Thursday, 31 March 2011

Entri terakhir dari Abu Temam

Assalamualaikum.


Aku akan pindah rumah. Ini entri terakhir aku dari rumah ini. Rumah ini sudah lebih 20 tahun dihuni oleh pelajar Malaysia. Aku dan housemate lain mungkin menjadi penghuni terakhir.

Sedang penat. Kemas tak habis lagi. Esok sambung. Kalau rumah baru dah ada internet, aku update dari sana pula.

Rumah ini tak banyak kenangan sebab aku pun penghuni baru rumah ini. Tak sampai 6 bulan pun aku sewa rumah ini.

Jadi ketua rumah ini takde apa yang best pun. Semua orang tolak dekat kau. Itu kau. Ini kau. Yang best kalau ada majlis makan. Jemput wakil rumah. Sudah tentulah ketua rumah jadi wakil rumah. Itu je yang best.

Lain-lain kau dah jadi macam seorang ayah tanpa isteri dan anak-anak. Nak ada teman sekatil kena cop gay pulak. Nak lempang anak-anak konon-kononnya tapi semua badan saiz The Rock.


Ini macam kalau aku lempang, dia jentik balik pon aku dah mabuk.

Aku dah letih. Nak tidur. Esok nak settle rumah baru pulak.

Tata.
_____________________________

Aku dulu minat gila The Rock. Sampai beli baju WWF yang ada gambar The Rock. Dapat kat ayah aku, dia buat lap kereta. Aku nak menangis pun bukan penuh baldi air ayah aku lap cermin kereta.




p/s: Pindah rumah budak perempuan yang dah balik  Malaysia. Kemas. Nasib baik.

Tuesday, 29 March 2011

Rehat

Assalamualaikum.


Pada awalnya aku ingin memberi respon kepada anon yang memberi komen di shoutbox. Tapi aku yakin pembaca blog pada zaman ini sudah cukup matang. Kepada yang tak faham, sila baca komen di shoutbox aku sementara ada.

Ok, tutup cerita.
______________________

Tahun 2001 @ 10:30am.

Kring!!!!!

Loceng rehat berbunyi. Semua budak berbondong-bondong lari keluar dari kelas. Ada yang berlari pantas menuju ke kantin, ada pula yang ke tapak berhimpun sebab nak main tenteng. Ada juga yang ke gelanggang badminton sebab nak main galah panjang.

Aku sekadar melihat rakan-rakanku dari jauh. Aku dah rehat awal. Lupa nak cakap. Aku ketua pengawas.

" Hurm. Budak-budak. Tahu nak seronok je..," pada umur 12tahun, aku sudah mempunyai pemikiran sebegitu.

Rutin aku hari-hari adalah ronda dari kelas ke kelas nak pastikan tiada murid berada di dalam kelas waktu rehat. Kes kecurian telah ada walaupun ketika sekolah rendah. Nak salahkan siapa pun tahu.

Songkok hitam mula berhabuk. Itulah songkok sekolah kebangsaan, itu jugaklah songkok sekolah agama. Dapat pulak meja tepi tingkap. Mana-mana habuk yang terlepas dari tingkap, singgah dulu dekat songkok aku.

Sambil tiup-tiup songkok untuk buang habuk, aku terdengar suara. Suara orang sedang bergelak ketawa dan bernyanyi di dalam kelas.

" Kurang ajar. Tak hormat undang-undang sekolah. Rehat tak boleh ada dalam kelas.." marah aku selaku seorang pengawas.

Aku bergegas menuju ke hujung blok. Suara makin jelas kedengaran. Tambah sakit hati, makin galak ketawa dan bernyanyi. Lagu Siti Nurhaliza dan Dato' S.M Salim bergema. Pandang-pandang, jeling-jeling.

Pintu tertutup. Depan belakang. Ini jenis degil dan nakal. Tak makan saman. Dah lah tak keluar kelas masa rehat, tutup pulak pintu depan belakang. Ingat bolehlah nak tipu aku sebagai pengawas berdedikasi tinggi.

Dengan satu nafas, menggunakan kaki kanan bersarung kasut bata warna hitam yang tak pernah kiwi, aku terajang pintu belakang sekuat hati. Melekat tanah merah dekat pintu kelas tu.

