Wednesday 28 December 2011

Aku seorang pemandu

Assalamualaikum.



80km/j. Itulah kelajuan Myvi kelabu membelah jalan raya pada suatu petang yang mendung. Mata yang berat ditambah dengan perut yang padat dengan nasi goreng cina, aku sudah tidak mampu untuk fokus terhadap pemanduan. Pendingin hawa yang berada pada tahap sederhana sejuk membuatkan mata makin berat.

Tingkap segera diturunkan. Angin kencang menampar padu muka yang ada parut jerawat. Volume radio  ditingkatkan. Bunyi angin sama kuat dengan volume radio. Lagu Aishiteru berkumandang. Aku layan lagu sambil head-banging.

Tak cukup head-banging, aku keluarkan tangan dan menggerak-gerakkan tangan aku. Pelbagai gerakan dicipta bagi menyegarkan badan dan mengembalikan tenaga yang makin luput. Tapak tangan aku kembangkan seluas mungkin, beralun mengikut kelajuan angin yang agak kotor. Faham-fahamlah, pencemaran udara.

Habis lagu Aishiteru, lagu Baby nyanyian Justin Biebir diputarkan. Kaki kiri aku angkat dan terajang  kencang radio Myvi. Lagu Baby berhenti serta-merta dan aku tutup kembali tingkap.

Malam itu ayah aku ajak makan luar. Sempena kepulangan adik aku ke rumah. Satu famili bergerak ke restorang yang belum ditentukan menaiki Unser 1.8 LGX. Sebagai orang lama, ayah aku memilih untuk memasang radio pada volume yang sederhana.

Tiba-tiba sebuah proton Satria Neo memotong deras dari sebelah kiri. Satu perbuatan yang tidak senonoh.  Memecut dari sebelah kiri amatlah tidak beradab jika kenderaan di lorong kanan tidak memandu dengan perlahan.

Pemandunya tiba-tiba mengeluarkan tangan. Bukan menunjukkan isyarat middle-finger. Bukan.

Aku rasa pemandunya sedang mendengar lagu Aishiteru. Gerakan tangannya 90% sama dengan gerakan tanganku pada petang tadi. Yang berbeza bahagian jari-jarinya kerana tidak selentik dan selembut jari-jari aku. Jari bekas penari tarian kebudayaan suatu ketika dulu.

" Orang gila je yang bawa kereta macam tu," ayah aku mengganggu lagu Karma daripada Faizal Tahir, "  Tangan patut pegang stereng, bukan raba-raba angin macam orang tak betul,"

Aku buat-buat raba angin dengan pegang tingkap kereta yang tak diturunkan.

_________________________

Aku sampai sekarang suka pandu kereta buka tingkap. Minyak jimat, angin pun lalu ikut celah lengan baju. Natural Odourless. Deodorant pun tak payah beli. Macamlah aku pernah pakai deodorant.

Orang gila adalah yang pandu kereta macam orang gila, bukan yang keluarkan tangan ketika memandu.

Sekian.



p/s: Dah lama tak pandu manual. Harap-harap tak kekok.

Saturday 24 December 2011

Perempuan dan perbandingan

Assalamualaikum.


Aku akui aku bukan lelaki yang baik. Macam Alif Sattar nyanyi lagu Lelaki Seperti Aku, " Memang tak ada lelaki seperti aku, tapi yang lebih baik banyak..". For sure lah ramai lelaki lagi baik daripada aku. Orang yang baik tak mengaku dia baik. Ehem ehem.

Kali ini aku nak mengarut pasal lelaki dan perempuan. Aku sebagai lelaki tulen pasti aku backup lelaki but at the same time, I have to be a gentel (gentle) man. Being nice to girls. Yes, they are weak, I know, but they are sweat sweet too.

Aku perasanlah kan, perempuan ni suka buat benda yang mereka tak suka lelaki buat kat mereka. Tapi, lelaki pun sama je. Tapi, benda ni aku tengok memang khas untuk perempuan.

Perempuan suka membanding-bandingkan tapi tak suka dibandingkan.
_______________________________
Siti: Awak, cuba tengok lelaki kat tangga tu. Sejuk hati saya tengok. Rambut pendek, kemas. Pakai t-shirt berkolar. Nampat smart sangat. Mangai, lengan dia. 14 kali lah lengan awak.

Salim: Ye lah. Saya ni bukan apa. Tapi ..............

Siti: Wah, dia naik Honda Civic la. Warna putih pulak tu. Feveret I tu. Awak ni cepat-cepatlah tukar kereta. Dahlah bau kasut futsal, stokin bersepah. Awak tahu tak Viva ni sempit?

Salim: Kan saya dah cakap, nanti ..............

Siti: Awak ni kan saya tengok, tak caring langsung macam Salleh tu. Dia tu saya tengok, hari-hari hantar Syafiqah pergi kolej. Hujan pun dia sanggup tunggu. Dah tu tak macho langsung macam Syakir. Dah lah suara sedap, pandai masak kuih kaswi. Awak ni kan.. Tak tahulah saya nak cakap apa.

