku..
bila cinta
biar pun di mana
bisa dirasakan gementar
terharum mendayu
KAUlah kekasih cinta mencinta
mendamai jiwa..


Kalau rasa diri ini disayangi dan dijaga oleh DIA, sure rasa damai je diri and perasaan..

Rasa happy and gembira bila rasa DIA sedang tolong kita.. Bila-bila masa, di mana jua..

Indah jer feeling bila kita dipayungi lembayung DIA.. semua tu akan dapat dikecapi bile dah dapat capai..

"HALAWATUL IMAN"

oleh tu, sama2lah kita tingkatkan amalan.. ikhlaskan niat pada DIA..

tinggalkanlah amalan2 yang langgar syariat islam..

" Tidak aku jadikan jin dan insan itu melainkan beribadah padaKU"
Firman ALLAH taala..

> Sekian...<


~ Berikanlah waktu.. untuk aku..~

Saturday, 21 March 2009

sakitnya aku...

sakitnya aku membenci kamu
sakit lagi mencintaimu
dan aku pergi
tapi kembali
benci aku mencintai dirimu
ku benci.. kamu
ku cinta.. kamu


this entry juz for myself..
nothing to do with anybody..

i huv waited this song for a week..
when it released, i kept listening it when i'm with 'my hubby'

'hubby', dont get hurt or sick anymore..
i cant do many things without u..
we huv many memories that we did together..

i hate to see urself being threated by my friends..
i gave u the original protection..
i hope u'll always ok..
no need to format anymore after this..
oh 'my hubby'..
acer 4315..

no 'benci-benci' at my blog..
yes 'cinta-cinta' at my blog..
it's up to you all to describe those two words..
it can be any meaning..
it's all about your mind-setting..

what i want to shout is,
this is FT's new masterpiece,
> BEncinTA <

p/s: tggu FT try lagu 'mestikah ada yg lain'.. nape la tak naikkan lagu tu? adakah tahun ni baru nk try lagu tu? tggu je la labu...

~ ingatkah lagi waktu kau bersamaku kaku aku melihatmu ~




Tuesday, 17 March 2009

dengarlah dan lihatlah

" tak mungkin lagi aku meminta..
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku.."


assalamualaikum..

biasa dengar ayat2 kat atas tu?
ehehe.. apa lagi? lirik lagu Cuba from Faizal Tahir laa..

tapi aku bukan nak cerita pasal lagu ni..
cuma nak kongsi ngan korang semua..

bila aku dengar banyak kali lirik ni..( x sebanyak lagu sampai syurga la. wakaka!!)
kalo kita nak cakap ayat2 atas tu kat member2 takpe lagi..
ye la.. orang kata nak berdikari..
nak 'Cuba' buat sendiri semua benda..
jadi insan yang lebih tabah..
tak lemah bila takde bantuan insan lain..

tapi sampai bila2 pun..
lagi2 'Sampai Syurga' ( promot2!!)..
kita takkan bisa untuk tak mintak tolong ngan ALLAH..
jangan rasa kita tak perlukan ALLAH..
kufur tu..
silap2 boleh syirik sebab timbul rasa riak dalam diri..
riak sebab rasa diri ni bole hidup tanpa ALLAH..
kan riak tu syirik kecil???
( ingat tak subjek akhlak psra dulu?)

ALLAH sentiasa dengar.. sebab Dia Maha Mendengar
ALLAH sokmo tengok2.. sebab Dia Maha Melihat..

" Sesungguhnya ALLAH itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
surah al-isra': ayat 1

janganlah buat maksiat even takde orang nampak..
mencuri duit kawan kat rumah..
mengeji kawan baik kat blakang dia..
sume tu ALLAH tahu..

jagalah mata kita dari lihat benda2 tak elok..
peliharalah telinga kita dari dengar brita atau cerita buruk..

doalah banyak2 kat Dia..
ngadulah banyak2 kat Dia..
istighfarlah banyak2, pujilah selalu..
sebab Dia Maha Mendengar..

Dia suka tengok kita buat baik..
biasakan buat kebaikan dan amal2 soleh..
ikhlaskan hati sebab Dia Maha Melihat..

tengoklah ayat quran dan baca..
dengarlah kalimah suci dan hayati..

sekian.......

p/s: tengok bnde hijau kalo nak sehat mata..

