Thursday 30 June 2011

mestikah ada awek?

Assalamualaikum.


Aku tengah exam final ni. Kepala tepu dengan subjek. Sampai terbawa-bawa ke mimpi. Aku exam straight minggu ni sampai minggu depan. Aku update ni pun sebab dah overdose kepala aku sumbat dengan subjek.

Kalau siapa-siapa yang ada add fesbuk aku, akan perasan satu status aku yang agak keras.

Aku tak paham dengan sebahagian orang yang menganggap orang yang tiada awek seperti aku ini adalah loser. Yang lelaki lah. Kalau lelaki ada pakwe dah jadi umat Nabi Lut pulak.

Kalau perempuan pulak, mesti ada pakwe. Kalau perempuan ada makwe, itu masuk kategori lesbian. Ataupun nak rasa lelaki, dia nak digelar pengkid. Lantak kau lah. Once kau lahir sebagai golongan hawa, sampai kau masuk liang lahad pun kau akan ditanam sebagai perempuan.

Ok. Sekarang yang aku pelik.

Aku pelik kenapa orang ingat aku dah ada awek? Aku pelik lagi kenapa mesti ada awek? Kalau ada baru tak pelik ke?

Single is loser eh? Haktuih laa..
______________________

Aku serius rasa nak spike kepala orang yang sibuk-sibuk kata aku ada awek. Nampak status webcam dekat ym kata aku webcam dengan awek. Mesti tengah chat dengan awek.

M.E.S.T.I.

Ini memang bahalol. Otak tersangkut dekat tin sardin.

B.A.N.G.A.N.G



p/s: Laptop aku dah rosak. Apabila aku tamat type entry ini, maka ini mungkin entry terakhir dari laptop ini.

Saturday 25 June 2011

0-0 (bahagian 3)

Ada permintaan untuk aku panjangkan sedikit cerpen. Maka, aku penuhi permintaan itu.

0-0 (bahagian 3)


Hasnae hendak membaling batu ke arah Yusuf tapi segera ditegah Salwa. Salwa memimpin Hasnae berkumpul bersama pelajar-pelajar lain. “Nama abang Zarif tapi panggil Bro.Zaf je. Abang sorang je kali ni sebab kawan abang kahwin hari ni. Tak dapat temankan kita semua. Jadi, abang nak korang berpecah kepada kumpulan. 1 kumpulan 8 orang. Cikgu tolong saya tetapkan kumpulan. Saya tak kenal sangat budak-budak ni. Kenal Sop je. Cikgu letak dia satu kumpulan dengan saya boleh?” Yusuf terus berdiri sebelah Bro.Zaf sambil bergurau-senda. 

“ Hasnae, kamu sekali dengan Bro.Zaf. Senang sikit kamu nak daki gunung tu. Salwa, kamu tolong Hasnae tau?” Cikgu Latifah terus menetapkan kumpulan untuk pelajar-pelajarnya. Walaupun geram dan tak bersetuju dengan cadangan cikgunya, Hasnae diamkan sahaja memandangkan keadaannya yang tak berapa sihat.

“Sop, kau tolong aku pimpin budak pompuan tu. Aku kene lead dari depan la. Tak dapat nak bawak dia. Nanti tak bergerak pulak ekspidisi ni. Syafiq ni pun satu. Masa nila nak kahwin. Dahlah tak jemput aku. Melepas aku nak makan free. Nasib baik korang ni cantik-cantik semua,” sambil memimpin kumpulan itu, Bro.Zaf melihat-melihat kumpulan yang lain. Yusuf dengan malasnya membantu Hasnae yang agak pucat wajahnya itu . Salwa telah keletihan memimpin Hasnae memandangkan badannya lebih kecil daripada Hasnae. Tak berdaya lagi Salwa hendak membantu rakan baiknya itu.

“ Sop, aku tak nak kau. Aku lagi rela monyet kat atas pokok tu bawak aku daripada kau. Dahla busuk bau peluh, nanti kau kentut lagi habis pengsan aku. Siapa nak angkat aku kalau aku pengsan?” Puas hati Hasnae menghamburkan dendam-kesumat yang membuku sejak turun bas tadi.

 “ Akulah yang angkat kau kalau pengsan. Siapa lagi? Bro.Zaf pun dah amanahkan aku jaga kau,” Yusuf mengangkat tangan sambil tersengih memandang musuh ketatnya itu. Hasnae mengambil sebatang kayu dan menghayun ke arah mukaYusuf. Dengan langkah silat yang tersemat di dada, Yusuf mengelak dan merampas kayu dari tangan Hasnae.

“ Woi, kau nak bunuh aku ke ha? Nak aku mati kat hutan ni? Kalau pukul perut takpe lagi. Kalau kau hentak muka aku, aku tak mati, habislah kekacakan aku ni.Haha…,” Yusuf membaling jauh-jauh kayu itu. Hasnae terkejut dengan tindakannya sebentar tadi. Dia ingin meminta maaf tapi mulutnya terkunci dek egonya dan kebenciannya yang membara terhadap lelaki mulut lepas itu .

