Tuesday, 25 January 2011

situasi - bangfes

Assalamualaikum.

Situasi 1:

Najib seorang pelajar yang kuat ponteng kelas. Satu sekolah mengetahui kepakaran dan kehebatan serta kehandalannya dalam bidang ponteng kelas. Menyamar sebagai tukang kebun sebelum meloloskan diri menggunakan basikal tukang kebun, buat-buat tolong angkat kotak susu sebelum melompat naik ke dalam lori susu dan keluar sekolah dengan jayanya. Menyamar sebagai jurujual yang kemudian dihalau dari kawasan sekolah.

Setelah dinasihati oleh kekasihnya, Rosmah, dia telah berubah sepenuh hati. Dia menjadi seorang pelajar yang rajin. Cikgu-cikgi sudah bosan melayan keaktifan Najib dalam kelas. Semua soalan dia nak sapu sorang. Sehingga pada suatu hari Najib dilihat makan di gerai cendol bawah pokok mangga ketika sesi persekolahan belum tamat.

Cikgu disiplin terus menamparnya di situ sehingga cendol yang berada di dalam mulutnya terkeluar melalui mata dan telinga. Begitu padu dan kencang tamparan itu.

" Kalau dah kaki ponteng tu, sampai bila-bila memonteng kerjanya. Hangat-hangat taik tenggiling.."

bertubi-tubi maki hamun dihambur kepada Najib.

" Cikgu, hari ni kan PMR. Saya form 2 memanglah cuti. Bukan saya ponteng pun. Cikgu ni kenapa? See you in court.."

Najib terus duduk dan order semangkuk lagi cendol tanpa memandang cikgu disiplinnya yang sedang dalam kemaluan. Sambil makan, Najib merenung nasib diri. Kisah silamnya sukar dipadam. Masih bersisa. Dirinya seorang kaki ponteng.

Situasi 2:

Jamil seorang pencuri tegar. Satu kampung dah tahu dia memang kaki copet punya orang. Tapi tiada bukti. Jadi, kepakarannya sangat dibenci orang kampung kerana perbuatannya sangat licik. Spender ketua kampung pun dicurinya lalu dengan cepat dia cop namanya atas spender itu lalu mengatakan itu spender Hugo Boss  miliknya yang dibeli di Kolumpo.

Suatu malam, dia telah bermimpi spender itu menjerut lehernya. Dia jadi lemas kerana bau spender ketua kampung itu amat memualkan. Spender itu berkata,

"Pulangkan, pulangkan, pulangkan.... Aku tak ingin berada di lembahmu... Aku milik Pak Din (nama sebenar: Muhyidin, merangkap ketua kampung).."

Sejak itu, Jamil berubah. Dia tidak lagi menjadi seorang pencuri. Kini dia ada hobi baru. Hobi bawak balik binatang-binatang yang sesat dalam kebun getah belakang rumahnya. Kemudian dia akan bertanya kepada orang kampung kalau ada siapa-siapa hilang binatang belaan, boleh tuntut daripadanya selepas solat Maghrib.

Oh, Jamil juga sudah menjadi ahli surau.

Pada suatu hari, Jamil terjumpa seekor kucing Parsi yang sesat di kebun getah. Dia pun mengambil kucing itu lalu dibawanya pulang ke rumah.

Kelekang!!!

Tersungkur Jamil ke tanah. Osman, pemilik kucing itu menghayun batang paip tepat ke arah kepala Jamil. Jamil dibelasah bertubi-tubi kerana mencuri kucing Parsi Osman.

" Kalau dah dasar pencuri tu, memang macam tu jugak. Semua kau nak rembat..."

Osman berlalu sambil dicakar oleh kucing Parsinya. Osman melambung kucing itu lalu melakukan jap tepat ke arah rusuk kucing itu. 

Jamil bangun perlahan-lahan dan menangis. Masih ada lagi orang memandang dirinya sebagai pencuri kelas B walaupun dia telah lama meninggalkan dunia itu. Dia menangis sehingga tak sedar satu bekas getah dah penuh kat rambut dia. Dia tak perasan dia landing bawah bekas getah masa jatuh tadi.
_______________________________________

Bagi sesiapa yang ada kisah silam, even dah berubah, masih ada cakap-cakap yang mengatakan dia masih begitu, begini.

At the end, rasa semua benda buat tak kena sebab orang still akan fikir benda lama yang kita pernah buat.





p/s: Lantaklah. Kalau asyik nak fikir orang, sape pulak nak fikir diri sendiri?

1 comment:

aku.hamba.abdi said...

biasalarh tuh.org mmg susa tuk lpekn kesalahan kita....bila kita wat baek nmpak plik plak...tapi rilek je larh..kate nak berubah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...