Salim: Awak dah habis cakap ke?

Siti: Banyak lagi ni. Kenapa?

Salim: Ni ha. Cuba awak tengok perempuan Korea ni dalam gambar ni.

Siti: Haa. Kenapa? Kan saya dah tiru semua tu? Apa lagi yang lain? Skirt labuh yang awak bagi tu pun saya simpan tak pakai. Yang ni saya beli sendiri. Baru nampak kaki penuh.

Salim: Takdelah. Kaki perempuan ni panjang, licin, kurus. Lawa je saya tengok. Tapi kenapa kaki awak macam guni beras je saya tengok?

Gadis yang tak tutup kaki biasanya betis dia saiz ini

Siti: Awak ni kenapa? Awak suka saya ke tak? Banding-bandingkan pulak.

Salim: Eh, marah ke? Ingatkan tak marah. Tadi awak suruh jadi macam Syakir lah, Syafiq lah, entah siapa-siapa lagi. Saya ok je.

Siti: Dah lah. Awak kalau tak suka saya, kita clash. Now!

Salim: My pleasure. Awak boleh turun kereta Kancil saya ni. Baru boleh pam tayar balance semua empat tayar.

Siti: Apasal pulak?

Salim: Saya tak pernah pam tayar belah kanan sebab nak bagi balance tayar kiri kanan. Biasanya saya pam tayar kiri je sebab angin cepat keluar. Berat sebelah Kak Siti oii..
_____________________________
Kalau aku lah kan, nak tegur ok je aku rasa. Yelah, semua orang nakkan yang terbaik untuk diri sendiri. Kita pun nakkan pasangan kita jadi yang terbaik. Kalau cakap je apa kita nak tanpa perlu bandingkan dengan siapa-siapa kan sedap? Senang je pasangan tu nak ikut.

Haih, aku type macam ni macamlah aku dah berpasangan. Kahkahkah.

Ini hanya pendapat. Mungkin juga pengalaman. Pengalaman yang tak siap.



p/s: Ada orang cakap kumpulan gula-gula (Kpop gadis Melayu) tak boleh pergi jauh sebab kaki macam pemukul besbol. Orang cakaplah..

Thursday 22 December 2011

Ketika malam itu (part 1)

Assalamualaikum.


2005 @ Sambestari

Malam itu aku lapar gila. Perut aku berbunyi tak agak-agak. Padahal aku dah beratur tambah nasi 2x ketika makan petang. Kenapa aku cerita aku beratur ambil nasi? Sebab nak cerita aku ini senior yang baik, yang tak potong line ketika ambil makanan di dewan makan. Baikkan aku? 

Aku nak study malam tu memang tak tenang langsung. Prep malam campur kelas lelaki dan perempuan. Nak pergi kantin memang tak lah. Sepanjang aku belajar kat sekolah, kantin adalah tempat yang aku jejaki hanya ketika hujung minggu sahaja. Itu pun sebab famili aku datang lawat. Aku tak reti makan dekat kantin. Tak tahu kenapa.

Nak cover bunyi perut memang tak boleh cover dah.

Kreuk! Kreuk! Kurrr!

Kawan sebelah aku memang dah tidur. Ada tanda sujud di dahinya. Dia memang rajin solat sunat pun. Dia juga rajin tidur. Aku bangun dan keluar dari kelas. Dari kelas aku di tingkat 4, memang boleh nampak Genting Highland jika langit malam cerah dan tidak berawan. Aku diri tegak dan tumbuk perut sendiri sekuat mungkin.

Gedebuk!

Kreuk! Kreuk!

Cis, bunyi lagi.

Gedebuk! Pelepow! Aku tambah lagi tumbukan.

.........................

Bagus, alhamdulillah. Bunyi perut dah tiada.

Elok aku tengok jam, tepat jam 10:15pm. Patutlah perut aku meragam lain macam. Kasihan perut aku sebab aku tumbuk dia bertubi-tubi. Maafkan aku perut.

Aku berlari-lari riang menuju ke dewan makan. Aku lalu belakang blok A dan bersebelahan dengan tong sampah. Memang bau tahi cirit daripada kuda alzheimer. Kepala aku berpusing-pusing tiada hentinya. Pening gila bau sampah.

Latar belakang yang gelap dan sunyi menjadi tema malam yang pekat itu. Bunyi cengkerik bersahut-sahut semakin perlahan. Suasana sepi dan gelam itu tiba-tiba bertukar meriah. Aku seolah-olah terdengar suara  dan bunyi daripada alam sebelah sana.  Seakan-akan hijab pendengaran aku telah terbuka.

Aku memaling ke arah suara misteri itu.



bersambung...

Sunday 18 December 2011

Muka anda berjerawat?

Assalamualaikum.