~ Kau sememangnya cinta, membuatku rindu padaMu..
Kaulah segala yang indah, dengarkan jeritan batinku...~

Friday, 13 March 2009

menyesal..sesalanku..





assalamualaikum..

da layan video atas ni? rasa-rasa korang apa kaitan dengan tajuk entri terbaru aku ni???

AKU MENYESAL GILER BOTAKKAN PALE AKU DULU.. wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

lepas je aku hilang aset aku yang kusimpan lama dulu ni, aku tebas n tarah serata-ratanya, skarang ni aku ada problem yg aku tak jangka..

aku ada masalah gatal rambut + dandruff yg menyerang bertubi-tubi..

aku dah tak pakai syampu sunsilk limau purut ( boikot ).. huhu!!!
ada effect gak la sebab da lama dan biasa pakai syampu tu..
rambut pun jadi urang-aring..
hehehe...
skarang ni aku pakai syampu jenama safi..
limau pe ntah.. limau bali kot.. tak pun limau mandarin..
yang pasti mmang lain la..
rambut aku da tak sama macam dulu..

pompuan muslim + mukmin jangan ngada2 nak tayang rambut korang depan laki ajnabi. nak sangat tayang rambut kat laki, gi kawen cepat2..

" mereka ( isteri ) adalah pakaian bagi kamu ( suami) dan kamu ( suami) adalah pakaian untuk mereka ( isteri)......." firman ALLAH TAALA.

pastu nak lagi romantik, kalo rambut korang panjang, ikatla kat rambut suami korang..
sama2 terikat n terlekat kat kepala.. jalan2 dalam rumah sentiasa berdua..
tak ke mesra n romantis gitu? wakakaka...

skarang ni rambut aku da tumbuh balik, tobat tak nak gondol dan botakkan lagi dah..
i'm suffering a lot now because of my own fault.. huhuhu...='(









a) gambar jun 2007 ( konon2 nak tiru FT )
b) gambar dis 2008 ( tekala kpala aku yang mana)
c) gambar feb 2009 ( ada masalah yg tersembunyi)


sehingga kini, kadang2 aku masih rasa menyesal tak sudah.. tapi aku akan cuba terima keadaan diri aku yg skarang ni. hahahha..poyo je ayat aku ni..

sekian....

~ apa lagi dayanya hati ini.. dan kau beri ku fikir tuk kedua kali ~

Wednesday, 4 March 2009

kenapa jadi begini?




assalamualaikum..

sori.. entri kali ni aku tak jumpa lagu yang sesuai utk dipetik..
kenapa aku tak jumpa? sebab aku terkejut sampai tak dapat nak cari lirik sesuai. hahaha..

korang semua dah tengok video kat atas? ada terfikir camne aku dapat video ni?
a) memang hobi aku tengok video camni
b) ada orang bagi link
c) ngah surf tiba2 jumpa
d) related video

jawapan: D ( video tu adalah dari blog luqmanazhar. video yg best and touching )

kat sini bukan aku nak jatuhkan martabatkan pompuan. sebab aku membesar di kelilingi pompuan. tokmak, opah yg jaga aku masa nakal dulu. mak aku yg sabar dgn aku. adik pompuan aku yg tnsion dpt abang yg sengal cam aku ni. mak angkat aku yg hari2 bergelut dgn aku, tarik aku dari pokok sebab xnak pergi tadika.

entri kali ni bukan aku nk wujudkan double standard antara laki dan pompuan.

yes, pompuan memang fitrahnya beremosi tinggi tapi adakah itu tiket untuk mereka berperangai seperti video kat atas?

aku ada adik pompuan. dan aku sangat takut kalo dia jadi pompuan cam kata atas tu. aku ada kawan2 pompuan aku. aku takut giler kalo diorang pun jadi cam pompuan kat atas tu.

aku yakin adik aku takkan jadi camtu untuk jangka masa pendek ni tapi untuk 5-10 tahun akan datang? kawan2 pompuan aku, ada segelintir dah tersasar sikit but taklah seteruk video ni. juz hope diorang akan sedar dan jadi macam korang yg innocent dulu2.

oops, nampak macam aku berat sebelah utk menangkn laki. bukan! aku cuma tak boleh terima tengok pompuan cam kat atas tu. maybe sebab aku tak biasa mencarut, sangat jarang keluarkn kata2 kesat even mulut aku takde insurans gak.

sape yang salah dalam hal ni? diri pompuan tu sndiri? kawan pompuan dia kat sebelah yg buat bodo je? penumpang lain yg tengokkan aje? salah laki yg pompuan tu tengah borak? salah aku? salah korang? salah parents dia? salah siapa?

muhasabah diri kita sendiri. video ni adalah satu daripada beribu-ribu lagi pompuan yg sama spesis dgn minah ni. tak mustahil akan kena tempias kat kita gak nnti. mencegah lebih baik dari mengubati.

sekian, salam muhasabah.