Salwa melihat dari jauh sambil menggeleng kepala Yusuf berlalu mengejar kumpulannya. Hasnae menjerit tiba-tiba. Dia berlari ke arah Yusuf dan memeluknya dari belakang. Seekor monyet sedang berpaut di bahunya. Yusuf segera menarik Hasnae ke dalam dakapannya dan menolak monyet itu jatuh ke tanah. Monyet itu bergelut dengan Yusuf. Berdarah-darah muka Yusuf dicakar monyet itu. Yusuf menendang monyet itu hingga monyet itu jatuh ke dalam gaung. Bro.Zaf terus mendapatkan mereka berdua. Semua pelajar berlari ke arah mereka. Hasnae diam seribu bahasa. Dia tergamam melihat Yusuf yang berlumuran darah di mukanya akibat cakaran monyet tadi. Cikgu Latifah meminta para pelajarnya bertenang.

 “OK semua. Lepas ni jangan ada sorang pun berpecah dari kumpulan. Tengok apa dah jadi? Jangan terpisah. Faham?” Bro.Zaf tegas kali ini. Berlainan wataknya sebelum ekspidisi bermula.

“ Ala, dah tak hensem aku ni. Habis calar-balar wajah Korea aku ni,” Ahmad mengambil ioidin dari peti kecemasan dan merawat rakan karibnya itu. Ahmad menekan kapas lebih kuat apabila Yusuf sempat lagi buat lawak bodohnya itu. Salwa memaksa Hasnae meminta maaf tapi lidhnya terkelu.

 “ Aku tak hentak pun muka kau dah jadi tak hensem. Aku pun berdaulat tau. Monyet tu sayang aku. Sebab tu dia cakar kau,” terkejut Salwa mendengar kata-kata Hasnae sebentar tadi.

 “ Hasnae, kau ni dah melampau tau tak? Kalau mati Yusuf jatuh gaung tadi, memang aku tolak kau skali jatuh dengan dia. Yusuf dah tolong bukan nak ucap terima kasih, yang kau kutuk lagi tu kenapa?” habis tumpah iodin ke muka Yusuf dek kemarahan Ahmad tadi.

 “OK pe? Ada gak orang teman aku kat dalam gaung tu. Lagipun, aku ingat Hasnae tu bau monyet la. Sebab tu monyet tu sayang dan peluk dia tadi.Haha..,” Yusuf terhenti ketawa kerana mulutnya sakit akibat digigit monyet tadi. Salwa menarik Hasnae dan memarahinya. Geram sungguh dengan Hasnae. Lain disuruh, lain dibuatnya. Hasnae pun tak mengerti akan dirinya. Memang asalnya dia nak minta maaf tapi lain pula yang meluncur dari mulutnya.


bersambung..

Wednesday 22 June 2011

Harem pants

Assalamualaikum.



Petang itu aku dirasuk. Dirasuk nafsu membeli-belah. Tapi nafsu itu tidak dapat aku lampiaskan. Barang yang aku nak beli tiada satu pun memenuhi kehendak naluri batinku. Aku takkan beli sebarang barang gantian sekadar untuk memuaskan nafsu membeli-belah aku.

Aku beristighfar panjang. Mungkin ini petunjuk dari langit. Supaya aku menyingkirkan nafsu shopping aku. Aku telah ada 5 helai baju kemeja bercorak kotak. Dan aku ingin membeli lagi hanya kerana ingin membuat koleksi warna.

Duit zakat tak dapat banyak mahu shopping sakan? Haktuih laa.

Petang itu juga aku ditemani housemate aku.

Housemateku ini telah bermimpi bahawa dia mendengar suara dari langit. Suara dalam mimpi itu adalah alunan ayat-ayat suci alquran.

Bangkit sahaja dari tidur, dia terus basuh muka dan mengajak aku ke tempat ini. Tempat yang menjual segala jenis benda alah.

Dia ingin beli alquran. Aku ingin beli baju.

Tapi disebabkan nafsu yang mengamuk itu tadi telah berjaya aku tundukkan, aku pun follow dia beli alquran.

Di dalam kedai itu bukan sahaja jual alquran, bahkan ada juga pakaian-pakaian untuk solat.

Maka, terjadilah perbualan ini.
________________________

Housemate: Lawalah seluar ni.

Aku: Musim panas memang sesuai pakai seluar jenis ni.

Housemate: Kat Malaysia pun aku tengok dah ada yang pakai.

Aku: Tu lah. Aku pun ada perasan jugak.

Housemate: Style jugak kan pakai seluar telur labuh ni.

Aku: ............................ 
______________________

Bukan seluar telur labuh. Bukan ya kawan-kawan? Bukan ye adik-adik?

