Wednesday 23 November 2011

Boleh rasa sendiri

Assalamualaikum.

" Saya ikhlas ni. Betul.."

Apa kayu ukur yang boleh digunakan untuk menentukan keikhlasan seseorang?

Kalau tanya aku, aku jawab tiada. Jawapan ALLAH adalah sangat random dan tidak membuka ruang perbincangan yang menarik jika hendak menyebarkan agama Islam.

Ikhlas.

Ada Tadika Ikhlas. Ada kelas bernama Ikhlas. Macam aku. Aku kelas 6 Jujur, tapi sebelah kelas aku adalah kelas 6 Ikhlas.

Ikhlas itu kau sendiri boleh rasa. Macam mana kau rasa itu aku tak tahu. Masing-masing ada 6th sense sendiri. Tapi kalau tanya aku, aku pernah tahu apa itu erti ikhlas. Ikhlas nak tolong orang. Memang betul-betul nak tolong sampai rasa rugi atau menyesal tak tolong orang. Bila dah tolong rasa happy.

Dan bila tiada ikhlas dalam apa kau (aku pun sama) buat, kau tak akan dapat rasa dalam masa terdekat. Kau akan sedar sendiri pada masa akan datang. Kau akan sedar kau tak ikhlas bila kau asyik teringat atau terkenang apa kau buat.

Terkenang bukan sebarang terkenang. Terkenang dan tersenyum-senyum seorang diri. Tak. Itu mengelamun. Lain.

Kau akan sedar kau tak ikhlas bila kau tak dapat apa yang kau harap kau akan dapat. Kau akan rasa sesuatu yang tak enak bila kau tak ikhlas.

Lihat sahaja jika ada bapa atau ibu yang tak ikhlas membesarkan anak-anaknya. Jika anak-anak itu membesar menjadi bukan seperti yang diharapkan, kau sendiri boleh bayang apa akan berlaku. Macam-macam benda diungkit. Anak tak kenang budi, anak tak guna, anak buat habis beras.

Sama juga halnya dengan guru atau sesiapa sahaja, termasuk aku. 

Sejujurnya, aku juga pernah merasa tak ikhlas.Sebab aku bekas pelajar 6 Jujur. Ok, tak lawak. Sebab itu aku cakap, kita boleh rasa sendiri. Apa itu ikhlas. Bila masa kau betul-betul ikhlas, bila masa kau mula-mula ikhlas, lepas tu jadi tak ikhlas, bila awalnya kau tak ikhlas, tiba-tiba jadi ikhlas, atau memang tak pernah ikhlas sekalipun.
_____________________________

Kalau betul-betul ikhlas, memang betul boleh rasa.

Rasa itu bukan rasa yang biasa, rasa itu datang dari dalam. Dalam itu bukan dalam yang biasa, dalam itu terbit tanpa dipaksa.


p/s: Kelas 6 Jujur adalah kelas paling akhir. 6 Ikhlas kedua akhir. Aku penolong kelas 6 Jujur S.R.A.I 19 Shah Alam tahun 2001.

1 comment:

ab rahim zainudin said...

Topik ikhlas amat menarik.

Satu2 amalam hanya akan diterima apabila ada keikhlasan. Solat pula hanya akan diterima apabila ada keikhlasan dan mengikut syariat.

Tapi apabila seseorang itu tak ikhlas dalam solat, bukanlah bermakna dia tak perlu laksanakannya. Solat wajib, ikhlas pun wajib. Patuh syariat pun wajib dalam konteks pelaksanaan solat.

Keihlasan juga wajib dan menjadi haq untuk sedara seagama y wajib juga dipenuhi tuntutannya. Dan keikhlasan kpd manusia lain juga perlu berjaya mengatasi kod patuh syariah eg kepada siapa kita ikhlas, adakah keikhlasan itu hanya 'benar' apabila logik kita rasa senang hati dgn membantu orang tersebut atau atas pengetahuan bahawa Allah suruh kita bantu mereka yang berhak mendapatkannya dan perlu ikhlas dengannya.

Berkenaan dgn mengungkit pulak, ada keperluan untuk kita mengungkit apabila kebaikan2 itu tak disedari (yang benar2 tak perasan).

Bilamana Nabi Musa a.s minta dgn tuhan utk jadikan Nabi Harun a.s sbg pembantu, Allah ungkit balik semua 'kebaikan dan ihsan' nikmat2 Allah bg, tapi still masih meminta2.

Sedangkan kalau diikutkan logik (again), khazanah tuhan langsung tak berkurang sedikitpun 'sehingga' perlu untuk mengungkit.

Sedangkan manusia ada y sampai fakir semata2 utk membuat kebaikan kpd manusia lain. Ibu bapa sampai lupa terus kepentingan diri semata2 nak penuhi kepentingan anaknya.

Jadi, pendapat koi rasanya tak menjadi masalah utk seorang ibu atau bapa utk rasa kecewa atas investment mereka y tak menjadi. That's alami.

Untuk mendapat seorang manusia y sanggup cuba berfikir dgn cara kita, cuba makan dgn cara kita, cuba ketawa dgn cara kita, mungkin kita terlupa y dia telah hilang separuh atau mungkin sepenuhnya rasa atau kepentingan trhadap drinya sendiri.

Again. kalaulah logik semata2 diletakkan di atas, maka atas nama logik jugalah sepatutnya semua soalan matematik itu punya jawapannya, tapi kenapa wujud juga infiniti which is tak punya jawapan dan penghujungnya?

Atas sebab itu ihsan tuhan letakkan mengatasi logik2 yang hanya mampu difikir oleh manusia dgn scr terbatas.

perghhh, mcm ceramah motivasi pulak...ahahah, 20dh satu sesi ok.

(saja nak penuhkan komen post ko y masih kosong, huhu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...