(* ada yg bole trima keadaan dalam video tadi?)

~ maafkan kerna ku tak pernah, terlintas utk menulis padamu..~

Saturday, 28 February 2009

ayat manis

ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya pastikan terbukti nanti..

kata-katamu hanya mimpi di siang hari
kemarau panjang berpanas jua
berteduh tidak..

assalamualaikum.

salam sejahtera aku ucapkan kepada semua yang mengunjungi blog aku.

hehe.. maaflah. aku rasa method blog aku akan dimulakan dengan lirik lagu.. janji takde ayat-ayat sensitif, aku amik je..

kenapa aku petik dua lirik kat atas tu?
yg 1st, sebab faizal tahir punya lagu- GEMURUH. wakakaka..
yg 2nd, langit ke-7 by Syarifah Zarina.

yg 1st +ve statement
yg 2nd -ve statement

ini aku tujukan kepada sesiapa yang mulut manis tu. bak pepatah melayu, ' menanam tebu di bibir'. aku kalau jumpa orang camni, aku ganti je tebu tu dengan durian. tu kira baik la aku tanam durian kat bibir orang camni.. kalo aku tanam kaktus, baru puas hati aku.

suasana politik di malaysia hari ni, ramai je kita jumpa manusia camni. janji tu la, janji ni la. pastu senyap. duet masuk poket, mulut teruslah potpet2 sana, potpet2 sini. dapat jawatan, duduk mengangkang dalam ofis tadah aircond. orang lain jadi mangsa ayat2 manis makhluk camni.

hadis nabi yg saheh, tanda munafiq tu ada 3.
1- bila berkata-kata diorang bohong
2- bila berjanji diorang mungkir
3-bila dibagi amanah diorang khianat

ALLAH pun berfirman dalam al-qur'an : suroh assof, ayat 2 =
'wahai orang yang beriman, janganlah kamu berkata-kata apa-apa yg tidak kamu lakukan'

so, kepada pembaca blog aku ni, janganlah korang jadi manusia2 yang ayat manis tapi kesan pahit. baik korang senyap je. jangan nak tabur janji sana-sini. pastu buat bodoh. buat2 lupa.

" eh, aku salah cakap kot"

" korang salah dengar la"

" aku mana ada cakap camtu"

aku lempang je makhluk2 camni. nak je rekod sume kata2 manusia kat dunia ni..

yang laki or pompuan pulak, tak yah la nak bermadah pujangga. konon akan pertahan janji setia sehidup semati. pijak semut pun tak mati. tu tahan lagi. kalau pijak semut, tiba2 semut tu angkat balik kaki letak kat tepi. pergh... tu memang ayat kayu jintan manis dah tu..

better korang ber'ayat-ayat cinta'. senang. dah kahwin, dah lafaz akad nikah depan tok kadi, haaaa... janjilah apa pun..

' lautan api pun sanggup abang renangi demi kekanda'

'gunung berduri akan adinda daki demi mencapai cinta abangku'

memang la boleh. kalau setakat api kat permukaan air je, berenang la kat dalam sikit. tak rasa apa la.

kalau setakat duri2 pokok semalu kat tebing2 bukit, kat celah2 batu gunung tu, hantar makcik wook pun dia boleh. (* kenal x makcik wook? mesti ada tak kenal.haha..)

jangan pandai berjanji kalau tak pandai nak kotakan..
jangan bikin ayat manis kalo rasa hati korang tu pahit..

setakat ni je la bebelan aku sang jejakasenja.
at least ayat2 aku x manis. juz pahit+kelat+masam+masin sikit..


p/s: hasrat yang tersirat semakin kuburu..