Harem pants laa. H.A.R.E.M pants.

Nak sebut memang macam haram. Tapi lagi haram kalau dinamakan seluar telur labuh.



Ini dia Harem pants



Sebut betul-betul. Harem pants




p/s: Aku tahan gelak sambil menangis. Seolah-olah menghayati ayat alquran yang berkumandang di dalam kedai itu.

Saturday 18 June 2011

0-0 (bahagian 2)

0-0 (bahagian 2)



“OK kelas. Cikgu dah dapatkan kelulusan daripada Pengetua. Jadi, hujung bulan ni kita akan pergi ke Gunung Ledang. Ekspidisi ini hanya untuk kelas kita sahaja seperti yang dirancang. Kamu semua bolehlah mengumpul wang dari sekarang dan tarikh tamat pembayaran adalah 3 minggu lagi. Jika kamu gagal membayar sebelum tarikh berkenaan, cikgu anggap kamu tak berminat dengan ekspidisi ini,” Cikgu Latifah keluar sambil tersenyum ke arah pelajar-pelajar kesayangannya. Semua pelajar mula berbincang tentang ekspidisi itu.

“ Aku malaslah nak kumpul duit tapi nak pergi. Macam mana ek?” Semua kelas berdekah-dekah ketawa mendengar soalan bodoh daripada Yusuf. Hasnae tersenyum mendengar soalan lucu daripada lelaki yang paling dibencinya itu.

                                                        xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“ Berkumpul semua. Kita semua akan bertolak kejap lagi. Periksa kalau ada barang yang tertinggal. Jalil, Ayub, Hasan, kamu bawa semua barang ni. Salma, Wafae, Aminah, Jehan, kamu pula bawa makanan ni. Mati kebulur kita kalau kamu tertinggal nanti. Ingat, kita bukan suka-suka untuk ekspidisi ni. 2 hari 1 malam tau. Fatimah, peti kecemasan kamu mana?” Cikgu Latifah mengingatkan pelajar-pelajarnya. Yusuf awal-awal lagi telah duduk di dalam bas , memilih tempat duduk paling belakang.

“Sop, kenapa duduk belakang? Nak melepas lagi la tu kan? Haha,” Ahmad masuk sambil mendengar walkman. Hasnae menjeling lelaki yang pernah menyesakkan pernafasannya itu dulu.

 “Sop, terima kasih sebab duduk belakang. Bolehlah kau buat apa kau suka. Tak nak aku muntah dalam bas sebab pening bau kentut kau tu. Thanks a lot,” Hasnae duduk sambil tergelak selepas mengutuk Yusuf yang buat muka tanpa perasaannya tu.

 “ Jaga kau. Nanti kena kau. Biar kau bahagia dulu dalam bas ni. Sampai gunung nanti tau la aku nak buat apa nanti,” Yusuf merancang di dalam otaknya yang gila-gila itu.

Setelah 3jam perjalanan, akhirnya mereka semua tiba di lokasi. Tiba-tiba Hasnae melompat turun dari bas dan berlari ke tepi jalan. Hasnae termuntah. Mukanya pucat-lesi. Salwa cepat-cepat mengurut tengkuk Hasnae sambil menggosok-gosok belakang badannya. Cikgu Latifah terus menghulurkan sebotol air kepada Hasnae. Setelah 2 minit, Hasnae kembali sihat walaupun masih pening-pening lalat.

 “ Aku tak tiup angin aku pun kau dah muntah. Agaknya kalau aku duduk sebelah kau, kentut sikit je pun, habis kotor baju aku. Tula, mulut tu jaga sikit. Aku ni berdaulat tau. Aku keturunan raja. Raja mana? Raja Kapoor. Haha…,” Yusuf segera berlari menuju ke arah seorang abang yang bertindak sebagai guider.




bersambung...

Friday 17 June 2011

Tabung masjid

Assalamualaikum.


Tahun 2007.

Hari itu hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari ini penting bagi aku. Hari Jumaat tiba, maka aku boleh mandi sunat Jumaat. Ini sajalah alasan yang paling kukuh untuk aku mandi. Bagi insan yang menghidapi sindrom malas mandi seperti aku, hari Jumaat adalah sangat baik. Tiada hari Jumaat, mungkin aku terlupa atau takkan mandi. Melainkan mandi wajib.

Lepas mandi sunat dalam tempoh tiga minit, aku pun bersiap ke masjid. Lepas SPM memang semangat pakai serban aku tebal lagi. Pukul 1:30pm azan, 1:20pm aku baru seterika. Punyalah semangat nak cerita. Lepas tertumpah minyak atar sampai suku botol, bau badan aku serupa syeikh Pakistan. Radius bau minyak atar itu adalah seluas 33 langkah.