Aku sebenarnya bukanlah seorang yang layak untuk tulis entri berkenaan kecantikan memandangkan wajah aku ini umpama kacukan singa dan harimau. Ramai kata muka aku sangat garang. Mula-mula aku nafikan juga tapi setelah berlori-lori umat manusia cakap begitu, aku telan sahaja.

Aku bukan nak cerita pasal bagaimana untuk kelihatan tidak garang walaupun anda garang. Aku tak boleh nak cerita sebab aku pun tak reti. Muka aku yang belum setting garang pun orang dah cakap garang, kalau betul-betul aku setting tak tahulah muka jadi apa.

Sebagaimana yang kau tahu, itupun kalau kau tahu lah, dulu aku merupakan penghidap jerawat yang sangat menggelupur sekali teruknya. Lebih kurang teruk camnilah..

ini masa form4-form5

Muka aku paling jerawat teruk masa form2. Aku memang tak ambil port sangat pasal jerawat masa tu sebab awek pun takde. Kira tak payahlah nak smart sangat. Aku dah ada prinsip, mana-mana gadis yang boleh terima jerawat aku ni, dia ikhlas mencintai aku. Haktuih!

Tapi aku ada mak ayah yang sangat caring. Diorang yang menggelabah muka anak teruna diorang ni dah macam kebun tomato. Masa awal-awal dulu bedak sejuk pun dah cukup. Tapi lepas dah macam kena tembak dengan gula-gula smarties merah, diorang tahu ini bukan jerawat yang boleh dimakan dengan bedak sejuk.

So, kepada anda yang ada masalah kulit seperti aku, ini apa yang aku pakai yang aku yakin berkesan sebab dah terbukti pun kat muka aku.

1) Makan vitamin C setiap pagi. Yang murah pun ada. Aku makan yang ini.


Ini murah. Sebotol RM16=100 biji. Promotion 2botol = RM28

2) Sabun muka Sebamed.

Ini sebuku RM15. Promotion 2 buku = RM25

Tapi aku pakai ni lepas aku pakai sabun Oilatum sebab masa tu jerawat aku ini macam punya teruk.


Ini jerawat masa form2

Sabun Oilatum ni aku pakai muka rasa panas. Macam dia masakkan jerawat tu. Kahkah!


Aku tak tahu harga berapa sebab ini aku tak beli. Doktor yang bagi.

3) Gel c-mycin

30g harga RM25

Tapi gel ini geng dia dengan Sebamed. Masa aku pakai Oilatum dulu doktor ada bagi satu botol cecair tapi aku tak ingat apa nama botol tu. 

Oilatum + cecair aku tak ingat nama tu untuk tahap yang kronik.

Sebamed + T3 C-Mycin untuk tahap yang kurang kronik.

Jangan risau. Maklumat ini aku kongsi hasil daripada mulut seorang doktor. Dia siap lukis lagi struktur kulit muka masa explain dekat aku. Sebab tu aku tahu.

Yang penting, kau kena tahu apa yang kau allergic, terutama makanan. Kebanyakan penghidap jerawat yang kronik ini musuh utama kita adalah B.E.L.A.C.A.N!!
________________________________

Setelah 5 tahun mengamalkan gaya pemakanan sihat, HAKTUIH!, maka muka aku beransur sembuh seperti di bawah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


sebenarnya ada kesan parut tapi tak berapa jelas

p/s: bunga ini sebagai peneutral agar tak nampak garang sangat. Ke nampak garang jugak?

Saturday 17 December 2011

Satu papa

Assalamualaikum.


Petang itu aku menggelupur. Aku baru perasan kontrak rumah sewa aku tak buat lagi padahal kad pengenalan aku dah nak mampus tarikh luputnya. Berbekalkan sisa minyak daripada jemput-jemput bawang di tepi bibir, aku melangkah menuju ke rumah tuan rumah aku. 

Jarak rumah aku dengan tuan rumah aku itu hanyalah dua kali nafas sahaja sebab tuan rumah aku tu duduk di tingkat atas. ِAku tekan loceng tuan rumah.

Ting tong!

Tuan rumah aku turun. Pintu dibuka perlahan. Tuan rumah aku pun tengah makan rupanya. Ada sisa makanan dekat hidungnya. Lagi lapar daripada aku rupanya.

Aku memalingkan mukaku daripada melihat mukanya. Ada pantulan cahaya matahari dari kepalanya. Jenis agak botak di bahagian depan. Campur peluh sikit. Petang tu pulak matahari bongkak memancarkan cahayanya. Mana tak silau?

Lepas bincang lebih kurang, dia minta nombor telefon aku. Katanya senang nak setting masa untuk settlekan kontrak ruma sewa. Aku pun layankan je. Arab ni kalau merancang kadang jadi, kadang tak. Kalau jadi tu jadi lain. Kalau tak jadi tu, jadi lain jugak. Kau faham tak apa aku type ni?

Dia terus miscall aku.

