Wednesday 25 January 2012

Realiti vs Maya

Assalamualaikum.


Kadang-kadang kau tengok orang itu sangat berlainan wataknya di alam maya dengan apa yang kau kenal dia secara realiti. Pernah bukan?

Aku secara peribadi mungkin tergolong dalam orang yang mengalami personality disorder. Jangan risau. Aku bercakap dalam konteks alam maya dan alam realiti. Bukan alam realiti semata-mata. Aku masih jejaka senja, seorang maskulin yang mempunyai parut jerawat di wajah.

Sesetengah orang menggunakan alam maya untuk menjadi orang lain. Watak yang digambarkan di alam maya amat bertentangan dan sangat songsang jika dibandingkan dengan alam realiti. Aku bukan bercakap mengenai mereka yang menggunakan alam maya untuk menyerang secara peribadi. Mewujudkan emel baru semata-mata ingin mengutuk atau mengeji individu-individu tertentu. Bukan.

Aku?

Aku memilih alam maya untuk menjadi diri aku yang lain. Sekali lagi aku tegaskan. Diri aku yang lain di sini bukan bermakna aku ingin menjadi wanita atau gadis. Bukan. Aku ingin menjadi diri sendiri dari sisi yang aku sukar untuk aku jadi. Aku nampak peluang itu ada dalam alam maya.

Dalam konteks ini, aku memilih blog untuk menzahirkan sisi lain atau sudut berbeza daripada apa yang terzahir secara sendirinya di alam realiti. Agak kompleks mungkin. Perkara yang sukar dilakukan di alam realiti tapi dapat digapai melalui alam maya.

Seseorang yang suka berfantasi tetapi tidak berpeluang untuk berbuat demikian di alam realiti, alam maya menjadi medan untuknya berfantasi dengan lebih terbuka. Gambaran yang hanya dapat diaplikasi ketika di alam maya. Aku pernah lihat hasil karya seorang askar yang melukis dengan begitu kemas hanya menggunakan software Paint.

Seseorang yang suka bercerita tetapi terpendam sahaja kerana kurang keyakinan diri untuk bercerita secara live di alam realiti. Hasil ceritanya di alam maya bagi aku sangat unik kerana cara dia bercerita (penulisan) tidak seperti kebanyakan cerita.

Ini hanya dua contoh daripada banyak contoh yang menunjukkan perbezaan watak seseorang daripada alam realiti dengan alam maya.

Jadi, jika anda merasakan seseorang itu amat kontra perwatakannya antara alam realiti dan alam maya, anda telah pun memahami peribahasa berikut,

" don't judge a book by its cover.."
______________________________

Tahukah anda bahawa alam maya boleh melatih seseorang untuk lebih berkeyakinan menjalani kehidupan dalam alam realiti?

Itupun jika mereka menggunakan alam maya dengan cara yang baik untuk kebaikan diri sendiri.




p/s: Gaya penulisan seseorang tidak menggambarkan peribadi seseorang secara total. Mungkin separuh, mungkin suku, mungkin juga macam makan buah duku pakai siku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...