Tuesday, 25 December 2012

Gerabak abadi

Assalamualaikum.


Aku dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki kereta api. Perjalanan mengambil masa 40 minit. Aku dapat duduk. Perlu ke tulis dapat duduk? Haruslah. Dapat duduk dalam kereta api ni sebenarnya nikmat Tuhan kau tahu? Tatkala ada orang lain berdiri selama 40 minit, kau hanya duduk bersandar sambil bersihkan kuku yang berwarna kuning sebab kawan kau masak campak kunyit lapan peket.

Tengah sedap korek-korek jari manis, tiba-tiba penumpang depan aku pasang lagu melalui handphone. Bagi aku yang dah 5 tahun duduk dekat negara yang power ni, benda ni dah biasa walaupun mula-mula dulu rasa annoying, even sampai sekarang pun aku rasa annoying.

Tiba-tiba seorang penumpang minah saleh bangun. Minah ni aku rasa French sebab dia cakap French. Dia duduk menghadap aku selang beberapa baris. Rambut pendek, blonde, pakai specs old school dan berbaju hitam. Dia terus pergi ke arah gadis arab yang pasang lagu guna handphone tapi tak pakai earphone dan sound.

Aku suka. Sebagai bangsa Melayu yang tipikal yang lebih suka cakap belakang dan kutuk-kutuk dalam hati, aku memang suka tengok minah French tu cakap depan-depan. Gadis Arab yang gagal dalam subjek kesedaran sivik itu mematikan lagu.

Gerabak keretapi senyap.... untuk 5 minit.

Gadis Arab yang gagal subjek sivik tadi mempamerkan kegagalannya dalam subjek sivik dalam perbuatannya yang sumpah bangang. Dia boleh dengan selamba bangangnya on balik lagu, tanpa earphone. Minah French tu bangun balik then tegur untuk kali kedua.

Entah apa diorang cakap aku tak paham. Aku paham dua benda je,

1) Gadis Arab tu bangang.
2) Gadis Arab tu bangan abadi.

Aku tengok minah French tu balik kat kerusi dia then keluarkan earphone. Haa, ini memang baik punya perli. Bersungguh-sungguh minah French tu nak bagi earphone, dan-dan tu pulak datang sifat mahmudah gadis Arab tu. Penuh sopan-santun pekerti mulia menolak earphone tu. Tahu pulak malu? Bangang abadi.

Minah French tu duduk balik kat tempat dia. Earphone tu dia simpan balik dalam beg dia. Gadis Arab tu aku tak nampak sebab dia duduk terlindung belakang kerusi. Yang aku tahu, semua penumpang lain tengok je adegan tadi tu. Tiba-tiba ada sorang makcik ni bangun tegur gadis Arab tu, dan cakap something kat minah French tu.

Memang sifat atau perangai diorang dalam negara yang power ni, ada segelintir orang akan ke depan dan berusaha untuk mendamaikan. Terpulang kepada orang lain yang melihat untuk menilai diorang ni bagaimana. Aku pernah fikir diorang ni poyo abadi, ingat penyelamat keadaan kot, sebab gaya diorang kalau kau tengok, memang rasa nak libas pipi pakai keting 44x. Buat biasa dah la, ni siap gaya jalan, ekspresi muka, cakap suara nak Nasir Bilal Khan je.

Tapi ada je yang aku tengok gaya memang world class. Nisbah world class dengan Nasir Bilal Khan tu, 3:7.

Then, adegan tu habis bila makcik Arab and minah French tu bertukar-tukar senyuman. Kira makcik Arab tu represent the good side of their people la. Then, sampailah keretapi ke destinasi aku.

Aku yang dah lama simpan dendam dengan golongan-golongan bangang abadi camni, aku simpan 5 tahun kot, so, boleh bayanglah teruk mana dendam aku tu. Sebelum aku turun, aku lalu sebelah gadis Arab gagal sivik tu, aku cakap kat dia, "muka perempuan sini memang lawa, tapi perangai kamu semua mengalahkan keldai."

Info: dalam masyarakat Melayu, kita sering buat perbandingan dengan haiwan seperti lembu dan babi. Jadi, dalam masyarakat Arab, keldai adalah sehina-hina haiwan.

Aku tak rasa aku cakap kuat pun, sebab aku cakap dekat perempuan tu je. Entah macam mana, semua makhluk yang bergelar perempuan, gadis, wanita, kaki kejar sale, pandang aku. Aku dah gelabah, aku terus jalan cepat-cepat nak turun keretapi.

Tiba-tiba makcik Arab yang aku nampak gaya world class tu keluarkan perangai kampung dia. Dia tengking2 aku. Makcik-makcik lain pun join sekaki. Aku yang dah lemas dalam lautan warga emas tu cuba menyelit-nyelit untuk keluar.

Gagal.

Ada seorang perempuan gagah dalam tu telah menggenggam tangan aku dan dibalingnya aku ke tingkap keretapi. Kaca tingkap pecah berderai. Muka aku tertusuk serpihan kaca yang tajam mengguris. Aku menarik keluar kaca itu dan menangis.

Sedih kerana pipi aku yang berparut jerawat ini akan ditambah pula dengan parut gurisan kaca.
________________________________

Takde keje lah aku nak cakap camtu kat diorang. Dah memang bangang abadi, kau maki diorang, kau pon sama bangang abadi.

Aku just buat isyarat good dekat minah French tu and bertukar senyuman. Entah macam mana aku tak perasan ada kekasih dia di sebelah. Berlaku salah faham di situ. Aku yang tak mampu berbahasa French cuba untuk menerangkan dalam English. Ibarat penyu bercakap dengan dugong, takde apa yang faham. Maka, tumbukan dan tendangan sahajalah yang menjadi bahasa pertuturan.

Aku terpaksa menendang dada lelaki itu supaya dia terduduk dan tak mampu untuk terus menumbuk aku.
________________________________

No. Actually aku turun je tanpa apa-apa reaksi. Turun dan terus balik ke rumah. Terus menuju ke sinki dapur untuk sabun tangan yang berwarna kuning akibat kunyit yang terlampau banyak diletak dalam masakan lemak.


p/s: jangan suka cakap belakang. kadang-kadang ada benda lain bercakap di belakang kita. Heeeee heee heee..

Thursday, 29 November 2012

Untuk gadis-gadis Melayu

Assalamualaikum.


Kali pertama aku melangkah ke alam pengajian tinggi. Tu pun terus overseas. Tu pun negara Arab. Tu pun Morocco. Tu pun dekat dengan Spain and France. Nak kata apa sebenarnya ni?

Nak kata gadis dekat sini adalah antara gadis yang dijadikan dengan muka yang sangat indah. Aku cakap camni bukan suka-suka. Aku tak pernah dengar pulak student gadis Malaysia kat sini cakap lelaki Arab sini kacak ke hensem ke. Sebab aku tak pernah sembang pulak pasal ni dengan diorang.

Cuma aku pernah dengar ada seorang wanita Indonesia ni cakap, lelaki Morocco ni, first glance je macam, wow, tergoda mak. Dah 2 minit tengok, jadi macam lelaki dari kaum Avatar. Tapi tengok lelaki Melayu, mula-mula je nak tak nak je tengok. Dah 3 minit, usha je tak stop setiap 3 kali kelip mata.

Tapi student lelaki lain. Nampak je gadis Morocco lawa, memang terus terang cakap lawa. Kadang aku tengok tak lawa pun, but, beauty is subjective right? Gadis Melayu pun cantik. Aku tak nafikan pun. Tapi gadis Morocco ni punya cantik lain macam.

Cantik dia tu kalau dah tengok, nak tengok lagi. Lagi dan lagi. Dan lagi. Gadis Melayu ni, tengok cantik, sekali je dah cukup. Sebab kalau balik Malaysia nanti, boleh je tengok lagi. Aku kat sini entah bila nak tengok lagi kecantikan diorang.

Of course aku cakap yang bertudung sempurna. Ada yang bertudung tapi tak sempurna. Nope, nope. Besar beza dia. Tudung yang tak sempurna ni tak boleh tengok lama-lama. Bila seorang lelaki alih pandangannya bukan sebab kecantikan seorang perempuan, ada dua kemungkinan.

a) perempuan tu memang tak cantik (tak bertudung / tudung tak sempurna) di mata lelaki tu dan not worth it untuk diusha lama-lama.

b) perempuan tu punya aurat tak jaga then lelaki terpaksa alah pandangan.

Dua-dua sebab kat atas ni memang tak best langsung. Kau cantik macam mana pun, kalau lelaki tu alih pandangan sebab dua point kat atas ni, actually markah kau dah down.

Kalau lelaki tu teralih pandangan sebab kau cantik, dalam erti kata cantik yang bertudung sempurna, pergh, memang A+ lah aku bagi kau. Kalau ada lelaki memang tak boleh lepas daripada mengusha kau, dan kau bertudung sempurna dan cantik, aku bagi A+ jugak. Sama je.

Sebab kau memang dah dapat A+ sebab kau bertudung sempurna.

Masuk attitude pulak.

Kalau kau memang suka lelaki usha dan pandang-pandang kau, tak boleh A+ dah. Kalau kau malu and rasa tak selesa dipandang-pandang lelaki, second A+  for you my sister.