Oh, lupa nak bagitahu. Tuan rumah aku ni nama dia Mustafa. Tapi aku panggil Stupa, kira macam pakcik bernama Mustafa yang datang dari Terengganu.

Aku tunjuk henpon aku kat dia. Konon-konon nak confirmation lah betullah tu nombor dia.

" Stupa is calling...."

Ah sudah. Aku tengok muka dia dah lain. Macam mana aku boleh lupa aku dah save nombor dia.

Dia cancel call. Dia call kali kedua.

" Stupa is calling..."

Dia punya muka macam muka Rosmah tak dapat beli cincin tikam sebab dah biasa pakai cincin erm... Abaikan perumpamaan itu. Muka dia jadi lain. 

"Stupa tu apa? Nama aku Mustafa.." dia dah naik suara.

"Kau tahu tak apa makna Stupa ni?" aku beralih kedudukan agar mata aku tak silau, 

Dia diam tak membalas.

" Stupa adalah singkatan untuk Satu Papa. Di mana, ikut budaya kami orang Malaysia, bila kita memanggil seseorang itu dimulakan dengan nombor satu, itu satu penghormatan tertinggi. Papa? Itu adalah panggilan untuk seorang ayah. Macam kamu, kamu panggil ayah dengan panggilan Baba.."

Nafas aku dah habis. Aku ambil nafas kedua.

" Jadi maksud Stupa di sini adalah kami anggap kamu seorang ayah yang amat kami sayangi. Sebab tu aku letak nombor satu. Ayah nombor satu. Papa nombor satu. Satu Papa = Stupa.."

Tiba-tiba dia pegang dahi aku lalu mengucup bertubi-tubi. Sisa makanan di hidungnya berpindah ke rambut aku pula.

Dia senyum dan berkata, " Aku sayang anak-anak Malaysia.."
______________________________

Ketika itu aku sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri kita kerana memperkenalkan slogan Satu Malaysia. Memang boleh diaplikasikan untuk apa jua situasi.

Macam mana aku boleh goreng tuan rumah aku, macam tu lah agaknya kot pencadang slogan itu goreng orang lain.

Lantak kau lah. Janji kontrak rumah aku dah siap.


p/s: Mustafa itu nama atuk aku. Tapi aku tak terpikir pulak nak panggil Stupa. Mampus nak kena terajang?

Thursday 15 December 2011

Emosi terusik

Assalamualaikum.


AMARAN: Entri ini berbaur emosi. Sebagai seorang yang kurang beremosi, aku tak tahu bagaimana untuk melepaskan perasaan melainkan melalui medium blog. Jika tak suka baca, sila tutup halaman ini.


Aku memang pantang kena tipu. Aku mengaku aku memang suka tipu orang, tapi bukan jenis tipu yang kaw2. Maksudnya, orang tanya aku, aku dah ada makwe ke? Aku jawab dah ada. Ini tipu. Ada orang tanya aku suka seseorang tu tak? Aku jawab tak. Itu pun tipu.

Aku selalu tipu housemates aku. Tapi kemudian aku gelak dan aku cakaplah aku tipu. 

Contoh, aku cerita pasal cara-cara nak elok asma adalah telan anak tikus yang merah baru lahir itu hidup-hidup. Sebab lendir anak tikus tu akan tarik kahak-kahak dan elokkan paru-paru. Setakat ini betul dan mereka percaya.

Kemudian aku cerita, masalah aku timbul ketika proses penyahtinjaan (atau senang cerita berak). Anak tikus ini biasanya tak keluar begitu sahaja kerana dia akan gigit usus ketika najis keluar. Ini akan menyebabkan pendarahan yang teruk. Bahagian ini aku tipu tapi mereka percaya bulat-bulat.

Aku pun mengaku aku mengarut sahaja tadi.

Aku sudah biasa kena tipu kalau nak ikutkan. Orang cakap aku main kayu tiga masa berkapel DULU (<---- dibesarkan sebagai penegasan) padahal aku punyalah setia pada yang satu. Sampai sekarang aku setia single walaupun dah ada gaya-gaya macam tak single sikit. Teettt..

Tapi orang yang tipu aku itu setakat tipu je lah.

Yang aku tak boleh blah atau bahasa mudahnya yang aku tak boleh terima, dahlah kau cerita macam-macam yang buruk pasal aku, kau cakap aku itu kau cakap aku ini, then, kau tipu aku hidup-hidup. Memang tak lah bro.

Aku rasa aku boleh blah lagi kalau kau tipu aku sebab aku tak kisah sangat pun. Yang buat aku kisah sangat bila fikir balik, baik punya cilok kau tenang je tipu orang lain.