" Gedeganggg..."

3 orang murid terdiam. 2 orang perempuan dan seorang lelaki. Aku rasa seperti pegawai pencegah maksiat di sekolah. Bangga dapat berbakti kepada sekolah dan masyarakat.

" Haa, Azim. Awak boleh nyanyi sekali. Nak tak?" Cikgu Rosmah tiba-tiba tanya aku.

Aku tendang pintu belakang. Tapi tak ketuk pintu depan.
________________________________

Budak-budak tu buat persembahan masa hari anugerah kecemerlangan. Cikgu Rosmah tak jadi ambil aku sebab suara aku dah serupa bunyi serombong kapal.

Aku terpilih sebagai Tokoh Murid pada tahun tu. Kalau kira aku tendang pintu tu, tak tahulah dapat ke tak. Dapat atas dasar berbakti pada sekolah kot. Nak jugak......





p/s: Aku lupa nama cikgu tu. Nama Rosmah pun boleh kan?

Saturday, 26 March 2011

Teruna

Assalamualaikum.


Senak. Padat. Penuh. Keras. 

Ini keadaan perut aku ketika aku taip entri ini. Tadi ada majlis kesyukuran junior. Bagi menunjukkan rasa syukur, aku telan dan membaham sehingga tersungkur kekenyangan.

Apabila perut sudah berkeadaan begini, pastinya kembung perut berlaku. Angin dan gas yang mengamuk di dalam perut meronta-ronta untuk bebas. Kau masukkan segala macam jenis lauk tanpa berfikir panjang.

Hasilnya??

Sudah pasti rasa nak kentut bukan?

Kalau perempuan, pastinya mereka akan mengamalkan rukun negara kelima iaitu prinsip kesopanan dan kesusilaan. Bunyi tiada. Tapi bau serupa campuran cencalok + belacan + tempoyak peram 7 keturunan.

Kalau lelaki pula, kalau dapat hasilkan bunyi sampai jiran sebelah dengar itu pasti mengasyikkan. Getaran dan gegaran yang terhasil amat mengujakan. Apatah lagi ada rakan untuk bersaing. Pasti rasa tercabar.

Bagi lelaki, anda tidak perlu malu untuk kentut sekuat mungkin kerana itulah tanda anda masih seorang teruna.

Berdasarkan situasi terkini Malaysia, dengan kes liwat dan sodom yang semakin berleluasa, bunyi kentut anda sangatlah penting untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa anda masih teruna. Anda bukan mangsa liwat dan bukan pelaku liwat.

Oleh itu, aku sarankan kepada semua lelaki untuk kentut sekuat hati. Katakan kepada mereka di luar sana melalui bunyi kentut anda, 

" Aku masih terunaaa!!"



Semakin kuat dan berdesup bunyi kentut anda, semakin tinggi nilai maskulin dan keterunaan anda.

Selamat mencuba.

____________________________

Memang bangang kalau betul-betul ada kempen sebegini. Tapi aku rasa tak mustahil. Dengan kebodohan dan kebengapan yang berlaku di Malaysia sekarang, mungkin juga perlu selesaikan dengan cara lebih dungu.

Walaupun kadang-kadang aku kentut tak bunyi, tapi kewujudan bau pun boleh diambil kira. Mungkinlah.




p/s: Jangan kentut masa solat sekuat hati. Takut yang lain balas-balas.

Wednesday, 23 March 2011

Jahat atau baik

Assalamualaikum.


Aku pernah borak dengan beberapa member aku pasal perempuan. Topik ini kalau dibualkan memang tak jumpa titik noktah. Banyak bab dan fasal kalau nak ditulis. Nak buat tajuk thesis pun silap-silap kene reject pasal penyelesaian tak jumpa.

Cuma kali ni tentang kriteria perempuan baik itu bagaimana.