Jadi, jaga pemakaian dan tingkah laku anda. Tak nak jadi perempuan Melayu terakhir sangat pun takpe, sebab kadang-kadang kau sendiri rasa menyampah. Aku faham je. Pandai-pandailah bawak diri dengan pakaian dan perangai yang anda bawak tu.

_____________________________________

Kau yang tak pakai tudung tu, walaupun kau cantik, dan perangai kau baik, senang cerita macam Siti Nurhaliza, kau kurang satu ciri untuk kau jadi perempuan Melayu yang baik.

Tudung yang sempurna.

Macam nasi lemak. Kau tak letak je ikan bilis goreng, sedap mana pun sambal tumis dan nasi lemak yang cukup lemak tu, takde je ikan bilis yang kita kunyah kuk-krak kuk krak, tak berapa nak power la rasa nasi lemak tu. Walaupun kau ganti dengan sambal sotong, tetap takkan sama.



p/s: Make sure kau pandai masak nasi lemak. Yang penting ikan bilis. Ingat tu?

hasil carian yang mengerikan. #2

Assalamualaikum.


Sesungguhnya apa yang anda cari ini adalah sangat ngeri.




Hamba Allah manalah yang suka cari benda-benda begini di google.

Tadi aku baru search kat google, memang link blog aku duduk no 4. Patutlah pun.
____________________________

Kepada yang cari benda alah ni, aku rasa anda ingin mula memakai tudung labuh. Aku tak cadangkan anda ambil bulat-bulat apa yang aku merepek. Tanya kepada ustazah yang lebih layah.

Cuma, aku boleh bagi sokongan dan semangat. Jangan risau. Jika anda sudah bertudung labuh, bau ketiak bukan benda yang perlu dirisaukan. Yang perlu dirisaukan adalah, jaga budi pekerti yang sesuai dengan imej yang anda bawa.

Maklumlah, hidup zaman sekarang ni, masyarakat dia macam-macam. Faham-faham sendirilah ye?



p/s: ketiak ini benda taboo ke benda sensitif?

Thursday, 8 November 2012

i'll try

Assalamualaikum.


Aku tengah sangap lagu ni. Aku tau aku ni agak slow bab lagu English. Haha. Baru nak belajar English semula. Inilah gayanya.





Live version ni lagi padu daripada studio version.

Aku ada try cover lagu ni. Serius menakutkan. Jika anda pernah mengalami gangguan makhlus halus atau hampir-hampir terbunuh akibat kemalangan jalan raya, sesungguhnya mendengar aku cover lagu ini lebih mengerikan.

__________________________

Aku tujukan entry ini kepada kau.

"For you I'll try, I'll try, I'll try, I'll try
I'll pick up these broken pieces till I'm bleeding,

 if that'll make it right"

Sama-sama cuba. Bukan kau seorang, bukan aku seorang. Kita.

Kita.



p/s: Inilah jadinya jauh daripada famili. Mabuk je kejenya.

Friday, 2 November 2012

Peringatan

Assalamualaikum.


Aku sekarang ni macam suka main print screen. Haha.

Petang tadi aku chat dengan ayah aku. Kena setepek. Peringatan yang datang jauh dari Shah Alam.


Dah banyak kali kena warning sebenarnya


Biasanya ibu atau emak lebih syahdu atau menghibakan. Kat atas ni baru ayah aku punya sound. Mak aku punya takde dalam chat. Depan muka terus dia bagi setepek.

____________________________________

Aku tak sabar nak balik. Rindu mak ayah.

Tak sabar. Sabar aku mungkin dah hampir habis.



p/s: Mak aku dah suruh balik awal. Sorila ye mak? Tak dapek den nak balik awal.

Wednesday, 31 October 2012

hasil carian yang mengerikan

Assalamualaikum.


Inilah hasilnya kalau merepek dan merapu dalam entry blog.



Insan manalah yang cari benda ni di google???

Tuesday, 30 October 2012

sederhana

Assamualaikum.


Aku baru sahaja mengetahui kewujudan satu dunia yang bukanlah dunia yang fana, namun dunia ini adalah dunia ciptaan mereka yang mengalami kekacauan dalaman atau aku boleh kata, satu penyakit yang bukan penyakit hakiki, tapi lebih kepada konflik diri sendiri.

Aku tak nak ceritakan secara terperinci apakah dunia itu. Dunia itu bukanlah dunia yang indah untuk digambarkan dengan kata-kata kerana hidupan dalam dunia itu sendiri berperang dengan diri sendiri.

Sebagai orang luar yang ditarik masuk ke dalam dunia ini, aku ada beberapa saranan, nasihat, atau cadangan atau apa juga yang anda (mereka) mahu namakan.

1- bersederhana dengan semua orang. no more no less.

2- letakkan diri anda di tempat aku (orang luar yang ditarik masuk)

3- jangan harap apa-apa.

4- jangan salah sangka.

5- jangan banyak sangat fikir.

Aku tak tahu apa lagi cadangan. Aku tak suka guna istilah 'nasihat' sebab manusia biasanya tak suka dengar nasihat. Cadangan nampak lebih mesra. ???
__________________________________

Orang ini macam-macam ragam. Kau boleh tak suka ragam orang, tapi bukan orang. Contoh, kau boleh tak suka Rosmah yang membazir, tapi janganlah sampai tak suka Rosmah. Kita tak suka pembaziran Rosmah sahaja, bukan Rosmah itu sendiri.

p/s: bersederhanalah. yang sedang-sedang saja.

Tuesday, 16 October 2012

kongsi

Assalamualaikum.


Kalau tanya pakar motivasi, setiap masalah itu hendaklah dikongsi. Diceritakan kepada insan yang terdekat.

Aku pernah dengar cikgu aku cakap apabila ditanya, " Kenapa cikgu tak pergi kursus motivasi?"

Cikgu aku jawab, " Aku dah cukup bermotivasi. Kursus ni untuk orang yang takde motivasi hidup."

Bukan semua cakap pakar motivasi itu betul, kena ikut. Memang betul, tapi boleh jadi tak betul pada sesetengah keadaan. Pakar motivasi kata kita kena berani menunjukkan siapa diri kita yang sebenar. Dah kalau diri kau tu mengada-ngada kat rumah, jenis sampai rumah je ada orang gaji tolong bukakan stokin kau pakai gigi, kau nak bawak perangai diva kau tu ke serata alam?

Ini contoh sahaja.

Balik kepada point utama di atas. Kongsi masalah.

Aku bukan jenis berkongsi masalah dengan orang. Masalah ni sebenarnya boleh juga aku katakan sebagai rahsia. Sebab rahsia adalah masalah kerana masalah adalah sejenis rahsia.

Contoh: Wei, aku terberak dalam seluar. Tapi bau takde lagi sekarang ni. Takut bau naik je kejap lagi.

Ini adalah rahsia pada permulaan, namun telah menjadi masalah. Merahsiakan perihal keterberakan ini akan menjadi masalah. Masalah bagaimana mahu merahsiakan daripada pengetahuan orang.

Sebab itu bila ada rahsia, aku jarang nak cerita atau kongsi pada orang.

Sebab bila diceritakan, katalah orang itu berniat nak tolong kita tapi tiada kudrat  nak tolong, dia akan meminta tolong daripada orang lain pula. Kalaulah orang itu pun tak boleh nak tolong, akan berantai-rantai entah seberapa jauh pun tak tahu.

Asalnya daripada rahsia boleh jadi satu masalah lain pulak.

Aku tak gemar kongsi rahsia atau masalah aku pada orang bukan sebab aku ego. Cuma aku memang tak suka daripada satu orang je yang tahu, jadi berantai-rantai pulak yang tahu. Tiba-tiba benda yang aku plan secara rahsia tak jadi, dah jadi masalah lain pulak. Kecoh sana-sini.

Rahsia itu bukan lagi rahsia jika ada orang kedua yang mengetahui rahsia kau. Walaupun orang yang kedua itu orang yang paling kau percaya. Sebab mulut manusia ini ada dua bibir. Kalau kau tahan yang atas, bawah tetap bergerak. Kau tahan yang bawah, atas yang bergerak. Kau takkan mampu menahan kedua-dua bibir itu untuk bergerak.

Samalah macam kau makan. Mana ada makan satu bibir je yang gerak. Kalau ada bagitahu aku.

______________________________________

Dulu suka lah nak pillow talk apa bagai. Sekarang talk on the pillow je la. (Mengigau) haha.

It's not about losing our trust at people. It's just the fact that the only person we can trust is ourselves.


p/s: Biarlah rahsia by Siti Nurhaliza. Rahsia bukan sekadar di hati. Lebih daripada itu ada rahsia yang lebih besar.


Sunday, 7 October 2012

hujan

assalamualaikum.


salah satu metafora yang cantik,

just like the clouds
my eyes will do the same
if you walk away
everyday it will rain,
rain rain...

p/s: harta yang diberi, boleh dipulangkan. kepercayaan yang diberi, jika dikhianati, hilang begitu sahaja..

Saturday, 6 October 2012

Zaman belia remaja

Assalamualaikum.


Surat berantai adalah salah satu bentuk khurafat alaf baru yang mengatakan bahawa mana-mana individu yang menerima surat dan tidak mnyebarkan atau menyampaikan surat itu kepada 20 atau lebih atau kurang individu lain, maka dia akan ditimpa malapetaka atau musibah (musibat???) dalam masa 3 hari.

