Monday, 30 May 2011

Ipar puaka

Assalamualaikum.


Cerita ini dah lama aku simpan cerita ini dalam draft. Pasal dah banyak sangat draft sampai aku naik pening, aku rasa nak release cerita ini. Mungkin jadi pada kau, boleh juga jadi pada aku. Tapi ini betul-betul terjadi pada seorang kenalan aku.

Aku namakan dia Najib. Kekasih dia Rosmah. Kakak kepada Rosmah aku namakan Rafidah. Mak kepada Rosmah aku namakan Hafilda.

Najib dan Rosmah sudah lama bercinta. 5 tahun. Aku rasa bukan tempoh yang singkat. Kalau bayi dah berubah jadi seorang budak. Dah masuk tadika. Dah pandai pakai baju sendiri. Mereka merancang untuk kahwin kerana telah lama bercinta dan boleh kata dah kenal hati budi masing-masing.

Najib memiliki pekerjaan tetap sebagai seorang guru agama. Berkat keikhlasan untuk membina masjid, dia  telah lama mengumpul duit. Hasilnya, pada usia yang agak muda, beliau telah mampu memiliki kereta sendiri dan rumah sendiri. Semua itu diusahakannya demi memberi kesenangan kepada Rosmah.

Tatkala Najib datang merisik, maka berbungalah hati Rosmah. Rosmah mengkhabarkan berita gembira itu kepada seluruh ahli keluarganya. Ibu Rosmah, Hafilda adalah orang yang paling sibuk menguruskan majlis merisik itu nanti.

Setelah selesai majlis merisik, maka sepakatlah kedua-dua belah keluarga untuk menetapkan majlis pertunangan dua bulan akan datang.

Berita majlis risik itu sampai ke telinga kakak Rosmah iaitu Rafidah. Rafidah yang telah berkahwin dan memiliki seorang anak tidak hadir pada majlis merisik adiknya kerana suaminya kerja lebih masa pada hari Ahad, bersamaan majlis merisik adiknya, Rosmah.

Pada hari Sabtu minggu hadapannya, tibalah Rafidah bersama keluarga di rumah ibunya, Hafilda. Hafilda bercerita mengenai bakal menantunya yang berperwatakan baik. Sesuai dengan gelaran ustaz yang digalas. Kesungguhan Najib terpancar dengan persediaan rumah dan kereta untuk Rosmah.

Mendengar akan cerita ibunya, maka gelisahlah Rafidah. Selama ini dia berasa selesa apabila suamiya menjadi menantu kesayangan ibunya. Walaupun suaminya bekerja berat, namun itu telah cukup untuk membuatkan ibunya menyayangi suaminya.

Dengan kehadiran bakal adik iparnya itu, dia merasa gelisah. Dia tidak senang melihat bakal suami adiknya lebih senang dan selesa pekerjaan daripada suaminya.Dia tidak rela kedudukan suaminya tergugat dengan kemewahan yang dimiliki Najib.

Rafidah meracuni minda ibunya, Hafilda. Dia mengatakan Najib tidak sepadan dengan adiknya Rosmah yang masih belajar. Gaji seorang guru tidak mampu untuk menyara adiknya yang masih belajar di kolej swasta. Dia juga mengatakan gaji guru lambat naik. Susah untuk meringankan beban pengajian adiknya nanti.

Hafilda mula terkesan. Hafilda tersenyum nipis tanda gembira. Dia terus membuat sambal belacan tahap bersembur resdung bagi meraikan kejayaannya mempengaruhi ibunya.

Rosmah sedih apabila mendengar keputusan ibunya. Ibunya tidak mengizinkan anaknya untuk berkahwin dengan Najib. Najib yang mengetahui perkara itu pergi sekali lagi untuk bertemu dengan Hafilda. Rafidah telah bersiap-sedia menyambut kedatangan Najib. Rafidah telah merendah-rendahkan demi menjaga status suaminya yang kini menyandang gelaran menantu kesayangan Hafilda.