Aku sampai masjid sebelum azan. Masa dalam masjid, cari port bawah kipas, depan aircond. Memang nyaman. Panas di luar masjid boleh aku lupakan sebentar. Lepas solat sunat tahiyatul masjid, aku terus lelap.

Nyiiing. Nyik. Nyot nyet...

Tabung masjid lalu depan aku. Sudah. Aku sesen pun tak bawak. Segan juga aku tak derma.

Dalam keadaan lelap, aku buat-buat tersentak dari tidur. Tangan aku seolah-olah tertolak tabung itu ke orang sebelah kanan aku. Siap dengan kaki aku tolak sikit sebab tabung tak berapa nak sampai ke orang sebelah.

Tabung itu tak bergerak. Lama.

Aku toleh orang sebelah kanan aku.

Aku rasa memang nak berdiri tegak nak bagi tabik hormat kepada lelaki sebelah kanan aku. Kalau boleh, aku nak tanggalkan sekali serban dan sarungkan ke kepalanya
________________________

Muka lelaki tu suci. Tambah murni apabila melihat cahaya yang terpancar daripada wajahnya kesan wudhuk yang sempurna. Lagi bertambah suci murni apabila muka dia tepat menghadap tabung tapi mata terpejam. Lagi tambah-tambah sesuci lebaran bila dia tongkat dagu.

Ini macam..

Comel tak saya?


p/s: Itu gambar Gus Dur. Aku tak berniat nak mengutuk allahyarham. Sekadar gambar simbolik.

p/s2: Tadi solat jumaat memang layan. Bau badan Arab ada ala-ala kari hangit. Perit gak hidung nak tapis. Menyesal potong bulu hidung. Takde filter.

Wednesday 15 June 2011

Nora Elmina

Assalamualaikum.


Suatu pagi nan berdebu. Rumah yang asalnya berwarna putih kini perlahan-lahan berubah menjadi warna kelabu tahi anjing. Aku pun tak faham kenapa bila sebut saja warna kelabu mesti disambung tahi anjing. Anda tahu kenapa?

Bunyi bising kerja-kerja pembinaan semakin membingit. Memang niat nak tidur sampai Zohor batal. Pukul 9am saja katil aku akan bergegar. Ya. Kawasan pembinaan jaraknya hanyalah satu kali korek hidung saja. Masa masuk jari dah setengah jalan. Masa tarik jari keluar dah betul-betul diri depan kawasan pembinaan. 

Elok saja aku terjaga, satu panggilan masuk aku terima.

" Kau bertakhta, bagai maharaja di atas pentas. Lakon layarmu yang terhebat, memukau mata melihat...."

Itu bunyi ringtone handphone aku. Lagu Drama King daripada Meet Uncle Hussin.
______________________

Nora: Assalamualaikum. Ustaz. Ni Nora Elmina. 

Aku: Waalaikumussalam. Ye Nora. Ada apa?

Nora: Ustaz, kejap lagi saya nak datang rumah. Nak ambil barang.

Aku: Oh, barang tu. Ok. Datanglah.

Nora: Terima kasih Ustaz. Assalamualaikum.

Aku: Waalaikumussalam.
_______________________

Baru 8:55am.

Alang-alang ada orang nak datang, aku pun masuk tandas. Tengok muka kat cermin. Sekali celik, muka pecah rumah. Aku gosok mata. Celik semula. Muka Farid Kamil. Aku terus basuh muka cepat-cepat. Baru nampak wajah sebenar aku.

Aku ambil wuhuk. Nak solat Subuh.

Apa kejadah Subuh 9:10am? Aku niat nak solat Dhuha seperti biasa.

Aku keluar tandas. Aku keluar pakai kaki kanan.

Sekarang 9:10am. Kejap lagi Nora Elmina akan datang. Aku pun tangguh dulu solat sunat Dhuha. Kalau solat pun sure tak khusyuk.

9:15am. Mungkin Nora dalam perjalanan. Takpe. Tunggu lagi 5 minit.

9:20am. Mungkin Nora segan. Dia ajak kawan temankan dia. Tunggu lagi 10 minit.

9:30am. Dia pergi sarapan dulu kot. Kedai pun baru buka ni. tunggu sampai 9:45am.

9:45am. Dia tapau makanan hantar balik rumah kot. Tunggu lagi 5 minit.

9:50am. Dia on the way la ni. Tunggu lagi 5 minit.

9:55am. Aku rasa mesti pukul 10am dia sampai. Bagi genap 1jam

10am. Aku rasa dia tak jadi datang dan kredit dia habis nak bagitahu.

Maka, tepat 10:02am, aku bentang sejadah. Aku angkat takbir.

bismillahirrahmaani..............

ASSALAMUALAIKUMM!!

Ya, Nora Elmina baru tiba bersama rakannya, Qristina Krisya.
___________________________

Elok lepas aku bagi barang, aku masuk balik tandas.