Budak-budak dulu aku percaya benda bangang ni sebab waktu aku dapat sms yang macam surat berantai ni, lagi 5 hari kemudian aku akan ada jamuan makan kat rumah kawan aku. Aku dah beli seluar jeans baru semata-mata jamuan ni, takkan aku nak mati sebab tak forward sms tu kat 20 orang kawan yang lain.

Dalam keadaan yang nak 'mati' tu, aku still masih boleh memilih 20 orang kawan aku. Disebabkan aku pakai maxis waktu tu, of course aku forward 20 sms kat 20 nombor maxis je. Haha. Bangang. Dah nak mati pun boleh berkira lagi.

Lepas aku dah tahu surat berantai ni macam scam, aku syak scam yang dicipta oleh syarikat Maxis ataupun Celcom, Digi aku tak syak sebab dia tak famous zaman 2004 dulu, aku pun buat bodoh je setiap kali dapat sms berantai. Mula-mula dulu rajin jugaklah nak terangkan kat kawan-kawan aku yang still forward sms berantai ni. Dah sampai 20 orang forward benda sama, aku pun ambil keputusan tukar nombor.

Padahal aku tukar nombor bukan sebab sms berantai pun. Padahal boleh je delete sms tu, then settle lah. Biasalah belia remaja dulu. Suka tukar-tukar nombor handphone. Jika anda fikir aku tukar-tukar nombor handphone sebab aku playboy, boleh tadah muka korang kat depan aku supaya aku boleh jentik biji asam boy padu-padu kat dahi korang.

Belia remaja bangang-bangang dulu, bajet gaduh-gaduh dengan awek, pastu tukar nombor. Bongok tak?  Cakaplah korang tak pernah buat, memang penipulah. Haha. Gaduh je tukar nombor. Yang susah ayah aku lah. Memanjang je aku tukar nombor, pastu aku tak update dengan dia. Setiap kali aku balik rumah lambat, dia call tak dapat. Sampai rumah, kena marah. Padanlah muka.

Bongok kedua adalah kawan-kawan aku, kawan-kawan dia jugak. Dah kalau aku bagi nombor aku kat kawan aku, mestilah dia tahu jugak. Dia relax je tak tukar nombor, aku je yang bangang tukar-tukar nombor. Tu menunjukkan lelaki ni lambat matang. Otak dia pada usia muda adalah makan, tidur dan main. Jika tiba-tiba wujud seorang gadis dalam hidupnya pada usia yang belum matang, perempuan itu sebenarnya telah mengacau rantai kitaran hidup lelaki itu. Hahaha.

_______________________________

Aku tak update langsung bulan September. Seriously aku memang ada perkara yang tak settle lagi sampai sekarang.

Aku nak mengarut pasal benda lain sebenarnya, entah macam mana boleh end up jadi cerita lain. Namun pun mengarut. Haha.



p/s: sedang menunggu....

Friday, 24 August 2012

tramway

Assalamualaikum.


Lega.

Bukan bersin, bukan juga kentut.

Melangkah masuk ke dalam tramway (lrt atau monorail di Malaysia) yang berpendingin hawa (aircond). Rasa bahang yang menghangitkan bau badan perlahan-lahan hilang diganti dengan suhu yang menyamankan. Aku duduk sambil bersandar keletihan. Peluh yang mengalir deras aku sapu dan aku percik ke lantai. Semut-semut yang berkawad di lantai mati kelemasan dilanda banjir peluh.

Stesen Maktabah Wataniah (perpsustakaan negara).

Sekumpulan penumpang masuk. Ada yang berdiri. Ada yang duduk. Ada yang tak dapat tempat duduk tapi tak nak berdiri, pergi bergayut dekat pemegang. Jenis bekas atlet gimnastik gamaknya. Ada seorang makcik tak sempat masuk, tersepit di pintu. Seorang lelaki datang menarik tangan makcik itu. Tangan makcik itu tercabut. Rupa-rupanya itu tangan palsu. Makcik itu terjatuh keluar.

Tayar tramway di sebelah kiri seakan terlanggar sesuatu. Aku menoleh keluar. Makcik itu telah digilis oleh tramway. Kedua-dua kakinya putus dari lutut sampai ke pergelangan kaki. Tumit kakinya masih bersambung. Rupa-rupanya makcik itu adalah sejenis cyborg prototype yang sedang menjalani eksperimen.

Begitulah drama ringkas yang aku saksikan melalui handphone Sony Ericsson W995.

Dalam kalangan kumpulan penumpang yang masuk tadi, dua orang gadis telah menarik enam biji mata yang melekat di muka tiga orang lelaki. Aku, Badrul, dan Halim.

Badrul, seorang kawan yang perutnya berlapis duduk di hadapan aku. Halim, seorang kawan yang bermuka photogenic duduk di sebelah Badrul.

Seorang gadis berkaca mata Gucci dan bertudung hitam. Mukanya putih, tinggi sederhana. Seorang lagi gadis bertudung kain lampin. Aku tak tahu apa nama jenis kain itu tapi aku lihat memang ramai gadis Morocco yang memakai tudung jenis kain lampin ini. Tinggi standard aku, kurus dan berwajah putih.

Jarak mereka duduk dari tempat kami duduk lebih kurang 5m. Memang jelas dan clear. Destinasi terakhir adalah Stesen Hayy Jamie (Kolej Asrama). Maknanya tinggal 2 stesen sahaja lagi.

Badrul: Cun gila yang tudung hitam tu. Flawless gila kulit.

Halim: Hurm, hurm. Setuju.

Aku: ................

Badrul: Kau nampak tak yang tudung hitam tu?

Aku: Aku lagi berkenan yang tudung lampin tu.

Halim: Sangat hina nama tudung yang kau namakan itu. Umpama layaknya menadah najis bayi berumur kurang 2 tahun.

Badrul: Biasa je. Hitam tu lagi cun.

Aku: Mata kita lain. Yang cantik pada mata kau belum sampai tahap indah pada mata aku.

- Stesen Irfan

Sekumpulan penumpang keluar berpusu-pusu. Gadis bertudung lampin telah keluar. Aku hanya pandang sekilas lalu. Jika anda fikir aku jaga pandangan, patut dari mula lagi aku tak start mengusha. Salah. Sebenarnya cuaca di luar sangat terik. Silau. Kalau nak difikir secara lebih beriman dan bertaqwa, kalau setakat terik dan panas di luar tidak tertanggung, apalagi panas neraka.

Namun, nafsu itu yang diturutkan. Maka, tertewaslah aku.

- Stesen Hayy Jamie.

Semua penumpang keluar. Badrul lebih dahulu keluar untuk mendekati gadis bertudung hitam. Aku bangun penuh kemalasan lagi kedurjanaan memikirkan terik panas yang harus aku tempuhi. Halim seperti fitrah kejadiannya sejak lahir, tenang dan bersahaja.

Aku melangkah keluar. Badrul seperti biasa sahaja. Tidak seperti kebiasaannya yang selalu akan terlebih aktif melihat gadis cantik. Aku mencari gadis bertudung hitam. Jumpa. Dia sedang menyeberangi jalan menuju ke sebuah food court.

" Ada sebab kenapa mata aku tak tertarik kepada gadis itu wahai Badrul," aku memeluk Badrul penuh kasihan.
_______________________________

Gadis bertudung hitam itu jalan sambil memegang pinggang. Perutnya membulat ke hadapan membawa satu nyawa penyambung umat masa depan.

Halim bernasib baik kerana ketenangannya dapat mengaburi kekesalannya walaupun aku tahu dia juga turut berasa kecewa.

Aku memang begini. Sejak tersalah memendam hati terhadap kawan sekelas di universiti, aku jadi lebih peka terhadap situasi sebegini.



p/s: Safae, semoga anakmu secomel wajahmu.

Saturday, 18 August 2012

Barai hancur lebur

Assalamualaikum.


Ramadhan akan tamat samada Sabtu atau Ahad. Ramadhan kali ini aku memang barai dalam bab-bab ibadah. Ramadhan paling hancur seumur hidup aku. Sibuk dengan urusan dunia, kejar deadline thesis. Sempat khatam alquran satu kali. Itu sahaja aku mampu untuk Ramadhan edisi 1434 Hijrah. Sahur terbabas macam lori jatuh gaung, terawih laju macam Usain Bolt, qiamullail macam Rosmah Mansor shopping dekat jalan TAR, memang hancur Ramadhan aku kali ni. Hancur lebur!

Namun, rahmat Ramadhan tetap ada. Sesuai dengan hikmah dan kelebihan bulan Ramadhan itu sendiri. Thesis aku yang tertangguh berbulan-bulan dapat siap pada minggu ke3 Ramadhan. Aku baru siap edit semalam lepas supervisor aku send balik emel suruh aku betulkan lagi.

Bulan yang mulia ini juga, ramai gadis-gadis berwajah suci murni cahaya keimanan aku jumpa. Umpama rama-rama yang baru keluar kepomping, begitulah juga halnya mereka ini. Indah sungguh ciptaan Allah. Mereka duduk diam molek sepanjang 11 bulan hijrah, kemudian sempena Ramadhan, mereka keluar dari kepompong yang penuh dengan aura-aura keimanan dan ketaqwaan.

Sebaik sahaja mereka keluar dalam bentuk rama-rama, maka berserilah lagi mempersona seluruh alam dengan kehadiran gadis-gadis ini. Maha Suci Allah yang menciptakan gadis-gadis seindah-indah ciptaan. Hati yang gundah-gulana memikirkan thesis ditambah dengan panas hati di pagi hari dikejut umpama pekak badak, terus sejuk dan damai melihatkan gadis-gadis beriman dan bertaqwa melangkah penuh muslimah dan mukminah pulang dari masjid.