Setelah rasa kecewa dengan sikap Hafilda dan Rafidah, Najib pergi dari rumah itu membawa diri. Rosmah yang begitu sedih telah berlari masuk ke bilik dan menghempas pintu sehingga retak dinding biliknya.

Maka, membujanglah Najib dan Rosmah sehingga kini. Dengan sikap puaka yang dimiliki Rafidah, maka menjadi anak dara tualah adiknya, Rosmah. Mungkin Rafidah hanya membenarkan adiknya berkahwin jika bakal adik iparnya kelihatan lebih susah daripada suaminya.
____________________________

Kisah ini telah diolah daripada versi asal. Nama watak juga hanyalah rekaan semata-mata.

Kadang-kadang bukan masalah mak ayah. Masalah adik-beradik pun boleh datangkan masalah. Lagi-lagi kalau ada perempuan perangai puaka macam Rafidah itu.

Tak mustahil sebab dah jadi pun kepada kenalan aku.

Kalau kena dekat aku, aku jentik buku lali perempuan macam tu sampai retak.




p/s: Kahwin sekarang makin susah, makin mahal. Ada pulak puaka begini, makin malas orang nak kahwin.

Friday, 27 May 2011

Jejakasenja dalam majalah Intrend

Assalamualaikum.


Jejaka senja adalah nickname yang aku pakai waktu mula-mula berjinak dalam alam maya.

Id yahoo messenger aku pun bermula dengan jejakasenja_ **********. Kalau nak tahu, boleh inbox dekat facebook. Perangai serupa artis popular yang memiliki suara tinggi dan jelas. Haktuih.

Rasa kembang kucup pula bila tengok nickname aku ini muncul dalam majalah Intrend.

Tak bangga pun. Tapi nampak nilai eksotik nickname jejaka senja itu.



Tengok kotak merah di sebelah kanan pandangan anda
__________________________

Sedih pulak aku tengok Scha Alyahya jadi begitu. Ha ha ha...







p/s: Cuba tengok Farid Kamil lama-lama. Ada iras aku tak? Jawab dengan jujur.

Rezeki

Assalamualaikum.


Lepas Subuh aku bantai tidur balik. Subuh 5am tapi kelas 8am. Kalau tak tidur lepas Subuh, confirm mengantuk dalam kelas. Kes tertidur dalam kelas memang aku lah sang juara. Sampai pensyarah pun berhenti mengajar kejap. 

Tanya aku sakit ke tak. 
Tanya aku tak faham ke apa dia ajar sampai boleh tertidur. 
Tanya aku tak selesa ke belajar waktu panas.

Sebab aku seorang je foreigner dalam kelas tu. Memang highlight and spotlight lebih kat muka aku.

Jadi, bagi mengelakkan kes yang sama berulang, aku memang dah set otak aku. Bangun Subuh awal then terus tidur. Alarm set 7am. Set 7am tapi bangun tak tentu 7am. Rezeki baik awal lah aku bangun pagi tu. Rezeki tak baik, 5 minit sebelum kelas baru bangun. Rezeki yang mula-mula baik then jadi tak baik pun ada. Dah bangun tapi tutup alarm then tertidur tanpa sedar. Celik mata dah 8:15am.

Pagi itu rezeki aku baik. Aku bangun sama dengan alarm bunyi. Celik je mata, aku terus tuang susu yang aku dah letak dari malam semalam lagi atas meja. Semangat berkobar-kobar pagi tu nak sarapan cereal dari London. Aku curah cereal terus dalam mangkuk yang bersusu tadi.

Aku jenis gemar makan cereal yang dah kembang dalam mangkuk. Kira dah lembik lah. Jenis malas kunyah. Jenis sudu masuk mulut, cereal terus masuk perut. Jenis makan nak cepat.