Aku ulang rutin yang aku buat pada jam 9:05am. Aku jaga wudhuk selama 1jam. Maknanya aku tahan kentut selama 1jam. Tahukah anda bagaimana seksa menahan kentut walaupun anda boleh saja merelakan pengeluarannya?

Aku sambung solat Dhuha dengan khusyuk pada jam 10:15am.

Tahukah anda rumah Nora Elmina dan rumah aku hanya 5 minit jalan kaki??




p/s: Pelajar perempuan di sini panggil pelajar lelaki yang lebih tua dengan gelaran ustaz. Tapi pelajar lelaki memanggil pelajar perempuan yang lebih tua dengan panggilan kakak. Kenapa tak panggil saja kami 'abang'? Rasa geli? Haktuihh laaa...

Monday 13 June 2011

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum.


Selamat Hari Bapa!

Aku pun tak pasti betul atau tidak. Tengok status facebook, macam ada macam tak. Baca entri sesetengah blogger, ada yang highlight, ada yang offlight. 

Golongan lelaki memang cool. Makin senja makin cool. Makin lama makin cool. Makin tua makin cool. 

Hari Ibu punyalah meriah macam Rosmah datang cuci tandas Tadika Kemas. Kau tunggulah highlight media macam mana kalau Bik Mama tu singsing lengan baju, buka gelang emas yang sampai ke siku tu semata-mata nak sental kesan najis di pinggiran jamban.

Itulah gambarannya apabila tiba Hari Ibu.

Gambaran Hari Bapa?

.............(sila isi apa yang anda mahu).............

Tak kisah. Kalau betul baru-baru ini adalah Hari Bapa, maka sudah semestinya entri ini khas untuk ayah aku.

Masa kecil dulu aku memang kuat memberontak. Serius banyak tak puas hati dengan ayah aku. Memang aku tak paham apa rasionalnya ayah aku buat begitu, buat begini. Banyak benda bodoh bebal serta bangang yang aku buat dari aku kecil sampai aku darjah 6. Naik tingkatan1 dah kurang bodoh.

Aku pernah lari dari rumah. (lari pergi menyorok dalam gelongsor belakang rumah. Gelongsor hancing. Tempat budak lelaki kencing masa main bola. Celaka)

Aku pernah buka pintu kereta masih kereta sedang bergerak laju.

Aku pernah mogok tak makan.

Aku pernah kuncikan diri dalam bilik selama 1 jam. (cukup lama dah tu masa kecil. Gila apa duduk lama-lama dalam bilik? Aku nak tengok kartun macam mana?)

Benda-benda bodoh ni aku buat sebab marah dengan ayah aku. Dulu. Masa kecil.

Sekarang aku dah mengerti. Pada usia 22 tahun, aku dah mula faham kenapa ayah aku buat begitu terhadap aku. Aku akan tersenyum seorang diri kalau ada kejadian yang aku rasa ayah aku pernah buat dulu.

Dulu aku tak puas hati kenapa ayah aku tak tutup je lampu bilik kalau aku tak tutup.
Aku tak puas hati kenapa ayah aku suruh duduk diam dekat rumah orang.
Aku tak puas hati kenapa ayah aku tak basuhkan je pinggan aku lepas makan.
Aku tak puas hati kenapa ayah aku bising kalau baju sekolah aku dah hitam walaupun baru hari Isnin.
Aku tak puas hati kenapa ayah aku tak susunkan je kasut aku atas rak.
Aku tak puas hati kenapa ayah aku tak angkatkan saja baju kat ampaian kalau dah tahu kering.

Dah. Nak senaraikan memang banyak lagi benda aku tak puas hati masa kecil.

Sekarang?

Aku rasa bodoh buat benda-benda bodoh tu masa kecil.

Sebab sekarang benda-benda ini lah yang aku akan bising kalau nampak depan mata. Aku ulang semua apa yang ayah buat dulu. Ayah ajar aku secara halus tentang apa itu tanggungjawab.

Terima kasih ayah.
_______________________________


Ayah lebih putih daripada aku



p/s: Ada satu benda dari kecil sampai sekarang aku masih buat. Katil aku tak pernah kelihatan seperti katil. Lebih kepada tapak jualan pakain bundle. 

p/s2: Mungkin sebab ayah jauh. Katil aku pun jauh dari bilik ayah. Tak kena marah. >=)

Saturday 11 June 2011

0 - 0 (bahagian 1)

Assalamualaikum.


Seperti mana yang aku khabarkan semalam ,bermulalah bahagian pertama cerpen aku pada hari Sabtu ini. Cerpen ini aku karang pada tahun 2008.

Maka aku persilakan anda yang berkunjung ke blog ini untuk membaca bahagian pertama cerpen: 0 - 0

-----------------------------------------

Bahagian 1



“Woi, mana adab kau?” jerit Hasnae di belakang Yusuf. Yusuf menggosok-gosok perutnya. Sambil menutup hidung, Hasnae mengutuk lelaki yang baru melegakan perutnya.

