Wednesday 30 November 2011

Pagi di masjid

Assalamualaikum.


Suasana di dalam masjid pada pagi itu betul-betul menusuk kalbu. Aku melangkah masuk ke dalam masjid dengan kaki kanan dan doa masuk masjid, " Allahumma ftahli abwaba rahmatik..". Setelah solat sunat tahyatul masjid, aku sambung duha 2 rakaat. Lepas salam, aku duduk bersandar di dinding.

Aku lihat ruang solat memang kosong. Jam baru 10 pagi. Keadaan macam ni memang sesuai nak study. Aku keluarkan nota dari beg. Nota yang dah serupa pembalut nasi lemak layaknya aku susun semula satu persatu.

Dari mula aku salin nota, sampai saat itu, itulah kali pertama aku lihat kembali nota itu. Ciri-ciri pelajar yang cemerlang adalah bersedia paling kurang seminggu sebelum tarikh peperiksaan. Aku hanya melihat nota itu sehari sebelum peperiksaan. Maka, aku bukan pelajar yang cemerlang.

Setelah kerja-kerja penyusunan nota selesai, aku mula membaca nota itu. Tulisan yang pelbagai bentuk itu menggambarkan emosi dan keadaan aku yang tidak stabil ketika di dalam kelas.

Ada tulisan yang sangat pekat dan berbekas tulisannya. Seperti tulisan itu ditekan-tekan. Mungkin aku tengah tertekan kelaparan ketika itu.
Ada tulisan yang condong ke kiri. Mungkin aku sedang meneleng kepala ke kiri sebab sakit tengkuk salah tidur.
Ada tulisan condong ke kanan. Mungkin aku sedang usha ke luar tingkap belah kanan buang tahi mata.
Ada tulisan tegak. Mungkin aku tengah duduk tegak penuh fokus akibat taknak bagi kentut berbunyi.

Sedang aku enak memuji tulisan sendiri yang amatlah buruk rupa parasnya, hinggap seekor lalat ke atas kertas aku itu. Untuk pengetahuan am anda, lalat di sini sangatlah lembapnya.

Jika dibuat perlumbaan 4x400m   terbang berganti-ganti, antara lalat Morocco dengan lalat Malaysia, adalah seperti tatkala lalat Malaysia telah sampai ke garisan penamat, manakala lalat Morocco baru sahaja berganti baton kepada penerbang kedua.

Lalat itu mati serta-merta setelah aku menepuknya sehingga mati terpenyek di atas nota. Jasadnya betul-betul di atas huruf Nun, membuatkan titik huruf Nun itu lebih tebal daripada biasa. Macam bold.

Aku sambung membaca nota. Daripada bersandar, aku melunjur kaki. Kemudian mengiring. Kemudian baring. Kemudian meniarap. Kemudian berjalan-jalan.

Tengah sedap aku baca nota dan maklumat masuk macam air, aku terganggu dengan bunyi gelak tawa yang agak tahi juga bunyinya. Dalam masjid gelak serupa itu, gelak yang tak cover langsung memang betul-betul tahi. Aku syak gelak itu datang dari tingkat atas. Tingkat muslimat, golongan makcik-makcik Arab.

Aku diam dahulu. Mungkin ada makcik yang sekadar buat lawak Maharaja Lawak Mega. Confirm gelak tak lama. Tapi aku silap. Aku rasa makcik tu buat lawak standard Sepah match up dengan Jozan. Sebab jenis gelak sambil air liur terpercik jatuh dari atas dan menitik ke atas nota aku.

Aku terus naik ke atas. Selepas bagi salam, aku ketuk pintu ruang solat Muslimat. Manalah tau ada makcik Arab tengah lilit tudung style Hana Tajima. Aku perkenalkan diri sebagai pelajar dan meminta makcik itu untuk senyap sebagai menghormati masjid.

Tiba-tiba beberapa orang makcik Arab tidak berpuas hati dengan teguran aku lantas memarahi aku. Jenis marah yang sampai tangan sekali naik. Pergerakan tangan mereka lebih kemas daripada Karam Singh Walia. Aku tidak mampu berdiam diri.

Aku pun bertikam lidah dengan makcik-makcik itu sehingga ada seorang makcik datang ke arahku dan melempang pipi aku. Sebagai jejaka Melayu, aku tidak diajar untuk berlaku kasar ke atas wanita, lebih-lebih golongan makcik-makcik itu.

