Tuesday 12 July 2011

Public phone

Assalamualaikum.


Petang itu sedap. Sedap dia macam makan ketam masak lemak cili api. Ketam tu pula ada rasa manis-manis sikit. Pokok-pokok menari lemah-gemalai ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Ada 2-3 batang pokok menari agak lincah. Lebih kepada tarian genre breakdance. Itu pun sebab ada burung main sorok-sorok dekat dahan pokok.

Aku melangkah penuh semangat menuju ke taman universiti. Ingin melepaskan penat selepas 4jam bertarung tanpa henti di dalam kelas. Semangat aku yang berkobar-kobar terpancar melalui raut wajahku yang penuh aura maskulin.

Aura yang aku pancarkan mungkin terlampau kuat sehingga menarik perhatian seorang mahasiswi yang kebetulan berjalan melintasi aku. Dia terus berlalu sambil matanya terarah pula ke arah wajahku. Dia merenung anak mataku. Aku membalas renungan matanya. 

Aku membeliakkan mata. Belum sempat aku membuka mulut,

Kelekung!

Mahasiswi itu terlanggar telefon awam yang berada di dinding. Lantas dia terus menyeluk beg tangannya. Dia mengeluarkan sekeping kad. Dia terus menelefon seseorang dah berbual seperti biasa.
_____________________________

Perempuan Arab kebanyakan tak menggelabah macam perempuan Melayu. Otak mereka lebih kreatif.

Perempuan Melayu aku rasa dah tunduk muka sambil berfikir untuk membeli set pakaian baru yang tak pernah dipakai sepanjang berada di universiti agar tidak dikenali.




p/s: Dia memang lawa. Sama lawa dengan Neelofa pakai tudung dalam Kitab Cinta.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...