Nak follow dari belakang takut kena tarik masuk rumah terus nikah masa tu jugak. So, aku lihatlah sahaja dari jauh.

Maka benarlah kalam Tuhan, hati yang suci bersih terpancar melalui wajah yang tulus mulus.

Salam akhir Ramadhan........

Yang rasa menyesal sebab Ramadhan barai,
JeJaKa SeNjA



p/s: menyampah pulak rasa tulis kecik beso kecik beso..

Thursday, 9 August 2012

Gambar lelaki kehilangan berus songkok

Assalamualaikum.


Aku post satu gambar di facebook petang tadi dan telah diedit oleh kawan aku di Malaysia menjadi sebegini dahsyat.

Dahsyat!




Aku dah lama berhajat nak cukur misai masa 1 syawal nanti. Tapi tengok gaya macam tak sampai je.



p/s: Raya di perantauan untuk kali kedua. Baru dua kali. Apa ada hal?

Monday, 30 July 2012

Google search yang sesat lagi menyesatkan

Assalamualaikum.

Bila aku buka feedjit live, alah, yang kita tengok dari negara mana orang singgah blog kita, aku jumpa macam-macam. Orang search kat google and sampai kat blog aku melalui apa yang diorang search tu.

Ini adalah antara carian di google yang akan sampai kepada blog aku:

1) Saya lelaki berjerawat teruk.

2) Gambar gaya lelaki berambut panjang

3) Bunyi orang sangap. (Apa hal boleh sampai kat blog aku? Apa hal kau cari benda ni?)

4) Komen tentang vokal

5) Kahwin gadis Morocco

6) cara make up wajah yang garang.

7) cara nak sebut huruf R.

Ini adalah antara 7 carian di google yang membawa si pencari kat blog aku. Antara 7 ni, aku dah rasa blog aku macam blog fesyen untuk lelaki pun ada. Aku paling sedih sebab ada orang sampai kepada blog aku bila cari cara make up wajah yang garang. Aku tak pernah make up wajah. Ahaha!!

Gaya lelaki berambut panjang. Aku dah lama tak berambut panjang. 4 tahun lepas ye. Sekarang rambut aku macam pengawas sekolah yang konon-konon jadi contoh kepada murid lain tetapi hakikatnya suka ponteng perhimpunan dan tapau makanan lebih di dewan makan.

Kahwin gadis morocco. Kalau kau pentingkan rupa paras daripada makanan, silalah kahwin dengan mereka. Aku lebih pentingkan makanan. Maka, aku akan kahwin dengan gadis Melayu. 

Komen tentang vokal. Kalau kau komen suara aku sedap, aku tahu kau tipu. Cakap je suara aku tak sedap. Aku dah lama tahu.

Bunyi orang sangap. Ini mangkuk mana cari aku tak tahu. Apa motif kau cari benda ni? Atau kau orang Johor? Orang Johor setahu aku cakap sangap itu menguap. Aku sangap bunyi badak bangun pagi.

Sekian, terima kasih.
_______________________________

Tiba-tiba terupdate. Kira aku tengah rehat daripada tulis thesis. Doakan aku mampu siapkan. Sikit je lagi.

Silalah cari benda-benda yang Islamik dan lebih beriman dan bertaqwa supaya anda tak sampai ke blog ini.



p/s: Misai aku ni serius annoying. Tahan je lah sampai raya. Ahaha!

Wednesday, 25 July 2012

Tiada kaitan dengan puasa

Assalamualaikum.


Blog ini akan tergendala sepanjang Ramadhan. Bukan sebab aku nak fokus ibadah. Aku pun kalau boleh nak fokus ibadah, tapi aku kena kejar deadline. Aku kena siapkan thesis aku sebab lepas raya betul2 aku dah kena submit.

Aku ada 3 minggu je lagi.

Lepas tu aku update balik kalau pinggang aku tak sakit. Sekarang ni pinggang aku dah standard nenek kebayan. Sakit je memanjang.

Sekarang aku tengah bela misai. Selalunya setiap Jumaat memang aku cukur misai sebagai ambil sunnah Jumaat. Sekarang ni aku saja nak test tak cukur misai untuk sebulan. Tengok apa jadi masa 1 Syawal nanti. Mungkin itulah rupa aku untuk 10 tahun dari sekarang. Kahkahkah!

Aku postkan show yang aku buat dengan group Le Trois aku.

Aku bukan penyanyi profesional kalau nak dibandingkan dengan dua orang kawan aku. Jadi, sila tengok selepas berbuka puasa kerana sure korang muntah. Kang batal pulak puasa.




Antara sebab kenapa aku pandang je atas adalah sebab aku memang nak tergelak tengok audience. Aku jenis tak reti nak serius. Sebab lain aku nervous lah. Aku bukan Ramli Sarip yang power tu.

_________________________________

Sekian, selamat berpuasa.

Ada masa aku update macam dulu.



p/s: Rindu kat rumah. Actually rindu nak shopping kat bazar. Sini hado sangatlah bazar. 

Wednesday, 4 July 2012

Terima kasih cikgu (baca versi upin ipin)

salam....first skali tahniah sbb suara dn tone mmg mnarik...
cuma tinggal satu lg perkara wajib g kene blajar iaitu kawal suara....tp saya dn kamrul dh tgok dkat audia vokal mmg x de yg rosak...time abg nyanyi...cuma kamrul dan saya boleh cakap sayang sikit sngat nyanyi nyer...kalo boleh mmg nk dgars mpi habis sbb nk tggu sesuatu yg saya dn kamarul cari dalam lagu kotak hati dan she will be loved....yg abg boleh hdupkan lagu ni dgn suara indie....ape pon tahniah berjaya mnjadikan suara abg sdap di dengar...cikgu siti hajar pernah ckap kat saya mase dgar lagu kotak hati yg kamarul dh update jadi suara abg...dia kata suara abg boleh pg jauh sbb suara abg bebas dn tidak terikat dgn genre2 lagu....yg mudah utk d bntuk sbb kadang2 suara abg x perlu utk di kawal cuma perlu terkawal...cikgu hajar ni guru vokal kami dulu kt shah alam...pepon tahniah sbb berjaya mmbuat persmbhan yg terbaik...kamarul cakap nnty kalo abg bsedia dia nk buat satu lagu akustik dn rakam kt studio dia..kalu abg de free bila dh balik...mngkin x shebat studio2 yg lain tp insyallah mnjanjikan kpuasan pada abg!!tahniah drpada kami sbb mmg best...!!




Aku tak edit satu pun ayat kat atas tu. Tu ayat cikgu aku. Ahaha. Aku sebenarnya nak upload video lagu 'You Raise Me Up' yang grup aku nyanyi masa buat persembahan amal minggu lepas. Tapi aku menghormati keputusan grup yang tak nak lagu tu didedahkan.

Nama grup aku adalah: Eh! Diva?? (konon-konon El Divo gamoknya. Tapi non hado)

Kalau yang mengajar ikhlas, yang belajar pun ikhlas, keputusan baik insyaallah. 

Kalau yang mengajar pun macam nohorom, yang belajar lagi nohorom, itulah kesannya yang dapat dilihat pada remaja zaman sekarang ni.
____________________________________


Aku masih bersuara iblis. Takdelah best mana pun sebenarnya. Kuikuikui.

Aku ada exam terakhir Jumaat ni. Semoga aku dapat habis September ni macam kawan-kawan aku yang lain.



p/s:  “Doa seorang muslim kepada saudara (seislamnya) semasa ketiadaannya adalah mustajab. Terdapat malaikat yang mendampinginya. Setiap kali dia mendoakan saudaranya dengan kebaikan maka malaikat tersebut akan berkata: amin, dan bagi kamu sepertinya.“

Riwayat Imam Muslim

paham-paham la ye?? >_<. jap sebelum silap, aku minta doa aku berjaya habis September ni, bukan suara aku. Lantak lah suara aku macam mana pun, janji aku harap dapat habis September ni. Gul amiiiiiin.. 

Saturday, 30 June 2012

bukan aku seorang je

Assalamualaikum..


Selalunya aku akan guna kata ganti diri 'kau' untuk entri yang mengarut tentang pemerhatian aku terhadap keadaan sekeliling. Namun, istilah 'kau' tu selalunya disalah tafsirkan oleh sesetengah orang yang menganggap aku tujukan entri kepada mereka.

Aku secara peribadi memang tak suka cakap begitu begini tentang orang. Orang Penang habaq, " Mampus pi kat hang laa..". Maknanya bukan aku berharap orang itu mampus. Tidak. Aku tak sekejam itu. Kejam aku lebih lagi. Maknanya aku memang tak kisah atau tak peduli.

Aku tulis secara rambang. Kalau pun tempiasnya kena, bukan sebab aku tuju kat kau. 'Kau' di sini rambang. Kalau kau terasa, memang kaulah orangnya. Contoh aku cerita pasal Najib seorang yang bodoh. Tapi aku tulis 'kau'. Mudin terasa. Maknanya Mudin pun bodoh. Begitulah contohnya. 

Jadi, aku guna 'aku'. Supaya 'kau' tak terasa. Senang. Nampak aku maki diri sendiri. Maki kasar. Nampak aku tegur diri sendiri. Ok, lembut.

