Tuesday, 29 March 2011

Rehat

Assalamualaikum.


Pada awalnya aku ingin memberi respon kepada anon yang memberi komen di shoutbox. Tapi aku yakin pembaca blog pada zaman ini sudah cukup matang. Kepada yang tak faham, sila baca komen di shoutbox aku sementara ada.

Ok, tutup cerita.
______________________

Tahun 2001 @ 10:30am.

Kring!!!!!

Loceng rehat berbunyi. Semua budak berbondong-bondong lari keluar dari kelas. Ada yang berlari pantas menuju ke kantin, ada pula yang ke tapak berhimpun sebab nak main tenteng. Ada juga yang ke gelanggang badminton sebab nak main galah panjang.

Aku sekadar melihat rakan-rakanku dari jauh. Aku dah rehat awal. Lupa nak cakap. Aku ketua pengawas.

" Hurm. Budak-budak. Tahu nak seronok je..," pada umur 12tahun, aku sudah mempunyai pemikiran sebegitu.

Rutin aku hari-hari adalah ronda dari kelas ke kelas nak pastikan tiada murid berada di dalam kelas waktu rehat. Kes kecurian telah ada walaupun ketika sekolah rendah. Nak salahkan siapa pun tahu.

Songkok hitam mula berhabuk. Itulah songkok sekolah kebangsaan, itu jugaklah songkok sekolah agama. Dapat pulak meja tepi tingkap. Mana-mana habuk yang terlepas dari tingkap, singgah dulu dekat songkok aku.

Sambil tiup-tiup songkok untuk buang habuk, aku terdengar suara. Suara orang sedang bergelak ketawa dan bernyanyi di dalam kelas.

" Kurang ajar. Tak hormat undang-undang sekolah. Rehat tak boleh ada dalam kelas.." marah aku selaku seorang pengawas.

Aku bergegas menuju ke hujung blok. Suara makin jelas kedengaran. Tambah sakit hati, makin galak ketawa dan bernyanyi. Lagu Siti Nurhaliza dan Dato' S.M Salim bergema. Pandang-pandang, jeling-jeling.

Pintu tertutup. Depan belakang. Ini jenis degil dan nakal. Tak makan saman. Dah lah tak keluar kelas masa rehat, tutup pulak pintu depan belakang. Ingat bolehlah nak tipu aku sebagai pengawas berdedikasi tinggi.

Dengan satu nafas, menggunakan kaki kanan bersarung kasut bata warna hitam yang tak pernah kiwi, aku terajang pintu belakang sekuat hati. Melekat tanah merah dekat pintu kelas tu.

" Gedeganggg..."

3 orang murid terdiam. 2 orang perempuan dan seorang lelaki. Aku rasa seperti pegawai pencegah maksiat di sekolah. Bangga dapat berbakti kepada sekolah dan masyarakat.

" Haa, Azim. Awak boleh nyanyi sekali. Nak tak?" Cikgu Rosmah tiba-tiba tanya aku.

Aku tendang pintu belakang. Tapi tak ketuk pintu depan.
________________________________

Budak-budak tu buat persembahan masa hari anugerah kecemerlangan. Cikgu Rosmah tak jadi ambil aku sebab suara aku dah serupa bunyi serombong kapal.

Aku terpilih sebagai Tokoh Murid pada tahun tu. Kalau kira aku tendang pintu tu, tak tahulah dapat ke tak. Dapat atas dasar berbakti pada sekolah kot. Nak jugak......





p/s: Aku lupa nama cikgu tu. Nama Rosmah pun boleh kan?

3 comments:

doshar said...

xya lyn anon tu
ssh ckp dgn org cm die

rahim said...

dia kata budak belajar agama manje...ceh - ni aku, bukan frap-

jejaka senja said...

@ doshar: x susah cakap dgn orang camni. cakap je la. dia cakap, kita cakap.

@ rahim: selain pelajar agama, ada lagi x pelajar lain yg manja? sekadar nak tahu kos pengajian yg x manja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...