Aku yakin aku tak mengumpat sebab aku tak statekan nama siapa pun kat entri ini tapi sebagai menguatkan lagi ayat aku, aku sertakan beberapa perkara yang diharuskan untuk ghibah atau mengumpat:

1- (Pertama, At-Tazallum , iaitu kerana di zalimi atau untuk mencari keadilan.)
2- mencari pertolongan kerana mahu menolak kemungkaran, dan mahu menolak perkara-perkara maksiat supaya perkara itu jadi bagus.)
3- Al-Istifta’ , iaitu meminta fatwa daripada Mufti.
4- mengingatkan orang Islam akan kejahatan.
5- Harus menyebutkan akan aib orang yang tiada diketahui akan dia, melainkan dengan disebutkan akan aibnya itu seperti Si Fulan yang Buta. Atau, si fulan yang tempang. Atau, barang sebagainya.
6- Harus menyebutkan akan kejahatan orang yang telah masyhur akan fasiqnya itu, seperti orang yang masyhur dengan berzina. Atau, yang masyhur dengan berliwat. Atau, orang yang masyhur dengan meminum arak. Atau, barang sebagainya

Aku memang pegang hidup ini macam roda. Kadang-kadang kat atas, kadang-kadang kat bawah.

Kau sedap mulut cakap aku macam ini aku macam itu, nasib baiklah aku ni bukan jenis mulut suka cerita pasal orang. Harap kau sedarlah sekarang ini. Dulu kau sedap cerita macam-macam pasal aku, bila dah jadi macam sekarang, kau sedarlah. Alhamdulillah, aku nampak kau pun dah sedar sekarang.

Aku je yang tak sedar-sedar lagi. Kadang-kadang aku kesian kat kau sebab orang bercerita pasal kau, termasuk aku. Aku terbercerita (apa punya bahasa ni?) pun sebab orang yang bukak cerita. Aku pun terjoin sekali. Tapi bila aku fikir balik, bukan aku yang bukak cerita pasal kau dulu macam mana kau yang dulu bukak cerita pasal aku. Jadi, yang aku nampak, teori hidup ini umpama roda itu adalah betul.


Kalau nak cakap aku kejam ke zalim ke, cakaplah. Oh, zalim adalah meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya. Aku tak zalim sebab aku letakkan orang yang tipu itu ke jalan yang betul, jalan yang dia sedar dia salah. Nak kata aku perasan pun aku tak kisah. Walaupun bukan aku yang buat dia kembali ke jalan yang tak tipu orang, itu semua terjadi lepas aku berlaku kejam. Kahkahkah!

So, aku dah lega sekarang. Sekarang je lah. Lepas aku tamatkan entri ini, aku akan dicounter balik for sure, samada secara komen ataupun cakap belakang. Itu aku tak kisah.

Yang aku kisah sekarang, cukup-cukuplah tipu orang. Kau tipu orang, sanggup ke kau minta maaf dengan orang?

Kau tipu Allah, Dia Maha Pengampun. Aku pun sama. Dia Maha Penerima Taubat. Maka, bertaubatlah kepada Allah.
______________________________

Aku memang tipu kalau aku cakap aku tak suka orang. Bukan suka, lebih daripada itu. Hahaha.

Jangan tanya aku suka siapa. Sebab aku taknak tipu orang. Hihihi.



p/s: Siakap senohong hang habaq betoi-betoi, bercakap bohong lama-lama terkantoi.

Monday 12 December 2011

Soalan yang tiada jawapan

Assalamualaikum.


Kalau orang tanya aku, kalaulah kan, aku kata kalau tahu? Ok, kalaulah aku ditanya apakah jasa yang paling berjasa pernah aku buat untuk mak atau ayah aku setakat ini, maka aku akan jawab..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku takkan mampu jawab apa-apa.

Sebab aku lagi banyak dosa dengan mak dan ayah aku, lagi-lagi ayah aku. Lagi-lagi sebab aku anak sulung. Kalau adik-adik ikut perangai aku dan apa aku buat, kau boleh bayang betapa besar dosa aku.

Aku tak pernah rasa berjasa dengan mak dan ayah aku. Dan sekali lagi, ayah aku. Aku tak pernah buat apa-apa yang baik dengan ayah aku. Aku tengok macam mana ayah aku berjasa dengan Opah, aku lihat bagaimana mama berjasa dengan Tokbah dan Tokmak.

Aku lihat diri aku. Aku sangat jauh dengan apa yang mereka buat.

Kalau kau pernah rasa puas dengan apa jasa yang kau buat selama ini, kau patut bersyukur sebab kau tahu mak ayah kau rasa gembira dapat anak yang berjasa macam kau.

Aku?

Aku cuma harap aku tak buat dosa dengan mak dan ayah aku sebab itu sahaja mungkin jasa yang aku boleh berbangga dengan diri sendiri.

Dan kalau pula aku ditanya apa dosa yang aku pernah buat kepada mak dan ayah aku. Jawapannya,
" Aku terlupa doakan mereka lepas aku solat.."

dan banyak lagi yang aku hanya mampu berdiam diri atau lebih lagi, menitis air mata seorang anak yang berdosa.
____________________________

Jangan rasa terpaksa buat kebajikan dan kebaikan kepada mak ayah kau. Kau takkan rasa nikmat menjadi seorang anak.