Sambil tunggu cereal kembang atau lembik, aku baring kejap. Merancang perjalanan hidup yang entah bila akan tamat. Merancang untuk beli Honda Hybrid putih 1.8L.

Aku pandu kereta itu dengan kelajuan yang sesuai dengan standard kereta Honda 1.8L. Tapi apa barang pandu Honda Hybrid tapi pandu di lorong tengah? Aku pandu Honda Hybrid itu di  lorong paling kanan. Kelajuan 140km/j hanyalah umpama pergerakan siput babi yang ditunggai badak sumbu. Sangat perlahan. Maka, aku pandu kereta itu dengan kelajuan 250km/j.

Kelajuan tinggi itu menyebabkan bulu hidung aku termasuk dalam tekak. Aku tersedak ketika memandu lantas aku terbabas dan jatuh ke dalam gaung yang amat dalam.

GEDEGANG!!!!!  PELEPOW!!!

Cereal yang kembang itu memenuhi wajah aku sehingga membentuk bedak sejuk yang beraneka warna dan perisa.

Mangkuk bersusu tadi dah bertukar menjadi topeng pelindung wajah, betul-betul tutup muka aku 90%.

Aku angkat mangkuk. Aku sapu cereal atas muka aku. Aku tengok handphone.

8:00am.

Hari itu aku tak tahu nak describe rezeki yang macam mana aku alami.
____________________________

Mangkuk bersusu tidak sesuai diletakkan sebelah wajah.

Jenis tidur mengigau sambil tangan melibas kiri kanan pun satu jenis gerakan seni tari yang indah.

Tertidur sambil tunggu cereal kembang memang satu penyesalan tahap jagung citarasa teragung.

Jangan tunggu cereal kembang. Makan je cepat-cepat. Faham?




p/s: susu masuk lubang hidung. tahi hidung warna putih. sungguh suci.


Thursday, 26 May 2011

Simple

Assalamualaikum.


Sekarang ini cuaca sangat panas. Bahang dia betul-betul buat peluh penuh 2 kolah. Nak buat wuduk pun geli sebab ada nampak daki terapung dalam gayung. Terik sinar mentari menyilaukan mata. Terkebil-kebil mata aku pejam. Nak buka lama-lama tak boleh. Pedih.

Disebabkan cuaca yang panas sampai nampak kesan basah celah ketiak pelajar-pelajar universiti aku, maka ada lah seorang dua yang tuang kelas. Skip kelas la senang cerita. Belajar dalam kelas pun dah macam belut kena rebus hidup-hidup. Menggeletik sana, mengggeliat sini.

Aku tolak tepi keterampilan kemas ke universiti waktu panas begini. Selipar, jeans, kemeja atau tshirt. Settle. Habis simple aku ni pun, ada lagi simple. Mahasiswi Arab lah. Simple sangat sampai berselirat santapan mata aku nak sasarkan. Ada unsur asonansi S di situ kalau anda masih ingat subjek Bahasa Melayu, gaya bahasa.

Nak sasar situ, simple jugak. Nak sasar sini, lagi lah simple. Nak sasar sana, 40x simple.

Kadang-kadang terbabas jugak sasaran aku. Tersasar dalam sangat. Lebih jauh daripada biasa. Dah sibuk paling kiri kanan. Konon-konon berusaha tak nak tersasar. 

Kau bayang tengok orang lelaki tengah berjalan, kepala kejap kiri kejap kanan dalam satu langkah. Tak ke nampak freshie walaupun dah 6 bulan aku belajar? 

Aku malas nak tiru mahasiswa Arab sini. Ada sebahagian mereka memang jujur. Terlebih jujur pun ada. Mahasisiwi yang tahap 70x simple dah berlalu pergi pun, mata tak kelip walaupun dah 30 saat. Itu yang jujur. Yang terlebih jujur, kepala siap pusing ke belakang walaupun badan masih menghadap ke depan.


gambar ini baru 60% arah pusingan kepala mereka
______________________________

Aku sebenarnya nak tulis lain. Selalu sangat jadi begini. 