“Maaflah Nae, aku tak sengaja. Terlebih makan di dewan makan pagi tadi,” Yusuf membela dirinya sambil menyembur perfume ke badannya. Begitulah keadaan kelas 5 Kemboja setiap hari. Penuh dengan gelak tawa, ejek-mengejek, kutuk-mengutuk dan yang tak penah lekang, selisih faham antara pelajar lelaki dengan perempuan.

“ Sop, kalau ye pun nak melepas, cover-cover lah sikit. Dahlah bunyi kuat, bau pun kuat juga. Jagalah sikit perangai kau tu,” bebel Salwa selaku penolong kelas. Dengan selamba, Ahmad mengambil perfume Yusuf lalu disembur ke arah Salwa sehingga terbersin pelajar terbaik kelas itu. Gegak-gempita kelas dengan hilaian tawa semua pelajar .

Tiba-tiba seisi kelas terdiam apabila Hasnae menjerit memarahi Ahmad yang mempermainkan Salwa. Salwa dan Hasnae memang berkawan baik. Sentiasa berdua ke mana-mana saja. Angin Hasnae sudah datang. Tapi angin itu bukan seperti angin Yusuf yang ‘harum’ itu. Hehe..

 “Kau ni kenapa Mad? Wawa tak kacau pun kau. Dia nasihat kawan kau yang pengotor ni ha. Kenapa kau kacau Wawa?” Dada Hasnae berombak kencang menahan marah. Kemasukan Cikgu Latifah meredakan suasana yang panas itu. Ahmad berkali-kali meminta maaf kepada Salwa. Salwa hanya tersenyum lalu memaafkannya. Hasnae memandang Ahmad dan Yusuf dengan jijik.


bersambung..


Friday 10 June 2011

Pengumuman

Assalamualaikum.


Bermula esok, hari Sabtu, aku akan mulakan entri berbentuk cerpen. Dulu aku ada buat 3 buah cerpen. Aku akan publish 2 sahaja sebab ada satu cerpen aku dah hilang dari emel.

Cerpen pertama bertajuk: 0-0

Cerpen kedua bertajuk: Panas yang hilang.

Setiap hari Sabtu kalau tiada halangan, aku akan publishkan sebahagian demi sebahagian daripada cerpen itu. Insyaallah.


Sekian, terima kasih.

Thursday 9 June 2011

Lima dirham

PERHATIAN: MINTA BANTUAN ANDA YANG MEMBACA BLOG INI. BANTULAH SAYA DENGAN MENGKLIK IKLAN NUFFNANG DI SEBELAH KANAN INI.

SAYA NAK BELI KASUT FUTSAL. TERIMA KASIH... =)

×××××××××××××××××××××××××××××××××


Assalamualaikum.


Azan Asar berkumandang. Habis saja azan, aku sambung tekup telinga guna headphone. Lagu Penakut-Yuna berdendangan. Aku masih melekat depan laptop. Berchatting dengan keluarga tersayang. Aktiviti wajib aku setiap Jumaat kalau tiada kelas atau seminar.

Pasang webcam. Tengok muka mama. Sejuk hati. Tengok muka ayah, bergetar hati. Tengok muka adik perempuan aku, gembira hati. Tengok muka adik laki aku, panas hati. Kenapa wajah dia lebih jambu daripada aku? Kenapa dia lebih kacak daripada aku? Kenapa dia hampir sama tinggi dengan aku?

Lepas buat flying kick kiss depan webcam untuk mama terindu, aku terus off laptop. Rasa macam sempat lagi nak solat Asar di masjid.

Aku buka pagar rumah. Cicak yang menari di atas pagar melompat ke dinding. Pagar itu aku terhempas ke dinding. Cicak itu terus lompat ke lantai. Aku melangkah ke luar. Tapak kaki aku mendarat di atas badan cicak itu. Cicak itu menahan kaki aku menggunakan keempat-empat kakinya. Terserlah otot keras cicak itu hasil latihan memanjat dinding sejauh 1m dalam masa 4 saat.

Gedeboo!!

Cicak itu aku sepak ke tengah jalan.
Spleettt!!!

Cicak itu kini bersenam pula di celah tayar kereta. Semoga ototnya lebih keras hasil latihan ala tentera Israel. Semoga engkau tidak mati wahai cicak.

Aku pandang masjid. Tuan rumah aku baru sampai dari masjid. Maknanya aku tak sempat pergi masjid.
_______________________
TR: Engkau nak pergi mana?

Aku: Aku nak pergi kedai.

TR: Haa, jom. Aku pun nak pergi kedai.

Aku: .................................
______________________

Aku seluk poket. Ada lima dirham. Nasib baik Aku beli air kotak. Konon-konon nak cover. Tuan rumah aku tak masuk pun kedai. Dia melencong tempat lain. Rugi lima dirham aku.