~ harapan menyala nadiku berganda~

team aku no3..

assalamualaikum..

alhamdulillah..
sabtu lpas aku dah berjaya conduct 1st program aku..
Sukan WASIM 2009, (KASIM 09).
takraw, volleyball dan futsal.
semua ni aku boleh mainlah.
aku dah lama x praktis tekong kuda aku..
huhuhu..
sudah karat lagi rapuh..
tak setajam dan selaju dulu..
waaaaaaaaaa...( nangis sambil hentak2 kaki)..
*boleh tnya apek kalo x caya..



yg aku prasan, tiap kali aku main bola tampar,
aku takkan dapat spike..
dari mula2 aku mpai morocco da jadi camni.
bila aku kat depan.
mesti bola mati. pastu aku gi servis balik kat blakang.
bengang giler main ngan arab. aku rasa tu la 1st chance nk spike..
dan2 dia lari dari blakang nk spike bola aku. tapi xdpt pastu gi spike bahu aku.
dah aku jatuh terhempas. arab itu sengaallll!!
(* adakah aku disumpah utk jadi setter je?)

yang paling aku da lama x main adalah futsal.
hehehe...
8 tahun da x jadi goalkeeper. maka faham2lah.
team aku mengalami masalah kecederaan pemain yg serius.
pastu aku offer diri jadi keeper..
huahuahua.. terer gak aku. sampai 2nd match je aku keeper.
pastu aku kene terajang ngan kaki gajah zul kat pinggang.
haha..nikmat yg da lama aku lupai..
last2 rahmad ganti aku keeper.
pengajaran dari program ni..
' MAMAT ARAB ITU SENGAL. AKU X PAHAM NAPE DIORANG SANGAT SENGAL'
harap sukma lpas ni aku x jumpa ngan arab2 cenggini.

kat bawah ni gambar team aku yg best.


dari kanan:
(mcmin(K), paiji, atok, nasri, rahmad, faiz, mizi, aku, imad)

gambar2 seterusnya adalah aksi-aksi poyoku di hadapan kamera..wakakaka..



banyak lagi gambar poyoku tapi 2 kat atas ni adalah paling poyo dapat disnap. hehe..

maka, selaku exco SUREYA (Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan), aku mohon maaf atas segala kesulitan yang terjadi sepanjang program. aku dah cuba sebaik mungkin, jadi, inilah yang terdaya aku buat untuk persatuan.
(* tiba-tiba ayat touching. wakakak)

majulah sukan untuk persatuan.
maralah SUREYA untuk jejakapoyo.

sekian..

~ gemuruh jiwa semangat membara. dari puncak ingin ke angkasa.
berkalungkan bintang berkerlipan . menyerlah jauh dari yang biasa~

Monday, 23 February 2009

ayah aku dah 48 tahun

" ko ni azim, mati-mati aku ingat isa ada adik bongsu last. rupa-rupanya ko anak dia," kata pakcik A.

" huk aloh, ambo ingat ambo mudo lagi. pande mukomu, supo muko ayahmu maso hok nakal dulu," kata pakcik K.

" muka kau ni, sebijik gile muka ayah kau masa muda-muda dulu," kata pakcik D.

" kau ni mesti anak en.isa kn? aku tahu dah. tengok muka jenis gini sah2 anak dia," kata student ipt ayahku.

aku wakil sekolah lumba lari. dia wakil selangor pringkat kebangsaan pecut 100m.

aku gol keeper daerah petaling. dia striker selangor bawah 15 tahun.

aku main tekong. dia main feeder.

aku ketua pengawas skola rendah. dia ketua pengawas skola rendah gak.

mata aku rabun belah kiri. dia pun rabun kiri lagi teruk dari kanan.

tapak kasut aku haus belah kiri. tapak kasut dia belah KIRI pun cepat haus.

dia garang. aku pun garang. (dulu kot, skang da bole cover). hehe..

dia accident motor, lutut dia koyak, kena jahit. aku main bola+takraw. lutut terhempas kat bumi+diterajang kencang bagai lututku ini sebiji bola. (*sama-sama sakit lutut)

dia lahir 20/02...aku lahir 19/01..

dia lahir subuh..aku lahir asar.. (* orang dulu kata, baby yang lahir subuh ni baik.. yang lahir asar ni nakal)

ayah aku baik tapi nakal..aku nakal tapi baik..wakakakkaa!!!

dia la ayah aku. aku anak ayah. even aku rapat ngan mak, tapi muka aku sama giler ngan ayah aku. hahaha.. (bangga wei). sebab adik-adik aku muka tak sama sangat. mak ke ayah ke. sederhana dan tengah-tengah. tapi aku? ayah dan aku muka kami hampir serupa.