Lantaklah. Janji berupdate.





p/s: Kalau tiada iman walaupun sebesar hati nyamuk, dah lama aku usha member kelas aku yang rata-rata 28% simple..

Friday, 20 May 2011

Minum air

Assalamualaikum.


Aku baru lepas solat. Selepas salam, aku nampak budak-budak kecil Arab berlari-lari dalam masjid. Memang betul-betul macam stadium mereka buat. Ada yang berlari sambil gelak-gelak. Ada pula yang lari lepas tu sengaja jatuh sebab karpet masjid tebal.

Siap ada yang lompat-lompat dari satu saf ke satu saf. Ada gaya Ahmad Zaki, atlet lompat jauh Malaysia suatu ketika dulu. Yang buat aku rasa nak jentik dahi adalah ada yang main golek-golek macam kayu balak.

Disebabkan geram dengan gelagat mereka yang tak reti hormat masjid, aku jalan perlahan-lahan.

Yang golek-golek tadi aku buat-buat terpijak perut. Memang empuk aku naik guna dua belah kaki. Lembut lain macam. Menggelupur jugak aku tengok budak tu pegang perut.

Yang main lompat-lompat aku hayun siku dekat ubun-ubun. Meletup juga lah bunyi tulang siku aku balun. Budak tu jalan pun dah macam lepas buat jam askar 33 pusingan.

Yang main lari-lari aku buat-buat tersadung kaki. Melambung jugalah budak tu. Tak jauh. Terseret 3m saja. Lutut kiri kanan merah menyala.

Pakcik-pakcik Arab yang nampak aku buat macam tu kerumun aku. Tak tanya apa, terus dia lempang muka aku. Aku tunduk. Dia terlempang muka pakcik Arab yang berdiri sebelah aku.

Pakcik yang kena lempang tadi tak puas hati, dia hayun penumbuk ke arah aku. Aku kalih muka ke kiri. Terkena pulak pakcik mula-mula yang nak lempang aku tu.

Dah bergaduh pulak pakcik berdua tu.

Ok, aku tipu.

Mana ada aku buat begitu kepada kanak-kanak Arab. Nak buat apa pun kalau mereka dah memang degil macam keldai? Biarkan je lah.

Sebenarnya lepas solat, aku biasa minum air. Air percuma yang disediakan dalam masjid. Panas terik sekarang ni memang kena minum air banyak.

Aku penuhkan air dalam sebiji gelas. Aku terus duduk sambil minum air. Itu pun aku minum 5 teguk. Minum seteguk nampak sangat gelojohnya.

Dah habis minum, aku letak gelas. Aku terus gerak nak keluar masjid.

Tiba-tiba ada pakcik Arab tarik tangan aku. Sudah. Ni betul-betul nak gaduh ke?
_____________________

Pakcik: Enta Maghribi?

Aku: La. Masyi Maghribi. Ana Malizi.

Pakcik: Subhanallah. Enta ahsanurrijal. Tumarisu sunnah nabawiyah.

Bla... bla.. blaa...
____________________

Rupanya pakcik tu perhatikan cara aku minum. Dia cakap tak ramai orang dalam masjid tu yang minum duduk. Kalau ada yang duduk pun, tak ramai yang minum gaya nabi. Teguk sikit-sikit. Semua minum macam sedut pakai belalai gajah.

Dia punya gembira tengok gaya aku minum memang tak boleh blah. Habis semua hadis dan ayat alquran keluar. Aku yang kembung perut dengan air anggukkan je.

Sebab dah tak tahan perut kembung sangat, aku pun salam pakcik tu lalu terus balik.
_____________________

Kalaulah pakcik tu tahu aku punya blog ini tak bercorak agama, tak tahulah apa dia cakap. Harap dia tak pandang serong kepada pelajar agama yang tak tulis pasal agama dalam blog dia.

