Sunday 8 May 2011

My mama

Assalamualaikum.


Hari ini Hari Ibu. Selamat hari ibu kepada mama aku, Azidah binti Mustafa. Sebagai seorang anak mak, aku dengan bangganya mengaku aku agak manja dan mengada dengan mama.

Aku budak asrama. Jadi, aku tak banyak habiskan masa di rumah dengan mama. Sekarang ni pulak, aku belajar di luar negara. Lagi lah langsung tiada cerita mahu dikongsi pasal mama.

Mama. Mama aku putih. Ramai kawan perempuan aku suka tengok muka mak aku. Mereka kata tenang, sejuk hati. Tapi kenapa mereka tak suka tengok muka aku? Mereka kata muka aku amat kerek dan poyo.

Mama. Apa kenangan yang aku ada dengan mama?

Oh, mama pernah pukul peha aku masa aku drive dengan dia. Sebab aku drive macam orang dah tak tahan nak berak. Laju dan mencelah penuh rakus. Rasa comel pula kena pukul dengan mama sewaktu memandu tatkala umur mencecah 21 tahun ketika ini.

Mama. Dalam banyak-banyak aku sakit, ada sekali ni mama tak jaga aku. Yang lain mama akan jaga penuh teliti. Mama tak jaga aku masa aku sunat. Mama tak larat tengok darah. Mama tak daya hadap aku sunat. Itu saja. Sakit lain memang mama juara nurse of the year.

Mama. Duit raya dia tak pernah lupa nak bagi aku. Umur aku dah besar pun duit masih dapat. Sedap lagi bila mama taja tiket aku pergi balik. Padahal aku mengada. Kalau nak aku balik, tajalah tiket. Betul-betul mama taja. Rindu sangat kat aku lah tu.

Mama. Mama akan backing aku kalau kena marah dengan ayah. Kat peha mama aku baring lepas menangis kena marah dengan ayah. Dekat kaki mama aku selalu lepak kalau gian nak letupkan jari. Dekat rambut mama aku buat eksperimen kalau tiba-tiba meroyan jadi hair-styler

Mama. Aku pernah menangis sebab Mama. Hoi, keras-keras aku pun, gerenti lembut dengan seorang wanita.  Mama aku lah tu.

Mama, Selamat Hari Ibu.. =)


2 comments:

erysweetie said...

huwah...comeyyyyyyyyyy =p

jejaka senja said...

ke mana tumpahnya kuah, kalau tak kena marah sebab tumpahkan kuah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...