Wednesday 28 December 2011

Aku seorang pemandu

Assalamualaikum.



80km/j. Itulah kelajuan Myvi kelabu membelah jalan raya pada suatu petang yang mendung. Mata yang berat ditambah dengan perut yang padat dengan nasi goreng cina, aku sudah tidak mampu untuk fokus terhadap pemanduan. Pendingin hawa yang berada pada tahap sederhana sejuk membuatkan mata makin berat.

Tingkap segera diturunkan. Angin kencang menampar padu muka yang ada parut jerawat. Volume radio  ditingkatkan. Bunyi angin sama kuat dengan volume radio. Lagu Aishiteru berkumandang. Aku layan lagu sambil head-banging.

Tak cukup head-banging, aku keluarkan tangan dan menggerak-gerakkan tangan aku. Pelbagai gerakan dicipta bagi menyegarkan badan dan mengembalikan tenaga yang makin luput. Tapak tangan aku kembangkan seluas mungkin, beralun mengikut kelajuan angin yang agak kotor. Faham-fahamlah, pencemaran udara.

Habis lagu Aishiteru, lagu Baby nyanyian Justin Biebir diputarkan. Kaki kiri aku angkat dan terajang  kencang radio Myvi. Lagu Baby berhenti serta-merta dan aku tutup kembali tingkap.

Malam itu ayah aku ajak makan luar. Sempena kepulangan adik aku ke rumah. Satu famili bergerak ke restorang yang belum ditentukan menaiki Unser 1.8 LGX. Sebagai orang lama, ayah aku memilih untuk memasang radio pada volume yang sederhana.

Tiba-tiba sebuah proton Satria Neo memotong deras dari sebelah kiri. Satu perbuatan yang tidak senonoh.  Memecut dari sebelah kiri amatlah tidak beradab jika kenderaan di lorong kanan tidak memandu dengan perlahan.

Pemandunya tiba-tiba mengeluarkan tangan. Bukan menunjukkan isyarat middle-finger. Bukan.

Aku rasa pemandunya sedang mendengar lagu Aishiteru. Gerakan tangannya 90% sama dengan gerakan tanganku pada petang tadi. Yang berbeza bahagian jari-jarinya kerana tidak selentik dan selembut jari-jari aku. Jari bekas penari tarian kebudayaan suatu ketika dulu.

" Orang gila je yang bawa kereta macam tu," ayah aku mengganggu lagu Karma daripada Faizal Tahir, "  Tangan patut pegang stereng, bukan raba-raba angin macam orang tak betul,"

Aku buat-buat raba angin dengan pegang tingkap kereta yang tak diturunkan.

_________________________

Aku sampai sekarang suka pandu kereta buka tingkap. Minyak jimat, angin pun lalu ikut celah lengan baju. Natural Odourless. Deodorant pun tak payah beli. Macamlah aku pernah pakai deodorant.

Orang gila adalah yang pandu kereta macam orang gila, bukan yang keluarkan tangan ketika memandu.

Sekian.



p/s: Dah lama tak pandu manual. Harap-harap tak kekok.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...