Jangan rasa berkira ketika berbakti dengan mak ayah kau. Hilang rasa manis menjadi seorang anak.



p/s: Mimpi mak masakkan ketam untuk aku. Rupanya mak agak tak sihat. Semoga mak sihat selalu.

Friday 9 December 2011

Kejam seorang abang

Assalamualaikum.

Tahun 1998.

Tengahari Sabtu itu heaven. Marathon kartun non-stop start pukul 9am dari Dragon Ball bawak ke Totally Spice Girls bawak ke Pokeman bawak ke Kelab Disney Malaysia. Masa tu host dia seorang kakak yang sangat periang sehingga aku terpaku di depan televisyen tanpa berganjak.

Tamat sahaja Kelab Disney Malaysia, aku mula keresahan. Aku dah tak tahu bak buat apa. Nak layan hindustan aku rasa dah serupa syaitan tengok dia gelek-gelek. Masa tu drama Korea belum mendapat tempat di Malaysia. Kalau ada pun, dah pecah televisyen aku ketuk pakai lesung batu.

Kaki aku tiba-tiba bergerak sendiri. Dia punya gerak bukan macam shuffle. Zaman tu shuffle tak masuk lagi. Zaman tu yang popular adalah tenteng. Aku sampai pegang lutut taknak bagi dinding berlubang atau retak. Itu memang petanda paling jelas bahawa aku mengalami sindrom kebosanan tahap banjaran Tibet.

Tiba-tiba adik perempuan aku berlari-lari riang sambil gigit botol susu lalu di hadapan aku. Tangan kanannya memegang sebiji cawan plastik merah manakala tangan kirinya menggaru pipi. Kegembiraan yang dia nikmati aku pandang sebagai satu keresahan.

Entah macam mana aku terlepas daripada memegang lutut aku. 

PELEPOW!!!

Sedar-sedar kaki aku dah parking cantik dekat perut adik perempuan aku. Cawan plastik merahnya terlepas dan melekat atas kepala lutut aku. Sekali pandang sebiji macam Cyber Cop kaler merah. Adik aku berguling-guling sambil memegang perutnya. Aku hanya melihatnya sambil duduk di atas kerusi dan memegang kaki yang mendarat kemas di perut adik aku tadi.

Tiba-tiba aku rasakan lantai rumah bergegar, lampu rumah bergoyang-goyang, kipas rumah berpusing melawan arah, dinding merekah dan meretak. Kerusi yang aku duduk tiba-tiba terbalik dan aku terhumban ke depan.

Bayang-bayang itu sudah hampir. Aku tahu masanya sudah tiba.

GEDEBUK!!

Ruang tamu itu menjadi saksi tidak bernyawa.

Giliran aku pula mencium lantai dan mengucup dinding. Belum sempat aku menarik nafas kedua, aku hanya mampu memandang syiiling rumah dan melihat kipas sudah berpusing seperti sediakala. Aku lihat sepasukan cicak sedang berbaris dalam satu barisan panjang sambil membentuk perkataan " Padan muka kau" di sebelah lampu kalimantang.

Aku diseret oleh ayah dengan hanya memegang rambut. Destinasi seterusnya, dapur.

Aku dimarahi oleh ayah dan emakku. Aku bernasib baik kerana aku tidak mengeluarkan sebarang dua perkataan keji lagi hina ketika kejadian. Kalau tidak, haruslah bibir aku menjadi seksi seperti Rosnah Mat Aris akibat tonyohan cili padi yang dibeli di pasar malam setiap Sabtu.

Petang itu aku hanya mampu terbaring lemah sambil melihat cerita hindustan.

Hero itu menumbuk penjahat dan penjahat itu terus melambung masuk ke lokap.

Aku bersyukur ayah aku tiada keupayaan seperti itu.
____________________________

Aku memang sangat syaitan ketika kecil. Seorang abang yang tak bertanggungjawab terhadap adik-adiknya.

Itu baru adik perempuan. Belum lagi kisah dengan adik lelaki.



p/s: Aku rindu adik-adik aku.

Sunday 4 December 2011

Rambut

Assalamualaikum.


Sekarang ini musim sejuk di sini. Aku rindu rambut aku yang dulu ini.


Penebat musim sejuk yang terlajak sampai musim panas

Aku rasa nak bela panjang macam dulu. Rambut aku ada kelumumur yang agak degil dan nakal juga sekarang ni.

Makin pendek rambut aku, makin senang dapat kelumumur.

Solusi: Bela rambut panjang.



p/s: Agak-agak lepas tak rambut panjang macam atas tu jadi duta syampu Carrie Junior?

Friday 2 December 2011

menyibuk

Assalamualaikum.


Aku banyak pulak menulis malam ini. Sebab aku rasa lepas ni aku tak mampu nak tulis sekencang ini lagi. Bertimbun assignment dan berderet nota. Tak mengapa. Aku nak tulis sampai puas. 

