Saturday 28 February 2009

ayat manis

ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya pastikan terbukti nanti..

kata-katamu hanya mimpi di siang hari
kemarau panjang berpanas jua
berteduh tidak..

assalamualaikum.

salam sejahtera aku ucapkan kepada semua yang mengunjungi blog aku.

hehe.. maaflah. aku rasa method blog aku akan dimulakan dengan lirik lagu.. janji takde ayat-ayat sensitif, aku amik je..

kenapa aku petik dua lirik kat atas tu?
yg 1st, sebab faizal tahir punya lagu- GEMURUH. wakakaka..
yg 2nd, langit ke-7 by Syarifah Zarina.

yg 1st +ve statement
yg 2nd -ve statement

ini aku tujukan kepada sesiapa yang mulut manis tu. bak pepatah melayu, ' menanam tebu di bibir'. aku kalau jumpa orang camni, aku ganti je tebu tu dengan durian. tu kira baik la aku tanam durian kat bibir orang camni.. kalo aku tanam kaktus, baru puas hati aku.

suasana politik di malaysia hari ni, ramai je kita jumpa manusia camni. janji tu la, janji ni la. pastu senyap. duet masuk poket, mulut teruslah potpet2 sana, potpet2 sini. dapat jawatan, duduk mengangkang dalam ofis tadah aircond. orang lain jadi mangsa ayat2 manis makhluk camni.

hadis nabi yg saheh, tanda munafiq tu ada 3.
1- bila berkata-kata diorang bohong
2- bila berjanji diorang mungkir
3-bila dibagi amanah diorang khianat

ALLAH pun berfirman dalam al-qur'an : suroh assof, ayat 2 =
'wahai orang yang beriman, janganlah kamu berkata-kata apa-apa yg tidak kamu lakukan'

so, kepada pembaca blog aku ni, janganlah korang jadi manusia2 yang ayat manis tapi kesan pahit. baik korang senyap je. jangan nak tabur janji sana-sini. pastu buat bodoh. buat2 lupa.

" eh, aku salah cakap kot"

" korang salah dengar la"

" aku mana ada cakap camtu"

aku lempang je makhluk2 camni. nak je rekod sume kata2 manusia kat dunia ni..

yang laki or pompuan pulak, tak yah la nak bermadah pujangga. konon akan pertahan janji setia sehidup semati. pijak semut pun tak mati. tu tahan lagi. kalau pijak semut, tiba2 semut tu angkat balik kaki letak kat tepi. pergh... tu memang ayat kayu jintan manis dah tu..

better korang ber'ayat-ayat cinta'. senang. dah kahwin, dah lafaz akad nikah depan tok kadi, haaaa... janjilah apa pun..

' lautan api pun sanggup abang renangi demi kekanda'

'gunung berduri akan adinda daki demi mencapai cinta abangku'

memang la boleh. kalau setakat api kat permukaan air je, berenang la kat dalam sikit. tak rasa apa la.

kalau setakat duri2 pokok semalu kat tebing2 bukit, kat celah2 batu gunung tu, hantar makcik wook pun dia boleh. (* kenal x makcik wook? mesti ada tak kenal.haha..)

jangan pandai berjanji kalau tak pandai nak kotakan..
jangan bikin ayat manis kalo rasa hati korang tu pahit..

setakat ni je la bebelan aku sang jejakasenja.
at least ayat2 aku x manis. juz pahit+kelat+masam+masin sikit..


p/s: hasrat yang tersirat semakin kuburu..


~ harapan menyala nadiku berganda~

4 comments:

Anonymous said...

Ahha~ best juga manhaj azimisa ni, kekasih awal dan akhir nya adalah lirik lagu. (kite pakai tajuk lagu plak dalam isi) ahha~

Teruskan Menulis azim!

PS: Hentak je bibir orang camtu tuh guna lutut, heret kat jalan raya area yang teramat kasar biar rabak sampai bertukar tempat gusi dan gigi. Ikat orang tu letak kat tengah jalan raya, pinjam kete pakcik sebelah rumah yang anti dak melayu buat bising sampai main bola pon tak boleh kat depan rumah tangkap sekali pakcik tuh tampar dulu sampai koma dan letak seiringan, pandu deras-deras, aim kat mulut dorang je biar termasuk kebelakang timbul kat tengkuk. Darah darah berpancutan mop dengan senyuman garang, perah kat dalam baldi amik gelas dan minumkan dia lepas tu sepak 8 kali kat bibir sampai ghaib. Baru padan muke! Lidah Komodo! ( huh! Komen Thriller plak tiba-tiba. Teremosi sikit sampai pakcik tu pon kena ) ahha~ Astaga

Wan Mohd AL Faizee said...

' lautan api pun sanggup abang renangi demi kekanda'

Very the statement! abg??kekande??adoooiii krisis identiti kah??? hahahha!

Irene O. L. Chong said...

Huhuhuhhhuuu... N3 yang menarik... selamat berblog...^_^

Anonymous said...

wa....ko mmg berbakat la bab bab cinte nie...nie mesti bnyk awex,,,k gudluck to u!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...