Namun, aku berpijak di tanah Arab. Aku tinggalkan prinsip jejaka Melayu itu. Aku menolak makcik itu. Makcik itu jatuh terduduk dan menangis. Aku serba salah lantas cuba mengangkat makcik itu. Demi sahaja aku menarik lengannya, dia pantas merentap tangan aku dan aku jatuh tertiarap.

Makcik-makcik lain datang join dan menggomol aku keseorangan. Maksud aku, mengganyang aku yang hanya berbekalkan sebatang pen hitam yang aku buat garu belakang badan bila jari tak sampai. Aku dicampak dari tingkat atas ke bawah. Aku landing tepat-tepat atas nota aku tadi.

Ok, sebenarnya siak masjid sound je makcik tu dari bawah lepas terdengar makcik-makcik tu memekak kat atas. Macam buat karaoke warga emas gamaknya. Dia cakap ada orang nak study. Jangan bising.

Orang itu adalah aku. Aku rasa seperti pelajar cemerlang sebentar ketika itu.
_________________________________

Masjid itu best. Ada balang air yang banyak. Aku selalu minum sampai senak pundi.

Belajar di masjid adalah sangat efektif. Bagi aku lah.



p/s: Siak itu pernah suruh aku jaga masjid sebab dia nak keluar. Aku jaga sungguh-sungguh, sampai aku terjaga bila siak tu balik.

Saturday 26 November 2011

Tak baik tipu

Assalamualaikum.


Petang itu sedap-sedap macam sedap makan cendol tengah panas. Ada orang belanja. Lagi sedap bukan?

Oh, aku bukan nak cerita pasal cendol. Aku nak buat gambaran sedapnya petang itu.

Ok, sambung cerita.

Aku berjalan seorang diri di tengah-tengah keriuhan mahasiswa yang bersepah-sepah di tengah halaman universiti. Ketika itu musim panas. Memang meriah halaman ni. Tiada satu inci tanah pun yang kosong melainkan dipenuhi oleh mahasiswa yang membawa tikar sambil berkelah.

Berkelah sambil stadi. Itu rahsia bagaimana sebahagian pelajar di sini gagal untuk gagal.

Aku melangkah penuh hati-hati. Silap langkah aku akan terjebak dalam kesesakan yang maha dahsyat. Musim panas. Aku tak sanggup nak berkongsi peluh dengan orang lain. Dia punya geli macam kau geli nak lipas masuk kau punya seluar. Naik sampai ke peha. Kalau tak geli kau memang boleh gesel-gesel belakang badan dengan mereka.

Aku melencong ke laluan yang agak lengang. Tenang. Relax. Nak jalan terkangkang ke, terkinja-kinja pun tiada masalah. Tiada seorang umat pun.

Tiba-tiba aku terlihat sekawan anak anjing di bawah rimbunan pohon. Comel. Saling menyalak-nyalak kecil. Lapar barangkali. Ibunya entah ke mana. Bapa usah ditanya. Contoh bapa yang tak bagus.

Seorang mahasiswi berlari-lari girang mendapatkan anak anjing itu. Aku syak dia lihat aku jalan gaya Aziz Satar dalam cerita Ali Baba Bujang Lapuk. Gaya orang kaya baru. Mahasiswi itu duduk lalumembelai-belai anak-anak anjing itu. Muka gadis itu sungguh gembira. Persis anak kecil dapat Tutti Fruitee. 

Sekonyong-konyong ibu anjing tadi muncul entah dari mana dan menerkam mahasiswi tadi. Aku tak sempat untuk berlari menyelamatkannya. Ibu anjing tadi seperti selepas minum kopi Kacip Fatimah. Mahasiswi tadi diseret sejauh hampir 5 meter.

Aku terus berlari ke arah mahasiswi itu dan menyepak ibu anjing itu. Ibu anjing itu tercampak dan patah gigi susu. Aku bergegas mengangkat mahahsiswi tadi dan menuju ke halaman universiti. Walaupun mahasiswi itu agak berisi dan berat, aku gagahkan juga melangkah. Jejaka Melayu mesti setanding tenaga Arab.

