Saturday 26 November 2011

Tak baik tipu

Assalamualaikum.


Petang itu sedap-sedap macam sedap makan cendol tengah panas. Ada orang belanja. Lagi sedap bukan?

Oh, aku bukan nak cerita pasal cendol. Aku nak buat gambaran sedapnya petang itu.

Ok, sambung cerita.

Aku berjalan seorang diri di tengah-tengah keriuhan mahasiswa yang bersepah-sepah di tengah halaman universiti. Ketika itu musim panas. Memang meriah halaman ni. Tiada satu inci tanah pun yang kosong melainkan dipenuhi oleh mahasiswa yang membawa tikar sambil berkelah.

Berkelah sambil stadi. Itu rahsia bagaimana sebahagian pelajar di sini gagal untuk gagal.

Aku melangkah penuh hati-hati. Silap langkah aku akan terjebak dalam kesesakan yang maha dahsyat. Musim panas. Aku tak sanggup nak berkongsi peluh dengan orang lain. Dia punya geli macam kau geli nak lipas masuk kau punya seluar. Naik sampai ke peha. Kalau tak geli kau memang boleh gesel-gesel belakang badan dengan mereka.

Aku melencong ke laluan yang agak lengang. Tenang. Relax. Nak jalan terkangkang ke, terkinja-kinja pun tiada masalah. Tiada seorang umat pun.

Tiba-tiba aku terlihat sekawan anak anjing di bawah rimbunan pohon. Comel. Saling menyalak-nyalak kecil. Lapar barangkali. Ibunya entah ke mana. Bapa usah ditanya. Contoh bapa yang tak bagus.

Seorang mahasiswi berlari-lari girang mendapatkan anak anjing itu. Aku syak dia lihat aku jalan gaya Aziz Satar dalam cerita Ali Baba Bujang Lapuk. Gaya orang kaya baru. Mahasiswi itu duduk lalumembelai-belai anak-anak anjing itu. Muka gadis itu sungguh gembira. Persis anak kecil dapat Tutti Fruitee. 

Sekonyong-konyong ibu anjing tadi muncul entah dari mana dan menerkam mahasiswi tadi. Aku tak sempat untuk berlari menyelamatkannya. Ibu anjing tadi seperti selepas minum kopi Kacip Fatimah. Mahasiswi tadi diseret sejauh hampir 5 meter.

Aku terus berlari ke arah mahasiswi itu dan menyepak ibu anjing itu. Ibu anjing itu tercampak dan patah gigi susu. Aku bergegas mengangkat mahahsiswi tadi dan menuju ke halaman universiti. Walaupun mahasiswi itu agak berisi dan berat, aku gagahkan juga melangkah. Jejaka Melayu mesti setanding tenaga Arab.

Beberapa mahasiswa yang melihat aku segera menyambut mahasiswi tadi setelah wajahku biru menahan nafas. Aku terduduk mengah. Mereka menghulurkan aku air. Aku minum dengan sopan. Adat Melayu harus dipertahankan.

Ambulans tiba dan aku disuruh untuk naik sekali kerana aku adalah saksi utama dalam kes ini. Di dalam ambulans, gadis itu tiba-tiba menggenggam erat jari-jemariku. Tahi hidung yang aku korek tadi sudah berpindah tangan. Lantak kau lah.

Ok. Aku tipu.

Sebenarnya ibu anjing tadi hanya berlari kencang dan melompat ke arah mahasiswi tadi lalu mahasiswi tadi lari lintang-pungkang sehingga tersungkur menyembah Bumi. Bibirnya tepat menjunam ke arah tebing jalan dan terbelah. Darah memancut-mancut membasahi halaman yang indah itu.

Ok. Aku tipu lagi.

Selepas dijerkah oleh ibu anjing tadi, mahasiswi tadi mengamuk dan memukul ibu anjing tadi sampai mati akibat melatah yang sangat teruk.

Ok. Ini pun aku tipu.

Sebetulnya mahasiswi tadi meletakkan kembali anak anjing itu di bawah rimbunan pokok dan ibu anjing tadi kembali bersama anak-anaknya berteduh daripada panas matahatri.
__________________________________

Aku tengah pening kepala. Entri ini pun aku peram dekat 4 bulan. 

Orang sini main anjing macam main ayam katek. Lantak diorang.


p/s: Aku bengang dengan anjing jiran aku. Memekak sampai pekak telinga aku. 

2 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Kenapa tipu?

Sobs.

:'(

jejaka senja said...

Tipu ini diberitahu.

lebih baik daripada tipu yang tak dibertitahu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...