________________________

Kawan 1: Macammana nak tentukan perempuan tu baik ke tak?
Kawan 2: Haa Zim. Sekarang ni antara kita bertiga, pengalaman kau lebih sikit.
Aku: Jadah apa pengalaman. Tak boleh dikira pengalaman sebab gagal.
Kawan 2: Tak kisahlah. Kau rasa camne nak tahu perempuan tu baik ke tak?
Kawan 1: Aku bukan apa Zim. Aku ni self-confidence tak tinggi. Just tak nak salah pilih.
Aku: Dah tu korang ingat aku ni confident sangat ke?
Kawan 2: Taklah. Kau ni poyo je lebih. Gaya nak meyakinkan je. Tu je la yang lebih.
Kawan 1: Zim, kau jangan tukar topik. Aku macam suka kat perempuan ni. Tapi tu lah. Tak tahu dia baik atau tak untuk aku.
Aku: Kalau tanya aku. Semua perempuan baik. Cuma dalam baik itu, ada yang tak baik.
Kawan 2: Dah tu, kira tak baik je lah perempuan tu. Senang cerita.
Kawan 1: ( Muka blur...)
Aku: Maksud aku, katalah kriteria baik bagi kau adalah perempuan yang solehah. Yes, nampak perfect. Tapi kau boleh jamin ke solehah dia tu menepati kriteria pada mata kau?
Kawan 1: Itulah yang aku pening sekarang ni.
Aku: Camnilah. Bila kau dah anggap perempuan tu baik, maknanya dia memang baik. Katalah kau dapat isteri solehah nanti, tapi cara dia didik anak-anak kau nanti kalah kem komander, kau tak boleh claim tak baik. Atau cara dia bergaul dengan sedara- mara macam tak ngam. Kau tak boleh kata dia berlagak.
Kawan 2: Serius tak paham.
Aku: Kau syukurlah dengan kebaikan yang ada dalam bakal isteri kau nanti. Dan terimalah kekurangan yang ada dalam diri dia. Dia baik. Memang baik. Cuma ada beberapa sisi yang akan buat dia nampak tak baik.
Kawan 1: Nasihat kau camne Zim?
Aku: Kalau kau betul suka kat dia, jangan teragak-agak. Try and error. Baik buruk dia tu terletak kat mata kau. Kalau kau asyik nak cari yang terbaik, payah lah kau. Asal nampak je buruk sikit, kau terus tolak tepi. Kau padamkan kebaikan dia yang ada. So, terimalah dia kalau hati kau kata dia baik.
Kawan 2: Kan aku dah cakap. Bab camni kau memang pro. Pengalaman tak nak kalah.
Aku: Bengong.
_______________________________

Aku cakap ikut apa yang aku lalui. Aku tak suka cakap soal ini melainkan bila ditanya.

Mulut cakap memang kencang. Hati bergoncang aku sorang yang dakap sendiri.








p/s: Aku dengar ada khabar angin kata aku dah tunang. Siot. Jatuh saham.

Tuesday, 22 March 2011

Ifrane - Mislefin

Assalamualaikum..


Aku agak sibuk minggu lepas. Sampai otak naik tepu. Menghadap rutin hidup yang sama berulang-kali selama 4 bulan memang parah.

Aku ponteng kelas 2 hari. Jumaat dan Sabtu. Jumaat tiada kelas. Kira aku ponteng Sabtu je la. Selamat.

Aku pergi main salji. Malas nak taip. Tengok je lah video kat bawah ni.


pada ketinggian 45m



ketinggian 100m

_________________________________

Puas. Sampai hari ni tak hilang penat.

Last aku datang tempat ni tahun 2008. Tempat masih sama. Cuma peristiwa yang berbeza.





p/s: Bontot kebas memang nikmat. Kentut pun tak rasa apa.


Tuesday, 15 March 2011

Video Promo Sukma

Assalamualaikum.


Lagi 3 minggu ada Sukan Malaysia (SUKMA) edisi Mahasiswa Morocco.

Video promo di bawah.




_______________________

Muka aku memang minta tapak tangan.

Lepas ni director kata nak buat lagi video promo. Tengoklah macam mana.





p/s: Takut-takut Rosyam Nor cari aku berlakon. Jangan Dr. Rozmey sudah.

Monday, 14 March 2011

Kacamata hitam

Assalamualaikum.


