Assalamualaikum..
Aku dah lama tak makan burger. Mcdonalds dah lama aku boikot. Dekat 4 tahun aku rasa. Burger sekarang harga makin mahal. Dulu RM1.20 masa aku darjah enam. Tahun lepas aku balik Malaysia tengok harga paling murah RM2.30. Aku terus baling batu dekat gerai burger.
Aku baru makan nasi lemak bulan lepas. Sambal tumis ikan bilis. Pergh!!! Dulu aku ada prinsip. Sambal ikan bilis hanya boleh dimakan dengan nasi lemak. Nasi putih biasa memang aku tolak tepi. Sampai sekarang aku pegang prinsip ni.
Dulu masa sekolah rendah kat S.K. Seksyen 19 Shah Alam, aku selalu beli burger dan nasi lemak. Masa tu nasi lemak 60sen je. Tu pun aku kongsi dengan kawan baik aku. Kadang-kala tekak kemaruk nak burger, aku beratur pulak beli burger. RM1 kalau burger penuh, 60sen kalau separuh.
Itu dulu, di Malaysia.
Sekarang di Morocco musim panas.
Di sini tiada gerai atau restoran jual nasi lemak. Kalau nak burger, masuk Mcdonalds. Mampus aku nak masuk. 1 set burger kat sini sama harga dengan 3 pinggan nasi goreng kat Malaysia.
Kat sini, even tiada gerai nasi lemak atau burger di tepi jalan, masih ada nasi lemak dan burger bergerak. Nasi lemak dan burger jenis berjalan ni yang payah. Tepi jalan ada, dalam bas ada, kat universiti ada, kat mana-mana pun ada. Sure akan jumpa.
_________________________________
Kalau dah masuk musim panas ni, memang panas mata aku.
Lagi tambah panas hati bila tak dapat makan sebab tiada gerai yang jual kat tepi jalan. Yang ada pulak bukan untuk dimakan. Memang rasa nak pelangkung sedas dua.
Lagi tambah panas hati bila tak dapat makan sebab tiada gerai yang jual kat tepi jalan. Yang ada pulak bukan untuk dimakan. Memang rasa nak pelangkung sedas dua.
Gadis Arab memang tak sama macam gadis Melayu. Aku tak reti nak hurai. Sepanas-panas gadis Melayu, itulah sesejuk-sejuk gadis Arab. Ini je yang aku boleh hurai.
p/s: Kalau tertengok, kalau agak iman tebal, boleh kalih. Agak-agak iman macam kertas, tahan mata jangan kedip. Aku? Aku tak kalih, tahan mata pun tak. Aku jalan pandang kasut. Senang..
2 comments:
Jalan tengok kasut?
Tak jatuh takpe Azim.
Tapi aku pun dari dulu sampai sekarang macam tu. Jalan tak pandai pandang depan, even kat sekolah.
seronok ble gadis msia dipuji...
rse dhargai....
terima kasih....=)
Post a Comment