Friday 6 January 2012

Huruf R

Assalamualaikum.


Pelat! Ya, bukan lepat. Lepat adalah sejenis kuih yang sedap. Pelat pula lain. Pelat ialah sejenis fenomena yang berlaku kepada mereka yang tidak dapat menyebut sesuatu huruf dengan betul atau tepat. Pelat ini bukan boleh buat main sangat. Moral boleh down kalau tak kuat emosi dan mental.

Aku macam Lisa Surihani. Ehem ehem. Bukan. Aku bukan nak kata aku cantik macam Lisa. Tak. Aku tahu aku tak kacak macam Yusri. Cuma lebih kacak. Hurm. Tak. Tak. Yusri jauh lebih kacak daripada aku. Sebab dia tak pelat huruf R. See? 

Pelat ni sebenarnya main peranan kecil dalam nak tentukan orang tu kacak atau tak. Jelita atau tak? Jelita? Kahkah. Nama majalah juga aku petik.

Aku sekarang dah tak pelat R. Mungkin kadang-kadang terpelat jugak sebab dari kecik aku memang pelat huruf R. Kalau aku tengah cakap Melayu atau tengah merapu atau merepek atau mengarut atau tengah borak-borak biasa atau atau atau, memang terpelat jugak lidah aku ni.

Sekarang aku dah boleh cover. Paling penting dalam bacaan solat. Itu yang aku betul-betul jaga. Nak mengaji pun aku jaga sebutan. Bagi mereka yang tak pelat macam kami yang pelat ni, anda mungkin tak rasa macam mana yang aku maksudkan dengan jaga dan kawal sebutan. Sebab anda memang tak pelat.

Bagi aku dan mereka yang pelat ni, memang kalau sampai huruf-huruf sensitif kami, kahkah, huruf sensitif, memang automatik jadi peka dan alert dengan sebutan huruf itu. Oh, selain huruf R, huruf yang orang selalu pelat adalah huruf S.

Bagi mereka yang pelat huruf S, kebarangkalian untuk pelat huruf R adalah tinggi. Tapi mereka yang pelat huruf R, jarang yang pelat huruf S. Macam aku. Aku tak pelat huruf S. Aku pernah pelat huruf R, tapi sekarang dah boleh kira tak pelat. Hahaha!

Aku ada satu tips yang aku sendiri buat. Daripada tak boleh langsung sebut huruf R sekarang dah boleh sebut Ferrero Roche. Ingat! Ferrero Roche adalah perkataan asas nak tahu anda pelat huruf R atau tidak.

Tipsnya adalah, masa tu aku darjah enam. Aku pengawas. Jadi, setiap pagi Isnin memang turn aku baca doa pagi. Satu pagi Isnin tu, ada ustazah tegur aku sebab aku tak boleh sebut huruf R betul-betul. Kira huruf Ra' dalam bahasa Arab aku salah. Aku dah rasa down sebab nak baca doa tapi salah baca.

Satu petang tu, aku baring sambil menahan sakit di bahu kiri akibat suntikan BCG. Dah pecah berdarah-darah sebab aku tepuk nyamuk. Nyamuk mati. Puas. BCG pecah. Perit. Sambil berbaring, aku mainkan lidah aku dekat lelangit atas. Ustazah aku cakap, letak lidah sejauh yang mungkin.

Lidah aku dah macam kebas asyik main dekat lelangit je. Tengah-tengah aku mainkan lidah dekat lelangit, tiba-tiba pulak aku terbersin. Lidah aku punya sakit waktu tu memang padu. Kau cuba main-main lidah kat lelangit masa ada rasa nak terbersin.

Lepas je aku terbersin, aku rasa lidah aku dah mengalami transformasi. Lidah didahulukan, huruf R diutamakan. Aku dah boleh sebut huruf R macam mana aku sebut huruf R sekarang ini. Walaupun kadang-kadang terpelat lagi sekarang, at least aku dah tak totally pelat macam dulu.

Untuk sesiapa yang pelat huruf S, aku takde tips nak kongsi sebab aku tak pelat S.

Kepada mereka yang pelat R macam aku, dulu, bolehlah cuba tips yang aku merepek tadi. Insyaallah, di mana ada lidah, di situ anda boleh sebut huruf R.

Selamat mencuba.
______________________________

Bila kadang-kadang aku terpelat huruf R, aku terus cover cakap French. Bolehlah juga cakap French sikit. Je ne parle par francais bien.

Bila tengok lakonan Lisa Surihani, rasa sayu di hati. Bukan sebab Ombak Rindu, bukan. Aku tak tengok pun lagi. Tapi sebab Lisa dengan aku sama. Aku yang dulu.


p/s: Banyakkan mengaji alquran. Itu pun boleh betulkan sebutan huruf dengan lebih tepat.

8 comments:

firdaus nazeri said...

cara2 yg x disengajakan bole jadi berhasil gak...haha

Anonymous said...

Sy pn sama.kdg2 apa yg sy sebut mreka akn ulang2 dan ulang.taktau nak buat cm mane.sjak dr 2,sy m'jd seorg yg tersgt2 merendah diri smpai sekrg.selalu terfikir mse mengaji n solat betul ke sebutan aku.sebb stiap 1 huruf bertkr akn membw mksud yg berlainan.hurm

Anonymous said...

Bro,boleh terangkan tak maksud letakkan lidah sejauh yg mungkin tu?..x berape paham...kat dgn anak tekak eh?.

Anonymous said...

aku owner blog ni. tapi da lupa password sbb da lama sgt x update. hahaha.

maksud letak lidah sejauh mungkin tu bukan ke arah anak tekak. tapi lelangit atas mghala ke gigi depan bhgian atas.

Anonymous said...

Sama la kita..bca doa pelat nak2 msa brtugas..rse down sngt2. Huh

Anonymous said...

Tu lah pasal. Time kena baca text or present apa2 kat depan sumpah malu gila. Sampai skrg kena cover jadi r ala2 mat saleh haha

Unknown said...

xpaham.letak ke arah gigi.macam mana ek

Marsya samad said...

Bahasa perancis pelat r eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...