Aku mula berjinak-jinak pakai kaca mata hitam sejak musim panas 2008 di Morocco. Dulu memang aku rasa poyo gila siapa yang pakai kaca mata hitam. Perasan panas (baca: hot) sangat lah tu pakai spek hitam.




Berikut adalah kebaikan memakai spek hitam dari pandangan aku:

1) Of course nak elak pening kepala. Aku cepat pening kalau silau atau terang sangat. Kat Morocco ni, even sejuk tapi langit jarang berawan. So, cahaya matahari memang direct terus ke mata. Daripada aku pakai topi sampai penyek rambut, baik aku pakai spek hitam.

2) Boleh sorok mata panda. Ala, yang lebam hitam bawah mata tu. Aku agak kuat tidur musim sejuk. Nak keluar selimut memang azab gila. Selalu habiskan masa tidur atas katil. Hasilnya, mata lebam macam tak tidur 5 hari. Padahal dah terlebih tidur. So, dengan spek hitam, dapatlah aku cover mata lebam aku.




3) Kalau naik komuter kat Malaysia, memang dapatlah tidur tanpa kantoi. Sandar kepala, bengkokkan sikit pinggang, kangkang luas sikit, layan terus tidur. Kau bayang Shah Alam ke Seremban berapa lama? Daripada duduk tak buat apa-apa, baik tidur. Air-cond lagi bagi sejuk. Pergh!!! Layan gila tidur. Siapa tahu kau tengah pejam mata dan tidur tatkala spek hitam berada kat mata anda?

4) Boleh menghayati gadis-gadis comel dan lawa lagi cantik tanpa mereka cover-cover. Melihat gadis yang tersipu-sipu cover malu amatlah meluat. Maka, aksi mereka yang natural dapat dihayati dengan jelas di sebalik spek hitam yang dipakai. Kepala menghala ke lantai tapi mata merenung tajam ke arah gadis-gadis yang mempamerkan aksi sebenar tanpa sebarang cover.

5) Bagi mereka yang menghidapi gejala mata terkedip-kedip pada tahap yang agak kerap dan terlebih banyak daripada biasa berbanding orang lain, memakai spek hitam boleh meningkatkan keyakinan anda apabila berhadapan dengan masyarakat. Tak siapa perasan anda sedang terkedip-kedip sambil anda bercakap sungguh meletup.



___________________________________

Ada lagi kebaikan tapi cukuplah lima. Rukun Islam pun lima.Rukun negara lima jugak. Solat pun lima waktu.

Mak aku memang sporting. Dia akan ingatkan aku kalau aku lupa pakai spek hitam sebelum mula memandu. Memang aku biasa bawak kereta pakai spek hitam. Silau. Dan boleh usha gadis ketika lampu merah.





p/s: Sekarang aku pakai spek hitam Ray Ban.

Sunday, 13 March 2011

Kritik atau puji

Assalamualaikum.


Aku selalu perhatikan, tak ramai orang boleh terima kritikan atau teguran. Tindakan refleks yang akan terjadi, selalunya counterback akan berlaku.




Lepas kena kritik, dia terus balas on the spot.

" Kau cakap orang, macam kau bagus sangat.."

" Dah habis? Aku ada hal ni.."

" Ha'ah. Aku memang camni. Semua salah. Kau je lah yang betul.."

Orang jenis gini kalau aku tengok, kau pujilah dia. Sikit pun jadilah. Puji dia pandai gosok baju contohnya. Nanti mulalah dia cerita pasal dia boleh gosok dalam gelap, boleh gosok 11 bakul baju tanpa henti, boleh gosok pakai kaki kiri. Macam-macamlah.

Itu antara contoh.

Memang sedap bila kena puji. Aku tahu perasaan itu. Orang puji aku kacak, aku tak cerita macam mana aku boleh jadi kacak. Ehem ehem. Walaupun aku tercerita sekarang ni, aku cerita nak buat contoh. Takpekan?




Aku selalu jawab, " Kacak pun, single lagi. Takde siapa nak, buat apa kan? Lagipun, dalam kubur jadi tengkorak jugak.."

Tapi, bukankah lebih baik dikritik dan ditegur? Yalah, memang sakit hati dan rasa nak balas balik. Aku lebih suka kirim siku dan hulur lutut kalau kena kritik atau tegur. Tapi aku tahan. Aku buka hati terima dengan baik.