Beberapa mahasiswa yang melihat aku segera menyambut mahasiswi tadi setelah wajahku biru menahan nafas. Aku terduduk mengah. Mereka menghulurkan aku air. Aku minum dengan sopan. Adat Melayu harus dipertahankan.

Ambulans tiba dan aku disuruh untuk naik sekali kerana aku adalah saksi utama dalam kes ini. Di dalam ambulans, gadis itu tiba-tiba menggenggam erat jari-jemariku. Tahi hidung yang aku korek tadi sudah berpindah tangan. Lantak kau lah.

Ok. Aku tipu.

Sebenarnya ibu anjing tadi hanya berlari kencang dan melompat ke arah mahasiswi tadi lalu mahasiswi tadi lari lintang-pungkang sehingga tersungkur menyembah Bumi. Bibirnya tepat menjunam ke arah tebing jalan dan terbelah. Darah memancut-mancut membasahi halaman yang indah itu.

Ok. Aku tipu lagi.

Selepas dijerkah oleh ibu anjing tadi, mahasiswi tadi mengamuk dan memukul ibu anjing tadi sampai mati akibat melatah yang sangat teruk.

Ok. Ini pun aku tipu.

Sebetulnya mahasiswi tadi meletakkan kembali anak anjing itu di bawah rimbunan pokok dan ibu anjing tadi kembali bersama anak-anaknya berteduh daripada panas matahatri.
__________________________________

Aku tengah pening kepala. Entri ini pun aku peram dekat 4 bulan. 

Orang sini main anjing macam main ayam katek. Lantak diorang.


p/s: Aku bengang dengan anjing jiran aku. Memekak sampai pekak telinga aku. 

Friday 25 November 2011

Ayum a.k.a Inggun

Assalmualaikum.


25 November 2011. Hari ini hari lahir adik bongsu aku yang ke16. Maknanya dia lahir pada tahun 1995. Dilahirkan di hospital yang sama dengan aku, adik perempuan aku, dan ayah aku. Kami hanya 3 beradik sahaja. Antara aku, adik perempuan aku, dan dia, semua selang 3 tahun.

Nama dia Abdul Qayyum pun aku yang bagi. Ayah aku pulak setuju sebab ayah aku cakap gabungan nama yang ada dalam Ayat Kursi. (* bentang sejadah sambil tasbih bergerak)

Masa dia lahir, aku menangis teruk gila. Ya, aku ingat sampai sekarang sebab aku tak mengaku dia adik aku. Muka macam Cina. Sepet gila. Padahal memang mata tak terbukak langsung. At last, aku boleh terima kehadiran dia dalam rumah. (*ayat macam adik tiri padahal adik kandung).

Dia ada tanda lahir di dahi. Sangat jelas. Sekarang dia dah besar. Tanda lahir itu pun dah mula pudar.
________________________

Cerita banyak pun tak guna. Layan video ini sudah. ----> sila cepatkan sehingga minit ke 11:12

Nak layan video penuh pun boleh. Tapi watak adik aku start minit ke 11.



p/s: Kalau rasa muka aku poyo, muka adik aku poyo ke tak?

Wednesday 23 November 2011

Boleh rasa sendiri

Assalamualaikum.

" Saya ikhlas ni. Betul.."

Apa kayu ukur yang boleh digunakan untuk menentukan keikhlasan seseorang?

Kalau tanya aku, aku jawab tiada. Jawapan ALLAH adalah sangat random dan tidak membuka ruang perbincangan yang menarik jika hendak menyebarkan agama Islam.

Ikhlas.

Ada Tadika Ikhlas. Ada kelas bernama Ikhlas. Macam aku. Aku kelas 6 Jujur, tapi sebelah kelas aku adalah kelas 6 Ikhlas.

Ikhlas itu kau sendiri boleh rasa. Macam mana kau rasa itu aku tak tahu. Masing-masing ada 6th sense sendiri. Tapi kalau tanya aku, aku pernah tahu apa itu erti ikhlas. Ikhlas nak tolong orang. Memang betul-betul nak tolong sampai rasa rugi atau menyesal tak tolong orang. Bila dah tolong rasa happy.

Dan bila tiada ikhlas dalam apa kau (aku pun sama) buat, kau tak akan dapat rasa dalam masa terdekat. Kau akan sedar sendiri pada masa akan datang. Kau akan sedar kau tak ikhlas bila kau asyik teringat atau terkenang apa kau buat.

