Friday 20 May 2011

Blog ini tidak bercorak agama

Assalamualaikum.


Aku pernah ditegur kerana blog ini langsung tidak bercorak agama. Apa guna aku belajar bidang agama kalau tak tulis di blog? 

Aku pernah cuba tulis waktu mula-mula aku wujudkan blog ini. Tapi aku tak punya cukup idea dan kreatif untuk mencoret hal agama dalam bentuk blog. Masa tu pun nama blog aku bukan mizauka. Nama apa entah aku pun lupa.

Berbalik pada perkara yang ditegur, apa guna budak agama buat blog begini? Kenapa tak tulis soal agama?

Sudah ada blogger yang menulis tentang agama. Malah, sudah adapun ahli agama gunakan alam maya untuk menulis. Aku tak punya kehebatan seperti mereka. Aku tak punya aura yang cukup kuat untuk menulis soal agama.

Pendirian aku, serahkan kepada yang lebih berhak, kepada yang lebih sesuai dalam sesuatu perkara. 

Dah tu mana pergi nilai agama yang kau tuntut selama ini?

Aku ada saluran aku sendiri. Dan dunia blog ini bukan saluran pilihan aku nak berdakwah. Kau nak tahu mana saluran aku? Aku belum tetapkan saluran aku. Mana-mana pun boleh.

Yang pasti, dunia blog ini sekadar khayalan dan imiginasi aku semata-mata.
__________________________________

Menilai seseorang berdasarkan hasil penulisan mereka itu adalah berbeza untuk kau menilai keperibadian seseorang.

Hasil penulisan tidak sama dengan peribadi sang penulis. Penulisan itu cerminan pemikiran. Peribadi itu cerminan jiwa.

Dua benda yang lain.




p/s: Aku tak nilai kau atas tuduhan kau terhadap aku. Sebab aku faham persekitaran kau..

1 comment:

Anonymous said...

setiap org punya cara t'sendiri. scr sedar atau tak setiap entry yg ditulis dlm blog ni selalunya diselitkan dgn nilai2 agama yg boleh dijdkan pelajaran bg org lain. mungkin dgn m'gunakan bahasa yg tdk 'agama' mbuatkan org menilai blog ni tak b'corak agama. just be yourself. keep it up =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...