Tuesday 8 May 2012

Teori yang salah

Assalamualaikum.


Aku perasan ada suatu perkara ini yang membuktikan kenapa perempuan Melayu tidak suka dimadukan. Walaupun aku tak kahwin lagi, aku tak berniat pun dari sekarang untuk memadukan isteri pertama aku nanti. Kahkahkah. Ayat pun dah nampak macam nak memadukan isteri. Sebab aku tulis isteri pertama.

Tak. Tak.

Sekarang memang aku tak berniat pun nak kahwin lebih dari empat. Silap. Lebih dari dua. Silap lagi. Lebih dari satu. Tapi masa depan siapa yang tahu. Kahkahkah. Maksud aku kat sini, bukanlah masa depan nanti aku akan kahwin dua ke tak. Maksud aku, entah-entah aku pun memang tak sempat kahwin. Siapa tahu kan?

Ok. Aku sebenarnya ada teori yang membuktikan kenapa perempuan Melayu ini tak rela berkongsi suami. Haha.

Teori aku mudah je. Aku tak pernah nampak (maksud aku sampai saat aku jumpa teori aku ni bulan lepas) gadis-gadis Melayu ini berkongsi apa sahaja milik diorang dengan gadis lain. Haa? Tak percaya?

Aku pernah tengok gadis Melayu kat sini (sini itu Maghribi) makan empat pinggan ayam. Empat pinggan ayam untuk empat orang. Bukan empat pinggan ayam untuk seorang gadis. Itu tengah sedih ke apa ke aku tak tahu. Lalu aku pun terfikir, kenapa tak empat orang gadis ini makan satu ekor ayam sahaja dalam satu pinggan? Sama je pun. Ayam kamil (baca: seekor ayam penuh tanpa potong kepada empat bahagian) harga lagi murah daripada harga empat bahagian ayam yang dibeli secara asing.

Ini agak menguatkan teori aku. Gadis Melayu tak suka berkongsi apa pun.

Aku tak sempitkan teori ini kepada gadis Melayu di sini sahaja. Lalu aku bertanya kepada kawan-kawan gadis aku yang lain. 

Gadis-gadis Melayu di Malaysia juga menguatkan lagi teori aku bahawa mereka tak suka berkongsi apa-apa pun. Sekecil-kecil perkara pun tak nak berkongsi, inikan pula suami orang. Kahkahkah!

Gadis Melayu di Malaysia sangat susah nak jumpa mereka yang berkongsi mesin basuh untuk membasuh pakaian. Walaupun baju takdelah banyak mana pun, tapi still tak boleh nak kongsi pakaian masing-masing dalam mesin basuh yang sama. Aku pelik jugak. Kalau sebab tak nak bau perfume kat baju bercampur-campur, macamlah kau jemur baju tu bau perfume tu melekat lagi?

Gadis Melayu agak sukar walaupun ada untuk berkongsi pakaian dengan gadis lain. Kalau kau tengok ada perempuan baju sama, aku boleh jamin ada antara gadis itu yang tak tahu pun dia ada pakai baju yang sama pattern dengan gadis lain. Untuk mengatakan gadis itu meminjam (berkongsi) baju dengan gadis lain, peratusannya sangatlah rendah. Kahkahkah!!

Ini amat berlainan dengan jejaka-jejaka Melayu yang dari kecil lagi sudah menunjukkan kemampuan untuk berkongsi dalam apa jua situasi. Misalnya, baju sukan yang sudah kepam baunya masih boleh bertukar-tukar pemilik. Masih boleh dikongsi bersama. Hahaha!!

Jadi, aku memutuskan bahawa memang dari kecil lagi gadis-gadis Melayu ini menunjukkan potensi bahawa mereka tidak suka berkongsi walau apa pun situasi. Sebesar-besar situasi pastinya soal suami. Kahkah.

Pada asalnya aku buat teori ini untuk semua gadis seluruh dunia. Tapi tak boleh. Salah. Teori ini hanya boleh diguna pakai untuk gadis Melayu sahaja. Sebab apa? Sebab aku mengalami satu peristiwa yang membatalkan teori aku ni terhadap gadis Maghribi. 

Aku pernah berjalan seorang diri dan kemudian datang pula kawan-kawan gadis kelas aku. Tiga orang. So, kami (aku seorang lelaki dan 3 orang gadis Maghribi) pun berjalanlah menuju ke kedai buku. Tengah sedap-sedap aku jalan penuh segan, tiba-tiba seorang gadis itu menghulurkan botol air strawberry. Aku terus tolak. 

Dia suruh juga aku minum. Aku pun ambil botol tu dan buat-buat minum. Dia gelakkan aku. Dia kata aku tak minum sebab tak nampak halkum aku bergerak. Cis. Kantoi bodoh je. Kahkah. Aku pun minumlah sikit. Seteguk. Dia tak puas hati, suruh aku minum lagi. Aku pun minumlah 2-3 teguk. Lepas tu aku pulangkan kat dia.

Lepas dia minum, dia pass kat kawan lagi sorang. Kemudian lagi sorang. Kemudian botol itu pusing kat aku balik. Aku terus pass balik kat gadis first yang bagi aku botol tu suruh dia habiskan. Dia pun tengok aku segan-segan, dia terus habiskan.

Jadi, terbatallah teori aku bahawa semua gadis di seluruh dunia tak rela berkongsi benda. Namun, muncul pula teori baru. Playboykah aku berkongsi minuman dengan gadis Arab? Kahkahkah!!!
_________________________________

Teori ini tidak melibatkan pendidikan ataupun pembelajaran. Sebab aku tahu, gadis-gadis Melayu sangat sayang-menyayangi dalam bab belajar-belajar dan akan berkongsi segala maklumat yang ada untuk berjaya bersama-sama.

Sila muntah beramai-ramai baca statement di atas. Kahkahkah!



p/s: Aku ada dengar ada golongan gadis yang tak boleh berkongsi maklumat dengan gadis lain. Dia tak boleh tengok gadis lain berjaya macam dia.

p/s2: Gadis Melayu Maghribi tak macam di atas. Budak Maghribi kena berjaya bersama-sama. Nanti boleh keluar rumah sama-sama, takde yang tertinggal. Ahaha!

1 comment:

NourlHousna Tawfiq said...

pasal botol air tu saya sangat setuju..
berkongsi air lelaki dan perempuan dengan selambanya.. kalau teguk tak kena mulut saya boleh terima, tapi memang diorang teguk direct dr muncung botol tersebut..hmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...