Terkenang bukan sebarang terkenang. Terkenang dan tersenyum-senyum seorang diri. Tak. Itu mengelamun. Lain.

Kau akan sedar kau tak ikhlas bila kau tak dapat apa yang kau harap kau akan dapat. Kau akan rasa sesuatu yang tak enak bila kau tak ikhlas.

Lihat sahaja jika ada bapa atau ibu yang tak ikhlas membesarkan anak-anaknya. Jika anak-anak itu membesar menjadi bukan seperti yang diharapkan, kau sendiri boleh bayang apa akan berlaku. Macam-macam benda diungkit. Anak tak kenang budi, anak tak guna, anak buat habis beras.

Sama juga halnya dengan guru atau sesiapa sahaja, termasuk aku. 

Sejujurnya, aku juga pernah merasa tak ikhlas.Sebab aku bekas pelajar 6 Jujur. Ok, tak lawak. Sebab itu aku cakap, kita boleh rasa sendiri. Apa itu ikhlas. Bila masa kau betul-betul ikhlas, bila masa kau mula-mula ikhlas, lepas tu jadi tak ikhlas, bila awalnya kau tak ikhlas, tiba-tiba jadi ikhlas, atau memang tak pernah ikhlas sekalipun.
_____________________________

Kalau betul-betul ikhlas, memang betul boleh rasa.

Rasa itu bukan rasa yang biasa, rasa itu datang dari dalam. Dalam itu bukan dalam yang biasa, dalam itu terbit tanpa dipaksa.


p/s: Kelas 6 Jujur adalah kelas paling akhir. 6 Ikhlas kedua akhir. Aku penolong kelas 6 Jujur S.R.A.I 19 Shah Alam tahun 2001.

Tuesday 22 November 2011

Batu

Assalamualaikum.

Apabila diasak atau diprovok, aku cuba untuk respons namun gagal. Kegagalan aku untuk respons terhadap provokasi menyebabkan provokasi itu datang berulang-ulang. Satu kali aku diprovok, satu kali aku tak respons. Dua kali diprovok, aku masih seperti itu.

Dan selama aku menulis blog ini, entah berapa kali aku diprovok pun aku tak tahu. Mungkin bukan provokasi, aku sahaja yang beranggapan demikian. Ataupun betul itu provokasi, tapi sebab aku tak respons, maka, begitulah seterusnya.

Diprovok. Dan diprovok. Dan diprovok.

Sebetulnya aku masih trauma dengan kisah silam aku. Bagaimana tatkala aku membalas respons terhadap provokasi aku suatu ketika dulu. Darah panas memang mengalir dalam badan aku. Begitu mudah aku menumbuk orang. Dulu. Dulu.

Lidah yang tak bertulang ini. Dekat dengan otak, jauh dengan hati. Apa yang terlintas, aku sembur tanpa fikir orang. Ya! Masih begitu sekarang ini. Cuma aku dapat rasa dah kurang menyembur seperti dulu. Sebab aku dapat rasa degupan jantung aku berdegup kencang dan padu ketika menahan lidah daripada menyembur seperti dulu.

Aku cuma berharap, aku boleh kekal sebegini. Maksud aku, kekal tanpa respons. Datanglah sejuta provokasi sekalipun, aku doa aku masih diam membisu. Menutup mulut dan hati. Aku takut. Aku cuak. Bayangan kisah silam itu tak pernah luput.

Namun, jika sampai satu masa, aku merespons terhadap provokasi yang menjelma, aku harap aku hanya akan bersin sahaja. Itu sahaja aku mahu. Bersin sekuat hati.
____________________________

 Bila bertubi-tubi datang, aku hanya berdiam-diam membatu.

Datanglah lagi, aku masih boleh membatu. Membatu. Dan membatu.

Sebab aku adalah batu. Batu yang terhakis dengan derasnya air, batu yang pecah dengan kuatnya hentakan, dan batu yang mampat dengan padatnya tanah.


p/s: Bersin aku pernah didengari sejauh 50m.

Bukan Roda Impian

Assalamualaikum.

Hidup ini betul-betul macam roda. Tak kisahlah roda apa pun.

Kadang-kala kita di bawah.
Di atas.
Pecah. Pancit. Bocor. Tercabut. Patah rim.