Aku sebenarnya confuse dan bingung antara ambil berat atau menyibuk.

Selalu aku ambil langkah untuk menganggap aku sebagai penyibuk. Nak kata aku berpemikiran negatif itu hak kau. Aku nak fikir kau negatif pun boleh sangat. Masing-masing bebas nak fikir apa. Itu prinsip aku.

Berbalik kepada penyibuk tadi. Better aku anggap aku penyibuk daripada aku perasan aku seorang yang caring. Sebab kalau aku perasan aku seorang yang caring, itu umpama aku menadah muka aku untuk ditumit oleh kaki keldai. 

Letakkan diri aku sebagai orang itu dan berkata dalam hati, " Ah, sibuklah kau ni. Muka tak kacak ada parut jerawat macam nak telan orang menyibuk je hal aku.."

Maka, aku batalkan niat aku. Kadang-kadang aku terlebih-lebih. Hurm, sifat seorang abang sulung barangkali. Nasihat yang kadang-kadang annoying. Sebab aku jarang jumpa adik-adik aku. Dan aku sangat jarang nak nasihat orang. 

Jadi, bila aku jarang nasihat orang, dan tiba-tiba aku nak nasihat orang, ia bertukar menjadi keadaan yang dipanggil menyibuk. Selalunya sentimen penyibuk itu wujud dan itu menyekat aku untuk memberi nasihat lagi.

Bukan nasihat, menyibuk.

Ah, sudah. Sekarang dah tertanam dalam diri aku, menyibuk. penyibuk, menyibuk, penyibuk.
_______________________________

Kalau aku macam tak ambil peduli itu bukan sebab aku tak ambil berat atau tak kisah, aku hanya tak nak menyibuk hal orang dan tak mahu jadi penyibuk.

Walhal sebenarnya aku memang ambil berat dan ambil peduli. Dan kadang-kadang menjadi seorang yang menyibuk. Dan kadang-kadang itu aku anggap sebagai tidak kadang-kadang. Aku anggap aku penyibuk.



p/s: senyap tak bererti tak ambil tahu. ambil tahu tak bermaksud nak menyibuk. Menyibuk tak bermakna sengaja kacau. Pemikiran orang. Ya, semua berbalik kepada pemikiran. Nasihat itu adalah nasihat. Menyibuk itu adalah menyibuk. Dan aku pilih untuk rasa menyibuk. Maaf sebab menyibuk. 

Sesi bahasa yang mengarut

Assalamualaikum.



Sebagai pemilik laptop yang mempunyai perhubungan internet yang tidak terhad, mengemas kini status di fesbuk menjadi aktiviti harian aku mungkin. Dah beribu-ribu status aku tulis di fesbuk mungkin. Kebanyakan status aku berbaur lucah  jiwang. Ada juga yang berbaur politik, semangat kesukanan, dan tidak kurang juga merepek tahap jin mabuk minum air Sungai Klang.

Apabila status aku yang berbaur jiwang itu muncul di wall fesbuk, maka ramailah yang mengatakan aku ini seorang yang jiwang. Aku biarkan sahaja. Lantak kau lah. Tapi jangan cakap atau percaya yang aku jiwang sebab hati aku sudah dimiliki. Aku belum berpunya. Jangan jatuhkan saham aku.

Aku seorang yang suka bermain dengan kata-kata dan aku gemar susun kata-kata sehingga ada 'roh' dalam status aku itu, walaupun sebenarnya bukan roh apa pun. Roh askar Jepun yang mati disimbah kuah senggang panas mungkin. Itu gambaran untuk roh yang agak kucar-kacir yang terkandung dalam kata-kata yang aku susun atau aku main.

Menulis secara terus atau direct itu bagi aku satu benda yang mudah seperti mana laras bahasa yang aku pakai ketika menulis entri ini. Jika aku menulis menggunakan laras bahasa yang tidak berlapis, maksudnya akan sampai begitu sahaja.

Ya, mungkin ada yang menganggap apa kejadah aku merepek ini. Sama juga kalau aku mendengar chef-cher bercerita tentang teknik masakan. Bagi aku kenapa tak campak saja semua bahan dalam periuk. Kacau-kacau kemudian siap. Atau gadis-gadis yang bercerita soal bedak asas mana yang sesuai untuk disapu pada pipi. Kenapa tak pakai saja bedak Carrie Junior perisa blueberry macam aku?

Itu sebagai contoh.

Aku seorang yang suka berlapis dalam penulisan. Tidak pada percakapan. Kerana aku bercakap selalu tiada tapisan apatah lagi lapisan. Air liur tidak bertapis dan kata-kata yang tidak berlapis. Sebab aku cakap jarang lapik mulut dengan tisu. Oleh itu, boleh nampak kesan air liur yang bersembur dari lidah aku secara jelas.