Ok, masuk kepada tajuk asal entri.

Bukan aku seorang je yang ada masalah kat dunia ini. Semua orang hidup dengan masalah. Masalah yang buat orang hidup. Cuma, aku takkan bercerita pasal ni sebab aku dah pernah mengarut pasal ni dan ramai lagi orang lain. Walaupun point seterusnya ni dah ada orang tulis, aku tulis dari sudut pandang aku pulak walaupun mungkin sama point cuma berbeza cara.

Aku pernah ditegur dan ditanya. Aku ditegur kerana seolah-olah tak meraikan perasaan sendiri. Meraikan perasaan sendiri. Ya, itu ayat yang digunakan. Sedih atau tertekan atau kecewa atau semua perasaan negatif. Aku ditegur agar lebih meraikan perasaan sendiri. Zahirkan kesedihan. Aku bantah. Kemudian ditegur kalaupun tak nak zahirkan, at least tunjuk walaupun sikit aku sedih atau hadapi apa-apa masalah.

Aku ditanya pula, aku memang tak pernah sedih atau hadapi apa-apa masalah atau perasaan negatif? Tipu sangat kalau tak pernah. Aku pernah menangis dan sedih masa arwah atuk aku meninggal masa aku form 5. 

Aku fikir balik.

Bukan semua orang boleh terima kalau ada orang menzahirkan perasaan negatif mereka. Penat, atau pening, atau sakit, atau sedih, atau bengang, atau apa-apa lagi. 

Antara sebab kenapa aku still macam biasa kalau ada apa-apa masalah pun, masalah aku bukan untuk tambah masalah orang lain. Tak percaya? Aku ada masalah. Konon-konon aku tak nak orang lain susah, aku pun tak bagitahu orang. Tapi orang lain boleh rasa masalah aku. Masalah aku tu buat orang lain rasa rimas dengan aku. Walaupun aku tak cakap, which means aku tak zahirkan pun, still orang rimas.

Memang tipu gila kalau aku tak pernah ada masalah. Cuma cara nak berdepan dengan masalah itu. Aku punya style, once aku dah down dengan masalah yang datang tu, memang aku kalah. Even setengah orang kalau dia rasa dia diam pun dia dah kira menang dengan masalah tu, bagi aku diam tu tak membawa apa-apa kemenangan. Sebab diam itu datangkan pulak masalah kat orang lain.

Haha. Bangang jugak analogi yang aku cuba tulis ni.

Masalah ni ada macam-macam jenis. Aku tak sempitkan dekat perasaan negatif je atau masalah-masalah fizikal atau rohani yang lain. Benda-benda yang datangkan rasa rimas atau negatif orang terhadap aku pun aku istilahkan sebagai masalah.

Ironiknya, orang yang tegur aku tu, dia tak suka atau rimas bila aku zahirkan masalah aku kat dia. Aku zahirkan bukan aku cerita pada dia masalah aku. Aku just zahirkan dari segi muka dan aura yang aku hasilkan bila aku ada masalah.

Then, dia cakap dia tak suka atau ada perasaan yang negatif terhadap aku bila aku buat macam tu kat dia.

Pelik. Dia yang mintak. Then, aku buat. Then, dia tak suka.

See?
_________________________________________

Wahai penegur, aku tahu kau tahu aku memang maksudkan kau. Tapi aku bukan tuju entri ini kat kau. Aku cuma bagi contoh yang even kalau ada orang tu sendiri mintak, bila dia kena, dia pun tak suka. Itu saja.

Oh, aku juga dikatakan tak meraikan perasaan sebagai seorang manusia. Haha. Betul jugak. Cuma aku lebih selesa menzahirkan rasa yang positif sahaja daripada yang negatif kerana tak nak suasana jadi negatif.



p/s: Apa entah aku mengarut ni. Ahaha. Tunggu aku upload 1st show aku dalam seni suara. Kahkahkah!!

Saturday, 16 June 2012

Fitnah berjalan dengan gadis pakai baju terdedah di dada

Assalamualaikum.


Tajuk entry serupa tajuk berita dalam akhbar Harian Metro. Kahkah!!

Tengahari itu panas terik. Matahari bermain sorok-sorok dengan awan. Kejap ada, kejap takde. Angin pun sama. Kejap sedap, kejap pahit. Angin pahit di sini bermaksud angin yang ada butiran pasir lalu butiran pasir itu termasuk ke dalam mulut. Ada juga masuk ke dalam lubang hidung lalu terbersin dengan kuat. Kekuatan bersin itu dapat dilihat berdasarkan keadaan pipi yang beralun, lebih epik lagi apabila ada lalat yang mati terpelanting apabila melintas lubang hidung itu.

Elok sahaja aku kunci basikal, aku cabut topi. Aku simpan topi dalam beg yang ada aroma bau roti sardin yang aku lupa nak makan. Aku beli roti sardin tengahari Selasa, tengahari Rabu baru aku tengok balik roti itu. Aku harap topi itu tidak berubah menjadi ikan sardin berdasarkan cerita dalam majalah Mastika.

Sedang sedap aku menarik-narik baju yang melekap pada belakang badan akibat peluh maskulin yang mengalir segan, aku didatangi seorang gadis. Gadis itu merupakan classmate aku. Dia ini merupakan seorang pelakon teater. Kira kalau kat Malaysia, dia ni pelajar Aswara. Aku tak pasti nama panjang Aswara ini apa, tapi macam pelajar akademi warisan dan teater macam tulah.

Sebagaimana tipikalnya gadis-gadis teater di Malaysia, begitulah hendaknya juga gadis-gadis teater di sini. Nak jumpa yang pakai tudung bukan senang. Kalau jumpa yang pakai tudung pun, belum tentu perempuan. Faham tak ni?

Oh, pertemuan aku dengan gadis ini bukan secara tidak sengaja. Seperti drama-drama tipikal Melayu yang terlanggar bahu, yang tertumpah ketam masak cili api di restoran, yang tersalah call then terus bercinta, yang mengintai jiran sebelah sidai pakaian, yang berselisih ketika berhenti di lampu isyarat, yang bertemu di kaunter bayaran buku, dan sebagainya lagi. See? Aku bukan sekadar tengok cerita Melayu. Aku kaji jugak.

Aku dah setting nak jumpa dengan gadis ini atas sebab nak tanya pendapat dia tentang bayaran yang munasabah kalau aku dipanggil untuk membuat persembahan solo. 

Untuk makluman, cikgu aku telah berpuas hati dengan prestasi aku setakat ini. Setakat lagu This Love dan She will be loved by Maroon 5 aku dah boleh pergi. Kau boleh dengar suara Adam Levine dalam lagu tu, then kau imagine suara aku yang lebih kurang dia. Memang tak sama, tapi ada unsur-unsur itu. Ini ayat cikgu aku. Kalau kau cakap dia penipu, kau memang derhaka. Sila minta maaf dengan cikgu aku.

Dari tempat parking basikal, aku berjalan dengan dia menuju ke kelas. Jarak yang diambil adalah sekitar 3 minit. 3 minit ini bukanlah tempoh yang pendek. Lagu Gemuruh Faizal Tahir pun ngam-ngam tiga minit. 

Disebabkan dia ini gadis Aswara yang tipikal, maka pakaiannya pun tipikal gadis-gadis teater lah. Dadanya memang tak bertutup. Sudahlah tidak bertutup dengan tudung, dadanya juga memang terdedah tidak tertutup
dengan baju yang dipakainya. Tak payah bayang lebih-lebih. Kau tengok artis perempuan Malaysia macam mana, macam tu lah dia.

Oh, dia ni tinggi aku je. Tapi dia jadi lebih tinggi sikit daripada aku sebab dia pakai heels. 

Masa dia cakap, aku pandang depan. Kira aku tadah telinga aku supaya dengar dengan lebih jelas. Masa aku cakap, baru aku pandang muka dia. Kang aku cakap pandang depan, dia kat sebelah, aku cakap lain dia dengar lain. Kira kau boleh bayang kepala aku macam mana. Badan straight ke depan, kepala goyang tepi depan tepi depan.

Tapi disebabkan matahari yang terik, tambah pulak dengan aku dah cabut topi, aku memang tak boleh nak hadap muka dia direct sebab silau. Aku dah macam Chinese pun ada sebab kecilkan mata tapi jadi hodoh lah. Chinese putih, aku gelap.

Disebabkan aku tak boleh nak hadap muka dia, aku tundukkan sikit kepala. Di sinilah fitnah bermula.

Apabila muka aku tak dapat nak hadap muka dia, aku tundukkan kepala sebab silau. Bila aku tunduk kepala, muka aku dah menghadap kawasan dada dia yang terdedah tu. Dengan keadaan mata aku yang stay pandang mata dia, aku memang tak pandanglah kawasan terdedah itu secara fiziknya sebab mata aku memang tepat tengok mata dia.

Namun, sepanjang perjalanan kami ke kelas, tangan dia sibuk tarik kolar baju supaya dapat tutup kawasan dada yang terdedah itu. Kau bayangkanlah betapa awkward dan annoyingnya aku rasa sepanjang tiga minit menuju ke kelas itu. Dah macam aku menodai gadis itu.

