Saturday 16 June 2012

Fitnah berjalan dengan gadis pakai baju terdedah di dada

Assalamualaikum.


Tajuk entry serupa tajuk berita dalam akhbar Harian Metro. Kahkah!!

Tengahari itu panas terik. Matahari bermain sorok-sorok dengan awan. Kejap ada, kejap takde. Angin pun sama. Kejap sedap, kejap pahit. Angin pahit di sini bermaksud angin yang ada butiran pasir lalu butiran pasir itu termasuk ke dalam mulut. Ada juga masuk ke dalam lubang hidung lalu terbersin dengan kuat. Kekuatan bersin itu dapat dilihat berdasarkan keadaan pipi yang beralun, lebih epik lagi apabila ada lalat yang mati terpelanting apabila melintas lubang hidung itu.

Elok sahaja aku kunci basikal, aku cabut topi. Aku simpan topi dalam beg yang ada aroma bau roti sardin yang aku lupa nak makan. Aku beli roti sardin tengahari Selasa, tengahari Rabu baru aku tengok balik roti itu. Aku harap topi itu tidak berubah menjadi ikan sardin berdasarkan cerita dalam majalah Mastika.

Sedang sedap aku menarik-narik baju yang melekap pada belakang badan akibat peluh maskulin yang mengalir segan, aku didatangi seorang gadis. Gadis itu merupakan classmate aku. Dia ini merupakan seorang pelakon teater. Kira kalau kat Malaysia, dia ni pelajar Aswara. Aku tak pasti nama panjang Aswara ini apa, tapi macam pelajar akademi warisan dan teater macam tulah.

Sebagaimana tipikalnya gadis-gadis teater di Malaysia, begitulah hendaknya juga gadis-gadis teater di sini. Nak jumpa yang pakai tudung bukan senang. Kalau jumpa yang pakai tudung pun, belum tentu perempuan. Faham tak ni?

Oh, pertemuan aku dengan gadis ini bukan secara tidak sengaja. Seperti drama-drama tipikal Melayu yang terlanggar bahu, yang tertumpah ketam masak cili api di restoran, yang tersalah call then terus bercinta, yang mengintai jiran sebelah sidai pakaian, yang berselisih ketika berhenti di lampu isyarat, yang bertemu di kaunter bayaran buku, dan sebagainya lagi. See? Aku bukan sekadar tengok cerita Melayu. Aku kaji jugak.

Aku dah setting nak jumpa dengan gadis ini atas sebab nak tanya pendapat dia tentang bayaran yang munasabah kalau aku dipanggil untuk membuat persembahan solo. 

Untuk makluman, cikgu aku telah berpuas hati dengan prestasi aku setakat ini. Setakat lagu This Love dan She will be loved by Maroon 5 aku dah boleh pergi. Kau boleh dengar suara Adam Levine dalam lagu tu, then kau imagine suara aku yang lebih kurang dia. Memang tak sama, tapi ada unsur-unsur itu. Ini ayat cikgu aku. Kalau kau cakap dia penipu, kau memang derhaka. Sila minta maaf dengan cikgu aku.

Dari tempat parking basikal, aku berjalan dengan dia menuju ke kelas. Jarak yang diambil adalah sekitar 3 minit. 3 minit ini bukanlah tempoh yang pendek. Lagu Gemuruh Faizal Tahir pun ngam-ngam tiga minit. 

Disebabkan dia ini gadis Aswara yang tipikal, maka pakaiannya pun tipikal gadis-gadis teater lah. Dadanya memang tak bertutup. Sudahlah tidak bertutup dengan tudung, dadanya juga memang terdedah tidak tertutup
dengan baju yang dipakainya. Tak payah bayang lebih-lebih. Kau tengok artis perempuan Malaysia macam mana, macam tu lah dia.

Oh, dia ni tinggi aku je. Tapi dia jadi lebih tinggi sikit daripada aku sebab dia pakai heels. 

Masa dia cakap, aku pandang depan. Kira aku tadah telinga aku supaya dengar dengan lebih jelas. Masa aku cakap, baru aku pandang muka dia. Kang aku cakap pandang depan, dia kat sebelah, aku cakap lain dia dengar lain. Kira kau boleh bayang kepala aku macam mana. Badan straight ke depan, kepala goyang tepi depan tepi depan.

Tapi disebabkan matahari yang terik, tambah pulak dengan aku dah cabut topi, aku memang tak boleh nak hadap muka dia direct sebab silau. Aku dah macam Chinese pun ada sebab kecilkan mata tapi jadi hodoh lah. Chinese putih, aku gelap.

Disebabkan aku tak boleh nak hadap muka dia, aku tundukkan sikit kepala. Di sinilah fitnah bermula.

Apabila muka aku tak dapat nak hadap muka dia, aku tundukkan kepala sebab silau. Bila aku tunduk kepala, muka aku dah menghadap kawasan dada dia yang terdedah tu. Dengan keadaan mata aku yang stay pandang mata dia, aku memang tak pandanglah kawasan terdedah itu secara fiziknya sebab mata aku memang tepat tengok mata dia.

Namun, sepanjang perjalanan kami ke kelas, tangan dia sibuk tarik kolar baju supaya dapat tutup kawasan dada yang terdedah itu. Kau bayangkanlah betapa awkward dan annoyingnya aku rasa sepanjang tiga minit menuju ke kelas itu. Dah macam aku menodai gadis itu.

Namun, ini bukan kes pertama aku. Cuma ini kes pertama yang mellibatkan classmate dan perempuan yang betul-betul ada di sebelah dan bercakap dengan aku. kes pertama di sini
_____________________________________

Musim panas memang cabaran gila di sini. Harga barang semua naik. Darah cepat je naik nak memaki. Hanya iman dan taqwa sahaja pendinding diri.  (bentang sejadah sujud sambil pejam mata)



p/s: She will be loved susah sikit nak cover daripada This Love.

1 comment:

Anonymous said...

ni ok lg..tau segan sikit
yg jenis terdedah dan bangga?
selisih malaikat 44

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...