Bagi aku, bila kena tegur ni, kita tahu orang yang tegur tu concern dengan kita.

" Azim, kau kentut jauh sikit. Nanti dah kahwin, mak mentua kau dengar camne??"

" Azim, makan jangan banyak sangat. Senang kena reject.."

" Azim, sendawa tutup mulut. Kau lepas macam tu serupa badak sembur air.."

Pujian tu bagi aku, macam makan benda pedas. Memanglah sedap tapi kalau banyak sangat makan, kan dah kena sembelit. Kau tadah orang puji sampai kau syok sendiri. Takut-takut kau tak sedar, orang kutuk kau dalam pujian.
_______________________________

Kau kalau kena puji dah macam sotong aku tengok. Tergedik sana, terlembik sini. Hayun tangan situ, hayun kaki sana. Rasa macam nak seligi je dahi kau.




Cuba kena tegur sikit, dah macam kacukan bangau + angsa + itik + ayam + segala jenis burung.

Aku tak sangka orang yang selalu kau ceritakan masalah kau, kutuk kau depan aku. Aku tak suka campur hal orang. Tapi kalau orang dah buka cerita, aku akan picit perut dia sampai dia habis cerita.

Tapi perut dia keras sangat. Nak tarik susah. Cerita pun tak habis. S.I.O.T...




p/s: Masih tak percaya dengan kenyataan yang keluar dari mulut si keras perut.

Thursday, 10 March 2011

Smith

Assalamualaikum.


Aku tunggu keretapi dengan Dan. Tiba-tiba aku terpandang sepasang kasut yang dipakai oleh seorang lelaki Arab.

____________________________

Aku: Dan, lawa pulak aku tengok kasut tu.
Dan: Kasut mana pulak?
Aku: Tu, yang brader kat tangga tu pakai.
Dan: Yang belang-belang tu ke?
Aku: Ha'ah. Smart kan? Aku ingat nak cari satu lah.
Dan: Ok jugak tu. Warna pun style.
Aku: Brand apa tu eh?
Dan: Will Smith. Memang famous brand tu.
Aku: Tu bukan pelakon Men In Black ke?
Dan: Ala, janji ada Smith..
_____________________________

Paul Smith. Paul Smith la. Bukan Will Smith.


Ini Will Smith

Ini kasut Paul Smiths






p/s: Aku dah beli kasut Paul Smiths. Warna kelabu. Buat lepas hajat.

Tuesday, 8 March 2011

Nasi lemak dan burger

Assalamualaikum..


Aku dah lama tak makan burger. Mcdonalds dah lama aku boikot. Dekat 4 tahun aku rasa. Burger sekarang harga makin mahal. Dulu RM1.20 masa aku darjah enam. Tahun lepas aku balik Malaysia tengok harga paling murah RM2.30. Aku terus baling batu dekat gerai burger.




Aku baru makan nasi lemak bulan lepas. Sambal tumis ikan bilis. Pergh!!! Dulu aku ada prinsip. Sambal ikan bilis hanya boleh dimakan dengan nasi lemak. Nasi putih biasa memang aku tolak tepi. Sampai sekarang aku pegang prinsip ni. 

Dulu masa sekolah rendah kat S.K. Seksyen 19 Shah Alam, aku selalu beli burger dan nasi lemak. Masa tu nasi lemak 60sen je. Tu pun aku kongsi dengan kawan baik aku. Kadang-kala tekak kemaruk nak burger, aku beratur pulak beli burger. RM1 kalau burger penuh, 60sen kalau separuh.

Itu dulu, di Malaysia.

Sekarang di Morocco musim panas.

Di sini tiada gerai atau restoran jual nasi lemak. Kalau nak burger, masuk Mcdonalds. Mampus aku nak masuk. 1 set burger kat sini sama harga dengan 3 pinggan nasi goreng kat Malaysia.

Kat sini, even tiada gerai nasi lemak atau burger di tepi jalan, masih ada nasi lemak dan burger bergerak.  Nasi lemak dan burger jenis berjalan ni yang payah. Tepi jalan ada, dalam bas ada, kat universiti ada, kat mana-mana pun ada. Sure akan jumpa. 
_________________________________

Kalau dah masuk musim panas ni, memang panas mata aku.