Tetapi penulisan yang berlapis boleh membawa seribu interpretasi. Interpretasi itu yang akan menentukan pemikiran seseorang itu bagaimana. Bagaimana cara orang itu memahami kata-kata berlapis ini. Aku yakin dan sangat pasti, setiap orang ada interpretasi sendiri.

Aku bagi contoh:

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Biar bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Ku bukan milikmu.

- Yuna, Penakut - masuk AJL 26-

Ayat di atas sangat terus. Tak perlu nak fikir banyak. Ayat ini tidak berlapis namun rohnya adalah sangat deep.

Hurm, tak best. Kita cuba versi English pula.

I only pray you never leave me behind

Because good music can be so hard to find
I take your head and hold it closer to mine
Thought love was dead, but now you're changing my mind

-stereo heart-

Baris kedua itu ada lapisannya yang tersendiri. Metafora yang sangat cantik bagi aku. Baris pertama, ketiga, dan keempat hanya sebagai pembayang, bukan pemaksud. Sebab pemaksudnya ada pada baris kedua. Dan interpretasi anda yang akan memberi maksud untuk ayat itu.

Kawan aku sebagai seorang pengkaji bidang retorik pernah cakap lagu ini mempunyai metafora yang sangat unik. Aku setuju. Sebab aku nilai lagu ini melalui interpretasi orang terhadap lagu ini.

Cuba pula ayat atau lirik di bawah:

My heart's a stereo
It beats for your, so listen close
Hear my thoughts in every note
Make me your radio
Turn me up when you feel low
This melody was meant for you
Just sing along to my stereo

Nampak seperti direct atau terus sahaja ayat di atas tapi masih ada lapisan. Lapisan yang tak begitu dalam namun metafora yang unik. 

Ya, aku setuju dengan kawan aku itu.
___________________________

Entah apahal aku meracau pasal ni pun aku tak tahu. Tapi lagu ini memang best tahap puaka. Aku suka gila lagu ini.


p/s: Aku dah mula layan lagu English. Antara puncanya adalah adik aku. Dan housemates aku. Dan punca lagu stereo heart. Dan siapa-siapa lagi.

Malu

Assalamualaikum.


Aku memang seorang yang sangat pemalu sebenarnya. Kalau siapa-siapa yang betul-betul kenal aku, mereka akan tahu betapa aku bukan lelaki Melayu yang sejati. Lelaki Melayu sejati tidak malu seperti aku. Lelaki Melayu sejati tidak memiliki tahap malu yang begitu teruk seperti aku.

Aku bukanlah seorang yang sopan budi pekertinya walaupun tahap malu aku adakala melebihi paras malunya gadis Melayu Terakhir. Dengan gaya pemanduan yang amat syaitan sekali, perasaan malu aku tidak juga berkurang, malah boleh jadi meningkat berkadar langsung dengan kelajuan kereta yang taraf sultan iblis itu.

Walaupun aku pernah cuba menyembunyikan perasaan malu itu, rasa amat janggal ataupun very awkward sebenarnya. Pura-pura tak rasa malu, tapi hati berdegup macam nak meletup. Cover-cover pun muka obvious gila malu.

Luaran mungkin aku kelihatan sama sahaja seperti lelaki Melayu lain yang makan pisang goreng panas, ataupun tak basuh tangan lepas makan selama 1jam. Namun ada satu sisi yang menyebabkan aku tak berapa jadi jejaka Melayu sejati.

Malu. Aku tak tahu macam mana nak handle malu ini. Dah besar muka macam pakcik-pakcik pun malu lagi. Tengok budak-budak yang tak malu, aku pulak yang jadi malu. Malu. Malu. Malu.

Aku nak sangat jadi macam biasa tanpa rasa malu. Tapi aku tahu. Malu aku ini bukan sengaja aku buat-buat. Sebab aku hanya malu untuk cakap perkara yang aku simpan sendiri.

Aku malu nak cakap yang, erm...

Alah, malulah nak cakap.
_______________________

Menyampah pulak aku baca entri aku sendiri ni. Kalau kau pun menyampah, boleh bayangkan wajah aku dan lempang dengan tapak tangan yang dicuci sabun Dettol.


p/s: Kalau tak tahu muka aku macam mana, boleh rujuk sini. -----> wajah aku yang ingin dilempang

Thursday 1 December 2011

Kadang-kadang tak sedar

Assalamualaikum.


Tahukah anda?

Pergerakan asas untuk dikir barat dapat dipelajari hanya di dalam kereta. Bagaimana? Jika ada nyamuk atau lalat sesat di dalam kereta, anda hanya perlu duduk tegak dan cuba tepuk nyamuk atau lalat itu walau ke mana sahaja ia terbang.

Selamat mencuba.

Updated: Housemates aku cuba buat tapi tak faham. Caranya, bukan bayangkan anda tepuk nyamuk atau lalat yang hinggap di cermin. Tidak. Salah.

Cara yang betul adalah anda tepuk dengan kedua-dua belah tapak tangan.

Untuk lebih feeling, sila buat sambil pejam mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...