Semua itu perjalanan hidup. Tika ini hidup aku mungkin sedang pancit. Belum nak bocor sampai kempis. Itu pun kalau aku berusaha nak pam semula hidup aku. Kalau aku biar pancit, sampai masa boleh pecah getah dan patah rim.

Roda itu bukan sekadar roda. Ada break yang akan kawal pergerakan hidup kita. Mungkin kita terlalu laju bergerak sampai hampir langgar sesuatu. Break itu yang jadi penyelamat. Lambat laun break itu akan haus dan tak mampu nak kawal pergerakan hidup kita.

Tika itu kalau tak ganti dengan break baru, boleh jadi aku akan langgar apa saja tanpa aku kisah, hingga sampai saat aku jatuh akibat kelajuan hidup yang tidak terkawal. Jika luka masih boleh sembuh. Kalau mati?

Roda juga ada rantai. Tanpa rantai, mana mampu roda bergerak bukan? Rantai karat tak berminyak, lama-lama roda tak boleh bergerak. Rantai ini penggerak roda. Kita perlu minyakkan roda sentiasa agar melancarkan pergerakan roda.

Roda mahal umpama roda basikal fixie sekalipun, tanpa rantai, apalah nilai pada basikal fixie bukan? Kau beli tayar warna magenta sekalipun, tanpa rantai yang kotor berminyak itu, fixie itu umpama fish fillet sahaja lagaknya.

Roda itu berkait dengan rantai dan break.

Hidup ini berkait dengan pegangan dan peringatan.
___________________________

Aku suka sebut slow-slow kayuh. Sebab senang nak break. Laju sangat takut terlepas simpang.

Bila di bawah, kau akan mengaduh dan mengenang nasib ketika kau di atas. Bila di atas, kau lupa kau pernah berada di bawah sehingga terjatuh semula ke bawah.



p/s: Basikal yang aku selalu naik dah rosak. Sekarang kena jalan kaki. Makin senang lapar musim sejuk ini.

Saturday 19 November 2011

Bridge (bukan jambatan)

Assalamualaikum.


Aku memang suka layan lagu. Aku punya habit yang agak teruk adalah masuk toilet pun bawak henfon sekali. Layan lagu sambil buat macam-macam 'aktiviti' dalam tandas. Macam-macam lagu aku layan.

Lagu Melayu sudah tentu.
English songs of course.
Lagu Arab sikit-sikit.
Lagu Hindustan boleh lah.
Lagu Korea tak berapa sangat.
Lagu Jepun hanya yang berkaitan dengan manga.

Bila aku dengar lagu, aku tak suka seni kata yang tak meleret dan merapu sangat. Seni kata ni selalunya adalah lagu genre indie. Idea jelas, tak rasa awkward nak hadam lirik dia, fikir berat sangat. Dengar lagu untuk relax, bukan semak kepala.

Aku juga tak fokus sangat part chorus.Aku akan fokus part bridge. Sebab bagi aku, keunikan sesuatu lirik tu bergantung kepada bridge. Bridge ni selalunya lepas part chorus but before ending. Ada juga bridge letak as final touch, means it is the final in the lyrics.

And of course, most of Malays' songs lack of this. I mean, the bridge that I looking forward. Except Penakut by Yuna. I like her touch. Err, I mean the way she express the song through the bridge.

Another one is of course, Stereo Heart by Gym Class Hero feat Adam Levine ( Maroon 5). The bridge is quite straight. Another things about this song is the metaphor that's been used in this song was very amazing. I am quite impressed the way the lyrict describes the heart with the stereo.

Jadah lah aku speaking malam-malam ni ha? Adoyai. Tapi betul. Memang aku layan lagu bukan sebab best semata-mata. Memang aku dengar betul-betul bridge lagu tu.
_________________________

Bridge Penakut boleh refer sini. ---->  minit ke 3:57

Bridge Stereo Heart boleh refer sini. ----> bridge



p/s: Aku bukan mode jiwang malam ini. Tidak. Cuma bahasa itu kalau pandai disusun, memang indah. Seperti kata-kata Pak Samad. Cuma aku tak minat sastera.

Jerawat

Assalamualaikum.