Lagi tambah panas hati bila tak dapat makan sebab tiada gerai yang jual kat tepi jalan. Yang ada pulak bukan untuk dimakan. Memang rasa nak pelangkung sedas dua.

Gadis Arab memang tak sama macam gadis Melayu. Aku tak reti nak hurai. Sepanas-panas gadis Melayu, itulah sesejuk-sejuk gadis Arab. Ini je yang aku boleh hurai.





p/s: Kalau tertengok, kalau agak iman tebal, boleh kalih. Agak-agak iman macam kertas, tahan mata jangan kedip. Aku? Aku tak kalih, tahan mata pun tak. Aku jalan pandang kasut. Senang..

Monday, 7 March 2011

Confuse

Assalamualaikum.


Aku sekarang ni rasa keliru lagi bingung. Ini adalah kerana aku mendengar dua pendapat yang berbeza. Daripada dua orang yang berbeza, umur yang jauh berbeza, dan jantina yang berbeza

Orang pertama kata aku tak hensem. Dah berpuluh kali aku tanya dia, dia akan cakap aku tak hensem. Sampai kadang-kadang rasa kecil hati pun ada. Tapi aku ok. Sebab dia pernah cakap aku comel. Dan baru-baru ni dia cakap aku hensem. Tu je lah sekali. Petang tadi aku tanya dia cakap tak hensem balik.

Orang kedua kata aku hensem. Sebab dia tengok gambar aku dalam kad pengenalan Morocco tahun 2010. Ketika itu rambut aku panjang. 

Orang pertama adalah perempuan. Umur 2 tahun setengah. Nama dia Wardatul Ahlaa. 

Orang kedua adalah lelaki. Umur 19 tahun. Nama dia Ahmad Fathullah.

Orang kata kanak-kanak bawah umur 5 tahun tak pandai menipu. Mereka akan kata apa yang mereka rasa. Mereka sangat jujur dengan apa yang mereka lihat.

Orang dewasa pula lebih pandai menilai. Mereka melihat menggunakan mata hati, bukan mata kepala. Orang dewasa tak cepat menghukum. Lebih rasional memberi pendapat dan mengeluarkan kata-kata. 

Pergh, ayat aku memang nak rasa aku ni seorang hensem. Haktuih.
__________________________________

Ahlaa belum tengok aku berambut panjang. Mungkin dia akan cakap aku hensem kalau berambut panjang.

Tapi tu dulu. Sekarang ni aku berambut pendek. Siapa sekarang aku patut dengar, Ahlaa atau Fathullah???

Aku memang confuse ni.






p/s: Gambar bawah ni amacam?



Sunday, 6 March 2011

Gadis dan soalan pelik

Assalamualaikum.

Aku ada ramai kawan gadis. Pelik gila bunyi. Kawan perempuan sudah. Senang sebut. Dari aku tadika sampailah aku universiti sekarang ni. Tapi kat universiti ni aku kurang kawan gadis. Kawan perempuan maksud aku.

Bukan sebab aku pemalu. Tapi apa barang kawan dengan gadis Arab? Kasar. Ada lah yang baik tapi bukan semua. Ramai yang ganas dan kasar.




Tapi kawan dengan gadis Melayu pun pening jugak. Pening dengan soalan-soalan diorang yang di luar jangkaan aku. Dan aku paling tak boleh tahan dengar soalan yang menunjukkan perempuan ni kaum yang dipenuhi perasaan insecured.

Ada yang dah berkapel dan tanya aku tentang lelaki. Of courselah kan? Aku mempamerkan ciri maskulin sejati. Haruslah soalan pun berkisarkan lelaki. Itu aku boleh terima.

