Saturday 18 June 2011

0-0 (bahagian 2)

0-0 (bahagian 2)



“OK kelas. Cikgu dah dapatkan kelulusan daripada Pengetua. Jadi, hujung bulan ni kita akan pergi ke Gunung Ledang. Ekspidisi ini hanya untuk kelas kita sahaja seperti yang dirancang. Kamu semua bolehlah mengumpul wang dari sekarang dan tarikh tamat pembayaran adalah 3 minggu lagi. Jika kamu gagal membayar sebelum tarikh berkenaan, cikgu anggap kamu tak berminat dengan ekspidisi ini,” Cikgu Latifah keluar sambil tersenyum ke arah pelajar-pelajar kesayangannya. Semua pelajar mula berbincang tentang ekspidisi itu.

“ Aku malaslah nak kumpul duit tapi nak pergi. Macam mana ek?” Semua kelas berdekah-dekah ketawa mendengar soalan bodoh daripada Yusuf. Hasnae tersenyum mendengar soalan lucu daripada lelaki yang paling dibencinya itu.

                                                        xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“ Berkumpul semua. Kita semua akan bertolak kejap lagi. Periksa kalau ada barang yang tertinggal. Jalil, Ayub, Hasan, kamu bawa semua barang ni. Salma, Wafae, Aminah, Jehan, kamu pula bawa makanan ni. Mati kebulur kita kalau kamu tertinggal nanti. Ingat, kita bukan suka-suka untuk ekspidisi ni. 2 hari 1 malam tau. Fatimah, peti kecemasan kamu mana?” Cikgu Latifah mengingatkan pelajar-pelajarnya. Yusuf awal-awal lagi telah duduk di dalam bas , memilih tempat duduk paling belakang.

“Sop, kenapa duduk belakang? Nak melepas lagi la tu kan? Haha,” Ahmad masuk sambil mendengar walkman. Hasnae menjeling lelaki yang pernah menyesakkan pernafasannya itu dulu.

 “Sop, terima kasih sebab duduk belakang. Bolehlah kau buat apa kau suka. Tak nak aku muntah dalam bas sebab pening bau kentut kau tu. Thanks a lot,” Hasnae duduk sambil tergelak selepas mengutuk Yusuf yang buat muka tanpa perasaannya tu.

 “ Jaga kau. Nanti kena kau. Biar kau bahagia dulu dalam bas ni. Sampai gunung nanti tau la aku nak buat apa nanti,” Yusuf merancang di dalam otaknya yang gila-gila itu.

Setelah 3jam perjalanan, akhirnya mereka semua tiba di lokasi. Tiba-tiba Hasnae melompat turun dari bas dan berlari ke tepi jalan. Hasnae termuntah. Mukanya pucat-lesi. Salwa cepat-cepat mengurut tengkuk Hasnae sambil menggosok-gosok belakang badannya. Cikgu Latifah terus menghulurkan sebotol air kepada Hasnae. Setelah 2 minit, Hasnae kembali sihat walaupun masih pening-pening lalat.

 “ Aku tak tiup angin aku pun kau dah muntah. Agaknya kalau aku duduk sebelah kau, kentut sikit je pun, habis kotor baju aku. Tula, mulut tu jaga sikit. Aku ni berdaulat tau. Aku keturunan raja. Raja mana? Raja Kapoor. Haha…,” Yusuf segera berlari menuju ke arah seorang abang yang bertindak sebagai guider.




bersambung...

1 comment:

rahim said...

azim, pendek sangatlah...ahaha, tak sabo nak bace habis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...