Sunday 24 May 2009

Khatib dan Ikan..



" Korang datang masjid ni nk sandar kat tiang ke?

Nape biar saf kat depan ni kosong? Penuhkan skarang..
Kalo datang sekadar nk tidur, jangan datang..
Hari ni Jumaat.. dengar khutbah.. jangan sibuk dengan konsert"
(kat tempat aku ada konsert besar selama seminggu)

1st tyme dengar khatib 'sound' jemaah. Sempoi giler khatib tu. 1st tyme la jugak aku x ngantuk.
TAK NGANTUK ok? bukan maknanya aku tido ngah khutbah..
aku slalu ngantuk tapi 1st tyme rasa segar-bugar ngan khatib ni..

" Al-Iman yazid wa yanqush" = iman itu bertambah dan berkurang..

" Dah memang tu iman kita sebagai orang kebanyakan.
Tapi saya nak ingatkan, jangan jadikan itu alasan untuk kita buat dosa.
Iman kita akan berkurang dengan maksiat dan kemungkaran.
Sape suruh kita buat dosa?
Jangan salahkan ALLAH, jangan salahkan takdir.
Itu jalan yang korang pilih. Camne iman korang tak berkurang??
Kejap wat baik, kejap wat jahat.
Takkan bole baik campur jahat.
Kalo negatif zid positif, kan negatif gak jadinya?"

Sang khatib memandang jemaahnya sambil menepuk-nepuk mimbar. Para jemaah mendongakkan kepala dan membalas pandangan tajam sang khatib. Ada yang kurang senang mungkin. Tapi aku suka. Best.

" Iman kita akan bertambah ngan ibadat kita yang ikhlas.
Kalo ibadat kita khususnya solat masih tak halang kita daripada maksiat,
maka solat kita itu sia-sia. pehe dok? SIA-SIA.
Tanda iman kita bertambah apa?
Ada pada tanda orang yg betol2 mukmin.
Hati yang gemuruh apabila disebutkan nama ALLAH..
Dan bertambah imannya apabila dibacakan ayat-ayat ALLAH"

Doa pun dibacakan. Dan aku bersama-sama jemaah lain pun sama-sama solat Jumaat.

Jumaat yang paling best dalam sejarah hidup aku kat Morocco ni. Sebab malamnya tu plak turn aku masak. Buat pertama kalinya aku berjaya masak ikan masak asam pedas bida'ah hasanah.
Wakakkaaa..

Kenapa ditambah bid'ah hasanah? Adalah citenyer.. Hiihihihiiii.. Yang penting semua habiskan malam tu jugak. Takde apa yang tinggal. Nasi 7 pot 1/2 pun habis. Takkan lapar sangat kan?? Maknanya sedap giler ar tu.. Ahahahhaa...


p/s: Maaf kerna guna ayat pasar. Sebab khatib ni berkhutbah dalam bahasa darjah.

~ Apakah aku yang salah atau hanya helah saja?~




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...