Namun, ini bukan kes pertama aku. Cuma ini kes pertama yang mellibatkan classmate dan perempuan yang betul-betul ada di sebelah dan bercakap dengan aku. kes pertama di sini
_____________________________________

Musim panas memang cabaran gila di sini. Harga barang semua naik. Darah cepat je naik nak memaki. Hanya iman dan taqwa sahaja pendinding diri.  (bentang sejadah sujud sambil pejam mata)



p/s: She will be loved susah sikit nak cover daripada This Love.

Wednesday, 6 June 2012

Bukan serak dah

Assalamualaikum.


Aku dah lama tak masuk kelas vokal. Makanya suara aku secara automatiknya berubah daripada syaitan kepada iblis. Perubahan ini menandakan jenis-jenis lagu yang aku selalu nyanyi juga dah berubah. Aku bukan lagi pembawa lagu Flop Poppy. Walaupun suara aku serak basah, namun cikgu aku melarang aku meneruskan perjalanan seni suara aku dalam cabang Andi Flop Poppy.

Setelah seminggu melontarkan suara iblis ini, setakat aku merapu ni, aku hanya sesuai kepada lagu-lagu berentak akustik dan juga indie. Aku masih lagi bengap untuk bermain suara, mengvibratekan nada suara dan seumpamanya.

Maka, sekarang ini aku hanya bernyanyi secara indie. Bunyi macam gempak. Indie. Padahal lagu jenis-jenis ini memang untuk insan yang suara dia tak berapa nak padu lagi jitu. Secara rasminya, aku tak boleh nyanyi macam Faizal Tahir. Kahkahkah..

Ini bukan pendapat cikgu vokal aku sahaja. Ini dikuatkan lagi dengan seorang lagi insan yang dah bergelumang dengan najis industri seni suara. Secara ironik, dua orang yang memberikan pendapat bahawa aku boleh menyanyi dengan baik lagu-lagu indie ini adalah mereka yang berbadan comel. Berlawanan sekali dengan aku yang memiliki tubuh badan seperti pokok kelapa.

Selain lagu indie, aku ada satu suara yang aku susah nak buat tapi bila dah buat, memang boleh pergi jauh juga dalam industri muzik. Jauh tu takdelah jauh sangat. Setakat persembahan nasyid untuk kanak-kanak tadika. Aku dah dapat detect, tapi nak maintain tu payah jugak.

Sebab apa? Sebab dah memang aku baghal lagi bengap nak main suara. Kahkahkah...

______________________________

Patut bila sedih, baca alquran ke kan? Walaupun aku memang baca alquran, tapi bila sedih, haruslah baca alquran dengan lebih perasaan kan?

Ini tak. Masuk tandas pastu nyanyi sambil pegang kepala shower macam benda tu microphone. Syaitan.. Syaitan..


p/s: Kotak hati by Hujan...

Thursday, 31 May 2012

Tak patut

Assalamualaikum.


Sejak dua menjak aku berkecimpung dalam arena seni suara, aku banyak tengok video orang menyanyi. Memanglah orang yang menyanyi, takkan tempe pulak yang menyanyi. Tak tahu tempe tu apa? Tempe itu adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada soya dan selalunya dipijak-pijak sahaja menggunakan kaki tanpa apa-apa alas. Kalau ada cagu di kaki sang pemijak itu, maka akan jadi tempe bercagu.

Lagi satu, kalau tak tahu apa itu tempe, berkemungkinan besar anda bukan orang jawa.

Ok, kembali kepada arena seni suara yang aku bergomol dengannya ketika ini. Aku banyak menonton nyanyian remaja, aku nak kata kanak-kanak pun boleh juga sebab mereka berumur kurang 15 tahun. 



lagi satu..




Budak dua orang ni kalau masuk Mentor pun aku rasa boleh kalah semua peserta Mentor ke, AF ke, apa ke. Aku bukan nak kata orang Malaysia tak patut masuk pertandingan-pertandingan sebegini. Walaupun dari satu sudut memang tak payah masuk pun.

Aku sebenarnya tak berapa berkenan dengan pertandingan nyanyian untuk budak-budak. Bintang kecil ke, Idola kecil ke, Bakat si kecil ke, Adik kecil ke, apa-apa yang kecil lah senang cite. Budak-budak ni macam jadi bahan nak buat duit je. Vote apa semua bagai. Aku sendiri tak pasti betul ke ada orang yang vote pertandingan macam ni.

Zaman Mawi mungkinlah kot. Sebab aku memang nampak nenek aku sendiri vote si Mawi tu. 

Malaysia ni dah terlampau banyak orang nak jadi penyanyi. Sampai budak-budak pun maybe kalau cikgu tanya dah besar nak jadi apa, nak jadi macam Shila Amzah, nak jadi macam Hazama, entah sape-sape lagi.

Aku bukanlah nak halang budak-budak ni punya cita-cita. Kalau betul-betul berbakat takpe. Ini sebab nak melawa, nak melaram, nak me......., erm me apa-apa lah. Adoi. Masuk sekolah vokal tak nak. Tau nak menyanyi je.

Aku malas nak letak video budak-budak Malaysia yang masuk pertandingan nyanyian ni. Kalau siapa yang layan Idola Kecil atau Bintang Kecil, for sure korang boleh compare budak-budak kita kat level mana. Bukan budak-budak je. Sekali dengan yang masuk AF ke Mentor ke, apa-apa lagi lah. Yang aku rasa level tinggi sikit Malaysian Idol dan One in a Million.

Itu pun tak ramai yang boleh pergi jauh. Kalau tengok The Voice ke X factor ke, Britain Got Talent or American Got Talent, dalam ramai-ramai yang masuk tu, 2-3 kerat je memang tak nampak boleh pergi. Yang lain-lain memang superb.

Apahal entah aku bebel pasal benda ni. Kahkahkah.
_______________________________________

Aku memang selalu tak tengok rancangan pertandingan realiti nyanyian yang Malaysia punya. Aku pilih yang mana aku nak dengar je.

Aku pun bukan power sangat. Bangang tahap syaitan jugak. Kahkah.


p/s: Ramai kawan aku yang suara sedap tak sorang pun jadi penyanyi. Baguslah. Tahu apa yang lebih baik untuk diorang.

Monday, 28 May 2012

Tak sedap

Assalamualaikum.


" Suara kau ni memang tak sedap. Takpe. Kita buat orang dengar sedap," komen cikgu vokal aku sambil makan megi goreng.

Macam aku dah bagitahu dulu, suara aku ni memang bangang bunyinya. Tak sedap langsung. Tapi cikgu vokal aku pandai. Dia tahu macam mana nak buat suara aku yang tak sedap langsung ni, orang dengar sedap je. Kira macam aku lah. Aku ni tak hensem. So, cikgu aku make-up aku sampai orang nampak aku hensem. Padahal tak hensem. Hamlau adalah.

Begitulah juga halnya dengan suara syaitan aku ni. Suara syaitan, cikgu aku tambahkan iman dan taqwa agar kedengaran macam jin masuk Islam. Suara aku confirm tak sedap. Tapi cikgu aku ajar macam mana nak bagi orang dengar sedap. Aku pun dah tahu sikit cara-cara nak buat suara syaitan ni bunyi macam suara Saleem.

Aku ada tanya cikgu aku, better aku buat suara biasa atau suara serak-serak basah. Dia prefer aku asah lagi suara serak basah aku ni. Suara biasa aku ni sesuai untuk mengaji katanya. Insaflah jugak aku dengar bila cikgu vokal aku cakap begitu. (bentang sejadah tangan menadah doa..)

Bersemangatlah juga aku bila cikgu aku cakap suara serak ni tak semua orang boleh buat. So, latihan aku lepas ni fokus kepada suara serak basah aku. Suara biasa aku, aku belajar lepas Maghrib. Kelas mengaji la pulak. Lepas Asar menyanyi, lepas Maghrib mengaji. Haaa gitu.

Kahkahkah!!!

___________________________

Semalam aku belajar tarannum. Walaupun aku ni tak reti, at least belajar. Tahu asas pun jadilah.

Actually aku tengah cuba pantang sebab nak jaga suara. Taubat aku nak pantang. Makan bedal je. Suara kalau dah memang syaitan, paling sedap pun jin muallaf je boleh pergi.

Kahkah!!



p/s: Kelas tak boleh hari2 bak kata cikgu aku. Esok aku tak belajar la gamaknya. Belajar dalam jamban jelah jawabnya. Ahaha..

Sunday, 27 May 2012

Komen daripada cikgu vokal

Assalamualaikum.


" Suara anda memang syaitan sekali. Dua jam anda berlatih, tak sampai 2 saat pun saya dengar suara anda sedap. Sila telan tulang ikan bawal seberat 2kg...," kata cikgu vokal aku sambil mengelap darah yang keluar daripada lubang hidung dan telinga beliau.

Kahkahkah.

Suara aku takdelah bangang sangat bunyinya. Biasalah. Terbabas dalam longkang, terjunam dalam gaung.  Lepas try 3 kali by The Malayan, cikgu aku suruh aku try nyanyi lagu Flop Poppy - Cinta petang tadi.




Cikgu aku kata aku memang sangat bahlul sekali dalam melenggokkan suara, tak reti lagi nak main suara. Bukan tak reti lagi sebenarnya. Suara aku memang bukan jenis boleh dilenggok-lenggok. Masa aku cuba petang tadi, banyak belalang datang masuk bilik. Aku rasa belalang tu pening kepala dengar suara aku. Diorang ingat suara aku suara bapak belalang yang memanggil mereka pulang ke rumah.