Aku balik rumah semula dengan tuan rumah. Sembang punya sembang, kami sampai di rumah. Tuan rumah masuk rumah, aku letak air kotak dekat pagar rumah. Aku pun sambung niat sebenar nak pergi ke masjid.




p/s: Kadang-kadang susah nak cakap benar. Padahal boleh saja nak cakap aku nak pergi masjid awal-awal.

Monday 6 June 2011

Choki-choki

Assalamualaikum.


Malam itu nyaman. Langit berwarna emas-emas zulian. Bulan mengambang penuh. Cantik. Bertambah cantik dengan taburan bintang. Kelihatan sebuah kapal terbang membelah langit hitam. Kapal terbang itu meletup. Rupa-rupanya kapal terbang kawalan jauh. Kena gigit dengan burung. Burung itu mati terkena renjatan elektrik. Jatuh elok-elok depan sekumpulan kucing. Kucing-kucing bersila kemas menikmati juadah buka puasa.

Angin bertiup sedang elok. Bawa sekali dengan bau sampah. Pening. Nak muntah tapi sayang. Baru makan malam. Telur mata kerbau masak kicap manis tamat tempoh. Layan sangat pun tak guna. Tekak loya jangan diikut sangat. Nanti kalau dah kahwin dapat isteri jenis kentut tengah tidur, dah ada pengalaman ye tak?

Aku melangkah longlai di tengah jalan yang lengang itu. Lampu jalan berkelip-kelip serupa lampu disko Bukit Bintang. Jenis kerajaan tabur janji masa pilihanraya sahaja. Dah menang, duit baik pulih lampu jalan disalurkan pula naik taraf speaker disko. Keluar kenyataan di akhbar kerajaan kekurangan dana. Subsidi terpaksa dirasionalkan. Tahniah!

Jalan seorang diri di tengah jalan yang jarang digunakan memang feeling. Anjing-anjing yang cuba tunjuk hebat aku pandang sambil naik kening sebelah kiri macam Ziana Zain. Perlahan-lahan anjing itu berpatah balik sambil kepala tunduk ke Bumi. Tiba-tiba anjing itu menjerit kesakitan. Kepalanya ditusuki duri pokok kaktus. Jenis terlebih tunduk tak pandang depan. Padan muka.

Srrrreeeeeeettttttt!!!

Aku melompat ke tepi jalan. Lutut aku terpalit segumpal najis. Coklat seperti choki-choki.

Sebuah kereta membelok tanpa memberi lampu isyarat. Ada bau hangit. Kesan tayar terseret. Jenis buat drift tapi handbrake tak tarik. Bahlol.

Srreeeiiiitttttt!! Eieieietttt!!

Aku melompat sekali lagi. Tepat-tepat masuk semak. Najis di lutut telah hilang. Lutut aku dalam lopak air. Bersih. Tapi basah.

Sebuah lagi kereta membelok di selekoh yang sama. Jenis drift tapi tak pandai main clucth. 2x bahlol.

Dua buah kereta tadi memecut laju. Berlumba. Kereta di hadapan yang melakukan mula-mula drift tadi tiba-tiba berhenti. Tayar pecah masuk lubang. Kereta belakang hentam tak sempat elak. 3x bahlol.
___________________________

Alhamdulillah aku tak meninggal malam itu.

Kereta pertama drift dan terlajak sehingga bonet belakang hampir cium pinggang aku.

Kereta kedua drift bonet depan hampir kucup dahi aku sebab aku dalam keadaan melutut.

Pemandu Arab memang bangang. Ye, B.A.N.G.A.N.G..




p/s: Jalan yang lengang jangan disangka lengang. Benda bangang mungkin menjelang..

Saturday 4 June 2011

Hakikat

Assalamualaikum.


Kau pernah terfikir kenapa seseorang yang kau rasa kau dah kenal tiba-tiba berubah? Kau rasa dia jadi orang lain. Bukan dia yang kau biasa kenal? Bukan dia yang kau dah serasi dengan perwatakan dia?

Dia yang kau kenal adalah seorang yang penyabar. Tapi kini kau lihat dia seorang yang panas baran.
Dia yang kau kenal adalah seorang yang sopan santun. Kini kau dengar carutan dan maki hamun.
Dia yang kau kenal adalah seorang yang setia. Tapi kini kau saksi betapa dia seorang buaya darat.

Kau mula berasa dia berubah jadi orang lain. Kau mula berkata-kata tentang dia. Kau mula membuat spekulasi tentang dia. Apa yang membuatkan dia berubah menjadi orang lain?

Tapi kau pernah sedar atau tak, orang yang kau kata berubah itu sudah kembali ke fitrah asalnya. Orang yang kau kata menjadi orang lain itu sudah menjadi dirinya sendiri. Mungkin kau tak tahu kerna kau mengenali dia setelah dia berubah. Dan apabila dia sudah kembali menjadi dirinya yang asal, kau yang kata dia berubah.

