Sunday 3 July 2011

Isu pemikiran

Assalamualaikum.


Aku seorang yang tak reti paksa orang. Ataupun, lebih tepat, aku memang jenis tak suka paksa orang. Senang cerita, aku bukan jenis memaksa orang. Kalau aku ajak pergi jalan contohnya, dan orang itu malas, beres. Aku keluar seorang diri.

Aku takkan memujuk atau merayu atau cuba pendekatan lain sampai dia ikut aku keluar berjalan.

" Jomlah ikut aku. Kau duduk rumah ni buat apa? Boring siot.."

" Rumah ni panaslah. Jomlah keluar ambil angin jalan-jalan.."

Yang boring tu kau, bukan dia. Yang panas tu kau, bukan dia. Yang kau terkinja-kinja paksa orang ikut kau apa kes?

Itu adalah beberapa contoh.

Sebenarnya, aku jenis tak suka nak hukum orang. Maksud aku, aku tak suka nak bercerita tentang orang sangat. Kata orang ini begini, orag itu begitu. Very not me. <--- this is broken english.

Mungkin sebab aku jenis tak suka campur sangat hal orang. Aku akan campur pada perkara-perkara tertentu sahaja. Pada orang-orang yang ikhlas nak pendapat dan pandangan aku.

Untuk aku tiba-tiba masuk dalam kain dalam orang, aku lebih suka gunting kain dalam orang sebenarnya.

Kita ambil contoh ayat ini.

" Jib, kenapa kau penakut sangat? Setakat naik tingkat 5 tengah malam je pun. Senang je aku buat," Muhyidin terus meninggalkan Najib di parking lot yang sedang menggeletar lututnya ditinggalkan keseorangan dalam kegelapan.

Ayat 'kalau aku boleh buat, kenapa kau tak boleh buat' seolah-olah menggambarkan orang yang berkata demikian tak fikir tentang orang lain. Dia menganggap semua orang sama tanpa dia sedar lain orang lain keadaannya.

Sepatutnya ayat itu dilafazkan begini, ' kalau dia boleh buat, kenapa aku tak boleh buat..'

Ini satu bentuk motivasi. Ayat ini juga sepatutnya ada dalam diri semua orang, termasuk aku. Kalau dia boleh kahwin empat, kenapa aku tak boleh. Contohnya.

Berlainan dengan ayat ini: 'Kalau aku boleh buat, kau pun patut boleh buat..'

Ini juga satu bentuk motivasi. Tapi selalunya ianya bukan dalam bentuk motivasi. Selalunya ayat ini hadir dalam bentuk provokasi dan merendahkan orang lain. Ayat ini tak sepatutnya ada dalam diri semua orang kerana ia adalah satu bentuk paksaan.

Sekarang, anda nampak atau tak apa yang aku cuba sampaikan?

Kalau tak nampak, tak mengapa. Sebab ini bukan kemahiran atau kepakaran aku untuk menulis entri berbentuk begini. Aku sangat lemah dalam menulis entri bersifat psikologi dan motivasi.

Aku cuba nak sampaikan, jangan jadi orang yang pentingkan diri sendiri. Suka hati kau nak paksa orang. Kalau orang itu tak ikut kemahuan kau, macam-macam kau cakap. Jangan terlalu yakin dengan diri sendiri. Terlebih yakin takut makan diri.

Biar orang lain tentukan keputusan untuk diri mereka sendiri. Biar mereka dapat motivasi dengan cara yang betul. Bukan dengan cara kau yang kau yakin sangat dapat motivasikan orang tapi bertukar jadi provokasi atas keyakinan diri kau yang sangat tinggi tu.
__________________________________

Aku tak pandai menulis sangat. Sebab aku hanya reti mengarut.

Kalau anda masih tak faham apa yang aku taip di atas, anggaplah aku mengarut.




p/s: kain pelikat aku pernah jadi kain dalam. aku pernah pakai seluar di luar dan kain pelikat di dalam. 

7 comments:

Anonymous said...

aku sangat paham ayat motivasi yg kau nak sampaikan ..dan ia sgt MENARIK..
apa yang tak MENARIK adalah iklan kat tepi tuh....macam pelik dan tak indah!

jejaka senja said...

iklan itu adalah automatik. aku sedar kadang2 ada iklan tayang gambar perempuan seksi. aku akan cuba setting balik. terima kasih.


iklan aku pilih yang berkaitan dengan health care. mungkin kadang2 wanita dijadikan simbol.

hana szied said...

sangat setuju lah.
pengajaran utk dri sndri gak.
tengs mngingatkan :)

daunkuchai said...

sangat bermotivasi!

Unknown said...

ciri2 timb. presiden. kita mmg tk boley paksa org tapi kita kena tackle org guna psikologi halus

NourlHousna Tawfiq said...

nice entry..
mksd yg cuba disampaikan tercapai..

nak minta pendapat..

seorang akhwat terpaksa keluar wilayah atas tuntutan tertentu, tapi tiada sorang pun yang mempunyai kelapangan utk temaninya ats kekangan aspek kewangan mahupun masa.

maka berjalanlah akhowat tersebut dengan penuh tawakkal dan berhati-hati menuju destinasi.

"terlebih yakin takut makan diri" tapi dalam situasi begini, mcm mn ya?

jejaka senja said...

- zahrauna:

itu tak termasuk konteks terlebih yakin takut makan diri. itu soal tanggungjawab.

adapun terlebih yakin diri ini lebih kepada sifat dalaman seseorang yang slalu memakan diri. memakan diri dari sudut apa? boleh lihat pemimpin negara sekarang yang terlebih yakin tapi akhirnya menampakkan kebodohan sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...