Suara serak basah aku ini tak boleh konsisten lagi. Disebabkan tak konsisten, aku dah terbuat satu suara yang cikgu aku cakap sesuai pulak dengan genre lagu lain. Petang tu jugak aku bantai lagu baru.



Disebabkan aku boleh buat suara serak-serak basah, cikgu aku suruh aku try lagu atas ni. Lagu atas ni cikgu aku suruh aku buat suara antara serak basah dengan suara normal aku. Aku pun tak faham lagi. Cikgu aku yang baik hati tengah cuba detect suara aku ni jenis sesuai dengan lagu macam mana.

Setakat ni yang aku faham, aku boleh bawak 3 jenis lagu.

Lagu yang pakai suara serak-serak basah.
Lagu yang tak pakai suara yang perlu dilenggok sebab aku ni bangang nak melengggokkan suara.
Lagu yang jenis akustik. Akustik ni aku suka. Kahkahkah.

Lepas Maghrib, aku try mengaji dengan cikgu vokal aku. Ambik kau, dia kata aku baca macam syeikh muqri mana entah. Nama muqri tak kenal. Bangang. Kenal Flop Poppy and Spider je. Bahlul.
___________________________________

Petang kelas vokal, malam kelas mengaji. 3 kali seminggu. Hari-hari nanti suara rosak. Suara aku yang dah memang jahanam ni tak payah tunggu rehat sebenarnya. Tapi nasihat cikgu jangan dilawan. Derhaka namanya.

Kecik-kecik kemaruk nak menyanyi, sekarang sangap nak menyanyi. Haa, elok!!!


p/s: Semoga aku tak masuk pertandingan nyanyian. Aku azam paling jauh pun aku masuk pertandingan antara ahli rumah. Kahkahkah..

Saturday, 26 May 2012

serak basah

Assalamualaikum..


Series aku cakap, aku memang suka nyanyi. Walaupun aku tahu suara aku memang bangang tahap gaban teruk dia punya bunyi bila nyanyi, aku masih akan nyanyi. For sure lah aku akan nyanyi kat tempat paling ramai orang perasan suara dia lagi sedap daripada Ziana Zain, jamban. Kahkahkah!

Sejarah aku dalam bidang nyanyian amatlah sadis lagi mengerikan jika diimbas kembali.

Aku pernah gagal audition mewakili kelas pertandingan nasyid antara kelas semasa sekolah rendah. Nak wakil kelas pun tak lepas. Alangkah malang aku waktu itu. Tengok kawan-kawan pakai baju melayu bersongkok bersampin bagai nyanyi atas pentas. Aku rasa series down waktu tu.

Aku teruskan mencuba ketika sekolah menengah. Aku dipanggil untuk menjalani latihan marhaban. Baru form1 dah ada senior panggil. Kau yang duduk asrama pasti merasai perasaan bangga bila senior kau panggil kau sebab kau berbakat dalam bidang nyanyian.

Aku yang mudah bangga diri sendiri ni tersenyum-senyum ketika nak tidur. Umpama dapat duit sejuta ringgit secara mengejut dan tidur tersenyum-senyum. Macam tu lah buruknya rupa aku ketika nak tidur masa itu. Aku mula membayangkan masa depan aku dalam bidang marhaban akan pergi jauh setelah gagal dalam industri nasyid.

Langit tidak selalunya cerah. Pagi esok masa latihan nak bersambung, tanpa memikirkan perasaaan aku yang mula mencorak masa depan sebagai ahli marhaban, senior tu reject aku tanpa berfikir panjang. Aku dah nampak yang masa depan aku dalam bidang seni suara ni memang malap. Semalap lampu yang dah terbakar tapi nak jugak pasang. Lama-lama meletup, shot satu rumah.

Tindakan mereject aku tanpa berfikir itu menunjukkan suara aku memang tiada nilai pada sisi mereka. Aku hanya memandang mereka dengan penuh dendam. Aku akan buktikan aku mampu pergi jauh dalam bidang seni suara. Tempat aku masih lagi jamban. Dari aku form1 sampai form5, dari aku duduk dorm tigkat bawah, sampai aku naik tingkat3, semua jamban pernah aku cuba untuk mengasah suara aku yang memang bangang lagi mengerikan bunyinya ini.

Namun, setelah beberapa lama aku nyanyi dalam jamban, ada beberapa orang mengatakan suara aku ini kalau diguna pada lagu yang betul, memang boleh pergi jauh. Aku sebagai mangsa penipuan selama lebih 6 tahun hanya tersenyum hambar.

Namun, setelah diterangkan dan dijelaskan secara profesional, aku boleh terima pandangan mereka. Dah memang aku sangap nak menyanyi. Kahkahkah! Ada pulak yang kata suara aku ni ada bunyi serak-serak basah. Orang-orang ini adalah mereka yang terlibat dengan nasyid secara profesional dan juga terlibat dalam pelajaran suara secara profesional.

Sekarang ni aku ambil kelas vokal secara percuma. Kahkahkah. Mengikut cikgu yang ajar aku vokal ni, low key aku memang syaitan sekali bunyinya. Kiranya kalau aku nyanyi pakai key rendah, semut dalam tanah akan keluar berbondong-bondong dan gigit keting aku supaya aku berhenti menyanyi.

Jenis suara aku sesuai untuk lagu-lagu yang tak pakai low key. Aku kena belajar macam mana nak kawal suara supaya boleh bawak high note dengan betul. Suara dah ada, cuma bangang je bunyinya sebab tak pernah belajar.

See? It's never late to learn. Umur aku dah 23 tahun dan aku baru bertemu seorang cikgu yang sanggup nak ajar aku sebab dia kata aku boleh pergi dalam bidang seni suara. Aku rasa dia sebenarnya tak sanggup dengar suara syaitan aku berkumandang. Sebab tu dia ajar aku biar suara aku bunyi macam suara orang sikit. Tak banyak pun sikit jadilah.

Kahkahkah!

_____________________________

Esok kelas vokal aku start dengan lagu ni. Sebab cikgu aku kata suara aku sesuai lagu-lagu style camni.



Bayangkanlah suara aku macam mana. Serak-serak basah beb. 

Test test test.



p/s:  Petang tadi aku dah try bawak lagu ni. Cikgu aku kata ok. Maklumlah, baru nak belajar. Kira bolehlah bak kata cikgu aku. Tipu dia, maka tipulah aku. Kahkahkah..



Thursday, 24 May 2012

Ambang

Assalamualaikum.


Aku jatuh sakit dengan agak kerap 2012 ini. Lepas sakit, sakit lagi. Kemudian sakit lagi. Macam-macam ujian lain lagi selain sakit. Aku tak pass exam and kena repeat semester. Hilang macam-macam barang. Aku senyum sorang-sorang bila fikir balik. 

Ada orang kata aku ni jenis tak gagal punya orang. Mungkin orang tu maksudkan exam. Atau benda-benda lain dalam hidup. Aku dah banyak kali gagal dalam hidup aku sebenarnya. Benda yang dah hampir aku dapat pun aku pernah gagal jugak nak dapatkan. Exam atau apa-apa pun, semua benda aku pernah rasa gagal.

Aku boleh kata aku kerap sangat sakit tahun ni sampai aku rasa Jumaat lepas adalah Jumaat terakhir aku. Sebab aku selalu baca dan dengar ceramah, tanda-tanda mati tu adalah lepas kita sakit, kita akan sembuh. Kemudian, kita akan jatuh sakit semula dan kemudian meninggal dunia.

Kronologi macam ni. Start dari entri bertajuk 'Down', aku dah sakit. Then, aku sihat macam biasa lebih kurang sebulan je. Then, minggu lepas aku sakit balik. Aku tak boleh nak cakap. Suara keluar tapi perlahan. Aku tak boleh nak makan minum. Leher aku bengkak. Housemates aku cakap bengkak cantik. Padahal tak bertambah cantik pun aku masa bengkak tu.

Sakit jadi makin teruk Jumaat lepas sebab aku betul-betul tak boleh nak telan air liur pun. Tekak jadi sakit gila. Waktu tu lepas solat Jumaat, aku dah terbaring atas katil. Rasa ajal dah sampai. Aku syukur sebab dah lepas solat Jumaat. Serius rasa dah dekat dengan ambang kematian. Tak boleh cakap, tekak jadi makin sakit. Masa tu sakit gila tekak sampai boleh fikir nyawa aku dah betul-betul sampai kat tekak.

Aku mengucap je lah. Mengucap istighfar selawat. Itu jelah aku buat sampai aku terpejam mata. Waktu tu rasa, kalau aku mati waktu tu, memang harap rahmat Ilahi je lah. Berdepan saat kematian ciptaan aku walhal aku je yang rasa camtu. Kalau macam tu pun aku dah rasa seksa, kalau sakaratul maut yang sebenar entah macam mana lah.

Aku sampai sekarang tak boleh kawal mulut aku ni. Aku memang kuat maki orang. Aku rasa sakit tekak ni sebab nak ingatkan aku kawal lidah ni daripada maki-maki orang.

Masa sakit tekak sampai tak boleh cakap tu, aku dah bayang kalau tiba-tiba suara aku datang balik, mesti dah jadi lain suara aku. Jadi makin sedap. Boleh tarik lagu yang high-note. Bila dah sihat ni, macam biasa je suara aku. Takde apa yang lain pun. baru berangan nak nyanyi lagu Hijjaz yang tinggi-tinggi.