Petang tu pun aku pakai jubah sebab seluar aku semua basuh. Biasa aku pakai jeans and kemeja.

Bagi aku, benda-benda ikhlas ni lagi ada nilai daripada benda-benda baik yang kau buat-buat demi nak orang nampak kau baik.




p/s: Mulut aku ada ulcer sebab kurang minum air..

Blog ini tidak bercorak agama

Assalamualaikum.


Aku pernah ditegur kerana blog ini langsung tidak bercorak agama. Apa guna aku belajar bidang agama kalau tak tulis di blog? 

Aku pernah cuba tulis waktu mula-mula aku wujudkan blog ini. Tapi aku tak punya cukup idea dan kreatif untuk mencoret hal agama dalam bentuk blog. Masa tu pun nama blog aku bukan mizauka. Nama apa entah aku pun lupa.

Berbalik pada perkara yang ditegur, apa guna budak agama buat blog begini? Kenapa tak tulis soal agama?

Sudah ada blogger yang menulis tentang agama. Malah, sudah adapun ahli agama gunakan alam maya untuk menulis. Aku tak punya kehebatan seperti mereka. Aku tak punya aura yang cukup kuat untuk menulis soal agama.

Pendirian aku, serahkan kepada yang lebih berhak, kepada yang lebih sesuai dalam sesuatu perkara. 

Dah tu mana pergi nilai agama yang kau tuntut selama ini?

Aku ada saluran aku sendiri. Dan dunia blog ini bukan saluran pilihan aku nak berdakwah. Kau nak tahu mana saluran aku? Aku belum tetapkan saluran aku. Mana-mana pun boleh.

Yang pasti, dunia blog ini sekadar khayalan dan imiginasi aku semata-mata.
__________________________________

Menilai seseorang berdasarkan hasil penulisan mereka itu adalah berbeza untuk kau menilai keperibadian seseorang.

Hasil penulisan tidak sama dengan peribadi sang penulis. Penulisan itu cerminan pemikiran. Peribadi itu cerminan jiwa.

Dua benda yang lain.




p/s: Aku tak nilai kau atas tuduhan kau terhadap aku. Sebab aku faham persekitaran kau..

Tuesday, 17 May 2011

Block jalan

Assalamualaikum


Aku jenis seorang yang jalan laju. Aku memang seorang yang bergerak lincah. Aku bukan jenis suka legging-kangkang  lenggang-kangkung. Buang masa. Aku tak reti jalan terkedek-kedek. Jalan terkedek-kedek ni bagi aku mereka yang suka tarik perhatian. Bajet hayunan punggung kau aku nak tengok. Haktuih!

Bila bercerita soal cara berjalan, selalunya subjek yang popular adalah gadis. Mengapa?

Ah, persetankan semua itu. Kalau jalan bersepah, lagi ngeri. Kau tahu ke apakah yang dinamakan jalan bersepah? Tengok Manjalara. Masa lagu intro. Manjalara sebelum kurus. Itu boleh kira jalan bersepah. Ada pula jalan kengkang. Jenis ini memang boleh diserap masuk kadet polis. Biar betul jalan.

Namun aku tak peduli cara bagaimana pun seorang gadis itu berjalan. Lantak kau lah nak jalan macam mana. Jangan kau jalan tonggeng-tonggeng bontot sudah. Mahu lari alignment bontot kau aku terajang.

Kalau ditanya, "Ada aku kesah?" tentang isu ini, maka dengan lantangnya aku akan jawab: YA!! Memang aku kesah.

Aku kesah dengan gerombolan gadis yang suka jalan ramai-ramai dan block jalan orang. Memang aku rasa nak ambil cota lalu libas kepala mereka. Nak guna belati bantai badan mereka. Nak pakai lesung batu seraya hentak kat keting mereka.