kalo korang tengok aku kasar, sebab aku dah biasa camtu ngan ayah dan mak aku.

yang tak kenal aku, akan kata aku anak kurang ajar, derhaka ngan mak ayah. aku akui, memang aku kasar ngan diorang. tapi tu la aku sebenarnya. cara aku ngan diorang memang camtu.

tak pernah pulak diorang marah or nangis sebab aku kasar ngan diorang. cuma memang aku begini. (ni nak cite pasal ayah ke pasal aku?)

ayah aku kasar. aku pun kasar. sama-sama kasar. hahaha...aku anak ayah. ayah ayah aku. (paham la kn?)

kaki aku bengkak seliuh, ayah tak akan urut dulu. marah-marah dulu, tekan kuat-kuat biar aku menjerit bagi satu shah alam dengar, tarzan pun bole pencen dan pindah keluar dari hutan, baru dia urut.

ayah aku kemas. aku ni penyepah. ayah tetap ayah. aku tetap aku. hehehe..

satu je aku terkilan. aku tak wish besday dia on tyme. 20 feb. aku banyak tugasan. sampaikan aku terfikir, (*aku jarang terfikir, sekali terfikir, pergh, mmang gugur bulu mata lentik ni)..

' aku baru universiti da busy ckit, tak sempat nak wish kat ayah..nnti da ada keje, ada famili sendiri, camne pulak nanti tu?'

tapi aku akan usaha tak akan berulang lagi macam tu. sebab ayah aku tak macam tu. apa-apa jadi pun, dia akan bawak aku satu famili balik kampung paling malas pun 2 minggu sekali.

ayah suka ajak aku lumba lari. dia akan bagi aku 5m depan dia.
aku slalu kalah. last aku lumba dengan dia. masa balik open house jiran sebelum aku fly.
aku bajet aku dah menang. maklumlah lepas makan, sure perut berat.
dah 10m terakhir, ayah aku pecut aku gak. dan sampai hari ni, aku xpenah menang.
ayah dah bagi depan 5m pun aku still kalah lagi.
(*wakil skola vs wakil selangor. bole trima kekalahan ni. hahaha)

satu ayah aku pesan kat aku,

"...............................................................," kata ayahku.
*mana bole bagitau korang. hahahaha...

kepada sesapa yang baca blog aku ni.. bawah ni muka ayah aku..
(* dia x suka sangat bergambar. suka ambil gambar. aku pun suka bergambar, tak suka ambil gambar. hehehhe. sebab tu gambar dia tak banyak)


ayah aku kat terengganu.


ayah aku masa hantar aku fly

sama tak ngan muka aku? gamba atas lagi sama ke gambar bawah lagi sama?
ke korang nak aku letak gambar aku kat entry ni?
tak payah la. ni khas utk ayah aku.
bukan untuk muka selenger cam aku ni. kui9!!!

hehe.. ayah aku berisi. anak dia ni kurus kering cam papan. haha..

sekian dari anakmu yang jauh di perantauan. doakanla anakmu ini naik berat badan. badan anakmu ini banyak jin. makan nak pecah perut pun, kempeng gak. doa makan dah baca 7x. aku adalah anak ayah.




p/s: berbuat baiklah pada ibu ayah kita walau diorang tak buat baik pada kita. tugas kita layan mereka dengan baik. patuh kepada mereka selagi tak langgar syariat islam.

~itulah aku pada ayahku~
~namun aku tetap anak ayah~

Thursday, 19 February 2009

KAU mahakarya

tanpaMU kulemah pasti aku tak berdaya
kerna KAU mahakarya cinta
KAU takkan dapat
aku lupakan kerna KAUlah
puncak cinta kita
mengajarkan ku erti bahagia
temanilahku semula..


seperti biasa, aku mulakan post aku dengan lirik-lirik lagu. hehe..
kali ni, aku nak kaitkan sifat aku. sifat aku sebagai hamba ALLAH.
memang aku lemah. aku takkan mampu untuk buat apapun
tanpa bantuan daripada DIA.

bila kita dah sampai tahap cinta kita pada DIA
satu tahap yang tak tercapai dek akal,
kita akan dapat nikmati apa yg dinamakan 'halawatul iman'

aku kadangkala terlupakan DIA tapi pernahkah DIA lupakan aku
sepanjang aku bernafas, tak pernah sekalipun aku rasa
DIA lupakan aku, DIA tak tengok aku, DIA tak dengar aku
tak pernah langsung.