Kahkahkah

_____________________________________

Aku memang insaf tahap kakiku di pintu neraka waktu tu. Tapi lepas dah baik ni, mulut aku memang tak boleh nak kawal lagi. Masa kat hospital pun sempat lagi aku maki jururawat yang tak bagi aku masuk dapatkan rawatan.

Nak mati kena uji pun sempat lagi maki orang.

Astaghfirullah...



p/s: teori aku memang silap. suara aku still sama. still tak boelh pergi macam suara Azlan dan Black.

Tuesday, 8 May 2012

Teori yang salah

Assalamualaikum.


Aku perasan ada suatu perkara ini yang membuktikan kenapa perempuan Melayu tidak suka dimadukan. Walaupun aku tak kahwin lagi, aku tak berniat pun dari sekarang untuk memadukan isteri pertama aku nanti. Kahkahkah. Ayat pun dah nampak macam nak memadukan isteri. Sebab aku tulis isteri pertama.

Tak. Tak.

Sekarang memang aku tak berniat pun nak kahwin lebih dari empat. Silap. Lebih dari dua. Silap lagi. Lebih dari satu. Tapi masa depan siapa yang tahu. Kahkahkah. Maksud aku kat sini, bukanlah masa depan nanti aku akan kahwin dua ke tak. Maksud aku, entah-entah aku pun memang tak sempat kahwin. Siapa tahu kan?

Ok. Aku sebenarnya ada teori yang membuktikan kenapa perempuan Melayu ini tak rela berkongsi suami. Haha.

Teori aku mudah je. Aku tak pernah nampak (maksud aku sampai saat aku jumpa teori aku ni bulan lepas) gadis-gadis Melayu ini berkongsi apa sahaja milik diorang dengan gadis lain. Haa? Tak percaya?

Aku pernah tengok gadis Melayu kat sini (sini itu Maghribi) makan empat pinggan ayam. Empat pinggan ayam untuk empat orang. Bukan empat pinggan ayam untuk seorang gadis. Itu tengah sedih ke apa ke aku tak tahu. Lalu aku pun terfikir, kenapa tak empat orang gadis ini makan satu ekor ayam sahaja dalam satu pinggan? Sama je pun. Ayam kamil (baca: seekor ayam penuh tanpa potong kepada empat bahagian) harga lagi murah daripada harga empat bahagian ayam yang dibeli secara asing.

Ini agak menguatkan teori aku. Gadis Melayu tak suka berkongsi apa pun.

Aku tak sempitkan teori ini kepada gadis Melayu di sini sahaja. Lalu aku bertanya kepada kawan-kawan gadis aku yang lain. 

Gadis-gadis Melayu di Malaysia juga menguatkan lagi teori aku bahawa mereka tak suka berkongsi apa-apa pun. Sekecil-kecil perkara pun tak nak berkongsi, inikan pula suami orang. Kahkahkah!

Gadis Melayu di Malaysia sangat susah nak jumpa mereka yang berkongsi mesin basuh untuk membasuh pakaian. Walaupun baju takdelah banyak mana pun, tapi still tak boleh nak kongsi pakaian masing-masing dalam mesin basuh yang sama. Aku pelik jugak. Kalau sebab tak nak bau perfume kat baju bercampur-campur, macamlah kau jemur baju tu bau perfume tu melekat lagi?

Gadis Melayu agak sukar walaupun ada untuk berkongsi pakaian dengan gadis lain. Kalau kau tengok ada perempuan baju sama, aku boleh jamin ada antara gadis itu yang tak tahu pun dia ada pakai baju yang sama pattern dengan gadis lain. Untuk mengatakan gadis itu meminjam (berkongsi) baju dengan gadis lain, peratusannya sangatlah rendah. Kahkahkah!!

Ini amat berlainan dengan jejaka-jejaka Melayu yang dari kecil lagi sudah menunjukkan kemampuan untuk berkongsi dalam apa jua situasi. Misalnya, baju sukan yang sudah kepam baunya masih boleh bertukar-tukar pemilik. Masih boleh dikongsi bersama. Hahaha!!

Jadi, aku memutuskan bahawa memang dari kecil lagi gadis-gadis Melayu ini menunjukkan potensi bahawa mereka tidak suka berkongsi walau apa pun situasi. Sebesar-besar situasi pastinya soal suami. Kahkah.

Pada asalnya aku buat teori ini untuk semua gadis seluruh dunia. Tapi tak boleh. Salah. Teori ini hanya boleh diguna pakai untuk gadis Melayu sahaja. Sebab apa? Sebab aku mengalami satu peristiwa yang membatalkan teori aku ni terhadap gadis Maghribi. 

Aku pernah berjalan seorang diri dan kemudian datang pula kawan-kawan gadis kelas aku. Tiga orang. So, kami (aku seorang lelaki dan 3 orang gadis Maghribi) pun berjalanlah menuju ke kedai buku. Tengah sedap-sedap aku jalan penuh segan, tiba-tiba seorang gadis itu menghulurkan botol air strawberry. Aku terus tolak. 

Dia suruh juga aku minum. Aku pun ambil botol tu dan buat-buat minum. Dia gelakkan aku. Dia kata aku tak minum sebab tak nampak halkum aku bergerak. Cis. Kantoi bodoh je. Kahkah. Aku pun minumlah sikit. Seteguk. Dia tak puas hati, suruh aku minum lagi. Aku pun minumlah 2-3 teguk. Lepas tu aku pulangkan kat dia.

Lepas dia minum, dia pass kat kawan lagi sorang. Kemudian lagi sorang. Kemudian botol itu pusing kat aku balik. Aku terus pass balik kat gadis first yang bagi aku botol tu suruh dia habiskan. Dia pun tengok aku segan-segan, dia terus habiskan.

Jadi, terbatallah teori aku bahawa semua gadis di seluruh dunia tak rela berkongsi benda. Namun, muncul pula teori baru. Playboykah aku berkongsi minuman dengan gadis Arab? Kahkahkah!!!
_________________________________

Teori ini tidak melibatkan pendidikan ataupun pembelajaran. Sebab aku tahu, gadis-gadis Melayu sangat sayang-menyayangi dalam bab belajar-belajar dan akan berkongsi segala maklumat yang ada untuk berjaya bersama-sama.

Sila muntah beramai-ramai baca statement di atas. Kahkahkah!



p/s: Aku ada dengar ada golongan gadis yang tak boleh berkongsi maklumat dengan gadis lain. Dia tak boleh tengok gadis lain berjaya macam dia.

p/s2: Gadis Melayu Maghribi tak macam di atas. Budak Maghribi kena berjaya bersama-sama. Nanti boleh keluar rumah sama-sama, takde yang tertinggal. Ahaha!

Thursday, 3 May 2012

Perasan tahap dewa

Assalamualaikum.


Boleh bayangkan kau tahu sesuatu benda yang kau tak sangka-sangka? Kau tak terfikir langsung tapi itulah yang berlaku sebenarnya. Aku rasa macam Yuna sebenarnya sekarang ni. Kahkah! Apasal aku asalkan boleh nak rasa aku macam Yuna walaupun suara aku tak sedap langsung? Cerita dia macam ni.

Ambil analogi awal. Yuna telah dinobatkan sebagai pemenang untuk Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) pada asalnya. Kemudian, ditarik balik atas alasan ada kesilapan teknikal. Kemudian, anugerah diserah kepada Anuar Zain kalau tak salah aku.

Ok. Itu analogi Yuna.

Ini analogi aku.

Aku dengan rasa langsung tak malunya baru dapat tahu sepatutnya aku adalah pemenang untuk anugerah paling hensem sempena hari keluarga baru-baru ini. Walaupun aku rasa memang bukan aku pun, tapi dah ada orang cakap, aku belasah je lah percaya. Kahkahkah!

Mengikut hikayat dan mitos yang dicanangkan, maka menanglah aku anugerah paling hensem dengan undian yang aku pun tak tahu. Tapi dengan penuh konfiden dan tak fikir erti malu, aku yakin aku menang dengan undi yang besar. Kira melebihi 2/3 jumlah pengundi. Aku punya sukalah aku nak letak berapa pun. Ini mitos aku.

Namun, nak jadi cerita, masa pengumuman pemenang, telah berlaku kesilapan teknikal yang membawa kepada terlepas anugerah tersohor itu daripada genggaman aku. Aku yang pada asalnya memang tak tahu menahu langsung, meraikan sahaja majlis. Tapi lepas dah habis majlis, masa on the way balik, baru aku dapat tahu aku yang patut naik pentas ambil anugerah itu.

Kahkahkah!

Aku cerita ni nampak macam aku tak puas hati eh? Bukan aku tak puas hati. Aku ok je. Hari keluarga orang nak suka-suka. Aku saja nak perasan. Anugerah paling hensem tu wei. Nasib baik aku tak menang betul-betul. Kalau tak, mampus aku melayan perasaan ini.

Perasan tahap dewa lah wei aku hensem. Kahkahkah!
_______________________________

Sebab tu aku masih percaya tak semua benda kita patut tahu. Better tak payah tahu.

Kalau tak betul pun, aku tak peduli. Aku nak perasan jugak. Kahkahkah!



p/s: Dah lama tak perasan camni. Dah lama tak belek jerawat depan cermin. Kahkahkah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...