Assalamualaikum.
Aku sekarang ni rasa keliru lagi bingung. Ini adalah kerana aku mendengar dua pendapat yang berbeza. Daripada dua orang yang berbeza, umur yang jauh berbeza, dan jantina yang berbeza
Orang pertama kata aku tak hensem. Dah berpuluh kali aku tanya dia, dia akan cakap aku tak hensem. Sampai kadang-kadang rasa kecil hati pun ada. Tapi aku ok. Sebab dia pernah cakap aku comel. Dan baru-baru ni dia cakap aku hensem. Tu je lah sekali. Petang tadi aku tanya dia cakap tak hensem balik.
Orang kedua kata aku hensem. Sebab dia tengok gambar aku dalam kad pengenalan Morocco tahun 2010. Ketika itu rambut aku panjang.
Orang pertama adalah perempuan. Umur 2 tahun setengah. Nama dia Wardatul Ahlaa.
Orang kedua adalah lelaki. Umur 19 tahun. Nama dia Ahmad Fathullah.
Orang kata kanak-kanak bawah umur 5 tahun tak pandai menipu. Mereka akan kata apa yang mereka rasa. Mereka sangat jujur dengan apa yang mereka lihat.
Orang dewasa pula lebih pandai menilai. Mereka melihat menggunakan mata hati, bukan mata kepala. Orang dewasa tak cepat menghukum. Lebih rasional memberi pendapat dan mengeluarkan kata-kata.
Pergh, ayat aku memang nak rasa aku ni seorang hensem. Haktuih.
__________________________________
Ahlaa belum tengok aku berambut panjang. Mungkin dia akan cakap aku hensem kalau berambut panjang.
Tapi tu dulu. Sekarang ni aku berambut pendek. Siapa sekarang aku patut dengar, Ahlaa atau Fathullah???
Aku memang confuse ni.
p/s: Gambar bawah ni amacam?
10 comments:
Lelaki berumur 22 tahun lebih matang dan lebih rasional. jadi aku berpendapat gambar tersebut,
mengerikan?
bole tahan la tu rupe bro dlm pic tu
ko hensem ade stail bergye ...tpi gmbar ni..jambu jiwang karat laa bro
kanak-kanak itu nampak lbih waras..
dan kata-katanya wajar diterima akal..riteEE??
Geli???? Hahahaha
aku terima semua pandangan.
lihatlah pendapat orang lain dari pelbagai sudut.
* ayat selamat. ahaha!!!
hahaha..tu cuma perasaan dan mind set je...hahaha
hahaha.
aku dah bagi komen dah aritu kat gambar tu~
:p
haha..tp setiap kali aku tny, pasti ahla jawab ammu ni encem:P
hensem n sejuk mte memandang...
haha...=)
Post a Comment