DIA selalu tolong aku. itu aku dapat rasakan.
tapi as hamba apa aku buat?
aku bukan kekasih DIA.
dah tahu status bukan kekasih, juz hamba jer,
aku still alpa dan lalai.

walaupun DIA tak pernah hampakan aku.
Apa jua yang terjadi pada aku, aku dapat rasa yang
DIA still sayangkan aku.
sayang Tuan kepada hambanya.

sekarang,
aku nak cuba capai tahap..
tahap yang aku namakan..
' MAHAKARYA CINTA '



p/s: post terakhir lagu Faizal Tahir daripada album ' Aku.Muzik.Kamu'.

* kenangan di maarid kutub, Casablanca. ada mata-mata yg memerhati diri ini.
ikut koranglah nak pikir apa..

~ ingatlah pesanan daku, namun aku tetap aku. itulah aku padamu~

Sunday, 15 February 2009

siapa sebenarnya..



cuba kau dengar

cuba kau cuba
diam bila ku cuba
untuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau ada
bila ku perlu untuk
meluahkan rasa hati
dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa
siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkn aku
itulah aku padamu
cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu
pernah kau ada
bila ku perlu
untuk menyatakn rasa
sakit dalam diri
dan bila kau perlu
setiaku menunggu
agar senang kau merasa
siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkn aku
itulah aku
maafkn kerna ku tak pernah
terlintas tuk menulis padamu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar
untuk kau melihat
ke mata ku...


aku percaya semua orang kat dunia ni ada kawan.
kawan, sahabat, teman, rakan.. semua satu maksud.
kita mungkin ada beratus, mungkin juga beribu kawan.
tak kisahlah kawan baik atau kawan biasa.
teman istimewa atau teman biasa.
itu semua tak penting.. asalkan kita ikhlas berkawan.

" sahabat lelaki yang baik itu adalah bertemu kerna ALLAH,
dan berpisah jua kerna ALLAH.."

aku yakin semua pernah ada pengalaman manis dan pahit
dengan kawan2. itulah yang lebih eratkan persahabatan.

- janganlah kita makan kawan. jangan amik kesempatan.

- jangan bila kita susah baru nak jumpa kawan kita. baru nak tanya khabar. bila takde apa2 masalah, sepatah haram tak nak tegur.

- jangan khianati persahabatan. itulah permulaan pertama jalinan sesama manusia.

- cuba yang terbaik happykan kawan kita tapi jangan sampai diri sendiri yang terseksa.
takut di situ bermula titik yang tak diingini dalam persahabatan.

- ikhlas, jujur, jangan hipokrit. penting ni.

- seperti yang aku cakap selalu, inilah aku padamu. jadilah diri korang sendiri.

- korang akan jumpa kawan yang betul-betul kawan bila kawan korang bole terima diri korang seadanya.



p/s: aku fanatik sikit faizal tahir. itulah yang aku rasa bila melalak lagu kat atas.
lagu: cuba-faizal tahir.

* maaf kepada ahli rumahku kerna terpaksa menadah telinga hari2 mendengar laungan hikmat lagu ni dari aku. hehehe...=p



~ siapa sebenarnya aku padamu ~

lemah tanpa kamu..

aku lemah tanpa Kamu
ku inginMu dampingiku
aku fahami aku bukan
yang terbaik untuk diriMu
sampai syurga ku menunggu
sampai syurga ku cintaMu
hanya Kamu..

kalo korang baca ayat2 kat atas ni, mesti korang tau dari mana aku ceduk kan?
budak2 umah aku ni dah sampai naik bosan dengar aku melalak ayat2 kat atas tu.
bak kata ajiq, "dah jadi zikir harian pulak"
kata aku pula, " ikut ko la"

ambillah yang baik daripada apa yang kita dengar.
even ayat2 kat atas ni lirik lagu yang bukan nasyid pun,
tapi kalau dipandang dari sudut yang lain, itulah yang aku nampak.

-aku memang lemah tanpa Dia..

-aku bukan yang terbaik untuk Dia..

-tapi aku nak sangat Dia dampingi aku selalu..

-paling aku inginkan..
aku nak sangat jumpa Dia kat sana nanti..


p/s: bagi yang masih tak tau, ayat2 kat atas tu adalah lirik lagu, sampai syurga-faizal tahir



~ yang terbaik untuk diriku..hanya satu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...