Friday 9 December 2011

Kejam seorang abang

Assalamualaikum.

Tahun 1998.

Tengahari Sabtu itu heaven. Marathon kartun non-stop start pukul 9am dari Dragon Ball bawak ke Totally Spice Girls bawak ke Pokeman bawak ke Kelab Disney Malaysia. Masa tu host dia seorang kakak yang sangat periang sehingga aku terpaku di depan televisyen tanpa berganjak.

Tamat sahaja Kelab Disney Malaysia, aku mula keresahan. Aku dah tak tahu bak buat apa. Nak layan hindustan aku rasa dah serupa syaitan tengok dia gelek-gelek. Masa tu drama Korea belum mendapat tempat di Malaysia. Kalau ada pun, dah pecah televisyen aku ketuk pakai lesung batu.

Kaki aku tiba-tiba bergerak sendiri. Dia punya gerak bukan macam shuffle. Zaman tu shuffle tak masuk lagi. Zaman tu yang popular adalah tenteng. Aku sampai pegang lutut taknak bagi dinding berlubang atau retak. Itu memang petanda paling jelas bahawa aku mengalami sindrom kebosanan tahap banjaran Tibet.

Tiba-tiba adik perempuan aku berlari-lari riang sambil gigit botol susu lalu di hadapan aku. Tangan kanannya memegang sebiji cawan plastik merah manakala tangan kirinya menggaru pipi. Kegembiraan yang dia nikmati aku pandang sebagai satu keresahan.

Entah macam mana aku terlepas daripada memegang lutut aku. 

PELEPOW!!!

Sedar-sedar kaki aku dah parking cantik dekat perut adik perempuan aku. Cawan plastik merahnya terlepas dan melekat atas kepala lutut aku. Sekali pandang sebiji macam Cyber Cop kaler merah. Adik aku berguling-guling sambil memegang perutnya. Aku hanya melihatnya sambil duduk di atas kerusi dan memegang kaki yang mendarat kemas di perut adik aku tadi.

Tiba-tiba aku rasakan lantai rumah bergegar, lampu rumah bergoyang-goyang, kipas rumah berpusing melawan arah, dinding merekah dan meretak. Kerusi yang aku duduk tiba-tiba terbalik dan aku terhumban ke depan.

Bayang-bayang itu sudah hampir. Aku tahu masanya sudah tiba.

GEDEBUK!!

Ruang tamu itu menjadi saksi tidak bernyawa.

Giliran aku pula mencium lantai dan mengucup dinding. Belum sempat aku menarik nafas kedua, aku hanya mampu memandang syiiling rumah dan melihat kipas sudah berpusing seperti sediakala. Aku lihat sepasukan cicak sedang berbaris dalam satu barisan panjang sambil membentuk perkataan " Padan muka kau" di sebelah lampu kalimantang.

Aku diseret oleh ayah dengan hanya memegang rambut. Destinasi seterusnya, dapur.

Aku dimarahi oleh ayah dan emakku. Aku bernasib baik kerana aku tidak mengeluarkan sebarang dua perkataan keji lagi hina ketika kejadian. Kalau tidak, haruslah bibir aku menjadi seksi seperti Rosnah Mat Aris akibat tonyohan cili padi yang dibeli di pasar malam setiap Sabtu.

Petang itu aku hanya mampu terbaring lemah sambil melihat cerita hindustan.

Hero itu menumbuk penjahat dan penjahat itu terus melambung masuk ke lokap.

Aku bersyukur ayah aku tiada keupayaan seperti itu.
____________________________

Aku memang sangat syaitan ketika kecil. Seorang abang yang tak bertanggungjawab terhadap adik-adiknya.

Itu baru adik perempuan. Belum lagi kisah dengan adik lelaki.



p/s: Aku rindu adik-adik aku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...