Dia seorang yang panas baran. Dia berubah menjadi penyabar kerana ramai yang menjauhkan diri daripadanya. Ketika itu, kau baru mengenalinya tanpa kau tahu keadaan sebenar. Bagi kau, kau kenal dia sebagai seorang yang penyabar.

Tatkala dia mula berasa sifat sabar itu tidak selesa dengan dirinya, dia mula kembali menjadi dirinya yang asal. Dirinya yang kau tak selesa. Dirinya yang kau anggap berubah. Dirinya yang menjadi lain. Dirinya yang kau tak kenal sebelum ini.

Maka, kau terus menghukum. Dia menjadi orang lain. Sedangkan hakikatnya dia kembali menjadi dirinya yang sebenar.
________________________

Kalau agak-agak tak sampai seguni beras nasi kau kongsi makan dengan dia, janganlah kau perasan kau dah cukup kenal dia.

Jangan suka main agak-agak. Kadang-kadang orang macam aku ni tak teragak-agak nak kahak orang macam kau.




p/s: Gelak tengok orang semua benda dia tahu, semua orang dia kenal tapi takde orang kenal dia...

Wednesday 1 June 2011

Jongket kerusi

Assalamualaikum.


Hari itu sangat panas. Lebih 30 darjah jugak aku rasa. Kalau sidai kain, tak sampai 2 jam dah kering. Memang betul-betul panas. Padahal baru pukul 8am. Ini belum pukul 12pm lagi. Kalau pukul 12pm, memang kering badan kalau jalan kaki balik rumah.

Aku sampai kelas sedang molek. Elok aku letak beg atas kerusi, ustaz terus masuk. Tak sempat nak main enjit-enjit semut dengan classmates aku.

Kelas tak lah luas sangat. Student pun tak lah ramai sangat. 25 orang saja. Budak kelas aku tengok dah macam ketam kena rebus hidup-hidup. Tangan tak stop kipas kertas kat muka. Muka masing-masing dah serupa tahan kentut secara marathon 8jam tanpa henti.

Ustaz aku bukak tingkap. Bagi angin masuk sejukkan kelas.

" Ngong ngeng ngong ngong..."
" Kahkahkahaaaaaaaaahh"

Aku pandang luar. Mati-mati aku ingat aku ada kuasa 'jumper'. Ingat dah sampai Pasar Seksyen 6 Shah Alam. Rupa-rupanya masih di universiti. Tapi takde gaya pusat pengajian. Ini dah serupa pusat hiburan percuma.

Cakap dengan member sebelah macam member tu punya telinga letak dekat perut yang boroi. Telinga itu tersembunyi di celah lipatan lemak-lemak perut, dan perlu desible bunyi yang tinggi agar kawan sebelah tadi dengar. Padahal bisik pun boleh dah lah brader..

Itu satu hal.

Ada pulak selamba menyanyi lagu Wakaka Eh Eh dekat tepi tingkap. Kalau suara macam Shakira takpe. At least, kurang sikit pun aku consider lagi. Ini dah serupa suara siamang aku dengar. Memang bengkak telinga kalau dengar lebih 2 minit.

Ustaz aku tutup balik tingkap. Suasana dalam kelas terus jadi macam ketuhar gelombang mikro Panasonic.

Sebab panas sangat, campur mengantuk kelas pagi, aku ambil inisiatif sendiri. Kalau layan sangat panas ni, memang tak jadi belajar. Dok kipas-kipas kertas kat muka. Muka ustaz pun kejap nampak kejap tak. Kesudahnya, boleh tersembam muka aku atas meja.

Aku main jongket-jongket kerusi. Ini macam punya main memang kena tarik side-burn kalau kat sekolah rendah dulu. Cikgu memang pantang anak murid jongket kerusi ke belakang. Budak dulu tak pandai cover, sekali jongket, 7 kali kerusi patah.

Tengah sedap aku layan jongket, menjelma seekor lalat yang sangat comel degil. Dia ingat hidung aku tu gelongsor agaknya. Suka benar dia terbang dekat hidung aku. Tahulah lubang hidung aku besar. Tapi ada rupa terowong gelongsor ke?

Puas aku halau. Tangan aku tak payah cakap dia punya laju. Sikit lagi boleh fight Bruce Lee.

Punyalah gian nak masuk terowong, dengan penuh keazaman yang tinggi, lalat tu dengan tenang terbang masuk lubang hidung kiri aku masa aku tengah jongket kerusi.

" Haaaaaaccchhooouummm!!!"

" Gedegang..."   "Pelepow.."
_______________________

Bersin ketika jongket kerusi memang epic.

Member kelas tak sempat nak tolong, aku dah bangun dulu.

Ustaz? Dia usha sikit je. Dah biasa kot.

Nasib baik....




p/s: minggu depan dah start exam. Doakan kejayaan bersama..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...