Mereka suka block jalan dekat escalator.
Mereka suka block jalan dekat jambatan.
Mereka suka block jalan dekat tangga.
Mereka suka block jalan dekat kaki lima.
Mereka suka block jalan dekat depan lif.
Mereka suka block jalan di mana-mana............

Kalau aku mencelah antara mereka, ada banyak kemungkinan boleh berlaku.

Dituduh atas kesalahan seksual kerana sengaja bergesel.
Dituduh mencari publisiti murahan.
Dituduh menghidu rambut mereka yang konon-konon wangi disembur Follow-me.

Kalau aku tak celah pulak...

Dituduh sengaja usha burger percuma.
Confirm lambat sampai universiti.
Lenguh kaki kat escalator berdiri tercegat lama-lama.

Maka, aku memang sangat anti dengan gadis yang suka block perjalanan aku. Tak pernah aku rasa senang hati dengan perbuatan mereka itu.

Adakah itu memang sifat semulajadi seorang gadis ketika bersama dalam satu gerombolan?
__________________________

Aku rasa penyimbah asid yang makin berleluasa di Kuala Lumpur memiliki masalah yang sama dengan aku. Cuma dia lepas agresif, ganas dan radikal dalam menangani mereka.

Cara aku menangani mereka? Aku memang cuit lengan sikit atau cakap mintak laluan. Sambil lalu, sambil pijak kaki mereka. Puas hati aku.




p/s: Lelaki pun suka block. Block pemikiran gadis-gadis dengan ayat manis... =D 

Saturday, 14 May 2011

Rahsia

Assalamualaikum.


Perkara pertama yang aku pegang dalam berkawan adalah, simpan rahsia. Jaga rahsia kawan walaupun bulu hidung aku kena ikat dekat pintu. Tunggu masa je pintu tu nak dihempas. Cuba buat kalau nak tahu macam mana payah dan sakitnya nak jaga rahsia ni.

Bagi aku, nak tahu kawan tu betul-betul kawan atau lawan, tengok sejauh mana rahsia aku yang dia (atau diorang) boleh pegang. Benda-benda rahsia ni banyak jenis.

Sikap buruk kau.
Kesilapan kau yang mengaibkan kau.
Kau tercirit dalam seluar.
Kau kena reject dengan kekasih.
Kau disahkan menghidap kentut berdarah.
Dan banyak lagi.

Setakat aku ingat, aku ada banyak dengar cerita kawan-kawan aku. At the end, mereka akan kata, " Zim, aku tak nak kau cerita dekat siapa-siapa. Ni rahsia. Tau?"

Samada mereka melakukan reverse psychology, iaitu dengan niat supaya aku cerita kepada semua orang, atau mereka betul-betul bermaksud begitu. Tapi yang pasti, bila mereka dah cakap begitu, aku pun buatlah begitu juga.

Jadi, bila aku dengar rahsia seseorang daripada mana-mana individu, aku memang agak sinis terhadap individu itu. Ya, aku sekadar sinis. Individu begini bukan pilihan terbaik untuk diceritakan sebuah rahsia. Mungkin betul dia seorang pendengar yang baik, tapi tak semua pendengar yang baik penyimpan rahsia yang baik.

Tapi penyimpan rahsia yang baik hadir adalah pendengar yang baik.

Renungkan. Dan selamat beramal.
___________________________

Apasal macam serius entri kali ini? Ha ha ha.

Kepada pembaca blog ini yang pernah berkongsi cerita dengan aku, jika anda pernah berkata begini, " Ini rahsia. Jangan cerita pada orang..", maka anda tak perlu risau. Rahsia anda selamat sampai sekarang. Insyaallah.




p/s: Rahsia aku adalah............................................ (nama pun rahsia kan? takdelah aku nak type der..=p)

Sunday, 8 May 2011

My mama

Assalamualaikum.


Hari ini Hari Ibu. Selamat hari ibu kepada mama aku, Azidah binti Mustafa. Sebagai seorang anak mak, aku dengan bangganya mengaku aku agak manja dan mengada dengan mama.