Dulu masa aku sekolah menengah, aku diserang jerawat yang sangat teruk. Jerawat itu muncul dengan rakusnya di bahagian pipi kanan dan kiri. Sampai orang panggil aku traffic light merah bergerak. Dari jauh pun dah nampak warna pipi aku merah masa berjalan.

Merah bukan sebab blusher. Nope. Tapi merah sebab jerawat lah.

Bagi nak sedapkan hati yang tak berapa sedap, aku peganglah kata-kata yang agak bangang juga bila aku ingat balik, " Lelaki tanpa jerawat ibarat bola tanpa angin..".

Kalau tengok balik gambar-gambar aku masa sekolah menengah, macam ada guli merah atau gula-gula smarties warna merah melekat kat pipi aku. Padahal itu jerawat. Jerawat yang buat hati jadi gawat dan muka kelihatan ketat.

Jerawat ini agak hilang ketika aku melangkah ke tingkatan tiga. Aku mendapat kertas kecil yang diselitkan di dalam buku sejarah. Bukan sebab aku rajin baca buku sejarah. Tidak. Salah. Nehi. Tapi mungkin pengirim nota itu nampak bahawa aku selalu jadikan buku sejarah sebagai bantal di atas meja untuk tidur.
*(Buku sejarah adalah buku yang tertebal ketika itu)

Aku telah terpengaruh dengan ajaran sesat lagi menyesatkan bahawa jika tidur di atas buku, segala input akan masuk melalui helaan nafas yang disedut ketika tidur. Aku lupa yang nafas itu melibatkan proses sedut dan hembus. Banyak mana kau sedut, banyak tu lah kau hembus. At last, satu apa pun tak lekat dalam kepala.

Oh, nota itu berbunyi, " Jerawat kat pipi kau dah makin hilang. Tahniah. Tambah dengan spec frameless, kau nampak lebih educated.."

Ya, selama aku berjerawat, aku memang kelihatan seperti pelajar kelas pemulihan akhlak. Bangang lagi membangangkan. Masa jerawat, aku tak pakai spec. Elok lepas jerawat aku makin elok, which is aku sendiri pun tak perasan, tiba-tiba aku kena pakai spec.

Masa aku berjerawat teruk dan tak pakai spec, takde pun apa-apa nota bagi kat aku cadangkan produk kecantikan ke bagai. Dah kacak baru nak bagi note?

_________________________________

Muka aku memang ketat. Dulu, kini dan selamanya (mungkin).

Bukan seorang dua yang kata nak lempang muka aku, bukan juga 20 atau 30. Tapi lebih 100.

Muka aku memang muka minta tapak. Apa-apa tapak pun boleh.



p/s:Muka aku sekarang ada parut jerawat. Dan aku bukan kategori lelaki kacak. Sekian.

Friday 18 November 2011

Dah lama tak dengar.

Assalamualaikum.


Aku dah lama gila tak dengar nasyid. Sangat lama rasanya. Sejak Ustaz Asri Ibrahim, vokalis kumpulan Rabbani kembali ke rahmatullah, aku makin tak into dengan nasyid.

Tapi ada satu kumpulan nasyid ni, dari aku darjah tiga sampai sekarang aku masih boleh lagi layan nasyid-nasyid yang dibawakan.

Kumpulan nasyid ini adalah satu-satunya kumpulan yang aku pergi konsert mereka. Dari mula sampai habis aku duduk penuh khusyuk. 


 
  
Sekarang aku tengah layan lagu ini. Semua ini berpunca daripada roomate aku.
____________________________
At least ini mungkin boleh jadi batu loncatan untuk aku dengar kembali nasyid.



p/s: Aku sekarang memang tengah layan dua buah lagu English. Satu aku suka metafora lirik dia. Lagi satu aku tak nampak kaitan tajuk lagu dia dengan lirik dia.

Wednesday 16 November 2011

Bila dimarahi ketika selsema

Assalamualaikum.


Tahun 2010 @ Rabat
Musim sejuk

Minggu itu sejuk makin mencengkam. Kepala rasa beku menyebabkan proses berfikir menjadi sangat lembab. Nak kira satu campur satu pun boleh salah. Aku berjalan laju bagi memanaskan badan. Ustazah ini punya gaya, sesiapa yang masuk selepas dia masuk, masuklah kau ke neraka.

