Tahun 2002.
A2.2. Ni dorm aku. Ada 17 orang. Masa ni aku form1. Tiada konsep asabiah diamalkan. Budak form1-form5 semua bermastautin dalam dorm A2.2.
Katil aku jauh dari kipas. Tapi betul-betul depan tingkap. Tingkap aku betul-betul atas dewan makan. Dewan makan betul-betul sebelah tapak kutipan sampah. Angin pagi selalu buat aku jadi pelajar dungu dalam kelas. Betul-betul bebal aku cakap.
Malam tu malam Sabtu. Aku tertidur awal. Penat bersukan di petang hari. Peluh mencurah-curah bagaikan tiada henti. Dengan hormon testosteron yang begitu subur, ditambah pula dengan peluh jantan yang tiada bau arbok, maka tak hairanlah wajah aku masa form1 ada jerawat.
Orang kata, lelaki ada parut jerawat ni cool. Tak jambu sangat. Tak nangka sangat.
Tiba-tiba aku terjaga. Sejuk. Satu anugerah yang amat bernilai. Ada angin malam yang berhembus. Rasa nyaman sebentar sahaja sebelum bau sampah
Lega. Proses perkumuhan aku berjalan lancar. Tiada tanda-tanda kanser prostat. Alhamdulillah. Aku sihat. Aku baca doa keluar tandas dan mengeluarkan kaki kanan lalu memijak lantai koridor. Aku balik semula ke dorm.
Aku terpandang seorang senior. Dia pun pandang aku. Dia dekat tangga tingkat 1. Muka dia tiba-tiba pucat. Dia naik tangga 2 langkah sahaja. Besar gila kangkang dia. Nasib baik lelaki. Kalau perempuan, tak dapat la nak buat camtu. Tidur pakai kain batik kau nak kangkang besar? Memang buat nahas je la.
Dia terus masuk dorm dia. B2.1. Betul-betul sebelah tandas aku masuk tadi.
"BAM!!!" pintu dorm dia tutup padu.
Dia intai aku dari tingkap dorm dia. Aku jalan perlahan-lahan dan berhenti depan pintu bilik dia. Sebagai junior yang kudus lagi jurus, aku kena buat baik. Malas pulak kalau kena cabut bulu ketiak pakai gigi.
" Assalamualaikum, bang. Saya Azim. Budak dorm depan," aku memperkenalkan diri di tengah malam yang dingin dan berbau sampah.
" Waalaikumussalam. OOOOOOOOOOOOO. Kau! Aku ingat hantu mana tadi. Dah lah kecoh ada hantu kat asrama ni," senior tadi terus tutup tingkap. Aku teruskan perjalanan balik ke dorm.
_______________________________________________
Hanya berbekalkan bedak sejuk, aku dah mencipta satu fenomena seram di asrama. Selama ni ada khabar mengatakan ada hantu putih jalan dari tandas dan menghilang di dorm A2.2.
Malam tu baru aku tahu. Akulah hantu tu..
p/s: dulu aku tak layan garnier for men, olay, SK2, and so on. Sebagai teruna Melayu yang naif ketika itu, aku hanya guna bedak sejuk untuk ditepek pada jerawat di wajahku.
7 comments:
Whoaaaa, hantu mudaaaa lahhh! ;) Haha Perangai ape kau nih pakai bedak sejukkk? Haha
hahha..abg azim sampai fom5 pakai bedak sejuk..rahsia awek muda katanya..haha
@ Hasan: perangai berjimat. tak macam kau. pakai apa ntah aku pon tak tahu.
@hatta: kantoi pulak. lupa plak aku still pakai masa form5. ni kalau ada pompuan sambest baca, kantoi sudah bah!!
kantoi suda....=P
haha..mmg dah kantoi dgn eden... eden wanita sambest..ewah..wanita tu tak menahan =p
aduhai azim...memg ko le hantu 2...hak3
aku satu dorm ngan ajim kot dulu
Post a Comment