Aku budak asrama. Jadi, aku tak banyak habiskan masa di rumah dengan mama. Sekarang ni pulak, aku belajar di luar negara. Lagi lah langsung tiada cerita mahu dikongsi pasal mama.

Mama. Mama aku putih. Ramai kawan perempuan aku suka tengok muka mak aku. Mereka kata tenang, sejuk hati. Tapi kenapa mereka tak suka tengok muka aku? Mereka kata muka aku amat kerek dan poyo.

Mama. Apa kenangan yang aku ada dengan mama?

Oh, mama pernah pukul peha aku masa aku drive dengan dia. Sebab aku drive macam orang dah tak tahan nak berak. Laju dan mencelah penuh rakus. Rasa comel pula kena pukul dengan mama sewaktu memandu tatkala umur mencecah 21 tahun ketika ini.

Mama. Dalam banyak-banyak aku sakit, ada sekali ni mama tak jaga aku. Yang lain mama akan jaga penuh teliti. Mama tak jaga aku masa aku sunat. Mama tak larat tengok darah. Mama tak daya hadap aku sunat. Itu saja. Sakit lain memang mama juara nurse of the year.

Mama. Duit raya dia tak pernah lupa nak bagi aku. Umur aku dah besar pun duit masih dapat. Sedap lagi bila mama taja tiket aku pergi balik. Padahal aku mengada. Kalau nak aku balik, tajalah tiket. Betul-betul mama taja. Rindu sangat kat aku lah tu.

Mama. Mama akan backing aku kalau kena marah dengan ayah. Kat peha mama aku baring lepas menangis kena marah dengan ayah. Dekat kaki mama aku selalu lepak kalau gian nak letupkan jari. Dekat rambut mama aku buat eksperimen kalau tiba-tiba meroyan jadi hair-styler

Mama. Aku pernah menangis sebab Mama. Hoi, keras-keras aku pun, gerenti lembut dengan seorang wanita.  Mama aku lah tu.

Mama, Selamat Hari Ibu.. =)


Saturday, 7 May 2011

Congkak dan karom

Assalamualaikum.


Tahun 2003.

Malam itu panas. Kipas jenama Pensonic berpusing perlahan. Walaupun aku dah tekan no3, kelajuan bilah kipas serupa kelajuan -13. Angin kentut aku pun lagi kuat. 

Oh, baru aku perasan. Bilah kipas sepatutnya berwarna biru laut. Bilah kipas ketika itu berwarna hitam dan kelabu. Menandakan habuk tebal menyelimuti bilah kipas tersebut. Patutlah perlahan.

Oh, patutlah berhabuk. Bilik ni memang jarang orang masuk. Apatah lagi untuk dijadikan bilik tidur. Maka, kerja pembersihan memang amat jarang dilakukan di dalam bilik ini.

Malam itu, orang-orang tak berapa remaja tidur kat ruang tamu beramai-ramai. Dah serupa lepat pisang bersusun dah aku tengok. Aku dan sepupu aku pulak dicampakkan  ke dalam bilik azab itu. Kepanasan bilik tu memang aku tak lupa sampai sekarang. Tak pakai baju pun peluh macam perah susu zirafah. Kalau boleh tanggalkan kulit badan, dah lama aku dah buat.

Nyamuk pulak macam ada parti liar malam itu. Seekor-seekor terbang macam mabuk minum arak 13 tong. Yang mendarat dan menyorok celah ketiak tak payah cakap banyak dia. Yang hebat, dapat survive. Terbang merentasi rimbunan bulu ketiak. Yang nasib tak baik, bergumpal sekali dengan daki ketiak.

Sepupu aku dah serupa mat ganja aku tengok malam tu. Sikit lagi dah nak jadi zombi. Mata merah, peluh keluar dari setiap liang roma. Seluar dia pun basah kuyup aku tengok. Kencing ke peluh aku tak tanya pulak.