Kelas dia bermula pada pukul 11am. Aku telah mengharungi tempoh kelas yang saangat panjang pada hari itu.

8-9:30: Kelas Saraf.
9.30-11: Kelas Arud qafiah
11-12:30: Kelas Sastera.

Selepas 3 jam mengharungi suhu yang sangat sejuk,  tepat jam 11am, proses perkumuhan berlaku. Aku terpaksa menunggu ustazah itu masuk terlebih dahulu sebelum meminta izin untuk keluar.

Ya! Dia datang, dengan lenggang-lenggoknya.

Sebelum dia melangkah masuk, aku terus minta izin. Bagi dia cam muka aku betul-betul, aku setting muka paling suci agar dia benarkan aku ke tandas.

Permission accepted.

 Minggu depannya...

Disebabkan kesejukan yang amat membekukan, aku menghidap selsema yang agak kronik. Dia punya kronik sampai lubang hidung aku bukan warna hitam. Malah menjadi warna hijau daun pokok pisang. Hingus penuh.

Aku tunggu dia lagi.

Buat proses yang sama dengan minggu lepas.

Mungkin anginnya tak betul, mungkin gaduh dengan suami, mungkin anaknya pecahkan pinggan kesayangannya, mungkin kucingnya koyakkan langsir idamannya, sekali dia sound setepek kata aku,

" KAU MEMANG TAK SUKA AKU MENGAJAR KAU KE? AKU MASUK JE, KAU KELUAR. AKU MASUK JE, KAU KELUAR.."

Disebabkan kepala aku dah pening akibat hingus yang sangat penuh di dalam hidung, ditambah lagi dengan jerkahan mengejut, aku mengambil tindakan drastik.

Aku rapatkan muka aku dekat muka ustazah itu dan aku angkat hidung aku betul-betul depan mata ustazah tu. Hingus yang menghijau indah itu betul-betul tunggu masa nak menitis atas kelopak mata ustazah tu.

Don't have to say anything. Just show your nose and your got the permission.
_____________________________

Aku memang tak boleh orang marah aku tak pasal-pasal.

Nasib baik ustazah tu rendah sahaja. Ngan-ngam aku tadah hidung aku depan mata dia.

Orang hormat kita, kita hormat orang. Simple.



p/s: Aku masuk kelas penuh bergaya sebab ustazah kenyit mata sahaja suruh aku masuk.

Sunday 13 November 2011

Ketara sangat ke?

Assalamualaikum.


Aku baru habis jalan-jalan dekat facebook. Macam-macam aku baca. Aku terbaca satu status. 

Haha.

Ketara sangat ke? Jelas sungguh ke?

Mungkinlah kot. 

I didn't expect it turned to be like this.

Sekarang baru aku faham kenapa kadang-kadang bahasa Inggeris itu digunakan untuk satu-satu struktur bahasa Melayu. Bagi aku, bahasa Melayu ada konteks yang tak dapat dicapai melainkan dengan penggunaan bahasa lain.

As I said, it might be that obvious. Or it already seems too obvious.

Just let God to do His jobs. Let the time to play its role. Let me finish my tasks first.
_______________________

Jadah la aku speaking malam-malam ni? Lapar sangat ke sampai kepala masuk air?



p/s: Actions speak louder than words. It is really true..

Friday 11 November 2011

lagu itu

Assalamualaikum.

Malam ni aku tak tahu apa kena dengan aku. Maybe penat sangat gamaknya. Bangun pagi sampai sekarang dah nak pukul 12am aku tak rehat. Khutbah pun aku tak tidur. Memang aku tabik khatib petang tadi. Bukan sembarangan imam boleh bagi khutbah aku tak tidur.

' Some lyrics remind me of you..'

Haih. I wish it is easy as i said, "it's easy.."
Otak aku letih. Aku tak boleh nak fikir sangat. Apabila aku tak mampu nak fikir apa-apa, aku hanya larat untuk dengar lagu itu.
Aku memang ada syndrom dengar lagu sampai muntah. Tapi lagu ni tak muntah-muntah lagi. Aku tahu lambat-laun sure aku muntah jugak. Cuma aku tak pasti bila aku akan muntah. Ataupun mungkin tak muntah langsung. Siapa tahu?

Wallahu a'lam.
___________________

Seriously, it didn't seem that easy as i saw it before. How can i just ignore it since it was already happened?