Yang aku kelakar campur rasa nak seligi kepala gadis adalah apabila soalan mereka yang membawa kepada pergaduhan. Oh, ini soalan yag diceritakan oleh kawan lelaki aku.
_________________________________

Gadis: Apa hubungan you dengan Rosmah tu?
Jejaka: Rosmah tu jiran I masa dekat rumah lama dulu lah.
Gadis: Bukan.
Jejaka: Dah tu Rosmah mana pulak ni?
Gadis: Rosmah classmate you dulu yang sekarang sama kelab dengan you.
Jejaka: Oh. Dia S/U kelab I.
Gadis: Kenapa korang pilih kelab yang sama?
Jejaka: You pun tahu I tak pilih. You yang suruh I join kelab Korea ni.
Gadis: Mana I tahu dia pun kelab ni.
Jejaka: Dah tu kenapa you nak bising pulak?
Gadis:You pun memang sukakan satu kelab dengan dia?
Jejaka: Dah lah. Malas nak cakap dengan you.
Gadis: Apasal you elak? Mesti you sorok sumthing dari I.
Jejaka: ....... (Terus blah pergi main futsal)
___________________________________

Kenapa perlu ditanya soalan sebegini? Orang lelaki takkan terangkan satu persatu kalau soalan sebegini korang lontarkan. Sebab kalau kami jawab macam mana pun, korang akan rasa tak puas hati. Dan akan meleret-leret sampai satu tahap muka anda kami bayangkan seperti punching bag.




Dan tahukah anda wahai gadis, apabila kami tak bercerita tentang ex kami yang dahulu, maknanya perhatian kami terhadap anda adalah 100%. Ok, mungkin 90% atau 70% sebab kami juga perlukan personal life seperti futsal dan main game.

Ungkapan ' I just love you. You are the one in my heart' adalah sangat haktuih untuk  kami lafazkan selalu. Oh, bukan kami. Sebab aku tiada gadis semasa ketika ini. Yang penting, kebanyakan lelaki tak akan lafaz selalu.

Oleh itu, jangan hujani kekasih lelaki anda, ( harus ditulis kekasih lelaki kerana ada gadis yang berkapel sesama jantina. Ini bahaya) dengan soalan-soalan mengarut sebegini.

Sekian sahaja untuk kali ini.






p/s: Lepas ni aku rasa nak tulis pasal gadis dari semasa ke semasa.

Saturday, 5 March 2011

Teori

Assalamualaikum.


Macam biasa, aku lebih banyak memerhati dan mendengar daripada bercakap. Aku akui aku agak kecoh dan suka buat kacau. Sehingga dianggap childish pada usia yang agak tua bangka. Terima kasih atas kejujuran.

Kau akan bercakap apa sahaja yang kau rasa. 




Bila kau pandang seorang lelaki yang kesempitan wang, kau kata dia seorang yang boros. Bila kau pandang seorang gadis beraroma ba'eng (masam + kepam), kau kata dia pengotor dan tak reti jaga badan.

Aku kurang bercakap bila melibatkan perkara subjektif. Benda berkaitan dengan teori sendiri aku kurang buka mulut. 

Aku lihat kau semudah itu memberikan teori kau. Kau kata itu, kau kata ini. Bak kata orang Indonesia,  "Segampang itu saja dong.."

Kau pernah fikir sejengkal ke depan tak? Atau kalau sejengkal itu agak jauh, kau pernah tak fikir sebulu hidung ke depan?




Kau sebarkan teori kau segampang itu dan orang lain percaya. Tapi, teori kau menyimpang ke gaung. Langsung tak betul malah dah jadi satu fitnah. Apa kesan teori kau atas kehidupan orang lain? Kau pernah fikir ke tak? 

Oh, mungkin kau hanya berfikir bagaimana teori kau dapat diaplikasikan dengan tepat atas kehidupan orang. Tengok, aku dah cipta teori aku kat kau. Kau bersalah pengaruh aku. Ha Ha Ha.
________________________________________

Aku terfikir, apakah kesan teori kau tu kalau betul pun?

Kau boleh bukak agensi? Atau kau butuh (baca: sangap. oh, kasar sangat. harap. ha, lebih sopan) perhatian orang terhadap kau? Bahawa kau memang tahu semua perkara?

Aku ada satu teori untuk orang macam ni.

" Self-confidence sangat tinggi untuk diaplikasikan atas kehidupan orang lain.."




p/s: Masing-masing ada teori sendiri. Simpan sendiri sudah. Bukan semua orang nak tahu pun teori kau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...