Disebabkan malam yang azab tu kami tak dapat tidur, sepupu aku tiba-tiba dapat ilham. Dia plan nak pijak semua orang yang tidur kat ruang tamu sambil rentap bulu kaki yang panjang dan kerinting. Ok, aku tipu. Nak makan lesung batu sarapan pagi nanti bolehlah tarik bulu kaki nenek kami.

Malam yang berapi itu, kami main congkak. Lupa nak cakap. Sepupu aku tu laki. Tua setahun dari aku. Kami main congkak sampai bosan. Sampai guli tu kami main sumbat-sumbat dalam lubang hidung. Aku menang game sumbat guli dalam lubang hidung. Aku boleh maintain guli dekat lubang hidung adalah sampai 3 minit. Sepupu aku setengah minit tak sampai. Hidung mancung la katakan sepupu aku tu. Aku hidung kembang.

Lepas tu, kami main karom pulak. Ni game paling style. Sanggup makan biskut pakai kaki sebab nak fokuskan jari tangan untuk jentik. Memang berdentam-dentum bunyi buah karom kami jentik sekuat hati.

Dalam pukul 3 pagi, aku terdengar ada orang bagi salam. Aku baru teringat ada makcik aku dari Penang nak sampai. Aku selak langsir. Tiada orang pulak.

10 minit lepas tu, sepupu aku pulak selak langsir. Dia kata dia dengar orang mintak tolong.

Kami dah mula rasa tak sedap. Aku dengar orang bagi salam tapi tak dengar orang mintak tolong. Sepupu aku pulak dengar orang mintak tolong tapi tak dengar orang bagi salam.

Kami jentik buah karom pun dah mula melalut. Masing-masing tiba-tiba buat-buat rasa mengantuk.

Elok kami nak kemas papan karom tu, tiba-tiba pintu bilik terbuka.

" Eeekkkk......."

Satu kepala menjelma dengan rambut putih mengerbang lebat.

Aku dah ready nak hayun papan karom. Sepupu aku pulak dah ready papan congkak nak buat bantai.

" Budak bertuah. Orang tidur tengah malam kau boleh berperang malam-malam ni? Esok nak raya tahu tak? Nanti liat nak bangun pagi solat raya. Dah! Simpan congkak tu. Pergi tidur..!"
___________________________________

Nasib baik kami sempat tahan tangan masing-masing. Kalau memang jenis keturunan darah gemuruh, gugup tak memasal, memang dah jadi tajuk berita aku rasa.

" Seorang nenek terlantar di hospitak pada malam raya akibat dibelasah oleh dua orang cucunya. Kes masih dalam siasatan.."




p/s: Semoga nenek sihat selalu. Hari ibu tapi entri pasal nenek. Boleh kan?

Thursday, 5 May 2011

Krisis

Assalamualaikum.


Aku sekarang dekat cyber cafe. Internet rumah problem dah seminggu. Ini kali pertama aku pergi cyber cafe sepanjang 4 tahun duduk di sini.

Maknanya ini kali pertama aku berdepan krisis internet yang meruncing lagi mencucuk hati.

Cyber cafe ni punya telan duit tak perlu aku coretkan di sini. Tak sampai 100 kali tekan keyboard dah naik 1 dirham. Copek bonar den kobar kek kau. Padahal line slow yang amat. Haktuih lah pancung customer cara keji begini.

Dah. Aku bajet 5 dirham je ni. Dah sampai pun 5 dirham. 

Kalau tengok lepas ni satu hari sampai berbelas entri, faham-faham yo laa.
_________________________________

Aku boleh rasa macam mana customer Telekom Malaysia tertekan kalau servis tak bagus tapi bayar nak cepat.

Sabo je la ye tak?



p/s: makin banyak perkara berlaku sekarang. satu demi satu. sabar itu perlu bersatu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...