How can i just pretend it never be happened since i have faced it?

How can i just forget about it when it always been remembered?

No, i can't. fullstop.



 p/s: Cuma aku harap, aku tak muntah dengan banyak sampai perut aku lapar.

Menghala

Assalamulalaikum.

Aku baru baca status facebook kawan aku. Dia dah mengandung. Dia kahwin bulan 8 lepas. Sekarang dah mengandung. Aku tumpang happy.

Kawan aku sekolah rendah pulak dah beranak. Sebelum puasa kalau tak salah.

Yang kahwin tak payah kira. 

Yang tunang aku tak hairan sangat.

Lagilah yang bercouple. Aku tak kisah langsung.

Aku masih seperti ini. Seorang diri. Kadang-kadang boleh buat tak kisah. Tapi sejak dua menjak ni, menggelupur jugak aku nak buat bodoh.
____________________________

Masing-masing dah ada haluan sendiri. Yang tunang, menghala kahwin. Kahwin, menghala beranak. Beranak, menghala keluarga.

Aku? Menghala master, dan sebuah rumah untuk bakal isteri.



p/s: Bakal isteri aku kalau boleh orang dekat. Itu hajat mak ayah aku.

Friday 4 November 2011

Budak lelaki berbaju biru (part 2)

Sambungan dari sini. (bahagian akhir)


Budak itu tiba-tiba ketawa dan senyum melihat aku. Aku lega. Kalaulah budak itu menangis, pasti masyarakat memandang serong terhadap aku. Dengan wajah garang dan ganas yang aku miliki, senang untuk masyarakat untuk menghukum aku. Seorang pendera kanak-kanak.

Dia melompat turun daripada bangku dan menarik tangan aku menuju ke buaian.

Jika anda melihat dari jauh, persis seorang anak kecil menarik tangan bapanya untuk menemankannya bermain buaian di padang mainan.

Habis buaian, cergas terus main gelongsor.
Gayut-gayut palang monyet.
Jongkang - jongket.
Kerusi bergerak.

Budak itu berpeluh-peluh. Bau bedak Carrie Junior meresap perlahan-lahan. Blueberry. Comel. Cute. Budak itu bersandar di bahu aku kepenatan. Indonesia bilang kecapekan.

Tiba-tiba seorang makcik berlalu dan menyapa, "Kamu baru pindah sini ke? Orang rumah mana?"

" Orang rumah saya takde makcik.."

" Mesti lawa isteri kamu. Comel anak kamu ni.."

"Saya tak kawen lagi. Ini anak jiran," aku jawab sambil bermain-main ibu jari tangan dan gosok-gosok kaki dekat tanah.
__________________________




Inilah budak itu. Memang takde rupa aku pun. Patutlah makcik tu samakan dengan muka 'isteri' aku.


p/s 1: budak ni automatik buat peace bila aku nak snap gambar dia.

p/s 2:hari tu aku jumpa dia dekat kedai makan, dia dah tak kenal aku. dan dia pakai baju yang sama dengan baju malam peristiwa itu.

Thursday 3 November 2011

Pelesit

Assalamualaikum.


Malam itu sejuk. Hujan mula turun. Sekejap lebat, sekejap renyai. Namun bilik aku sudah tidak puaka seperti dulu. Ada dua tingkap sepanjang 6 kaki di dinding. Rintik-rintik hujan menerpa ke tingkap dan mengalir perlahan turun ke bawah. Persis air mata aku mengalir ketika potong bawah besar.

Aku memanjat katil dan menggantung pakaian aku yang tunggang-langgang. Lantai bilik yang asalnya indah dengan corak tikar bertukar menjadi gedung pakaian bundle. Aku humban semua pakaian aku atas lantai. Sedang aku fokus menggerakkan pinggang dan bahu untuk menggantung baju, seekor binatang muncul di depan mata aku.

Aku: Wooooooiiiii!!!! Apa benda ni?

Dan: Tu pencirit.

Aku: Pencirit tu bukan berak cirit-birit ke?

Dan: Eh, tu pelesit.
____________________________

Ini gambar pelesit.

Gambar pencirit aku tak cari. Semua orang pernah jadi pencirit. 



p/s: Kalau anda ingat entri pasal smith ini, dia adalah orang yang sama.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...